Alor Setar (Jawi: الور ستارcode: ms is deprecated , singkatan: AS) atau juga dikenali sebagai Alor Star pada tahun 2004-2008, ialah ibu negeri bagi negeri Kedah, Malaysia.
Ia merupakan bandar pentadbiran dan juga merupakan bandar kedua terbesar di negeri Kedah selepas Sungai Petani, (mengambil alih kedudukan tersebut pada tahun 2010.) Bandaraya ini menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang dikenali sebagai Bandar Muadzam Shah dan bandar diraja Kedah iaitu Bandar Anak Bukit. Kaum majoriti di ibu kota ini ialah kaum Melayu.
Alor Setar | |
---|---|
Bandaraya Alor Setar | |
Transkripsi Lain-lain | |
• Jawi | الور ستار |
• Bahasa CIna | 亚罗士打 (Mudah) 亞羅士打 (Tadisional) |
• Bahasa Tamil | அலோர் சேதார் |
• Bahasa Thai | อาโลร์เซอตาร์, เมืองไทร Mueang Sai |
Cogan kata: Bandaraya Berdayahuni 2035 | |
Koordinat: 06°07′06″N 100°22′10″E / 6.11833°N 100.36944°E 100°22′10″E / 6.11833°N 100.36944°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Kota Setar |
Ditubuhakan | 1735 |
Status perbandaran | 1 Februari 1978 |
Status bandar raya | 21 Disember 2003 |
Diasaskan oleh | Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Dato' Haji Mohd Yusri Haji Md Daud |
Keluasan | |
• Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 424 km² km2 (257.14 batu persegi) |
Aras | 75 m (246 ft) |
Aras tertinggi | 165.5 m (543.0 ft) |
Penduduk (2020) | |
• Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 417,800 |
• Kepadatan | 982.00/km2 (2,543.4/batu persegi) |
• Metro | 839,400 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tiada |
Poskod | 05xxx |
Awal kod panggilan telefeon antarabangsa | +6047 |
Laman sesawang | mbas.gov.my |
Alor Setar ialah terletak di titik utara Malaysia, merupakan bandaraya terakhir, lebih kurang 400 kilometer dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya. Bandar raya Alor Setarditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebagai pusat pengangkutan di kawasan utara Semenanjung Malaysia, kawasan Alor Setar ini yang meliputi tanah seluas 666 km2 (persegi) diduduki oleh lebih daripada 400,000 ribu penduduk mengikut banci tahun 2020 yang merupakan salah satu bandar tertua di kawasan itu.
Alor Setar yang juga merupakan bandar penting negeri Kedah adalah di antara daripada lima bandar utama di Kedah selain daripada Bandar Sungai Petani, Bandar Kulim, Bandar Jitra dan Bandar Langkawi. Bandar-bandar ini juga membangun seiring dengan pembangunan yang ada di Alor Setar.
Alor Setar dihubungkan dengan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dengan sebuah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang baru siap dibina pada 2006 yang hanya berkhidmat untuk penerbangan domestik tetapi turut menyediakan penerbangan antarabangsa hanya untuk jemaah haji, bandaraya ini juga mempunyai rangkaian perhubungan yang baik yang dapat diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu keluar masuk menerusi plaza tol Alor Setar Utara, plaza tol Alor Setar Selatan dan plaza tol Kepala Batas, terdapat dua stesen kereta api di Alor Setar iaitu Stesen Kereta Api Alor Setar dan Stesen Kereta Api Anak Bukit, stesen bas utama di Alor Setar ialah Terminal Bas Shahab Perdana serta pengangkutan keluar dari tanah besar ke Pulau Langkawi ialah melalui Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah.
Alor Setar merupakan tempat kelahiran YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan yang ketujuh. Ramai juga selebriti Malaysia berasal dari sini.
Keretapi tren ETS juga mempunyai laluan perjalanan ke Alor Setar yang banyak membantu masyarakat Alor Setar. Perjalanan ke Pulau Pinang dan Padang Besar hanya mengambil masa 1 jam sahaja melalui keretapi berkelajuan 140–180 km/j ini. Dalam tempoh 4 jam, keretapi laju ini tiba di Kuala Lumpur dan Gemas.
Kejohanan Badminton Grand Prix Gold Malaysia-Antarabangsa dan Kejohanan Badminton Asia merupakan antara kejohanan sukan antarabangsa yang pernah dianjurkan di bandaraya Alor Setar.
Alor Setar ialah cantuman daripada kata ‘Alor’ dan ’Setar’. Setar ialah nama pokok Setar, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea macrophylla’. Alor Setar ditubuhkan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'azzam Shah dan merupakan pusat pentadbiran kelapan negeri sejak Kesultanan Kedah pada 1136. Pusat-pusat pentadbiran sebelum ini bertempat di Kota Bukit Meriam, Kota Siputeh, Kota Sungai Emas, Kota Naga, Kota Sena, Kota Indera Kayangan dan Kota Bukit Pinang. Bandar ini telah diruntuh dua kali ketika Kedah diserang oleh Bugis pada tahun 1770 dan Siam pada tahun 1821.
Alor Setar telah rasmi diberikan status sebagai Bandar Raya yang ke-9 di Malaysia, pada 21 Disember 2003 di mana ejaan nama Alor Setar telah berubah secara rasminya kepada Alor Star. Upacara pengisytiharan untuk Ibu Negeri Kedah diadakan di Dataran Tunku, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Antara mereka yang hadir pada upacara bersejarah ialah Tuanku Sultan Kedah Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun. Upacara juga disaksikan oleh orang awam dan pelancong. Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003. Ejaan ini telah ditukar semula kepada Alor Setar pada 14 Januari 2009 kerana nama Alor Setar berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil Pokok Setar.
Alor Setar mula-mula dijumpai dan diasaskan oleh salah seorang Sultan Kedah iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II dalam tahun (1710-1778). Baginda merupakan Sultan Negeri Kedah dari tahun hijrah 1122 – 1174. Pada awalnya, Alor Setar cuma sebuah kampung dengan beberapa buah rumah yang terletak di muara dua batang sungai.
Apabila Sultan Mohamad Jiwa menjumpai kampung itu, baginda begitu tertarik dengannya – kerana tempat itu dikelilingi oleh pohon-pohon pokok yang tebal lagi menghijau dan merupakan pusat di mana dua batang sungai bertemu. Maka, “Adapun Duli Yang Dipertuan bermuafakat dengan segala menteri-menteri membuat sebuah kota baru, bernama Kota Setar” Secara tidak langsung kampung itu digelar Kota Setar.
Baginda menamakannya Setar sempena dengan jenis pokok-pokok yang berada di sekitar kota yang dikenali sebagai ‘pokok Setar’. Oleh itu, pada masa itu nama Alor Setar belum muncul lagi – ia dikenali sebagai Kota Setar.
Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II bersemayan di Istana Kota Setar dan baginda menjadikannya sebagai Bandar DiRaja Negeri Kedah. Kota Setar mula berkembang setelah dijumpai oleh seseorang berbangsa Inggeris kira-kira lebih 150 tahun selepas kampung itu diasaskan. Dalam bulan Oktober, 1883, James F. Agustin tiba di Kuala Sungai Kedah (sekarang dipanggil Kuala Kedah) kira-kira 10 km dari Kota Setar. Beliau dengan beberapa orang Inggeris lain telah mejelajah kawasan itu hingga ke pedalaman. Di samping dua batang sungai tersebut kelihatan kelompok petempatan kecil orang-orang Melayu.
Akhirnya Augustin dan orang-orangnya pun tiba di Kampung Kota Setar. Beliau telah berkawan dengan orang-orang Melayu di situ dan mereka telah membawa ke istana batu Sultan Muhammad Jiwa. Augustin begitu tertarik hati dengan keadaan persekitaran istana yang dikelilingi dengan pokok-pokok “Stak” dan beliau lebih terpesona dengan keindahan kota mahligai Sultan. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II menerima Augustin dengan baik dan kedua-dua pihak itu telah bertukar-tukar barang.
Dari sinilah bermulanya perniagaan bertukar barangan dan perdagangan antara orang-orang tempatan dengan pedagang-pedagang asing. Pada awal kurun ke-19, ramai pedagang asing seperti pedagang Inggeris, India, China dan Sumatera telah datang ke Kota Setar untuk berdagang. Kota Setar telah berkembang daripada sebuah kampung kepada pekan yang sibuk dan akhirnya menjadi sebuah Bandar yang merupakan pusat petempatan, perdagangan dan pentadbiran. Orang-orang Inggeris khususnya, amat berminat terhadap Bandar Kota Setar (masa itu Alor Setar dikenali dengan Kota Setar).
Dengan itu, segala perniagaan, pengangkutan dan perhubungan di Kedah berpusat di Kota Setar. Lama-kelamaan nama Kota Setar ditukar kepada Alor Setar. Pertukaran ini disebabkan Bandar itu terletak dekat muara sungai dan selalu terdapat ramai pedagang Melayu dari lain-lain Negeri Melayu yang bersinggah di situ. Sebaliknya, Kota Setar telah menjadi nama kepada kawasan atau daerah yang sekitar Alor Setar.
Kota Setar dijadikan sebagai sebuah daerah di Kedah yang dipenuhi dengan sawah padi dan mula berkembang pesat terutama sekali dengan adanya pusat perdagangannya iaitu Alor Setar. Demikianlah sejarah awal mengenai pembukaan Alor Setar yang bermula dalam tahun 1720-an. Mengikut En. Ismail Bin Hj. Salleh (Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah cawangan Kedah), Alor Setar merupakan satu Bandar yang istimewa dalam erti kata bahawa ia cepat mengalami pembangunan yang pesat walaupun ia merupakan Bandar kecil di samping masih dapat mengekalkan ciri-ciri warisan budaya asing dalam pembangunannya khususnya bangunan-bangunan yang moden binaannya tetapi mempunyai ukiran yang cukup berseni dan bercorak asli.
Alor Setar ialah sebuah ibu negeri yang tertua sekali di Malaysia. mengikut rekod sejarah, Bandar ini telah menjadi Ibu Negeri selama lebih kurang 250 tahun. Dari zaman ia diasaskan hingga zaman kini, Alor Setar masih tetap menjadi Ibu Negeri Kedah.
Alor Setar terletak di barat Semenanjung Malaysia merupakan bandaraya utara di Malaysia. Daerah Kota Setar ataupun Bandaraya Alor Setar dengan mempunyai penduduk melebihi daripada 417,800 (2020) orang di Kedah. Ia juga bersempadan dengan daerah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang. Terletak di Koordinat: 6°7′U 100°22′T, bandaraya Alor Setar bertempat di pinggir Selat Melaka yang memisahkan Malaysia dari Indonesia.
Keluasan bandar sebanyak 666 km² dan kini menyusut kepada 424 km² disebabkan Pokok Sena dijadikan daerah baru. Alor Setar dikelilingi sistem sungai yang penting seperti Sungai Kedah, Sungai Langgar, Sungai Tajar, Sungai Anak Bukit, Alor Malai dan Alor Merah.
Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan ialah bahasa utama Alor Setar. Bahasa-bahasa lain yang dituturkan di bandar ini termasuk loghat-loghat Kantonis, Mandarin dan Tamil. Bahasa Inggeris juga berperanan besar sebagai perantara perniagaan dan mata pelajaran wajib di sekolah.
Populasi bagi Alor Setar pada tahun 2020 ialah 417,800 orang. Jumlah penduduk bagi kaum Melayu di Alor Setar ialah 75.0% (310,500), jumlah penduduk bagi kaum Cina ialah 20.5% ( 87,200), jumlah penduduk kaum India ialah 9.1% (9,400) dan jumlah penduduk bagi lain-lain seperti kaum Benggali ataupun dari luar negara ialah 5.4% (1,200).
Agama Islam diamalkan terutamanya oleh kaum Melayu dan komuniti India Muslim. Agama-agama lain yang diamalkan di Alor Setar ialah agama Hindu (terutamanya di kalangan kaum India), Buddha, Konfusianisme dan Taoisme (terutamanya di kalangan kaum Cina) dan Kristian. Justeru, nyata sekali di Alor Setar terdapat banyak tempat beribadah untuk orang Islam kerana penduduknya didominasi oleh orang Melayu.
Jumlah penduduk dalam lingkungan sebenar bandaraya Alor Setar pada tahun 2000 dianggarkan berjumlah 354,433 dan meningkat menjadi 366,787 pada 2010. Ketumpatan penduduknya ialah 696 penduduk per kilometer persegi (10,340 /sq mi), menjadikannya kawasan pentadbiran paling padat penduduknya di Negeri Kedah.
Dengan anggaran jumlah penduduk metropolitan sebanyak 800,000 pada tahun 2010 (termasuk bandar-bandar berhampiran di sempadan daerah Kota Setar), Alor Setar boleh dianggap sebagai bandar raya selamat. Penurunan kadar kelahiran yang berterusan di Alor Setar telah menyebabkan peratusan kanak-kanak bawah umur 15 tahun menjunam beberapa peratus pada tahun 2000. Sebaliknya, golongan usia bekerja 15–59 tahun pula meningkat dari tahun ke tahun.
Berdasarkan kajian banci Jabatan Statistik, peratusan penduduk Bumiputera di Alor Setar sahaja ialah 75% pada banci tahun 2020 manakala penduduk Cina dan India masing-masing merangkumi 20.5% dan 9.1%. Juga kelihatan ialah fenomena peningkatan kehadiran penduduk warga asing di Alor Setar, yang kini meliputi 5.4% penduduk bandar.
Jenayah Alor Setar menjadi kebimbangan para penduduk baru-baru ini. Antara kegiatan jenayah yang semakin meningkat kadarnya termasuk meragut, ketagihan dadah, perjudian dan maksiat.
Tarikh Hari Keputeraan Sultan | 28 November 1927 |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Iklim Tahunan | 2,390 (94.09) |
Jumlah hujan tahunan | 2000mm ~ 2500mm |
Sungai terpanjang | Sungai Kedah |
Bangunan tertinggi | G Residence Alor Setar (92.5 m) |
Penanaman utama | Padi |
Alor Setar terletak dalam kawasan iklim monsun tropika dalam pengelasan iklim Koppen. Alor Setar mempunyai musim hujan yang panjang.
Data iklim untuk Alor Setar | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 32 (90) | 33 (92) | 34 (93) | 34 (93) | 32 (90) | 32 (89) | 31 (88) | 31 (88) | 31 (87) | 31 (87) | 31 (88) | 31 (88) | 32 (89) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 22 (71) | 22 (71) | 23 (73) | 23 (74) | 24 (75) | 23 (74) | 23 (74) | 23 (74) | 23 (74) | 23 (74) | 23 (73) | 22 (72) | 23 (73) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 60 (2.4) | 50 (2.0) | 140 (5.5) | 220 (8.7) | 270 (10.6) | 190 (7.5) | 190 (7.5) | 260 (10.2) | 320 (12.6) | 300 (11.8) | 200 (7.9) | 130 (5.1) | 2,390 (94.1) |
Sumber: http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=30684&refer=&units=metric |
Merujuk kepada Pilihan Raya Umum Ke 15 2022 (PRU15)
Daerah Kota Setar melalui (Dewan Rakyat)
Parlimen | Nama Kerusi | Ahli Parlimen | Parti |
---|---|---|---|
P008 | Pokok Sena | Datuk Ahmad Yahaya | Perikatan Nasional |
P009 | Alor Setar | Afnan Hamimi Taib Azamuddeen | Perikatan Nasional |
P010 | Kuala Kedah | Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi | Perikatan Nasional |
Daerah Kota Setar (Dewan Undangan Negeri PRU 14 (2018))
Dun | Kedudukan Nama | Ahli Negeri | Parti |
---|---|---|---|
N10 | Bukit Pinang | Romani Wan Salin | Parti Islam Se-Malaysia (Perikatan Nasional) |
N11 | Derga | Tan Kok Yew | Pakatan Harapan |
N12 | Suka Menanti | Zamri Yusuf | Pakatan Harapan |
N13 | Kota Darulaman | Teh Swee Leong | Pakatan Harapan |
N14 | Alor Mengkudu | Phahrolrazi Mohd Zawawi | Pakatan Harapan |
N15 | Anak Bukit | Amiruddin Hamzah | Pakatan Harapan |
N16 | Kubang Rotan | Asmirul Anuar Aris | Pakatan Harapan |
N17 | Pengkalan Kundor | Ismail Salleh | Pakatan Harapan |
‘JOM PI ALOR SETAR’ Negeri Kedah Darul Aman semakin berkembang dari semasa ke semasa termasuklah bandaraya Alor Setar. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai perkembangan sejarahnya yang tersendiri, Kedah telah berjaya membina identitinya sama ada dari aspek politik, sosial dan ekonomi. Mercu Tanda di Kedah Darul Aman khususnya Alor Setar mempamerkan kepada masyarakat luar khususnya dan generasi muda mengenai bangunan, binaan, monumen yang terdapat di Negeri Kedah yang dapat menggambarkan identiti Negeri Kedah itu sendiri. Bangunan yang terdapat di sekitar bandar Alor Setar seperti Muzium DiRaja, Balai Besar, Balai Nobat, Balai Seni dan Masjid Zahir, kebanyakannya diasaskan semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Shah II pada tahun 1735.
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan projek Program Bandar Selamat di bandaraya ini. Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, projek itu antaranya membina besi penghadang jalan, memasang lampu jalan di kawasan gelap dan pemasangan cermin.
Kawasan yang terlibat dalam projek ini pula merupakan kawasan-kawasan yang dikenal pasti kerap berlakunya kejadian jenayah seperti ragut dan sebagainya. Terdapat 12 lokasi yang terpilih iaitu di Jalan Sultan Badlishah, Jalan Tunku Ibrahim, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Simpang Kuala, Persiaran Sultan Abdul Hamid dan Jalan Kota,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mat Noh berkata, pihaknya membelanjakan RM3.3 juta yang diperuntukkan kerajaan persekutuan bagi melaksanakan 42 projek menaik taraf jalan dan sistem perparitan. Menurutnya, antara projek itu ialah menaik taraf jalan dan parit di jalan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma di Jalan Langgar dan sistem perparitan di Taman Bayu Baru. Projek lain ialah Lebuhraya Sultanah Bahiyah; jalan dan parit di Kampung Pantai Johor serta jalan dan sistem perparitan di Dataran Kampung Berjaya.
Alor Setar dipilih sebagai Bandar Raya Masa Depan Asia dalam kategori bandar raya kecil di rantau berkenaan, baru-baru ini oleh majalah terkemuka antarabangsa, itu bagi tahun 2007 dan 2008.
Pengiktirafan ke atas ibu negeri Kedah itu mengambil kira beberapa kategori termasuk potensi ekonomi, pelaburan dan perniagaan di bandar raya berkenaan. Menurut majalah tersebut, Alor Setar berada di tangga pertama bagi kelompok enam bandar raya kecil terbaik di Asia diikuti Newcastle (Australia) di tangga kedua, Jeju (Korea Selatan), Taoyuan (Taiwan), Gifu (Jepun) dan Ipswich (Australia).
Sementara itu, bagi anugerah Bandar Raya Masa Depan kategori bandar raya Asia, ia diraih oleh Hong Kong diikuti Singapura, Taipei (Taiwan), Melbourne (Australia), Dalian (China), Shijiazhuang (China), Bandar Quezon (Filipina), Bandaraya Cebu (Filipina), Guangzhou (China) dan Bandaraya Davao (Filipina). Bagi lima kelompok terbaik kategori potensi ekonomi, Hong Kong berada di depan diikuti Singapura, Dalian (China), Guangzhou (China) dan Bandar Quezon (Filipina).
Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan bahawa ia satu penghargaan kepada negeri Kedah yang terbukti berjaya dalam menarik ramai pelabur. Ia perkembangan yang baik untuk Kedah dan kita mengharapkan anugerah tersebut akan memastikan negeri ini terus menjadi daya tarikan kepada pelabur untuk melabur di Kedah.
Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kawasan metropolitan ini akan diduduki oleh seramai 1,000,000 lebih penduduk di kawasan sekitar di Alor Setar - Jitra (Kubang Pasu) - Pokok Sena - Pendang.
Zon metropolitan Alor Setar atau Greater Alor Setar merangkumi bandar-bandar utama disekitar Bandaraya Alor Setar yang mempunyai penduduk melebihi 800,000 orang. Bandar-bandar ini membentuk sebuah kawasan metropolis dengan jumlah 839,495 orang (2020), menjadikan kawasan metropolis kelima terbesar di Malaysia selepas Metropolitan Lembah Klang, Metropolitan Iskandar Malaysia, Metropolitan Lembah Kinta, dan Metropolitan Penang-Kedah.
Alor Setar merupakan bandar utama di Kedah selain Sungai Petani dan Kulim. Alor Setar merupakan sebuah ibu negeri yang juga merupakan bandar diraja. Pentadbiran Negeri Kedah juga terletak di sini.
Fungsi-fungsi bandaraya Alor Setar:
Paling Tinggi :
Sederhana Tinggi :
Gambar dibawah menunjukkan perkembangan Bandaraya Alor Setar yang semakin berkembang sejak 2008.
Populasi = 405,789 (2009) (termasuk daerah Pokok Sena)
Kawasan-kawasan ini juga dibawah pentadbiran dan kelolaan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) manakala Daerah Pokok Sena masih lagi ditadbir oleh MBAS walaupun sudah menjadi daerah baru.
Menjelang tahun 2015, negeri Kedah akan menjadi negeri yang mempunyai dua bandaraya di Malaysia selain Selangor dan Sarawak.
Sektor perumahan berkembang pesat di Alor Setar. Semenjak tahun 1990-an, bandar Alor Setar menerima pelaburan sederhana oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Setia, Taman Seri Kota, Taman PKNK, Taman Nuri, Taman Dahlia merupakan perumahan terancang yang terawal di Alor Setar. Menjelang tahun 2008 sehingga 2012, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Baru Mergong, Desa Seraya, Bandar Stargate, Villa Anak Bukit dan Laman Kuda. Sebuah kondominium mewah sedang dibina pada tahun 2012 oleh Belleview Group di kawasan Pusat Bandaraya Alor Setar. Kondominium itu diberi nama Amansuri Residences. Kini Bandar Alor Setar sedang mengalami perubahan yang drastik sejak 2008 seperti di kawasan Kuala Kedah, Langgar, Mergong, Anak Bukit, Alor Mengkudu dan Datuk Kumbar. Akan tetapi, Bandar Sungai Petani telah mengambil alih sebagai bandar terbesar di Negeri Kedah sejak tahun 2010.
Bandar baru atau bandar terancang dibina untuk pembangunan penduduk yang kian bertambah dan bandar yang pesat membangun. Bandar baru dibina untuk mengurangkan tumpuan penduduk dan juga dibina di kawasan belum membangun tidak jauh dari bandar asal. Tambahan itu, sebuah bandar baru dibina di Bandar Satelit Pokok Sena yang dijadikan bandar satelit bagi Bandaraya Alor Setar. Bandar ini dapat mengurangkan masalah kesesakan jalanraya dan populasi yang kian meningkat sekali gus dijadikan bandar satelit.
Populasi = 417,800 (2020) (tidak termasuk daerah Pokok Sena)
Penduduk Alor Setar terdiri daripada majoriti Melayu dan Cina. Kebanyakan penduduk di Alor Setar tertumpu di Mergong, Anak Bukit, Langgar dan Kuala Kedah serta di Jalan Pegawai, Jalan Tanjung Bendahara, Jalan Putra dan Jalan Datuk Kumbar menjadikan keluasan bandaraya ini menjadi semakin besar dengan pertambahan penduduk yang begitu drastik sejak tahun 2006 dimana bandar ini pernah mengalami kemerosotan populasi penduduk pada tahun 2000. Dengan pembukaan penempatan baru di Alor Mengkudu dan Tandop Baru menyebabkan populasi bandar ini semakin meningkat.
Akan tetapi, Bandar Sungai Petani telah mengambil alih sebagai bandar terbesar di Kedah . Ini kerana Bandar Sungai Petani mempunyai ramai penduduk disebabkan berdekatan dengan bandar perindustrian terbesar di utara iaitu di Seberang Perai. Bandar Sungai Petani juga mengalami penjualan rumah yang lebih murah berbanding Bandaraya Alor Setar, faktornya ialah Alor Setar merupakan sebuah bandar raya yang mempunyai tanah bendang dan perlu ditambak tanah dan kos-kos lain yang mahal berbanding di Sungai Petani kerana tanahnya lebih murah. Faktor ini menyebabkan ramai pemaju hartanah tidak berani melabur di Alor Setar.
Walau bagaimanapun, Alor Setar tersenarai sebagai salah satu bandaraya terbesar di Malaysia. Sekarang, Pokok Sena, Kedah telah dijadikan daerah baru yang sebelum ini daerah sekali dengan Alor Setar Statistik populasi ialah seperti berikut:
Bandar / Daerah | Populasi 1980 | Populasi 1990 | Populasi 2000 | Populasi 2010 | Populasi 2020 |
Alor Setar / Kota Setar | 279,567 | 322,354 | 354,433 | 366,787 | 417,800 |
Alor Setar juga merupakan pusat perindustrian di Kedah walaupun dimonopoli oleh Sungai Petani dan Kulim:
Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) secara rasmi dinaiktaraf sebagai bandar raya ke sembilan di negara ini dan bergelar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)
Surat Perisytiharan Naik Taraf Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dipersembahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting kepada Sultan Kedah pada Istiadat Penyerahan Watikah Bandaraya Alor Setar, di Istana Anak Bukit.
Sultan Kedah kemudian berkenan menyerahkan watikah tersebut kepada Menteri Besar waktu itu, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain. Berangkat sama menyaksikan majlis penuh bermakna itu ialah Che Puan Haminah Hamidun, Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah, kerabat-kerabat diraja, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lokman Hakim Md Jassah, anggota-anggota Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.
Surat perisytiharan itu ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Negara pada 19 November 2003. Istiadat dimulakan dengan pengkisahan Bandar Alor Star tulisan tokoh sejarah negeri Kedah, Datuk Wan Shamsudin Wan Mohd Yusof yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Baling, Zahari Ismail.
Alor Setar yang diasaskan kira-kira 268 tahun lalu (1735) oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II, iaitu Sutan Kedah yang ke-19 (1710-1778).
Sejak tahun 2008, pelbagai infrastruktur dibandar ini telah dibaik pulih oleh kerajaan negeri, iaitu menghidupkan semula bandar ini yang pernah dianggap bandar mati kerana tiada kemajuan ekonomi dan infrastruktur yang baik. Begitu banyak perubahan dengan banyak kawasan perumahan yang muncul di Langgar, Tandop, Alor Mengkudu, Kuala Kedah, Kuala Sungai dan Mergong sekaligus mengubah lanskap bandaraya Alor Setar. Perumahan dibangunkan oleh pihak swasta dan GLC melalui perancangan teliti serta kelulusan oleh kerajaan negeri. Apabila wujudnya perumahan, sekaligus mewujudkan premis-premis perniagaan yang akan menjana ekonomi negeri.
Pusat Bandaraya Alor Setar kini berubah wajah. Bangunan serbanika yang usang di Stesyen Bas Baru dirobohkan dan dibangunkan UKIR Mall yang tersergam gagah. Ia projek Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Di belakangnya dibina medan selera yang baru dan cantik. Di sisi UKIR Mall yang dahulunya menjadi bangunan usang tinggalan sebuah syarikat bas, kini dibangunkan sebagai gerai-gerai makanan ala ‘one stop center’. Berpuluh peniaga Melayu boleh mencari rezeki. Kini bandaraya lebih ceria dengan wujudnya bazaar larut malam di perkarangan stadium dan bazaar sinar malam di perkarangan Pekan Rabu. Hampir semua yang terbabit dengan perniagaan ialah golongan Bumiputera.
Di sepanjang jalan utama pusat bandar, Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) membina tembok penghadang. Di samping mencantikkan pemandangan ia mengurangkan ancaman keselamatan terhadap pejalan kaki. Bulatan Jalan Kota dibangunkan semula. Jika anda melalui Jalan Stadium atau Jalan Tun Razak, terdapat bulatan yang dibina mempunyai kalimah Allah dan juga Al-Quran yang sangat cantik.
Kerajaan negeri kini sedang merancang suatu perancangan iaitu apabila ada pelancong datang ke Alor Setar, mereka akan dibawa ke Gunung Keriang iaitu ke Muzium Padi dan menyediakan restoran masakan Kedah seperti masakan yang berasaskan ikan keli, haruan, sepat dan lain-lain lagi.
Selesai lawatan di muzium tersebut, mereka terus dibawa ke sungai berhampiran muzium dan menaiki bot untuk ke Ampang Jajar dan masa yang diambil adalah kira-kira satu jam. Ianya dipanggil “Cruise Sungai Kedah”. Pakej ini boleh menjadi sumber pendapatan rakyat.
Kerajaan Negeri mencadangkan agar diperbaiki apa yang ada supaya orang ramai dapat menikmati alam semula jadi dan kera-kera di Pulau Pinang dibawa ke kawasan laluan bot tersebut agar orang yang menaiki bot tersebut dapat melihat kera-kera tersebut di tepi sungai.
Dari sana barulah datang ke Pekan Rabu. Di sini pelancong boleh membeli apa yang diperlukan seperti dodol, bahulu, karas dan akhirnya semua orang mai ke sini. Inilah perancangan kerajaan negeri dan kini UPEN sedang membuat kertas kerja.
Sebelum ini masa untuk membeli-belah di Pekan Rabu adalah terhad, tetapi kini pengunjung yang datang ke Alor Setar tidak perlu lagi bimbang kerana pada waktu malam mereka boleh membeli-belah di bazar ini.
Selepas itu, mereka boleh tidur di hotel yang ada di sekitanya. Inilah diantara kemudahan-kemudahan yang akan sediakan kepada rakyat.
Menteri Besar, Azizan berharap agar usahawan-usahawan kecil yang berniaga di Pekan Rabu mengambil kesempatan ada ini dan menjaga kebersihan serta amanah. Peniaga-peniaga mestilah menunjukkan adab yang sopan seperti senyum kepada pembeli kerana senyum itu adalah sedekah dan ia dapat menarik ramai pelanggan.
Usahawan-usahawan yang berniaga di dalam kompleks Pekan Rabu juga perlu ambil kesempatan untuk melanjutkan operasi perniagaan mereka sehingga ke sebelah malam bagi merancakkan lagi aktiviti Bazar Sinar Sejahtera ini.
Dalam tahun akan datang, Jalan Tunku Ibrahim ini akan di buat seperti di Kuala Lumpur, iaitu akan tutup jalan pada waktu malam, maka orang ramai tidak lagi perlu bersusah payah untuk mencari parkir kerana jalan ini sudah ditutup.
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Draf Rancangan Tempatan MBAS 2035 Buka Peluang Ekonomi
Draf Rancangan Tempatan 2035 Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), yang menggariskan empat teras utama, diyakini mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi pada pelabur dalam dan luar negara.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut mengumumkan draf Draf Rancangan Tempatan 2035 Majlis Bandaraya Alor Setar bagi lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk rakyat sekali gus mengurangkan penghijrahan golongan muda ke bandar-bandar besar.
Menerusi draf ini, peluang perniagaan daripada projek berimpak tinggi seperti Terminal Ikan Bersepadu Kedah (KIFT) di Kuala Kedah, memperluaskan kawasan perniagaan sedia ada, membaik pulih bangunan perniagaan usang dan terbiar dan meningkatkan aktiviti pertanian.
Teras pertama draf itu ialah menjadikan kawasan MBAS iaitu Bandaraya Alor Setar dan Pokok Sena berkembang maju dengan penyediaan peluang perniagaan dan pelaburan dari projek-projek yang dicadangkan manakala teras kedua menjadikan kawasan MBAS terutama Alor Setar sebagai bandar yang berdaya tahan dan berdaya pintar.
Teras ketiga ialah penyediaan sistem infrastruktur dan utiliti yang komprehensif dan efisien dan keempat menjadikan kawasan MBAS sebagai Bandar Warisan Dalam Taman
Kerajaan negeri sentiasa membuka ruang, peluang dan sokongan kepada mana-mana syarikat atau individu untuk turut serta memajukan projek yang dicadangkan dalam draf itu. Cadangkan dan bantahan boleh dibuat melalui pejabat MBAS mengikut saluran yang betul.
Penyediaan Draf Rancangan Tempatan MBAS 2035 (pengantian) ialah selaras dengan peruntukan Seksyen 16(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di mana pihak Berkuasa Perancang Tempatan boleh pada bila-bila masa membuat cadangan untuk pengubahan, pembatalan atau penggantian sesuatu rancangan tempatan.
Penyediaannya dibuat berpandukan kepada Manual Rancangan Tempatan Edisi 2013 dan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008.
CCTV dikuatkuasakan di Alor Setar pada pertengahan tahun 2010.
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kini dalam proses menaik taraf tempat meletak kenderaan terutama di kawasan bandar dan tumpuan ramai berikutan masalah orang ramai yang mengalami kesulitan setiap kali mahu parkir kenderaan di kawasan pusat bandar.
Ketua Bahagian Pengurusan Harta MBAS, Zamzama Mohd berkata, masalah itu akan dapat diatasi setelah bangunan parkir bertingkat siap sepenuhnya kelak. “Kita sedang merancang untuk menambah bilangan petak meletak kenderaan dengan menaik taraf parkir bertingkat di kompleks MBAS,” ujarnya.
Zamzama memberitahu, buat masa ini, hanya paras bawah hingga tingkat enam yang boleh digunakan bagi menempatkan lebih 100 kenderaan. Setelah proses penyelenggaraan dan menaik taraf selesai kelak, ia dijangka dapat menyediakan 300 petak tempat meletak kenderaan.
“Saya berpendapat setelah beroperasi kelak, ia mampu menampung jumlah kenderaan dan masalah tidak cukup parkir akan selesai,” katanya. Beliau menjelaskan, kerja-kerja untuk memulakan projek berkenaan dijangka dibuat dalam tempoh tiga bulan akan datang selepas tawaran tender dibuka kepada kontraktor yang layak.
“Ini alternatif terbaik dalam jangka pendek untuk mengatasi masalah parkir kerana pusat bandar ketiadaan kawasan lapang untuk dibangunkan kawasan parkir,” tambahnya. Bagi perancangan jangka panjang, katanya, MBAS kini dalam proses memohon kelulusan tanah kuarters lama polis di Jalan Kolam Air bagi dibangunkan sebagai kawasan meletak kenderaan.
“Kita baru sahaja buat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan dan sehingga kini masih menunggu jawapan sama ada diluluskan atau sebaliknya,” jelasnya. Menurutnya, MBAS kini turut memperluaskan penggunaan parkir berkupon dan antara kawasan yang telah dikenal pasti ialah Simpang Kuala, Jalan Pegawai, Kompleks Taman Perindustrian Kristal, Kompleks Perniagaan Shahab Perdana dan Kompleks Perniagaan Utama Jalan Sultanah Sambungan.
Sebagai salah satu daripada lima buah bandar yang utama di Kedah (selain daripada Sungai Petani, Kulim, Jitra dan Langkawi), Alor Setar juga ialah pusat perindustrian yang penting di negeri Kedah. Industri-industri utamanya termasuk kilang-kilang elektronik, kilang-kilang membina kapal, dan kilang-kilang penapis bahan sumber semulajadi.
Pusat beli-belah yang banyak di Alor Setar memenuhi keperluan pelancong asing mahupun tempatan yang melawat bandar raya ini untuk membeli-belah atau berhibur. Hasilnya, pemandangan aktiviti beli-belah di Alor Setar adalah sangat pesat bagi sebuah bandar raya yang mempunyai saiz sedemikian. Kawasan beli-belah utama terletak di pusat bandar raya, manakala sebilangan pusat beli-belah besar terletak di pinggir bandar raya.
Kawasan perindustrian berat dan ringan ialah Mergong Barrage, Mergong 1 & 2, Tandop dan Perindustrian Ringan Kristal, serta Taman Perindustrian 2010 yang terletaknya di kawasan pinggir bandar.
Alor Setar menikmati hubungan ekonomi yang rapat dengan Pulau Pinang. Ramai penduduk di Alor Setar bekerja ulang-alik di Pulau Pinang berikutan kadar gaji disana yang lebih tinggi daripada di Kedah dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di Kedah.
Alor Setar mempunyai banyak cawangan bank-bank utama bagi penduduk tempatan mahupun luar.
Di sekitar kawasan Bandaraya Alor Setar, terdapat banyak pusat membeli-belah utama seperti Billion Supermarket, City Plaza, Plaza Sentosa, Aman Central Mall, Mydin Mall, Plaza MBAS, Alor Setar Mall, Star Parade dan Ukir Mall. Di kawasan Bandaraya Alor Setar juga terdapat 2 buah pasar raya besar Lotus's seperti Lotus's Mergong dan Lotus's Stargate. Dahulunya terdapat pasar raya besar Giant iaitu Giant Albukhary dan AEON BiG Alor Setar yang terletak di Jalan Gangsa, tetapi ia telah ditutup.
Star Parade
Mydin Mall Alor Mengkudu
Ukir Mall
Sentosa Mall
Lotus's Mergong
Lotus's Stargate
Souq Al-Bukhary
Star Village
Masjid Zahir
Masjid AL-Bukhary
Masjid Al-Gufron
Masjid India
Dataran Merdeka (Dataran Masjid Zahir)
Dataran Tunku Ibrahim
Bangunan Sultan Abdul Halim
Galeri Seni Negeri Kedah
Taman Rekreasi Hutan Rimba
Taman Jubli Emas
Taman Persisiran Juragan
Ujana Peremba (Taman Rekreasi Peremba)
Alor Setar Street Art (Medan Seni Alor Setar)
Sistem lebuh raya yang sistematik ialah satu anugerah kepada orang awam khususnya pengguna lebuh raya yang mahukan perjalanan ke destinasi pilihan dengan selesa.
Alor Setar mempunyai hab pengangkutan awam bas dan teksi yang agak selesa, iaitu di Lebuhraya Sultanah Sambungan (sebelum ini dikenali sabagai Jalan Sultanah selepas ditukar daripada Jalan Day). Shahab Perdana mempunyai dua terminal bas bagi perjalanan dalam bandar dan antarabandar. Terdapat juga perjalanan harian pergi balik ke Pulau Pinang untuk kemudahan orang yang bekerja.
Keretapi Berkembar Eletrik (Ipoh - Padang Besar) telah siap dalam pembinaan di bandaraya Alor Setar. Kini, perkhidmatan kereta api elektrik ini sedia digunakan dengan mempunyai dua buah stesen hentian iaitu di Jalan Stesen dan di Anak Bukit. Landasan berkapasiti dua landasan ini menghubungkan utara semenanjung di Padang Besar sehingga ke Kuala Lumpur seterusnya ke Johor Bahru. Terdapat dua hentian di Alor Setar iaitu
Alor Setar mempunyai lapangan terbang yang baru untuk menggantikan lapangan terbang yang lama. Lapangan tersebut mempunyai nama yang sama, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Ia terletak di Lebuhraya Darul Aman (dulu Jalan Anak Bukit),Kepala Batas, Alor Setar, 8 km dari bandaraya. Pada masa ini, hanya Penerbangan Malaysia, AirAsia dan Firefly, masing-masing, menyediakan perkhidmatan pergi-balik dari Kuala Lumpur. Dahulu, lapangan terbang ini juga merupakan terminal bagi Ked-Air, sebuah rangkaian penerbangan Kedah-Kuala Lumpur, tetapi sudah memberhentikan operasinya pada 2006.
Alor Setar juga mempunyai perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi untuk pergi dan balik. Harga tiket semasa tahun 2012 ialah RM23 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak atau pelajar sekolah. Jarak terminal feri dengan pusat bandar lebih kurang 12 km sahaja.
Alor Setar mempunyai rangkaian jalan raya dan persiaran yang agak luas dan selesa.
Pertambahan penduduk di Alor Setar telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan di sekitar bandaraya Alor Setar pada waktu puncak antaranya ialah:
Menurut Rancangan Malaysia Kesembilan, menjelang tahun 2010, Bandar Muadzam Shah Anak Bukit akan menjadi Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baharu bagi negeri Kedah. Kini, Bandar Muadzam Shah Anak Bukit mempunyai beberapa infrastruktur utama antaranya ialah Balai Polis Anak Bukit, Bangunan Mahkamah Syariah yang menempatakan Pejabat Mufti Negeri Kedah, Wisma Hasil yang menempatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Wisma Persekutuan yang menempatkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bangunan Kementerian Dalam Negeri. Selain itu, Stesen Kereta Api Anak Bukit juga telah siap dibina di sini.
Alor Setar mempunyai sebuah pasar besar di Alor Setar di Lebuhraya Sultanah Bahiyah iaitu Pasar Besar Alor Setar, dan pasar-pasar lain :
Alor Setar merupakan sebuah bandaraya yang lengkap dengan kemudahan sukan. Antara kemudahan sukan di Alor Setar ialah:
Pihak Berkuasa Tempatan
Daerah dan Tanah
Pengangkutan
Pejabat Rangkaian Televisyen
Pos Malaysia
Pejabat Kesihatan
Pejabat Pelajaran
Jabatan Agama Islam
Polis DiRaja Malaysia
Kementerian Pelancongan
Jabatan Kementerian Dalam Negeri
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Alor Setar, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.