Johan As'ari: Pelakon lelaki Malaysia

Johan Ariff bin As'ari (lahir 3 Disember 1986) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Beliau terkenal menerusi watak Botak dalam siri TV Juvana. Beliau merupakan anak kepada Datuk As'ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Johan As'ari
Kelahiran
Johan Ariff bin As'ari

(1986-12-03) 3 Disember 1986 (umur 37)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010–kini
Ketinggian1.8 m (5 ka 11 in)
Ibu bapa
  • As'ari Ibrahim (bapa)
  • Firdaus Kader (ibu)
Saudara
  • Farah Alya (kakak)
  • Hazwan As'ari (adik)

Kehidupan awal

Johan dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, merupakan anak kedua daripada empat beradik kepada Datuk As’ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Dato' Shaziman Abu Mansor. Kakaknya pernah bergelar pelakon pada tahun 2007 hingga 2009 iaitu Farah Alya. Menurut Johan, beliau mempunyai bakat bermain gitar dan piano serta boleh menyanyi sekadar suka-suka.

Kerjaya

Johan pernah belajar di sekolah pondok Pesantren As-Syuhada, Jambi, Indonesia selama setahun ketika berusia 20 tahun. Di situ, beliau melalui rutin hidup yang berdisiplin dan penuh dengan aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah, mendengar kuliah agama dan menghafaz ayat al-Quran. Namun begitu beliau tidak sempat menamatkan pengajiannya lalu kemudiannya bergelar mahasiswa dalam bidang kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Demi minatnya yang mendalam terhadap lakonan, beliau sanggup menangguhkan pengajian peringkat diplomanya itu kerana beliau lebih meminati bidang lakonan berbanding kaunseling. Untuk itu Johan nekad untuk bermula dari bawah dalam industri perfileman.

Beliau berjinak-jinak dengan kerja belakang tabir disamping kerap menyertai ujibakat pencarian bakat baru seperti Mentor, Akademi Fantasia dan juga Pilih Kasih. Bakatnya tidak disedari sehinggalah disunting oleh Filmscape milik pengarah terkenal Kabir Bhatia untuk memegang watak kecil dalam drama bersiri seram Penunggu Gunung Raya sekaligus menjadi drama pertama lakonan Johan. Menerusi Filmscape juga, pengarah Faisal Ishak menyunting beliau untuk membintangi drama bersiri Juvana di TV3 memegang peranan sebagai Botak, pelajar nakal di sekolah Wira Bakti untuk pesalah juvana.

Sebelum siri TV tersebut ditayangkan Johan pernah hampir terpilih untuk membintangi filem Gerimis Mengundang arahan pengarah prolifik Ahmad Idham, namun hasratnya itu tidak kesampaian biarpun telah dipertemukan dengan heroin filem tersebut, iaitu pelakon Indonesia, Olivia Lubis Jensen.

Ternyata rezeki Johan ada pada Juvana. Ekoran publisiti terhadap lakonannya dalam drama bersiri yang mencecah rating tinggi setiap minggu tayangannya itu, nama Johan disebut-sebut dikalangan peminat dan pemerhati industri. Populariti yang diraih menerusi drama tersebut membolehkan Johan menyertai barisan pelakon-pelakon lelaki muda yang dikatakan bakal bergelar pelapis.

Dalam masa yang singkat, Johan berpeluang berkongsi karya dengan pelakon-pelakon tersohor seperti Eman Manan dalam telefilem Janjiku Pada Alwalid serta bergandingan bersama aktres Fasha Sandha dalam drama bersiri Cinta Elysa.

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Johan menjayakan peranan utama sebagai Yasin dalam filem biopik sejarah Mat Kilau yang mengisahkan tentang perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau. Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Ady Putra, Fattah Amin, Farid Amirul, A. Galak, Beto Kusyairy, Yayan Ruhiyan, Nadiya Nisaa dan bintang baru, Ali Karimie.

Johan bersama-sama dengan Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Riz Amin, Cristina Suzanne, Siti Saleha dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018. Yang mana beliau memegang watak sebagai Sam.

Kehidupan peribadi

Pada tahun 2013, beliau pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Lana Nordin.

Ibu beliau, Allahyarhamah Datin Firdaus Kader meninggal dunia pada Mei 2015 akibat angin ahmar. Adik beliau, Hazwan berkahwin dengan pelakon, Adibah Yunus.

Johan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon Wan Sharmila ketika sama-sama menjayakan Jejak Karmila.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Juvana Botak Filem pertama
Balada Pencinta Amir
Paku Fahmi
Kolumpo Gangster 1 Penampilan khas
Tokan Saiful Rano
2014 Dollah Superstar Dirinya sendiri Penampilan khas
Ophilia Peter
2015 Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Botak
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir
Bo-Peng Peng
2017 Kanang anak Langkau: The Iban Warrior Lans Kpl. Wan Shapuddin Abu Kassim
2018 7ujuh Sam
2019 Tiada Tajuk Ustaz Adam Penampilan khas
Banglo No. 99 Tengku Putra Shah
2021 Penunggang Agama Hafiz
Penunggang Agama 2
2022 Hantu Kuat Ketawa Pembaca Berita Penampilan khas
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Yassin
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Koperal Udara Fakhrul Razi Zain / Paco
2023 VII XII Bentayan
2024 Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Yassin Penampilan khas
Memoir Seorang Guru Pos-produksi
Mawas Asyraf Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Penunggu Gunung Raya Atif Mutaqin/Ustaz Taqin TV3 Drama pertama
2011 Juvana Botak
Kias Ramadhan Megat
Cinta Elysa Aril
Terowong Adi Episod: "Kain Kapan"
2012 Pelangi Kasih Omar
Bunga-Bunga Syurga Aiman
Tanah Kubur (Musim 3) Man Astro Oasis Episod: "Taubat Penzalim Anak Yatim"
2013 Udin Glamor Balik Kampung Udin TV2
Syahadat Cinta Iqbal TV AlHijrah
Karlos Irwan Zaid/Karlos TV3
Tanah Kubur (Musim 7) Ahmad Astro Oasis Episod: "Mati Jihad"
Surat Dari Langit Biru Zarul TV3
Istidraj Cinta Azhar
2014 Kifarah 2 Shah Episod: "Durian Oh Durian"
Cinta Ilahi Hud
2015 Waris Kasih Zamani
Kampung Semarah Padi Kassim TV1
Kifarah Mistik Ben TV3 Episod: "Haruman Setanggi"
2016 Cinta Teruna Kimchi Amin
Udin Glamor Balik Kampung 2 Udin TV2
Mr Tanda Soal Amran TV3
Cinta Tangkap Muat Amzar Unifi TV
Terbaik Kias Ramadan Megat TV3
2017 Jejak Karmila Karim
Jurnal Suraya Alif
2018 Tok Adi Asyraf Astro Oasis
2019 Penjejak Ifrit Ridwan Astro Prima
Di Atas Sayap-Sayap Malaikat Ustaz Naim TV3
2020 Sabili: Ali Nurflix
2021 P.A Lelaki Kerek Tengku Irfan Haiqal TV Okey
Lelaki Itu Untukku 2 Izman TV1
Malaysian Ghost Stories Azlan Astro Ria Episod: “Penunggu Pohon Beringin”
Johan Episod: “Misteri Karak Highway”
Keluarga Untuk Disewa Zack TV9
2022 Reen Putus Cinta Awesome TV
Tok Guru Anuar TV2
2023 Special Force: Anarchy Izzat Disney+ Hotstar
Jaga Aku Selamanya Shukri TV3
Gelora 1941 Bahar TV1
2024 Menanti Senja Syukri TV3
Boleh Saya Bantu Mahaguru Azlan

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Janjiku Pada Alwalid Atiq TV3
Kesuma Jiwa Khali TV1
Insaf
Tasbih Putih Salim Astro Prima
Jalan Songsang Hud TV3
Romeo & Makcik Juliet TV9
Ajaibnya Cinta Affendi TV3
2012 50:50 TV1
Kau Untukku Jefri Astro Box Office
Tersalah Cinta Duwen TV3
Kampung Mangkuk Sengkuang Awie
2013 Keroncong Untuk Ana Amirul Astro Prima
Karlos Bolos Irwan Zaid/Karlos TV3
Satu Hari Di Hari Raya Syafiq
2014 Hitam Daud
Selempang Kuning Salleh Astro Prima
Superstra Amin TV9
Hatiku Di Krabi
2015 7 Petola Cinta Habibol
Lima Kali Cinta Zarif TV3
Ketupat Lemang Aiman TV9
Lafaznya Amin Shafie TV1
Cinta Riyadus Solihin Talib TV AlHijrah
Wan Embong Ali TV3
2016 Anak Ibu Buangan Ibu Shah
Hujan Malam Itu Lokman TV1
Aisha & Projek Dapur Ramadan Yusof TV9
Aku Bukan Rasul Haziq TV2
2017 Sinar Cinta Syukri TV9
Imam Samar-Samar Azmi
Obses Iskandar HyppTV
2018 Muara Qasim TV Okey
3 Qul Faiz TV2
2019 Kecoh Malam Raya Hariz TV1
2020 Line Puaka Idham Astro Citra
2021 Lagenda Puteri Bulan Astro Ceria
2022 Permintaan Terakhir Abah Awesome TV

Teater

Tahun Tajuk Watak
2018 Sitora Dr. Affendi

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Fear Factor Selebriti Malaysia Peserta Astro Ria berpasangan bersama Kaka Azraff
Betul ke Bohong? (Musim 4) Artis jemputan Astro Warna
2015 Ketuk-Ketuk Ramadhan Artis jemputan TV1
Hidayah Dirinya sendiri bersama Alif Hadi, Redza Rosli & Azrel Ismail
2016 MeleTOP Tetamu jemputan Astro Ria bersama Hafreez Adam & Zahiril Adzim
bersama Helmi Yusof
2017 Nasi Lemak Kopi O TV9 bersama Nazrief Nazri & Sabhi Saddi
2018 The Sherry Show And Friends TV3 bersama Siti Elizad & Sherry Alhadad
It's Alif ntv7 bersama Pekin Ibrahim & Riz Amin
MeleTOP Astro Ria
2019 Aroma Tradisi TV3
2023 Mic ON! Selebriti Peserta Awesome TV

Muzik video

Tahun Tajuk Penyanyi
2013 "Al-Haq Yang Satu" Mawi feat. AC Mizal
2014 "Masih Aku Cinta" Shila Amzah
2017 "Pejamkan Mata" Malique feat. Dayang Nurfaizah
2021 "Kau Yang Bertakhta" Sarah Suhairi

Drama radio

Tahun Tajuk Watak Stesen Radio
2018 Drama Nur Hikmah: Mega Di Ufuk Timur Hakim IKIM.fm

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Artis Baru Lelaki Popular Menang
Anugerah Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous
Pasangan Terbaik di Layar (bersama Fasha Sandha) Cinta Elysa Menang
2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2016 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 Aktor Pilihan Waris Kasih Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Farisha Irwayu) Tercalon
Anugerah Skrin 2016 Pelakon Lelaki Terbaik Drama Anak Ibu Buangan Ibu Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Johan As'ari Kehidupan awalJohan As'ari KerjayaJohan As'ari Kehidupan peribadiJohan As'ari FilemografiJohan As'ari Anugerah dan pencalonanJohan As'ari RujukanJohan As'ari Pautan luarJohan As'ariDatukJuvanaMenteri Kerja Raya MalaysiaShaziman Abu Mansor

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Salasilah keturunan Nabi MuhammadAzira ShafinazRevolusi PerancisAbang Johari Tun OpengZiana ZainBanjirWan SharmilaBunga kertasMeerqeenKelawar BuasAhmad Zahid HamidiShaheizy SamMohd Noor Helmy Abdul HalemAmelia HendersonLayang Layang PerkahwinanPerang Dunia PertamaYusof HaslamQistina RaisahNabi Yusuf a.s.Jam 24 jamPahangFadillah YusofGeografi MalaysiaWohnenSenarai raja-raja MelayuMokhtar DahariGerak KhasTakdir Itu Milik AkuSurah al-BaqarahTunku Ismail ibni Sultan IbrahimHaron DinKerajaan Bani AbbasiyahDwidewanMata anginBerkhalwatSabahNicol Ann DavidKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaKasih Iris LeonaIntan LadyanaPahamin RajabUnifi TVProton ExoraCarles PuigdemontLembah BujangWings (kumpulan muzik Malaysia)Piagam MadinahOrang Asli di MalaysiaSherry AlhadadAsmidarMenteri Kesihatan MalaysiaUpin & IpinSurah Al-InsyirahInflasiKuala PilahMajlis Raja-RajaRisteena MunimRukun ImanTrisha OoiAndai Itu TakdirnyaBanjir Malaysia 2021–2022BuliSenarai SBP di MalaysiaPerempuan Itu (drama)SejarahFC Bayern MunichWawasan 2020Mandi wajibDaiyan TrishaAbdul Razak HusseinOrang JawaCiri-ciri orang munafikHaidIman TroyeNoryati TaibMatlamat Pembangunan Mampan 15Melisha SidabutarSultan Nazrin Muizzuddin Shah🡆 More