Anna Jobling

Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman (Jawi: اننا ايلليس ڬوستين جوبليڠ عبدالرحمن; lahir 14 Ogos 2000) merupakan seorang model, pelakon dan pengacara Malaysia.

Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau ialah pemenang tempat keempat. Beliau telah membintangi beberapa drama TV seperti Shah Alam 40000 dan Keluarga Baha Don, namun lebih dikenali menerusi lakonannya dalam drama Melur Untuk Firdaus.

Anna Jobling
Kelahiran
Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman

(2000-08-14) 14 Ogos 2000 (umur 23)
PekerjaanModel, pelakon, pengacara
Tahun aktif2018–kini
Terkenal keranaMelur Untuk Firdaus

Kehidupan awal

Pada 14 Ogos 2000, Anna Jobling dilahirkan di KL sebagai anak tunggal kepada bapanya yang berbangsa Inggeris yang berasal dari United Kingdom dan ibunya yang berbangsa Melayu dari Melaka. Bapanya bekerja sebagai jurutera di syarikat minyak dan gas manakala ibunya bekerja sebagai pengurus. Dibesarkan dalam kepercayaan agama Islam, Anna mendapat pendidikan di sebuah sekolah antarabangsa.

Kerjaya

Sebelum menyertai Dewi Remaja, Anna Jobling memulakan kerjaya peragaan dengan menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Miss Melaka dan Miss Pahang. Pada usia 15 tahun, ibunya menghantarnya ke akademi peragaan yang dikendalikan oleh Amber Chia dan sejak itu, beliau mula bergiat aktif dalam bidang peragaan dengan membintangi iklan televisyen dan sebagai penghias muka depan majalah.

Beliau dipilih menjadi salah seorang daripada 12 peserta Dewi Remaja 2018/19 yang turut disertai oleh Haneesya Hanee, Zeera Azizi, Aween Ismail dan Arena Lieya. Beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat.

Kerjaya lakonan Anna bermula apabila beliau ditawarkan berlakon dalam filem pertamanya Pasal Kau! arahan Adrian Teh lakonan bersama Hairul Azreen dan Janna Nick. Beliau melakonkan watak sebagai Emelia. Drama pertama lakonan beliau ialah Keluarga Baha Don musim pertama yang disiarkan di platform penstriman Viu, diikuti dengan drama One Two Hantu yang bersiaran di Awesome TV.

Beliau mula mendapat perhatian meluas menerusi drama Shah Alam 40000 yang bersiaran di slot Akasia TV3 dengan memegang watak sebagai Shafinaz Mckenzie. Untuk lakonannya dalam drama ini, beliau berlatih bertutur dalam bahasa Melayu ketika di lokasi penggambaran. Beliau kemudiannya membintangi filem keduanya Penunggang Agama 2 dengan melakonkan watak Intan dan bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof.

Pada tahun 2022, beliau digandingkan bersama Meerqeen dalam drama Melur Untuk Firdaus dengan melakonkan watak Melur. Drama ini menjadi sohor kini di media sosial dengan nama beliau menjadi tular sehingga ke luar negara. Beliau kini semakin dikenali ramai dan banyak diundang dalam program-program televisyen.

Pada Julai 2022, namanya tersenarai sebagai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler sekali gus menjadi calon tunggal dari Malaysia untuk kempen tahunan tersebut.

Kehidupan peribadi

Bapa beliau, Abdul Rahman Gustin Jobling Abdullah meninggal dunia pada 8 September 2023 akibat serangan jantung di United Kingdom.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 Pasal Kau! Emelia Filem pertama
2021 Penunggang Agama 2 Intan
2024 Lembayung Dr. Tantri Filem Indonesia

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 One Two Hantu Sheila Awesome TV
2021 Kalung Fatima TV Okey
Malaysian Ghost Stories [1] Laila Astro Ria Episod: “Nenek Kebayan”
Mr. Millennium Stephanie TV9
Oh My Hantaran Alya
Shah Alam 40000 Shafinaz MacKenzie TV3
2022 Kuasa Atikah Astro Citra
Melur Untuk Firdaus Melur (Adriana Zulaikha) TV3
Ash & Aish Delila Astro Ria
Dia Yang Ku Jadikan Suami Naazneen Fatah
Terima Kasih Cinta Wan Raihana TV3
2023 Melur Untuk Firdaus 2 Melur (Adriana Zulaikha)
Syurga Itu Bukan Mudah Aileen Astro Ria
2024 "Seorang Wanita Johor Bahru" Ayuni TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Balik ke Idak? Alesya Awesome TV Telefilem Raya
Bella - Bila Cinta Bersatu Bella TV9
2022 Semua Tentang Kita Rossa TV3

Web Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Keluarga Baha Don (Musim 1) Teman wanita Jo Don III Viu
2024 The One Abby (Natasha Abigail Miller) Vision Plus Drama Indonesia
Jendela Hati Farah / Sarah Viu

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2018–2019 Dewi Remaja 2018/2019 Dirinya sendiri / Peserta Astro Ria
2019 E! Show Pengacara E! News Asia Hos karpet merah AJL 33
Drama Festival Kuala Lumpur 2019 Artis jemputan TV3 Muncul pada persembahan Hafiz Suip yang menyanyikan lagu Kisah Cinta Kita [2]
Aura Femina Dirinya sendiri TV2 Episod 3; Bersama Ann Karim dalam segmen Fesyen & Kecantikan [3]
2018 MeleTOP [4] Astro Ria
2020 Ujian Menantu Awesome TV Bersama Neera Azizi
Macam Macam Show Ani Jobless
2021 Borak Kopitiam Dirinya sendiri Beliau mempromosikan drama Shah Alam 40000 [5]
Wanita Hari Ini Artis jemputan Bersama Umie Aida mempromosikan drama Shah Alam 4000 [6][7]
Melodi
Sepahtu Reunion Live Sarah Astro Warna Episod: "Menantu Atau Hantu"
Maharaja Lawak Mega 2021 Artis jemputan Bersama kumpulan R&R
2022 Sepahtu Reunion Live Mira Episod: "Jalan Pintas Untuk Bahagia"
Brownis Artis jemputan Trans TV Bersama Meerqeen [8][9][10][11][12]
Ketawa Itu Berkah
Lapor Pak! Trans7
MeleTOP Astro Ria
Terpaling Juara TV3
Malaysia Hari Ini Bersama pengarah Azhar Zainal, Azrel Ismail dan Puteri Sarah Liyana untuk mempromosikan teater Maduku Terpaling Kalut [13]
Wanita Hari Ini Bersama Syafiq Naser dalam topik Jangan Pandang Sebelah Mata [14]
#KeluargaMalaysia Cara Kita TV1
Malaysia Hari Ini TV3 Bersama Kokoq dalam segmen Tumpang Der...[15]
2023 Nona [16]
Pagi-Pagi Ambyar [17] Trans TV
Melodi TV3 Bersama Sophia Albarakbah [18]
Big Stage (musim 5) Presiden netizen Astro Ria Minggu 8: Suku Akhir
Malaysia Hari Ini Artis jemputan TV3 Bersama Danial Chuer dalam topik Debaran ABPBH 35 [19]
Wanita Hari Ini [20]

Teater

Tahun Tajuk Watak Arahan Catatan
29 September - 2 Oktober 2022 Maduku Terpaling Kalut (Edisi ketiga) Mimi Azhar Zainal Bertempat di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya

Iklan

Tahun Iklan Catatan
2017 Samsung: Galaxy A Bersama Nabil Mahir, Zhu Sien & Julien Buteau
2018 DiGi: 4G Plus
Mi Sedaap [21]
Harpic [22] Iklan Argentina dan Chile
Watsons
Enchanteur Bersama Ayumi Azizan & Iman Zulkarnain
Darlie: Kisah Cinta Berus Gigi Wide Clean dan Slim Clean Darlie [23] Bersama Alif Satar & Akim Nordinn
2019 Samsung: Galaxy A7 & A9
WOW Raya Kylez - Wow! Syafiq Kyle masak rendang untuk family?[24] Bersama Syafiq Kyle, Nabila Huda, Sheila Mambo & Jabir Meftah, sebagai Kaarina
Tune Talk: A Hopeful Christmas [25] Bersama Kai Chalmerss, sebagai Sally
Marie Claire X Fossil [26]
2023 Bata [27] Bersama Aedy Ashraf sebagai duta produk

Videografi

Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi Pengarah Catatan
2019 "Hello" Ismail Izzani & Andi Bernadee Bersama artis-artis World Peace Entertaiment & Warner Music Malaysia
2023 "Bertengkar Manis" Rossa feat Barsena Bestandhi Prialangga Bersama Omar Daniel

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2019 Dewi Remaja 2018/19 Tempat ke-4
2022 Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Seksi Menang
2023 Anugerah Drama Sangat 2023 Pelakon Wanita Popular Menang
Pasangan Drama Terbaik Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Menang
Aktres TV Popular Menang
Couple TV Popular Menang
TikTok Awards Malaysia Celebrity of The Year Tercalon
Anugerah Telenovela ke-9 Pelakon Wanita Popular Tercalon
2024 Gempak Most Wanted Awards 2023 Selebriti Digital Tergempak Menang
Anugerah Drama #RambutTetapBoom Menang
Gempak Most Wanted Menang (1,549,083 undian)

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Anna Jobling Kehidupan awalAnna Jobling KerjayaAnna Jobling Kehidupan peribadiAnna Jobling FilemografiAnna Jobling Anugerah dan pencalonanAnna Jobling RujukanAnna Jobling Pautan luarAnna JoblingDewi RemajaKeluarga Baha DonMelur Untuk FirdausShah Alam 40000Tulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Mokhtar DahariUthman bin AffanKelurAshraf SinclairTengku Ismail Leon PetraFrekuensi radio di PahangSunan Gunung JatiJenis air untuk bersuci dalam IslamNegeri SembilanTerapi fizikalFil MarsyalBadmintonSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahDewan Undangan Negeri SabahRuhainiesSenarai haiwanAmyra RosliKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaKetupat palasNorman HakimWawasan 2020Bella DallyPegawai Waran Udara IAbdul Taib MahmudPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalRosyam NorJawatankuasa Hubungan Antara KaumHari WesakMohd Noor Helmy Abdul HalemKuantanAisyah Abu BakarHududTeknologi hijauSultan SallehuddinMalaysiaKedahBola jaringMusa HassanLeftenan KomanderIntegritiPeribahasa MelayuNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuCaturCarles PuigdemontMahligai PermataSenarai Sultan Empayar UthmaniyahSijil Tinggi Agama MalaysiaZambry Abdul KadirInspektor kesihatanMenara Berkembar PetronasEpistemologiProton SatriaGoogle ScholarDubaiNadhir NasarHubungan seksKolej Islam Sultan Alam ShahNora DanishKata kerjaSejarah MelakaTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahPanglima Angkatan TenteraMalang Si PuteriNombor telefon di MalaysiaAnugerah AidilfitriKerajaan MataramMikroplastikSophia LianaPasukan Khas UdaraLaman UtamaAntipsikotikTakbirIntan NajuwaSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaSolatMahkamah MalaysiaAedy AshrafCik Manggis🡆 More