Syafiq Yusof: Pelakon dan pengarah filem Malaysia

Mohd Syafiq bin Mohd Yusof (lahir 7 Disember 1992) ialah seorang pelakon, pengarah filem dan penulis skrip Malaysia dan merupakan anak kepada Datuk Dr.

Beliau memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pengarah dengan mengarahkan filem pendek dan seterusnya mengarahkan filem sulungnya, SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012) yang melayakkan beliau menerima anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia ke-25 dan menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Paling Termuda oleh The Malaysia Book of Records.

Syafiq Yusof
Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema
Syafiq pada 2012.
Kelahiran
Mohd Syafiq bin Mohd Yusof

(1992-12-07) 7 Disember 1992 (umur 31)
Pusat pendidikanKolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC)
PekerjaanPelakon, pengarah filem, penulis skrip
Tahun aktif2008–kini
PasanganAisyeah Zainal (k. 2014)
Anak-anak3
IbuDatin Fatimah Ismail
BapaDatuk Dr. Yusof Haslam
Saudara

Beliau juga mengarahkan siri TV Gerak Khas dan Evolusi KL Drift: The Series. Syafiq juga terkenal dengan beberapa filem arahannya yang diiktiraf secara kritis termasuk Abang Long Fadil (2014), Villa Nabila (2015) dan Desolasi (2016). Pada tahun 2017, untuk hasil kerjanya dalam Desolasi, beliau memenangi Anugerah PROFIMA 2017 bagi Pengarah Terbaik.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1992 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik dalam keluarganya. Berasal dari keluarga berdarah seni, Syafiq mewarisi bakat seni daripada bapanya, Dato' Yusof Haslam, abangnya ialah pelakon dan pengarah pemenang anugerah Syamsul Yusof, abang tirinya ialah Faizal Yusof, manakala kakaknya ialah Syamin. Sepupunya ialah dramatis Sabrina Ali dan Rizal Ashreff serta pelakon sinetron Indonesia iaitu Miller Khan dan Aliff Alli. Syafiq merupakan graduan di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC).

Kerjaya

2008–2013: Penglibatan awal

Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
Syafiq (kanan), bersama bapanya, Datuk Yusof Haslam (tengah) dan abangnya, Syamsul (kiri).

Sebelum menduduki kerusi pengarah, Syafiq Yusof terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya dalam bidang lakonan dengan melakonkan watak pembantu dalam beberapa episod dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran Gerak Khas, sejak dari itu, beliau berkhidmat sebagai pengarah bersama untuk beberapa episod bersama abang tirinya, Faizal Yusof dan juga mengarahkan beberapa episod Roda-Roda Kuala Lumpur yang mana beliau turut berlakon. Beliau menduduki kerusi pengarah dengan menghasilkan beberapa filem pendek termasuk Abangku Gengster (2010) dan Along (2011).

Pada tahun 2012, filem pertama arahan beliau, SAM: Saya Amat Mencintaimu yang bergenre romantik psiko thriler, ditayangkan pada 19 Ogos sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, dibintangi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan abangnya Syamsul. Percubaan sulung beliau dalam pengarahan filem cetera melayakkan Syafiq memenangi Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 dan menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Pengarah Paling Termuda.

Pada tahun yang sama, beliau bersama sepupunya yang juga pelakon, Rizal Ashreff mengarahkan bersama siri drama 26 episod, Evolusi KL Drift: The Series yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift yang mendapat sambutan dari penonton. Syafiq sendiri turut berlakon dalam drama ini, yang mana beliau memegang watak sebagai Daniel, adik kepada Zack lakonan abangnya, Syamsul dalam dua filem asal.

Pada 11 Januari 2013, Syafiq bersama dua rakan niaganya menubuhkan Viper Studios yang mengkhususkan kepada penerbitan filem, kesan visual, pasca-penerbitan dan animasi, yang mana beliau turut berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

2014–kini: Kejayaan arus perdana

Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
Syafiq di majlis tayangan perdana filem arahannya, Abang Long Fadil.

Filem kedua arahannya, Abang Long Fadil ditayangkan pada 29 Mei 2014, merupakan terbitan turunan dari filem KL Gangster dibintangi oleh Zizan Razak, dan Kamal Adli. Pada tahun berikutnya, beliau mengarahkan filem ketiganya, filem pertama arahannya bagi genre seram - Villa Nabila yang diinspirasikan dari kisah benar misteri banglo Villa Nabila, dibintangi oleh Pekin Ibrahim dan Tisha Shamsir, filem ini ditayangkan pada 15 Januari 2015. Pada November 2015, Syafiq tampil dengan mengarahkan sebuah drama bersiri 26 episod bertajuk Cinta Dari Marikh yang menggandingkan pelakon yang mula mencipta nama Fattah Amin dan Chacha Maembong, bersama A. Galak, Amyza Aznan, Harun Salim Bachik dan ramai lagi. Drama ini berkisarkan tentang Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari Planet Marikh iaitu Nova (Chacha).

Beliau bersama Pekin Ibrahim mengarahkan filem drama aksi pengembaraan Mat Moto yang mana beliau berkhidmat sebagai pengarah bersama. Menurutnya, beliau ditawarkan menjadi pengarah bersama filem itu kerana idea yang diutarakan oleh Pekin. Ditayangkan pada 14 Januari 2016, ia mengisahkan tentang seorang 'mat moto' yang bernama Al (Pekin) mengembara di seluruh Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan empat topi keledar bagi memenuhi hajat sahabat karibnya. Ia dibintangi oleh Pekin dan pendatang baru dalam bidang lakonan, Falisha Crossley yang memegang watak Sikha. Beliau kembali dengan filem keempat arahannya, Desolasi yang ditayangkan pada 8 Disember 2016, dibintangi oleh abangnya, Syamsul Yusof dan Bella Dally, yang menuntut Syafiq untuk "mengosongkan" beberapa kawasan sibuk di Kuala Lumpur menggunakan teknik kesan khas. Untuk filem ini, beliau mengetengahkan penyakit Anton-Babinski (sejenis simptom ganjil kerosakan otak yang berlaku di lobus oksipital) sebagai subjek di dalam jalan cerita.

Filem keenam arahan beliau, Abang Long Fadil 2 ditayangkan pada 24 Ogos 2017, dengan mengekalkan Zizan Razak dengan penambahan pelakon baru termasuk Wak Doyok, Shuib Sepahtu, Achey Bocey dan Tania Hudson. Dengan belanjawan yang dianggarkan RM 3.2 juta, filem ini menjadi kejayaan komersial, dengan mendapat kutipan paling tertinggi sebanyak RM 18.15 juta, mengatasi filem Munafik arahan abangnya, yang mencecah RM 17.04 juta. Syafiq dilaporkan berkata mahu menjadikan Abang Long Fadil sebagai sebuah francais.

Pada Disember 2017, Syafiq dilaporkan akan mengarahkan drama KL Gangster: Underworld, siri TV terbitan turunan dari siri filem KL Gangster yang diterbitkan untuk siaran di rangkaian perkhdmatan video atas permintaan, iflix dan turut diarahkan bersama oleh Faisal Ishak. Filem ketujuh arahan beliau, KL Special Force, yang dibintangi oleh abangnya Syamsul, Rosyam Nor dan Fattah Amin ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2018 dan mencipta rekod baharu industri perfileman negara dengan meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM12.1 juta dan menerima ulasan positif dan bercampur-campur dari pengkritik filem.

Selain itu, filem Abang Long Fadil 3 arahannya dalam perancangan. Syafiq bersama Faisal mengarahkan drama aksi jenayah 6 episod, KL Gangster: Underworld, siri TV terbitan turunan daripada siri filem KL Gangster, memulakan tayangan perdana di iflix bermula 16 Ogos 2018. Barisan pelakon terdiri daripada Beto Kusyairy, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Ezzaty Abdullah, Dynas dan ramai lagi.

Filem kelapan arahan beliau, Misteri Dilaila yang bergenre seram thriler menjalani penggambaran pada 26 Mac 2018 di Bukit Fraser, Pahang. Dikeluarkan pada 21 Februari 2019, filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor dan Sasqia Dahuri. Ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Jefri dan Dilaila yang bercuti di sebuah rumah banglo di Bukit Fraser milik arwah bapa Dilaila, namun percutian tersebut bertukar menjadi satu misteri apabila Dilaila hilang dan Jefri menghubungi polis untuk mengesan isterinya yang hilang. Ia menjadi kejayaan komersial sekaligus muncul sebagai filem Malaysia pertama dengan dua versi penamat berbeza.

Ia telah diumumkan pada September 2019 yang beliau akan mengarahkan siri ketiga filem Polis EVO dengan Shaheizy Sam dan Zizan Razak menjayakan kembali watak mereka.

Filem ke-9 arahannya, Penunggang Agama ditayangkan pada 25 Mac 2021, dibintangi oleh Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Jalaluddin Hassan dan Salina Saibi. Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya meraih kutipan RM2 juta.

Tema

Dalam satu temu ramah bersama Kosmo!, Syafiq mendedahkan filem bergenre ngeri dan saspens lebih dekat dengan jiwanya sebagai pembikin filem dan cuba ingin mengelakkan filem aksi yang cukup sinonim dengan abangnya, Syamsul. Beliau turut mengakui kurang berminat berlakon di bawah arahan sendiri berbanding bapa dan abangnya.

Portal berita Sinar Harian menyatakan bahawa karya filem garapan Syafiq masih "berbaur nafas ketimuran" biarpun dihidangkan dengan teknologi hebat yang bergerak seiring dengan kehendak penonton. Syafiq sendiri mengakui beliau bukanlah seorang pengarah yang menghasilkan sebuah filem "syok sendiri", namun lebih suka bereksperimentasi dari segi teknikal dan menguji kreativitinya melalui gerak kerja kamera.

Kehidupan peribadi

Syafiq berkahwin dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014 dengan sekali lafaz. Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di Surau Tabung Haji, Kuala Lumpur pada jam 9.50 pagi. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 23 Disember 2012. Pada Januari 2016, Syafiq dan isteri, Aisyeah telah menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka, iaitu anak perempuan sulung mereka yang diberi nama Nuur Jannah kira-kira jam 1:56 petang, pada Jumaat sempena Tahun Baru 2016.

Pada Julai 2016, Syafiq dimasukkan ke Hospital Tawakal Kuala Lumpur selepas mengadu sakit perut dan disahkan menghidap apendiks. Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar daripada hospital lebih awal dan bertahan dengan pengambilan ubat buat sementara waktu, namun menangguhkan pembedahan penyakitnya demi kerja.

Pada 4 Februari 2018, Syafiq dan Aisyeah menimang cahaya mata perempuan kedua, Nuur Nusaybah dengan berat 3.6 kilogram. Menerusi kapsyen yang ditulis di laman Instagramnya, ia dinamakan sempena seorang pejuang Muslimah Islam pertama.

Cabang lain

Dengan kejayaannya dalam bidang lakonan dan perfileman, Syafiq menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan. Beliau memasarkan produk minyak argan yang diberi nama Luxone Argan Oil yang dirumus khas untuk penjagaan kulit, rambut dan kuku dengan 100 peratus asli dari Argania Spinosa organik, iaitu sejenis pati minyak dari Maghribi. Menurut Syafiq, beliau tertarik untuk memasarkan produk Luxone ini di pasaran Malaysia kerana keberkesanan yang ditunjukkan kerana isterinya menggunakan produk tersebut. Pelakon senior Dato' Rosyam Nor telah dilantik sebagai duta bagi produk ini. Syafiq juga menjadikan usahawan terkenal Dato' Sri Aliff Syukri Kamarzaman sebagai idolanya dalam bidang perniagaan.

Kolaborasi

Syafiq mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Syamsul Yusof ialah pelakon yang kerap berkerjasama dengan beliau, muncul dalam lima filem. Sementara Zizan Razak, Siraj Alsagoff dan Zul Ariffin muncul dalam empat filem.

Pelakon SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012) Abang Long Fadil (2014) Villa Nabila (2015) Desolasi (2016) Abang Long Fadil 2 (2017) KL Special Force (2018) Misteri Dilaila (2019) Penunggang Agama (2021) Penunggang Agama 2 (2021) Abang Long Fadil 3 (2022) Polis EVO 3 (2023) Sheriff: Narko Integriti (2024) Telekinesis (2024) Game Of Life (2025) Jumlah
Shaheizy Sam Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Lisa Surihani Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Syamsul Yusof Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 5
Azad Jasmin Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Neelofa Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Harun Salim Bachik Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Joey Daud Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Fimie Don Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Zizan Razak Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 4
Kamal Adli Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Shiqin Kamal Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Tauke Jambu Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Yassin Yahya Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Ruzaidi Abdul Rahman Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
A. Galak Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Pablo Amirul Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Aman Graseka Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Ruzzlan Abdullah Shah Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Aaron Aziz Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Soffi Jikan Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Mak Jah Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Pekin Ibrahim Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Tisha Shamsir Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Bella Dally Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Jalaluddin Hassan Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Aida Khalida Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Razib Salimin Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 3
C. Kumaresan Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Siraj Alsagoff Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 4
AC Mizal Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Tania Hudson Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 3
Wak Doyok Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Achey Bocey Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Shuib Sepahtu Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Mas Khan Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Delimawati Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Yusof Haslam Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Rosyam Nor Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Fattah Amin Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Sabrina Ali Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Mustaqim Bahadon Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Josiah Hogan Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Ramona Zamzam Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Esma Daniel Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Puteri Balqis Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Shaharuddin Thamby Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Mahmud Ali Bashah Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Wan Raja Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Liza Abdullah Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Roslan Saleh Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Zul Ariffin Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 4
Elizabeth Tan Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 3
Sasqia Dahuri Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Nam Ron Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Kenji Sawahi Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Nafiez Zaidi Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Azira Shafinaz Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 3
Johan As'ari Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Salina Saibi Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Nasir Bilal Khan Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Tony Eusoff Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Rahim Razali Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Anna Jobling Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Johan Raja Lawak Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Maya Karin Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Ozlynn Waty Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Kazar Saisi Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Khir Rahman Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Jay Iswazir Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Daniella Sya Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Hairul Azreen Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Sharnaaz Ahmad Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Nora Danish Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Syafiq Kyle Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Farali Khan Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Douglas Lim Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Fauzi Nawawi Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Fezrul Khan Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Eyka Farhana Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Fadilah Mansor Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Kodi Rasheed Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Hazama Azmi Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Azri Iskandar Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Hasnul Rahmat Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 2
Beto Kusyairy Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Yusuf Bahrin Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Hun Haqeem Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Ikmal Amry Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Jaa Suzuran Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Hafeez Mikail Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1
Jihaa Sham Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema N 1

Filemografi

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Pengarah Penulis Penerbit
2010 Abangku Gengster Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Filem pendek
Hantu Takde Kepala Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
Abangku Gengster II Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
Lorong Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Filem pendek; juga sebagai penyunting dan Pengarah Fotografi
2011 Along Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Filem pendek
2012 SAM: Saya Amat Mencintaimu Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Filem arahan pertama dan juga sebagai penyunting
2014 Abang Long Fadil Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Juga sebagai penyunting
2015 Villa Nabila Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
2016 Mat Moto Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Beliau mengarahkannya bersama Pekin Ibrahim
Desolasi Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Juga sebagai penyunting
2017 Abang Long Fadil 2 Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Juga sebagai penyunting
2018 KL Special Force Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Juga sebagai penyunting
2019 Misteri Dilaila Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Juga sebagai penyunting
Rise to Power: KLGU Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Beliau mengarahkannya bersama Faisal Ishak
2021 Penunggang Agama Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
Penunggang Agama 2 Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
2022 Abang Long Fadil 3 Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
2023 Polis EVO 3 Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
Budak Flat Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Juga sebagai pengarah penyelarasan
2024 Sheriff: Narko Integriti Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
Telekinesis Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Pos-produksi
2025 Game Of Life Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Pra-produksi

Drama

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan Saluran TV
Pengarah Penerbit
2008–2013 Roda-Roda Kuala Lumpur Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq, sebagai pelakon TV2
2009–2011, 2014–2021 Gerak Khas Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Sebagai pelakon dan penerbit bersama TV2, TV3
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Daniel, juga sebagai pengarah bersama dan serta pelakon TV2
2015–2016 Cinta Dari Marikh Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Adam, sebagai pelakon
2018 KL Gangster: Underworld Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Iflix
2020 KL Gangster: Underworld 2 Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  WeTV
2021–2022 Gerak Khas Undercover Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Sebagai pengarah dan penerbit bersama TV3
2023 Special Force: Anarchy Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema  Disney+ Hotstar

Muzik video

Tahun Tajuk Penyanyi Pengarah
2012 "Nyawaku" DJ Dave Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
"Sempurnakan Aku" Anuar Zain Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
"Ajari Aku" Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
2013 "Jalan Bersimpang" Filsuf dan Sleeq Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
2014 "Cobaan" Zizan Razak Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
2015 "Cinta Untuk Nabila" CD Naz Silkhannaz & The Jawi Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
2016 "Kalah Dalam Menang" Syamsul Yusof dan Mawi Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 
"Bukan Propaganda" Syafiq Yusof: Kehidupan awal, Kerjaya, Tema 

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Penerima Karya tercalon Kategori Keputusan Rujukan
2013 Festival Filem Malaysia ke-25
Syafiq Yusof SAM Pengarah Terbaik Tercalon
Penyunting Terbaik Tercalon
Pengarah Harapan Menang
2017 Anugerah PROFIMA 2017 Desolasi Pengarah Terbaik Menang
Festival Filem Malaysia ke-29 Abang Long Fadil 2 Filem Box Office Menang
2018 Anugerah Skrin 2018 Pengarah Terbaik Filem Tercalon
KL Special Force Tercalon
Abang Long Fadil 2 Lakon Layar Terbaik Filem Tercalon
KL Special Force Tercalon
2022 Festival Filem Malaysia ke-32 Abang Long Fadil 3 Pengarah Terbaik Tercalon

Rujukan

Tags:

Syafiq Yusof Kehidupan awalSyafiq Yusof KerjayaSyafiq Yusof TemaSyafiq Yusof Kehidupan peribadiSyafiq Yusof Cabang lainSyafiq Yusof KolaborasiSyafiq Yusof FilemografiSyafiq Yusof Anugerah dan pencalonanSyafiq Yusof RujukanSyafiq Yusof Pautan luarSyafiq YusofDatukDoktorFestival Filem Malaysia ke-25Filem pendekSAM: Saya Amat MencintaimuSyamsul YusofThe Malaysia Book of RecordsYusof Haslam

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hutan hujan Semenanjung MalaysiaRahim RazaliKL GangsterPasukan Khas UdaraLaskar Udara ISultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSabah F.C. (Malaysia)Anwar IbrahimAyob Khan Mydin PitchayMelitha SidabutarJoseph KurupJ RevolusiKerajaan MataramWan RajaNombor dalam budaya CinaLencana pangkat TLDMHari GawaiKerajaan Persekutuan MalaysiaCinema (Slot TV3)Sepak takrawProton ExoraMalaysia MadaniTayamumSultan Muhammad VSarimah IbrahimKerenggaSyamsul YusofNombor perdanaGanjaPembahagian kuasaHadisMarissa YasminJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahSenarai Yang di-Pertuan AgongBruneiFrekuensi radio di PerakSultan Mizan Zainal AbidinBahasa MelayuTanam paksaBumiputera di SabahPontianak Harum Sundal MalamWan Junaidi Tuanku JaafarGunung RuangMuhammad Haziq Bin NadzliIdahKasih Iris LeonaMaktab Rendah Sains MARAQarinWings (kumpulan muzik Malaysia)Abdullah bin Ahmad BadawiFarah AhmadTentera Udara Diraja MalaysiaShah RezzaYasmin AhmadPulau PangkorSkuadronHussein OnnJanna NickIntegritiNajis dalam IslamPulau TiomanHadis MutawatirSyerifMusa HassanKata sendi (bahasa Melayu)Hutan hujan pergunungan Semenanjung MalaysiaMuhammad al-FatihSenarai saluran AstroJohorSaifuddin Nasution IsmailNabi Yusuf a.s.Hari Buku SeduniaIbanKetua Menteri Melaka10 Briged ParaPandemik COVID-19 di MalaysiaLembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia🡆 More