Sofia Jane: Pelakon wanita Malaysia

Datin Sofia Jane binti Hisham (lahir 14 Februari 1972) ialah seorang pelakon dan bekas peragawati Malaysia.

Pelakon kacukan Inggeris dan Melayu ini dikenali menerusi filem-filem popular lakonannya termasuklah Harry Boy (1992), Kekasih Awal dan Akhir (1993), Perempuan, Isteri dan... (1993) dan Sayang Salmah (1995). Beliau adalah penerima anugerah Artis Paling Popular menerusi penganjuran majlis Anugerah Bintang-Bintang Popular Berita Harian 1993.


Sofia Jane
Kelahiran
Sofia Jane binti Hisham

(1972-02-14) 14 Februari 1972 (umur 52)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1989–kini
PasanganDato' Meor Zain Azman (k. 1995)
Anak-anak4
IbuNoreen Abdullah (b. Felicity Jane Preveost)
BapaHisham Mohd Pilus

Biografi

Kehidupan Awal

Sofia Jane dilahirkan pada 14 Februari 1972 di London, England. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 beradik kepada pasangan Noreen Abdullah, berbangsa Inggeris dan Hisham Pilus berketurunan Melayu. Ketika kecil Sofia tidak didedahkan dengan dunia seni tetapi meminati beberapa aktres terkenal seperti Maria Menado yang menjadi idolanya . Sofia bermula sebagai pelakon iklan seawal usia 16 tahun di bawah agensi kelolaan Tiara Jacquelina untuk mencari wang saku pada lewat 80an . Antara iklan terawal dijayakannya adalah syampu jenama America No 1 pada 1989 . Setelah Sofia bergiat sebagai pelakon tambahan secara suka-suka, potensi dan bakat lakonan Sofia mula diperhatikan oleh pelakon dan penerbit drama ketika itu, Mariani Ismail yang juga ibu kepada rakan semasa remajanya Melissa Saila . Setelah itu Sofia membuat kemunculan sulung menerusi watak Azizah dalam filem Mira Edora arahan Zulkifli M. Osman . Serentak dengan itu nama Sofia juga tiba-tiba popular kerana iklan bedak talkum jenama Follow Me meraih perhatian ramai .

Kemuncak Kerjaya

Sofia berjaya mendapat pujian pengkritik dalam filem Interlud dan kemudian mendapat watak utama sebagai Haryati dalam filem Harry Boy pada 1991 . Filem Harry Boy mempopularkan nama Sofia sebaris dengan pelakon wanita muda yang lain ketika itu lebih-lebih lagi setelah kontroversi babak berpakaian renang (bikini) yang dilakonkannya dalam filem itu . Namanya semakin memuncak naik pada 1993 menerusi dua buah filem terlaris tahun itu iaitu Kekasih Awal Dan Akhir bersama Jamal Abdillah, sekali lagi dibawah arahan Zulkifli dan Perempuan, Isteri & .....? bersama Nasir Bilal Khan di bawah arahan U-Wei Hj Saari . Filem ini menimbulkan kontroversi kerana jalan ceritanya mengenai isteri yang jalang dan melibatkan beberapa babak sensitif seperti watak Zaleha membuat 'nasi kangkang' . Walaupun begitu, filem ini berjaya mengubah landskap penceritaan filem Malaysia untuk mendekati topik yang lebih taboo tetapi masih berlandaskan nilai-nilai timur . Sofia berjaya mendapat pencalonan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia . Populariti Sofia tidak hanya di layar perak, wajahnya juga menjadi perhatian di kaca TV menerusi drama-drama dengan penontonan tertinggi seperti Gado-gado , Tiga Pendek dan Dunia Rees & Ina. Sofia dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular dan Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1993.

Setelah popular sebagai pelakon, Sofia pernah mempersiapkan diri untuk bergelar penyanyi rakaman pada 1993 . Sofia juga bekerjasama dengan Kumpulan Spring sebagai ilhamrasa (muse) untuk lagu-lagu kumpulan itu termasuk membintangi beberapa video muzik mereka dari 1993-1995. Dalam pada itu Timbalan Pengerusi Finas Dato Dr Wan Hashim Wan Teh pernah memberi kenyataan yang mengguriskan hati Sofia Jane ekoran keberaniannya melakonkan watak-watak panas . Pada 13 September 1994, Sofia mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar tabloid iaitu Buletin Utama kerana memfitnahnya sebagai perampas suami orang . Setelah mempelajari seni tarian dan seni silat Melayu, Sofia Jane mengorak langkah ke pentas teater apabila membintangi teater Malam Ini Penyu Menangis pada 1994 . Sofia membintangi filem Seniman dibawah arahan Erma Fatima namun separuh jalan menjelang penggambaran Sofia menarik diri sebagai watak utama dengan memberi alasan masalah kesihatan . Setelah itu filem itu ditukarkan tajuk kepada Jimi Asmara dan Sofia muncul membawa watak undangan. Sofia juga muncul membawakan watak Hamidah, perempuan joget yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga dalam filem Sayang Salmah arahan Mahadi J. Murat pada 1995 . Sofia juga muncul dalam sebuah lagi filem box-office yang juga adaptasi novel berjudul Cinta Kita membawa watak gadis yang patah hati dan mengubah personaliti dirinya dimana beliau mendapat pencalonan kedua dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia . Lakonan Sofia mendapat pujian ramai terutama menerusi babak wataknya memotong rambut menjadi sangat pendek . Lakonan Sofia juga mendapat pujian ramai menerusi telefilem Penghujung Rindu yang penuh dengan babak airmata . Menerusi telefilem ini Sofia menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin .

Selama beberapa tahun Sofia diasak dengan pelbagai kontroversi dan kisah peribadi . Sofia mula menyatakan hasrat untuk berehat seketika daripada dunia seni dan meninggalkan Kuala Lumpur . Luka di hati Sofia sedikit terubat apabila beliau memenangi kes saman terhadap tabloid Buletin Utama dan mendapat tuntutan gantirugi sebanyak RM400,000 . Selepas menyiapkan penggambaran Suratan Kasih (sekali lagi digandingkan dengan Jamal) dengan mebawakan watak penyanyi , Sofia mula memperlahankan aktiviti seni. Ketika itu bakat nyanyian Sofia diperhatikan dan ditawarkan untuk merakamkan album. Malangnya Sofia mengumumkan pengundurannya dari industri filem pada pertengahan 1995 dan kemudian mengumumkan pertunangannya dan disusuli pernikahan dengan ahli perniagaan, Meor Zain Azman Mohammed Taib pada 9 September 1995 di Bukit Damansara, Kuala Lumpur . Persembahan terakhir Sofia sebelum 'bersara' adalah pementasan teater monolog One By One terbitan Dramalab dengan menyampaikan segmen “Why Did He Sleep With Me If I’m So Fat?” dan “Penganggur Terhormat”, karya Dina Zaman, arahan Normah Nordin . Di kaca TV, drama Konflik dan Bintang lakonan Sofia juga ditayangkan . Setelah ditangguhkan kerana kontroversi melibatkan Jamal, filem Suratan Kasih akhirnya ditayangkan pada 1996 dan berjaya mencapai kutipan box-office sekaligus menjadi filem perpisahan buat Sofia yang mengumumkan akan berpindah ke Jakarta, Indonesia mengikut suaminya. Pengunduran Sofia mendapat bantahan daripada rakan artis dan juga peminat.

Kemunculan Semula

Sejak 1996, Sofia menumpukan perhatian kepada keluarga di Jakarta dan seringkali pulang ke Kuala Lumpur dan menghadiri majlis-majlis hiburan sebagai tetamu. Pada tahun 2001, Sofia memberi bayangan akan kembali berpindah ke Malaysia apabila menerima tawaran berlakon teater Relatively Speaking di bawah produksi West End arahan Richard Gardner . Sofia juga sudahpun bersetuju untuk membintangi sebuah filem muzikal berjudul Hati Biru yang memerlukan Sofia bernyanyi serta bergandingan bersama Azri Iskandar dan The Chini , adaptasi kisah Naga Tasik Cini . Namun kedua-dua projek filem itu dibatalkan biarpun Sofia sudahpun kembali menetap di Malaysia . Sofia muncul dalam teater Visits pada 2003 . Setelah itu Sofia membuat kemunculan semula di layar perak menerusi watak Tun Teja dalam filem Puteri Gunung Ledang (2004) arahan Saw Teong Hin . Sofia menerima tawaran filem yang menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia itu setelah dipujuk oleh rakan baiknya Tiara . Setelah kembali aktif, Sofia menjadi sangat selektif dalam menerima tawaran . Beliau muncul dalam telefilem arahan Azman Yahya berjudul Sebuah Ijtihad membawakan watak sebagai banduan wanita . Menerusi watak itu Sofia berjaya menjulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2007 .

Sofia dilantik menjadi menjadi jurucakap produk kecantikan Clarins dan makanan kesihatan Juvanex . Pada tahun 2008, Sofia muncul dalam filem box-office Susuk bersama Ida Nerina di bawah arahan Amir Muhammad dan Naiem Ghalili . Pada tahun 2010, Sofia kembali ke pentas teater dengan Natrah arahan Erma dan seterusnya bekerjasama dengan Erma lagi untuk telefilem Karma Salina bergandingan dengan Sharifah Amani. Pada tahun 2012, Erma terpaksa merombak skrip pementasan teater Tun Siti Hasmah apabila Sofia dan kemudiannya Erra Fazira menarik diri daripada memegang watak utama . Konflik itu berakhir apabila pelakon Siti Shahrizah tampil menggantikan . Sofia mula menduduki kerusi pengarah apabila terlibat dalam projek filem pendek antologi Ikal Mayang (2013) dengan mengarahkan sebuah filem pendek berjudul 1-800-Baby . Sofia juga muncul sebagai juri tetap untuk rancangan realiti Gadis M2 di Astro Ria . Sofia juga buat pertama kali menyertai persembahan makyong dalam teater Anak Raja Gondang arahan Rosnan Rahman, gandingan bersama Sabri Yunus dan Vanidah Imran di Istana Budaya . Setelah terlibat dalam pementasan Teater Kompilasi Namron (2013) arahan Nam Ron, Sofia berjaya meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Teater) di Anugerah Seni BOH Cameronian ke 11 . Setelah berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-28, Sofia mengecam artikel tulisan wartawan veteran Utusan Malaysia iaitu Mustafa AR ekoran perenggan terakhir artikel yang mempertikaikan pencalonan mendiang Kalpana Sundraju . Sofia membintangi filem arahan U-Wei berjudul Gunung Emas Almayer (dan dipasarkan di Malaysia dengan judul Hanyut) dengan memegang watak utama sebagai Mem . Filem ini melalui jalan yang panjang sebelum ditayangkan kerana kekangan bajet dan akhirnya menemui penonton di beberapa negara pada 2018. Biarpun mendapat pujian ramai, nama Sofia tercicir daripada senarai finalis Pelakon Wanita Terbaik FFM ke 29 . Sejak 2014, aktor dan penerbit Bront Palarae mengumumkan projek filem Serangan Subuh atau Dawn Raid yang ditulisnya berdasarkan kisah pembelian saham Sime Darby dan Guthrie pada tahun 1982, yang mana ditawarkan watak Rafidah Aziz namun filem ini belum dapat dimulakan ekoran kekurangan dana . Pada tahun 2019, Sofia membuat kemunculan menerusi filem Bu , Kasih Suci dan menyiapkan projek filem Orang Itu arahan Ida Nerina dan Low Ngai Yuen membawakan watak gelandangan yang bernama Mawar . Filem ini akhirnya ditayangkan pada tahun 2021 menerusi aplikasi strim Netflix setelah ditunda ekoran penularan wabak COVID-19 . Pada tahun 2021, Sofia muncul dalam drama bersiri I-Tanggang: Mother of All Lies sebagai Dr. Nini di bawah arahan Rashidi Ishak, Wan Alaudin dan Wan Hasliza . Sofia juga muncul dalam iklan hari raya jenama Whimsgirl .

Khidmat Masyarakat

Sofia aktif dalam isu feminism dan hak karyawan seni wanita sejak era 1990an . Sofia pernah dilantik menjadi Pengerusi Biro Pelakon di bawah Jawatankuasa Persatuan Seniman 2014/2016, namun jawatankuasa ini dirombak setelah berlaku beberapa kontroversi melibatkan pengurusan persatuan . Tak lama selepas itu Sofia mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan Presiden Seniman di Mesyuarat Agung Tahunan ke 14 setelah lebih setahun jawatankuasa persatuan itu lumpuh tanpa sebarang aktiviti dan mesyuarat .

Sofia juga pernah menyeru kepada penulis skrip generasi muda supaya lebih kreatif dalam penulisan . Sejak 2003, Sofia terlibat dalam kerja amal bersama Yayasan Seni Karya Prihatin yang ditubuhkannya bersama Erma Fatima bagi mengutip dana membantu kanak-kanak dan wanita yang memerlukan . Pelbagai program amal termasuk jamuan makan malam dianjurkan bagi mengutip dana .

Kehidupan peribadi

Sofia Jane berkahwin dengan Yang Hormat Dato' Meor Zain Azman Mohamed Taib pada 9 September 1995 dengan hanya perkenalan yang cukup singkat, dan dikurniakan empat cahayamata—Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya . Sofia mempunyai seorang anak tiri perempuan, Katyana hasil perkahwinan terdahulu suaminya. Pada tahun 2000, Imran telah meninggal dunia di usia 1 tahun kerana kegagalan jantung. Pada 28 Februari 2013, Sofia berkongsi gambar perkahwinannya yang belum pernah disiarkan kepada media..

Pada tahun 2010, Meor Zain Azman telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dari negeri Pahang Darul Makmur yang membawa gelaran Dato' sekaligus menjadikan Sofia bergelar Datin . Sofia menerima menantu apabila anak sulungnya Arissa melangsungkan perkahwinan dengan jejaka asal Jerman bernama Maximilian Lotz pada 28 September 2019 .

Impak & Budaya Pop

Nama Sofia Jane diabadikan pada sebuah air terjun di jeram Kubang Gajah yang terletak di Kemensah, Hulu Klang, Selangor (pinggiran Kuala Lumpur). Air Terjun Sofia Jane mendapat nama kerana Sofia mempopularkan lokasi itu setelah melakonkan babak romantis dalam filem Cinta Kita di lokasi itu pada 1995 . Selain itu nama beliau pernah diabadikan secara ilham dalam lagu ciptaan Shamril Salleh iaitu "Sofea Jane" nyanyian Black Hanifah pada 2010 . Lagu tersebut juga mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-25 . Watak yang diinspirasikan untuk beliau dengan nama watak Sofia Jane pernah dilakonkan oleh Nadiya Nisaa dalam filem Terbaik dari Langit (2014) arahan Nik Amir Mustapha sekaligus menghadiahkan Nadiya anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 . Pada tahun 2015 sebuah telefilem berjudul "Sopeah Jin" telah disiarkan di TV3 dengan mengambil inspirasi nama seniwati ini.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1990 Mira Edora Azizah Filem pertama
1991 Harry Boy Haryati
1992 Nadia Sofea
Interlud Haryati
1993 Kekasih Awal Dan Akhir Marlia
Perempuan, Isteri & .....? Zaleha
1995 Cinta Kita Latifa @ Dino
Jimi Asmara Penari Kabaret Watak undangan
Sayang Salmah Hamidah
1996 Suratan Kasih Natasha
2004 Puteri Gunung Ledang Tun Teja
2008 Apa Kata Hati? Ku Mira
Susuk Mona
2013 Ikal Mayang Pengarah filem pendek 1-800-Baby
2016 Hanyut Mem
2018 Orang Itu Mawar Tayangan eksklusif di Netflix
2023 Maryam Pagi Ke Malam Maryam
2024 Mencari Ramlee Zaiton Pos-produksi
TBA Kod Musketeer Pos-produksi
Senario The Legend Pos-produksi
Serangan Subuh Dalam perancangan

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1991 Psiko TV3
1992 Tiga Pendek TV1
Yazan
Identiti Diana TV3
1994 Dunia Rees & Ina Ina
1995 Penghujung Rindu
1996 Darling Sayang
2006 Sebuah Ijtihad Ida
2009 Rompakan Kabinet Astro Ria
2010 Karma Salina Aina TV3
2012 Jane Jamilah Jamilah
2014 Nostalgila Puan Marina Astro First Eksklusif
2015 Ikan Singgang Cicah Budu Siti Hawa TV1

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1992 Balada Anak Jalanan TV1
1993 Laila Sari Laila TV2 Disamping Shaharuddin Thamby, Izi Yahya dan Linda Helmi
Demam Malam TV1 di samping Abdullah Chik, Uji Rashid
1995 Konflik
1996 Bintang
2013 Asmara Luna Fara TV3
2021 i-Tanggang Dr. Nini Harlina Astro Citra
2022 One Cent Thief Ibu Zara Astro Ria
2023 Nenek Bongkok Tiga Samira Viu

Drama Komedi/Sitkom

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1993-1994 Gado-gado

Teater

Tahun Tajuk Pengarah Lokasi Gandingan Bersama
1995 Malam Ini Penyu Menangis Nordin Hassan Matic, Kuala Lumpur Uji Rashid, Sabri Yunus
One By One - “Why Did He Sleep With Me If I’m So Fat?” , “Penganggur Terhormat” Normah Noordin Actor's Studio, Bangsar
2001 Relatively Speaking Richard Gardner (Westend Theatre) Panggung Bandaraya
2003 Visits Jit Murad / Ida Nerina Actor's Studio, Bangsar Vanidah Imran, Liza Othman
2009 Natrah Erma Fatima Istana Budaya, Kuala Lumpur Maya Karin, Remy Ishak
2010 Natrah 2 Erma Fatima Istana Budaya, Kuala Lumpur Umie Aida, Susan Lankester
2013 Teater Kompilasi Namron Nam Ron Damansara Performing Art Centre Sharifah Amani
2013 Makyong Ke­saktian Anak Raja Gondang Rosnan Rahman Istana Budaya, Kuala Lumpur Vanidah Imran, Rosnan Rahman, Issey Fazlisyam, Sabri Yunus

Anugerah dan pencalonan

Festival Filem Malaysia
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
1994 (FFM 9) Perempuan, Isteri & ...' Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
1995 (FFM10) Cinta Kita Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1993 Bintang Paling Popular Menang
Pelakon Filem Wanita Popular Menang
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
1994 Menang
1995 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
1996 Tercalon
2012 Anugerah Seri Perak Tercalon
Anugerah Skrin TV3
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
1996 Penghujung Rindu Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Tercalon
1997 Suratan Kasih Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
2007 Sebuah Ijtihad Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Menang
2017 Hanyut Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2017 Hanyut Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Seni BOH Cameronian
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2014 Teater Kompilasi Namron Pelakon Wanita Terbaik (Teater) Menang

Penghargaan Lain

  • Senarai Tahunan 20 Wanita Paling GLAM - 2004 oleh Majalah GLAM

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Sofia Jane BiografiSofia Jane Kehidupan peribadiSofia Jane Impak & Budaya PopSofia Jane FilemografiSofia Jane Anugerah dan pencalonanSofia Jane RujukanSofia Jane Pautan luarSofia JaneAnugerah Bintang-Bintang Popular 1993DatukEtnik MelayuHarry BoyKekasih Awal Dan Akhir (filem)MalaysiaModel (profesion)Orang InggerisPerempuan, Isteri dan...Sayang Salmah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

2024 di MalaysiaBugisRosyam NorUjian dadahFarah AhmadThailandSistem pembiakan perempuanTanam paksaPak Ketipak KetipungKepimpinanShahrulezad MohameddinUniversiti Utara MalaysiaFalsafahMegat SharizalPuchong, SelangorDaerah LangkawiRiena DianaLencana pangkat TLDMAsmidarNabi Sulaiman a.s.Sumpahan JeruneiWudukNorian MaiDewan Negeri PerakBadmintonZaman air batuShah Rukh KhanSistem pernafasanKhairulamingAsiaTaman Tasik TitiwangsaSenarai poskod di MalaysiaAyat kursiPerodua KancilGajahNabila HudaSyafiq YusofShah RezzaCiri-ciri orang munafikPontianak Harum Sundal MalamSekolah Kluster KecemerlanganSofia JaneAisha RetnoPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunCarles PuigdemontLovely RunnerPandemik COVID-19 di MalaysiaPeraturan bola jaringPahangMata anginNegara-Negara KomanwelRevolusi PerindustrianSekali Lagi Cinta KembaliPilihan raya umum Malaysia 2022Persekutuan Tanah MelayuSiksa NerakaSherry AlhadadSolat subuhJadual berkalaPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Na’im BrundageKerajaan MataramPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Kumpulan advokasiMuhyiddin YassinInflasiOrang India MalaysiaParameswaraAgama BuddhaKelantanFuckGunung KinabaluPerang Dunia PertamaNabi Muhammad SAWTuanku Abdul RahmanLiga Super Malaysia 2024–25Sulfur dioksidaKerajaan Salakanagara🡆 More