Nazim Othman: Pelakon lelaki Malaysia

Nushrul Alif Nazim Othman (lahir 16 September 1984) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Beliau pertama kali muncul dalam drama Frontpage pada 2008. Memulakan kerjaya awal sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia, beliau popular dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu, Kau Yang Terindah, Epilog Cinta Khirana dan Sangkar. Dengan kerjaya lakonannya yang menjangkaui 15 tahun, Nazim diketahui banyak menumpukan perhatian kepada drama TV dan tidak memilih untuk berlakon dalam filem cereka.

Nazim Othman
Kelahiran
Nushrul Alif bin Othman

(1984-09-16) 16 September 1984 (umur 39)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model, pengacara, penyanyi
Tahun aktif
  • 2003–2007 (sebagai pramugara)
  • 2008–kini (sebagai pelakon)
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)
PasanganBella Dally (k. 2016; c. 2018)

Kerjaya

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Nazim Othman pernah bertugas sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia selama empat tahun. Selepas meninggalkan kerjayanya di awan biru, Nazim mula berkecimpung dalam bidang lakonan. Penampilan televisyen pertamanya ialah menerusi peranan kecil dalam drama Frontpage.

Pada tahun 2017, Nazim memulakan kerjayanya dalam bidang muzik dengan merakamkan single pertama, "Kerana Cinta" hasil nukilan Hael Husaini. Ia dikeluarkan pada April 2017.

Gempak Superstar

Persembahan

Nazim merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Cindai" nyanyian asal Siti Nurhaliza
  2. Minggu 2: "Bahagiamu Deritaku" nyanyian asal Hafiz Suip
  3. Minggu 3: "Tentang Dia" nyanyian asal Melly Goeslaw
  4. Minggu 4: "All of Me" nyanyian asal John Legend dan "Pop Ye Ye" nyanyian asal VE
  5. Minggu 5: "Nakal" nyanyian asal Gigi
  6. Minggu 6: "Hati-Hati" nyanyian asal Amira Othman

Carta penyingkiran

Minggu: 1 (10/Apr) 2 (17/Apr) 3 (24/Apr) 4 (1/Mei) 5 (8/Mei) 6 (15/Mei)
Kedudukan Peserta Keputusan
5 Nazim Kekal ke-2 ke-6 ke-4 Pertama Pemenang Tempat Kelima

Kehidupan peribadi

Nazim Othman dilahirkan di Labuan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor.

Nazim disahkan menghidap ketumbuhan dibahagian otak pada Mac 2015. Sebelum membuat pendedahan mengenai penyakitnya, Nazim pernah memuat naik gambar parut pembedahan di kepalanya menerusi akaun Instagram namun tidak memberi sebarang penjelasan mengenai masalah kesihatannya.

Beliau berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, namun mengumumkan perceraian mereka pada 17 Mei 2018.

Nazim ialah peminat tegar penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza.

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Frontpage ntv7 Drama pertama
Awan Dania Astro Ria
2009 Gelora Di Hati Sara Tahir TV2
2010 Asmara Raziq TV3
Gelora Di Hati Sara 2 Tahir TV2
2011 Trilogi Cinta Anuar TV1
Begitukah Cinta Nazril TV3
Kali Kedua Zahrin TV9
Terowong Ramli TV3 Episod: "Surat"
2012 Impian Raya Emelyn Aqil TV9
Dejavu di Kinabalu Bazli Aiman TV3
Kau Yang Terindah Kapten Syamil
Terlanjur Cinta Amrin TV9
2013 Epilog Cinta Khirana Shahrul Azwan TV3
Kisah Cinta
Sangkar Umar TV9
Tanah Kubur (Musim 8) Musa Astro Oasis Episod: "Tiada Kubur"
Kalimah Jiwa Aniq TV3
2014 Astana Cinta Aleesa Zhariff
Gerimis Salju Naminara Fauzan TV1
2015 Akulah Balqis Kapten Adi TV3
Cinta Iris Johari TV9
2016 Cinta Teruna Kimchi Kang Ye Jun TV3
2016-2017 Lara Aishah Iskandar Astro Prima
Ana Kleopatra Taufik Unifi TV
2018 Monalisa Johan Astro Prima
Terima Aku Seadanya Irfan ntv7
2019 Suri Katriana Daniel Astro Prima
Lara Syakila Adam TV2
Cindai Amir TV3
Iktibar Roy Episod: "Kaki Trend"
2020 Bukan Gadis Biasa Amer
Pengantin Satu Malam Zahred Hadri
Sekali Ku Jatuh Cinta Ammar TV1
2021 Takdir Yang Tertulis Azlan TV3
Ratu Ten Pin Arief Astro Ria
Malaysian Ghost Stories Adi Episod: “Hantu Orang Asli”
2022 Kau Cipta Kasih Afiq TV3
Kuasa Darius Astro Citra
Sepi Tanpa Cinta Fakrul Sooka
Ratu Ten Pin 2: Shalin Arief Astro Ria
Sorry Naik Lori Khairul IQIYI
2023 Isteri Halal Daniel Astro Ria
Rajuk Karina Saiful TV3
2024 Hawt Fellas Abg Lee TV3 Pelakon jemputan
Perempuan Ilmu Hitam Cairyl Tonton
Wanita Syurga Luqman TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Tuah Kembali Astro Ria
2010 Sapu Tangan Merah
Surat Cinta
2011 Menantu Tip Top TV3
2012 Lollypop Astro Ria
2013 Yeop Kaya Ke Yeop TV3
2015 Gebu-Gebu Manis Hamdi Astro Ria
Pen Merah Pen Biru Astro Maya HD
2021 Mufariq TV1
2022 Cangkul Imran Astro Citra

Video Klip

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2014 "Hujung Waktu" Azhael

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2010 Inspirasi Bintang Pengacara Muzik Aktif mengacara bersama Miya Zainal
2016 Gempak Superstar Peserta Astro Ria

Siniar

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2023 Studio Sembang Artis Jemputan bersama Amelia Henderson

Diskografi

  • "Kerana Cinta" (2017)

Aktivisme

Pada April 2012, Nazim bersama-sama dengan Intan Ladyana, Fizo Omar, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza dan Neelofa sebagai Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL). Menurut OXCELL, "Pemilihan enam ikon ini adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam bidang seni'. Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni."

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Fasha Sandha) Tercalon
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Nazim Othman KerjayaNazim Othman Gempak SuperstarNazim Othman Kehidupan peribadiNazim Othman FilemografiNazim Othman DiskografiNazim Othman AktivismeNazim Othman Anugerah dan pencalonanNazim Othman RujukanNazim Othman Pautan luarNazim OthmanDejavu di KinabaluEpilog Cinta KhiranaFrontpage (siri TV)Penerbangan MalaysiaSangkar (drama)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Imam MahdiBendera PalestinAeril ZafrelGombakAbdul Kadir Sheikh FadzirPemerintahan berajaWilayah PersekutuanLohong hitamPulau (filem)Perubahan iklimDewan Undangan Negeri di MalaysiaInsya-AllahQasrina KarimParti Bersatu Rakyat SabahSejarah MelakaAdam CorrieNegara PalestinAzhar MansorWikipediaKata tugasMalang Si PuteriSenarai negara mengikut keluasanMelitha SidabutarOne Two JagaSejarahNur FazuraNadia BrianReal Madrid CFPahamin RajabNazim OthmanBola tamparShah AlamJalaluddin HassanSenarai raja-raja MelayuFahmi FadzilKongsi RayaBerlari merentas desaLiga Europa UEFAKelantanSophia AlbarakbahSijil Pelajaran MalaysiaZamarul HishamKetupat palasNegeri SembilanPilihan raya umum Malaysia 2022Kata kerja tak transitifYusof HaslamLembah BujangTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahIsraelSultan Abu Bakar ibni Temenggong Daeng IbrahimJawatankuasa Hubungan Antara KaumKedahLemangSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiNabila RazaliSenarai peribahasa (A–M)Dasar Ekonomi BaruAzad JasminSenarai Kementerian di MalaysiaCristiano RonaldoAina AbdulCuti umum di MalaysiaKesultanan Johor-RiauPantang larang MelayuGerakan Aceh MerdekaIsteri-isteri Nabi MuhammadUthman bin AffanSharifah ShahirahSkop ProductionsIntan LadyanaSifat-sifat AllahRindu Kasih 2Barisan NasionalSabronzoNabi Isa a.s.KhunsaKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)🡆 More