Pemerintahan Beraja merupakan salah satu ciri yang unik dan penting di Malaysia.
Bermula daripada yang menghendaki Raja-Raja Melayu menerima seorang (Penasihat) ) hinggalah penubuhan Malaysia pada tahun 1946.
Raja berperanan sebagai Ketua Negeri di bawah Perlembagaan Negeri pada masa kini. Sistem Kerajaan di negara kita dibahagikan kepada 13 buah kerajaan negeri dan sebuah kerajaan pusat kerana Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan yang terdiri daripada 13 buah negeri. Setiap negeri mempunyai seorang Raja(Sultan) atau Yang Dipertua Negeri yang merupakan Ketua Negeri seperti mana yang disebutkan dalam perenggan 58 Suruhanjaya Reid: “Yang di-Pertuan Besar akan menjadi ketua negeri, tetapi dia mesti menjadi seorang pemerintah yang berperlembagaan. Beliau mesti bertindak atas nasihat menteri dalam segala perkara berkaitan dengan kuasa eksekutif. Beliau akan menjadi symbol perpaduan negara.”
Malaysia terdiri daripada 9 buah negeri yang diperintah oleh Raja(Sultan) iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, dan Perak.
Tetapi terdapat 4 buah negeri diperintah oleh Yang Dipertua Negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana 4 buah negeri ini tidak mempunyai Raja(Sultan). Maka Yang Dipertua Negeri yang akan memerintah serta menjadi lambang kepada kepada negeri yang tidak mempunyai raja.
Pilihan seorang Raja adalah ditentukan oleh perkembangan negeri masing-masing dan biasanya mengikut adat istiadat negeri itu. Manakala setiap Yang DiPertua Negeri pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas budi bicaranya, tetapi perlantikan itu hendakalah dibuat selepas berunding dengan Ketua Menteri negeri masing-masing.
Yang diPertua Negeri menyandang jawatannya selama 4 tahun. Walaubagaimanapun, seorang Yang Dipertua Negeri itu boleh meletakkan jawatannya atau dilucutkan daripadanya jawatannya oleh Yang DiPertuan Agong mengikut usul Dewan Undangan Negeri, dan disokong oleh undi tidak kurang daripada dua pertiga jumlah ahli dewan itu.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mewujudkan jawatan Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan kepada cadangan dalam Suruhanjaya Reid yang memasukkan peruntukan mengenai “Yang Dipertuan Besar di sisi perlembagaan bagi Persekutuan yang akan dipilih dari kalangan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. “Yang Diper-tuan Agong dikatakan akan menjadi simbol perpaduan negara. Mengikut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA adalah Utama Negara bagi Persekutuan yang memperuntukkan bahawa baginda adalah Utama Negara bagi Persekutuan yang mempunyai keutamaan dan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan tidak boleh didakwa dalam perbicaraan mana-mana mahkamah sekalipun kecuali dalam Mahkamah Khas.
Yang Di-pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Raja Perlembagaan, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.
Raja merupakan ketua agama islam bagi negeri masing-masing, tetapi bagi negeri Pulau Pinang dan Melaka, ketua agam Islamnya ialah Yang Dipertuan Agong dan ini diperuntukkan dalam Perkara 3(3)Perlembagaan Persekutuan
Pemilihan YDPA akan dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dari kalangan 9 Raja-Raja Melayu mengikut peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
1. Hanya Raja-Raja sahaja boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih.
2. Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi.
3. Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, seorang Raja yang lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mngundi sebagai proksi.
(Seseorang Raja itu tidak layak dipilih berdasarkan kepada Seksyen 1 Bahagian 1 Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang merupakan peruntukkan berkenaan dengan ketidaklayakan menjadi YDPA.)
1. Raja itu belum dewasa.
2. Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa baginda tidak berhasrat dipilih.
3. Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi YDPA disebabkan oleh kelemahan akal dan tubuhnya atau kerana sebab-sebab lain. Ketetapan ini memerlukan sekurang-kurangnya undian daripada lima orang Raja.
YDPA hanya boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula, mengikut Perkara 32(4) Perlembagaan Persekutuan, pemecatan YDPA oleh Majlis Raja-Raja mestilah mengikut peruntukan-peruntukan dalam Seksyen 8, Bahagian 3, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
Mengikut peruntukan yang terdapat dalam Seksyen 8 Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, sesuatu ketetapan oleh Majlis Raja-Raja bagi memecat YDPA dari jawatannya tidak boleh diluluskan dibawah kecuali sekurang-kurangnya 5 orang ahli Majlis Raja-Raja telah mengundi menyokong ketetapan itu.
Soal pemecatan YDPA juga adalah berdasarkan kepada budi-bicara Majlis Raja-Raja yang diperuntukkan di bawah Perkara 38(6)(a) Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Seksyen 7, Jadual kelima Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertua bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak juga tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-Raja dalam soal pemecatan YDPA.
1. Melantik seorang Perdana Menteri. (Perkara 40 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan)
2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen (Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan)
3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu. (Perkara 40 (2) (c) Perlembagaan Persekutuan)
Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah :
YDPA merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan mengikut Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan.
Justeru itu, baginda mempunyai kuasa pengampunan dan mengurangkan hukuman atas kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
YDPA juga akan mengurniakan Bintang Kebesaran kepada pihak-pihak yang layak.
Di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan , YDPA mempunyai tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan orang bukan Melayu.
Sebelum menteri dan timbalan menteri menjalankan tugas, mereka akan mengangkat sumpah taat dan setia di hadapan YDPA.
Jawatan yang akan dilantik berdasarkan nasihat adalah seperti:
Mengikut Perkara 3(3) Perlembagaan Persekutuan, perlembagaan-perlembagaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah membuat peruntukan bagi memberi YDPA kedudukan sebagai Ketua Agama Islam dalam negeri-negeri ini.
Perkara 3(5) Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan YDPA adalah Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta bahawa Parlimen boleh menubuhkan Majlis untuk menasihat YDPA mengenai perkara berkaitan dengan Agama Islam.
Per. 40 (2) (c) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada YDPA untuk memanggil mesyuarat dengan ahli Majlis Raja-Raja untuk membincangkan keistimewaan ,kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran Raja-Raja Melayu.
Mengikut Perkara 34 Perlembagaan Persekutuan,
1. Tugas-tugasnya sebagai Ketua Agama Islam
2. Bagi meminda Perlembagaan Negerinya atau
3. Bagi melantik seorang Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja
Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 seiring dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Majlis Raja-Raja merupakan tempat bagi semua Raja dan Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang. Menurut Perkara 38(1) Perlembagaan Persekutuan, Majils Raja-Raja adalah ditubuhkan mengikut peruntukan dalam jadual kelima.
Mengikut seksyen 1, Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja terdiri daripada Raja-Raja dan juga Yang Dipertua negeri bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja.
Pada tahun 1948 hingga 1957, keanggotaan Majlis Raja-Raja adalah terdiri daripada 9 orang sultan. Pada 31 Ogos 1957, keanggotaan Majlis Raja- Raja mempunyai sedikit perubahan ialitu teridiri daripada 9 orang sultan dan 2 orang ketua-ketua negeri. Mulai tahun 1963 pula, keanggotaan Majlis Raja-Raja terdiri daripada 9 orang sultan dan 4 orang ketua-ketua negeri.
Menurut Perkara 38(2) Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja- Raja hendaklah menjalankan fungsinya bagi:
Menurut Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan, tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Menurut Perkara 38(6) Perlembagaan Persekutuan, anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan fungsi yang berikut, iaitu:
(a) memilih Yang di-Pertuan Agong atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya, atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong
(b) memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan;
(c) memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja;
(d) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh;
(e) pelantikan anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan; atau
(f) memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan
Latar belakang krisis ini adalah PP v Tengku Mahmood Iskandar [1973]1 MLJ 128 dan PP v Tengku Mahmood Iskandar [1977]2 MLJ 123. Fakta kes ialah responden didapati bersalah kerana menyebabkan kematian seorang kedi golf kerana beliau bermain gold di Cameron Highlands. Oleh kerana dia adalah anak kepada Sultan Johor, hukuman telah dikurangkan. Tetapi keputusan itu terikat ke atas dan hukuman berat diberikan. Kes ini adalah berkaitan dengan isu kesamarataan yang termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Krisis ini bermula apabila Tun Dr Mathahir memegang tampuk pemerintahan Malaysia pada tahun 1983 sebagai Perdana Menteri, dimana beliau telah mencadangkan untuk membuat pindaan tentang beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan seperti pindaan sebahagian besar rang undang-undang 38(4), 66(1), (5), dan 150 (1).
Namun perkara yang telah menimbulkan krisis perlembagaan iaitu berkaitan Perkara 66 dan 150 Perlembagaan Persekutuan dimana ia berkait dengan kedudukan YDPA.
Perkara 66 dan 150 Perlembagan Persekutuan, adalah berkaitan dengan rang undang-undang iaitu tentang pengisytiharan darurat dan perkara mengenai perkenan oleh YDPA dan Yang di-Pertuan Negeri ke atas undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Perlembagaan Persekutuan serta Dewan Undangan Negeri bagi Pelembagaan Negeri.
· Segala rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan daripada YDPA, jika YDPA tidak memberi perkenan maka undang-undang tersebut dinyatakan tidak sah.
Krisis ini adalah berkaitan dengan kehilangan kekebalan dan immuniti Raja yang termaktub dalam Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan.
Later belakang krisis ini adalah insiden Gomez atau Insiden di Istana Bukit Serene. Douglas Gomez merupakan jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar. Pasukan itu telah berjaya ke separuh akhir Kejohanan Hoki Malaysia Russian Milo Champion School. Walau bagaimanapun, Gomez telah diarahkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk menarik diri daripada perlawanan. Ini hanya salah satu daripada beberapa pengeluaran daripada pasukan hoki Johor dari kejohanan selama beberapa bulan sebelum itu. Kecewa dengan arahan itu, Gomez menggesa peletakan jawatan semua johor hoki persatuan pemegang jawatan utama. Beliau juga mengkritik kepimpinan untuk memusnahkan hocket di negeri ini. Selepas itu, Gomez telah dipanggil ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Beliau berada di sana selama 4 jam. Pada jam pertama, beliau diberi taklimat mengenai etika istana dan bagaimana untuk memohon ampun jika dia membuat kesilapan dalam tindakan atau komunikasi beliau dengan Sultan. Selepas Sultan Johor tiba, Gomez berkata beliau dikelilingi oleh enam lelaki dalam seluar jeans dan t-shirt dan sedozen Johore kakitangan kuasa tentera. Pada hari berikutnya, Gomez mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta tempatan untuk lebam di muka dan perutnya. Pada 6 Disember 1992, dia membuat laporan kepada pihak polis di mana dia mendakwa bahawa dia telah menjadi mangsa serangan dan pada istana dan bahawa, walaupun terdapat beberapa orang di istana pada masa itu, tetapi orang yang bertanggungjawab untuk kecederaannya adalah Sultan sendiri.
1. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan – hilang kuasa immuniti
2. Perkara 181 (2) Perlembagaan Persekutuan – boleh menjalani sebarang prosiding
3. Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan – kuasa pengampunan
4. Perkara 63 & 72 Perlembagaan Persekutuan – keistimewaan ahli Parlimen
5. Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan – Penubuhan Mahkamah Khas
6. Perkara 33A Perlembagaan Persekutuan– kesan prosiding jenayah di Mahkamah Khas
7. Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan– prosiding di Mahkamah Khas hanya boleh dibuat dengan izin Peguam Negara
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Konsep Raja Berperlembagaan di Malaysia, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.