Puteri Sarah Liyana: Pelakon dan model Malaysia

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin (lahir 1 Disember 1985) ialah seorang pelakon dan peragawati wanita Malaysia.

Memulakan kerjaya awal sebagai pelakon iklan, beliau dikenali dengan peranan lakonan di televisyen dan filem. Antara drama lakonannya ialah Sari Maya 2 (2009), Asmaradana (2010), Indera Joned (2012), Evolusi KL Drift: The Series (2012–2013), Sabarlah Duhai Hati (2021) dan Andai Itu Takdirnya (2023). Beliau juga telah berlakon dalam filem seperti Lu Pikirlah Sendiri de Movie (2010), Usin UFO dan Radhi Rudy Bin Dadu (2016). Pada tahun 2023, beliau melancarkan memoir pertamanya, Puteri Sarah: Terus Melangkah.

Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah Liyana: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Puteri Sarah ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 8 Mac 2016.
Kelahiran
Puteri Sarah Liyana binti Megat Kamaruddin

(1985-12-01) 1 Disember 1985 (umur 38)
Nama lain
  • Puteri Sarah
  • Sarah Kamaruddin
PendidikanIjazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, peragawati
Tahun aktif2005–kini
Ketinggian165 cm (5 ka 5 in)
PasanganSyamsul Yusof (k. 2014; c. 2023)
Anak-anak2
Ibu bapa
  • Megat Kamaruddin bin Megat Shamsuddin (bapa)
  • Paridah binti Puteh (ibu)

Kehidupan awal

Puteri Sarah dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur serta Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Megat Kamaruddin bin Megat Shamsuddin dan Paridah binti Puteh. Beliau juga berasal dari susur galur darah keturunan Megat Terawis. Bapanya merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia.

Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Kerjaya

Puteri Sarah terlebih dahulu menjadi peragawati iklan bagi DiGi (kini CelcomDigi), F&N, AG2000 dan Nivea. Di awal penglibatannya, beliau menggunakan nama Sarah Kamaruddin untuk kerjayanya. Kerjaya lakonannya bermula sebagai pelakon undangan untuk sitkom Dunia Anita yang disiarkan di TV3, seterusnya menjadi pelakon tambahan dalam filem Tipah Tertipu The Movie lakonan kumpulan Ruffedge. Beliau kemudian ditawarkan berlakon bersama Mawi dalam filem Aduh Saliha arahan M. Nasir dengan melakonkan watak sebagai Saliha, sebelum menarik diri berikutan filem itu gagal disiapkan mengikut jadual.

Selepas itu, pada tahun 2010, beliau berlakon bersama pelawak Nabil Ahmad dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie dengan memegang watak Natasya. Pada tahun itu juga, Puteri Sarah berlakon dalam beberapa drama TV yang semuanya disiarkan di TV3, antaranya ialah Asmardana, Janji Kekasih dan Tipah Vavavoom. Pada masa yang sama, beliau juga dilantik sebagai duta dan jurucakap Silky Girl. Dari Oktober 2012 sehingga Mac 2013, beliau berlakon dalam drama Evolusi KL Drift: The Series yang diadaptasi dari filem 2008 bertajuk sama arahan dan lakonan Syamsul Yusof (kemudian menjadi suaminya). Menerusi drama ini, beliau memegang watak sebagai Tasha, seorang pelajar kolej yang dibesarkan dalam keluarga berada yang bermasalah, sering berkunjung ke kelab malam bagi melepaskan tekanan. Kehidupannya berubah selepas berkenalan dengan Zack.

Bekerja di bawah arahan Sabri Yunus, Puteri Sarah memegang watak tajuk dalam drama Sufiyah yang disiarkan di Astro Prima. Ia merupakan satu-satunya drama lakonannya bagi tahun 2013. Dua tahun kemudian, beliau berlakon drama pertama lakonannya selepas berkahwin dengan Syamsul Yusof pada Mac 2014, Cinta Berkalung Duri 2. Pada tahun 2016, Puteri Sarah berlakon dalam dua filem, iaitu Usin UFO dan Radhi Rudy Bin Dadu. Akan tetapi, beliau mengambil keputusan untuk bersara dari bidang lakonannya bagi menumpukan perhatian kepada keluarganya.

Pada tahun 2021, selepas lima tahun berehat, Puteri Sarah kembali aktif dalam bidang lakonan dengan berlakon dalam drama Melastik Ke Hatimu sebagai Faida dan Sabarlah Duhai Hati sebagai Dian, yang kedua-duanya disiarkan di TV3 serta drama Ustazah Robotik untuk TV AlHijrah. Pada Mac 2023, beliau menulis lagu pertamanya, "Terus" yang dinyanyikan oleh Sarah Fazny dan Zayani hasil nukilan Faizal Ulwi. Beliau berlakon bersama Shukri Yahaya dan Hannah Delisha dalam drama adaptasi novel, Andai Itu Takdirnya dengan memegang watak Umairah.

Puteri Sarah melancarkan buku autobiografi pertamanya, Puteri Sarah: Terus Melangkah yang dilancarkan pada 30 Mei 2023 semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Buku ini mendedahkan kisah peribadi sebenar beliau yang tidak pernah dikongsikan kepada umum. Beliau mengakui banyak kali air matanya menitis sepanjang proses menyiapkan buku sulungnya.

Beliau juga muncul dalam drama Hijrah Jannah dengan memegang watak Munirah yang disiarkan di Astro Ria bermula 5 Jun 2023.

Kehidupan peribadi

Puteri Sarah sebelum ini telah menjalin hubungan dengan pelakon, Ammar Alfian selama lima tahun. Pada awal 2013, beliau telah mula bertudung.

Beliau telah berkahwin dengan pelakon Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah telah berlangsung di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, pasangan ini diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid pada jam 11:30 pagi dengan hanya sekali lafaz bersertakan dengan mas kahwin berjumlah RM1,111. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah dihadiri oleh ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan, sahabat handai dan sanak saudara serta rakan-rakan artis.

Pada 19 April 2017, Puteri Sarah selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 6.30 pagi Rabu. Bayi seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, dekat sini. Berita gembira ini disampaikan oleh suami beliau menerusi laman sosial dan mengumumkan nama anak mereka iaitu Syaikhul Islam. Pada 16 Mac 2019, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu anak perempuan sulung yang bernama Sumayyah.

Pada Januari 2023, suami Puteri Sarah, Syamsul Yusof membuat kenyataan akbar bahawa dia telah berkahwin secara senyap di Thailand dengan wanita yang kurang dikenali bernama Ira Kazar, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi. Perkahwinan secara senyap itu tidak mendapat keizinan daripada Puteri Sarah, sekaligus mencetuskan perbalahan antara mereka. Puteri Sarah telah menuntut cerai di mahkamah pada Januari 2023 dan kes dibicarakan pada Februari. Menurut Sarah, perihal Syamsul–Ira telah berlaku sejak 2019, dan ditentang kuat kerana tidak dilangsungkan dengan telus serta tidak mendapat restu. Pada 22 Mac 2023, Puteri Sarah menuntut hak penjagaan penuh ke atas dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah di kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Syariah. Kemudian, pada 9 April 2023, Puteri Sarah dan Syamsul telah mencapai kata sepakat untuk bercerai pada 18 April. Namun, mereka gagal mencapai kata sepakat untuk bercerai pada tarikh yang ditetapkan, apabila Syamsul mengenakan dua syarat yang mana ia ditolak oleh Puteri Sarah. Beliau kemudian menyatakan di laman Instagram beliau bahawa perkahwinannya dengan Syamsul dianggap sebagai satu penyesalan terbesar dalam hidupnya. Puteri Sarah dan Syamsul akhirnya bercerai talak satu pada 14 Jun 2023 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Tipah Tertipu The Movie Gadis 2 Filem pertama, pelakon tambahan
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Natasya
2016 Usin UFO Husna
Radhi Rudy Bin Dadu Tasha
2023 Memburu Dr. Azizah

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005–2007 Dunia Anita TV3
2005–2008 Puteri
2006 Kawan
2007 Kisah Yusof
2008 Renjis Astro Ria
2008–2009 Pepaya TV3
Dendam Zita
2009 Sari Maya 2 Sally TV9
2010 Asmaradana Mimi TV3
Na O Mei Na O Mei muda
Putera Katak Zara
Janji Kekasih Syafiqah
Tipah Vavavoom Linda
2011 Cinta Antara Kita Alia
2012 Pelangi Kasih Azlin
Friday I'm In Love Bella TV9 Pelakon undangan
Indera Joned Rina TV3
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Tasha TV2
Suri Bella TV3
2013 Sufiyah Sufiyah Astro Prima
2015 Cinta Berkalung Duri 2 Wani TV2
2021 Melastik Ke Hatimu Faida TV3
Sabarlah Duhai Hati Dian
Ustazah Robotik Asma TV AlHijrah
2022 Anak Beranak Abe Yie Shima TV3
Suri Hati Sarah
Aku Seorang Perempuan Jasmin TV9
2023 Andai Itu Takdirnya Umairah Astro Ria
Saya Tunggu Awak Hanna Mardhiah TV1
Hijrah Jannah Munirah Astro Ria
Melastik Ke Hatimu 2 Faida TV3
Ratu Lori Shima TV Okey

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Sandal & Serban Astro Oasis
Awang Batil Terakhir Maria Astro Prima
2016 Gelap Yang Terang TV2
2020 Takbir Dari Belantara TV1
Kasyaf Gelang Iblis Ana Astro Citra
2021 Ayat Dari Langit Faizah
Jangan Curi Hati Saya Dr Sharmila TV1
2022 Tanggang Langgang Melur TV3
Kuasa 3 Malam: Cikgu Nerd Ustazah Hanun TV9
Syurga Nur Muhammad Marlia Awesome TV
Selut Mawar TV2
2024 Melastik Ke Hatimu Raya Faida TV3
TBA Andai Itu Takdirnya Raya Umairah Astro Ria

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2022 Next To Neelofa (Musim 2) Artis Jemputan Astro Ria
2023 Sepahtu Reunion Live Astro Warna Episod: "Kerana Aku Manusia Biasa"

Diskografi

Single
Tahun Tajuk Penyanyi
2023
"Terus"
Sarah Fazny dan Zayani

Bibliografi

  • Puteri Sarah Liyana; Emi Anvepa (2023). Puteri Sarah: Terus Melangkah. Kuala Lumpur: Terbit Sendiri Empire; Projek Nomad. ISBN 9786299830405.

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktres TV Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Puteri Sarah Liyana Kehidupan awalPuteri Sarah Liyana KerjayaPuteri Sarah Liyana Kehidupan peribadiPuteri Sarah Liyana FilemografiPuteri Sarah Liyana DiskografiPuteri Sarah Liyana BibliografiPuteri Sarah Liyana Anugerah dan pencalonanPuteri Sarah Liyana RujukanPuteri Sarah Liyana Pautan luarPuteri Sarah LiyanaAndai Itu TakdirnyaAsmaradana (drama)Evolusi KL Drift: The SeriesIndera JonedLu Pikirlah Sendiri de MovieRadhi Rudy Bin DaduSabarlah Duhai HatiSari Maya 2Usin UFO

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Laskar MudaJangkitanKementerian Dalam Negeri MalaysiaHubungan seksSiksa KuburSikorsky S-61A-4 NuriUndang-undangLaksamana ArmadaSijil Tinggi Agama MalaysiaPerang AhzabSarimah IbrahimHazama AzmiAmir AhnafNegeri-negeri Melayu BersekutuErra FaziraSenarai kata pinjaman bahasa MelayuIsmail Mohamed SaidPuchong, SelangorSulalatus SalatinJohorNabila RazaliSultan Sharafuddin Idris ShahSerembanZahirah MacWilsonJ RevolusiMalayan UnionMinal 'Aidin wal-FaizinIzzue IslamPekanbaruIdahPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Johor BahruAsmidarSungai BulohSenarai raja-raja MelayuPersatuan Negara-negara Asia TenggaraFadhlina SidekAl-QuranCibaiHantu Kak LimahAlor SetarSenarai saluran AstroKarbon dioksidaGerakan Aceh MerdekaPiala Asia B-23 AFCPegawai memerintahAstro MalaysiaPilihan raya umum Tanah Melayu 1955Tunku Abu BakarKelantan Darul Naim F.C.Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kubang SemangJata MalaysiaAkut (perubatan)Akta Dadah Berbahaya 1952LiberalismeFarah AhmadHun HaqeemAsertifMaria OzawaSofia JanePertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuSolat Sunat RawatibEyka FarhanaKristianLaluan Kelana JayaFarajTentera Laut Diraja MalaysiaCaturSyafiq YusofSabah F.C. (Malaysia)Jenis air untuk bersuci dalam IslamPolis EVO 3Pendidikan di MalaysiaKata hubung (bahasa Melayu)Tadau Kaamatan🡆 More