Aisha Retno

Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam (lahir 1 Ogos 2000) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia.

Beliau terkenal dengan lagu popularnya, "Mengikat Jiwa". Selain itu, beliau turut menjadi salah seorang daripada 24 penyanyi amatur Vokal Mania. Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat dan telah memenangi tempat ketiga.

Aisha Retno
Kelahiran
Sharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulijam

(2000-08-01) 1 Ogos 2000 (umur 23)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Ekonomi
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (UM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2018–kini
Ibu bapa
SaudaraSophia Albarakbah (sepupu)
Kerjaya muzik
GenrePop, balada, R&B, soul
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
Pengkarya berkait
Yuka Kharisma, Khodi, Sandra Dianne

Kerjaya

Mewarisi bidang muzik daripada ibunya yang berwarganegara Indonesia, Jean Retno Aryani yang merupakan bekas penyanyi era 1980-an sezaman dengan Hetty Koes Endang, Aisha Retno mula menunjukkan minat terhadap muzik sejak berusia lima tahun dan sewaktu di bangku sekolah, beliau pernah menyertai pertandingan nyanyian. Aisha lebih menjurus kepada genre nasyid semasa sekolah rendah. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan Suara Emas sehingga peringkat kebangsaan mewakili Kuala Lumpur semasa menduduki Tingkatan 4.

Kerjaya muzik profesional Aisha bermula apabila beliau mengikat kontrak bersama Sony Music Malaysia, seterusnya merakamkan single sulungnya, "Mengikat Jiwa". Dikeluarkan pada 2018, lagu ini ialah hasil nukilan komposer Indonesia, Aldi Nadi Permana dan menjalani rakaman di republik itu. Pada 25 Februari 2020, beliau bersama Khodi dan Sandra Dianne menjayakan persembahan di Showcase 3 Souls yang berlangsung di Loud Speaker Family Karaoke, Puchong.

Pada Ogos 2020, beliau berduet bersama Yuka Kharisma menerusi lagu bertajuk "Terima Kasih", selain itu, Aisha turut mengambil bahagian dalam kempen Bring The Beat anjuran Sony Music yang bertujuan menggalakkan artis naungannya untuk hasilkan lagu bagi mengembangkan daya kreatif mereka. Artis yang terlibat ialah Benzooloo, Sandra Dianne dan B-Heart.

Aisha paling dikenali sebagai salah seorang daripada 24 penyanyi amatur, juga dikenali sebagai Rookie dalam rancangan Vokal Mania yang disiarkan di TV3 yang turut disertai oleh Wafariena Roslan dan Afieq Shazwan. Beliau telah dinobatkan sebagai juara Rookie manakala Aina Abdul dinobatkan sebagai juara Idol. Pada Januari 2021, Aisha melancarkan single ketiganya, "Cinta Denganmu".

Pada 9 Disember 2021, Aisha melancarkan lagu bahasa Inggeris sulungnya, "W.H.U.T." yang bermaksud "Wanna Hold U Tight" yang telah meraih penstriman lebih dua puluh (20) juta di Spotify. Beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 11 peserta Big Stage musim keempat bersama-sama dengan Tuah Adzmi, Danial Chuer, Ajoi Zainal, Megat Rahim, Lia Aziz dan Elica Paujin. Aisha telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi Big Stage musim keempat.

Aisha turut berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi telefilem Cangkul dengan memegang watak sebagai Zura, kemudian muncul dalam drama Gadis Muzikal dengan memegang watak sebagai Melly.

Kehidupan peribadi

Aisha Retno berdarah kacukan Melayu, Arab dan Jawa. Beliau ialah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Jean Retno Aryani, penyanyi veteran Indonesia dan Sayed Sipulijam Sayed Alwee, seorang ahli perniagaan dari Kelantan. Aisha mempunyai seorang adik, Sayed Abu Hanifa Radityo. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya (UM).

Di waktu lapangnya, Aisha mempunyai hobi memelihara kucing. Beliau ialah sepupu kepada pelakon, Sophia Albarakbah.

Diskografi

Big Stage Musim 4

Berikut ialah senarai persembahan Aisha dalam Big Stage Musim 4:

Minggu Lagu Penyanyi Asal Markah Juri Kedudukan
Minggu 1 Teman Iman Troye 84.40% Pertama
Minggu 2 Lalisa Lisa 75.20% Tempat Ketiga
Minggu 3 Kesetiaan Siti Sarah 82.00% Pertama
Minggu 4 Lathi Weird Genius ft. Sara Fajira 89.60% Pertama
Minggu 5 Cindai Dato' Sri Siti Nurhaliza 91.20% Tempat Kedua
Minggu 6 Bengawan Solo Hetty Koes Endang 97.00% Pertama
Minggu 7 (Separuh Akhir) Sumpah Aina Abdul 87.80% Tempat Kedua
Minggu 8 (Akhir) Fallin' Alicia Keys 71.04% style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="duhoc-ms yes table-yes2"|Tempat Ketiga
Semua Jadi Satu 3 Diva

Album/EP

Tahun Album Tajuk Lagu Lirik Komposer
2023 A.R "Pencarianku" Aisha Retno, Sharon Paul Sharon Paul
"JARAK" duet Bersama Aziz Harun Aisha Retno, Glowrush, Romeo Aziz Harun, Glowrush
"Ternoktah" Aisha Retno, Firdaus Rahmat, Hanis Rafi Hanis Rafi, Omar K
"Teduh" Aisha Retno, Iqie Hugh, John Jeeves Iqie Hugh
"Cukuplah" Aisha Retno, Firdaus Rahmat, John Jeeves John Jeeves
"SUTERA" Aisha Retno, MFMF MFMF

Single

Tahun Tajuk Album Nota
2018 "Mengikat Jiwa" Single -
2020 'Menjelang Hari Raya" -
2021 "Cinta Denganmu" OST. Takdir Yang Tertulis
"Nukilanku" OST. Masih Ada Rindu
"W.H.U.T." -
2022 "Pencarianku" -
''SUTERA'' -
"I.L.S.M (I Love Sadness More) -
2023 "Ternoktah" -

Single Kolaborasi/Duet

Tahun Tajuk Album Nota
2020 "Terima Kasih" Single Duet bersama Yuka Kharisma
2021 "Pulang Di Hari Raya" Duet bersama Waheeda Bonn
2023 "JARAK" Duet bersama Aziz Harun

Filemografi

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Vokal Mania Dirinya sendiri TV3 Juara Rookie
2022 Big Stage (musim 4) Astro Ria Ketiga
Gempak TV Pengacara undangan -
2023 Reporting For Duty Dirinya sendiri Program Realiti
Bigstage 2023 Capsule Pengacara -

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Cangkul Zura Astro Citra Lakonan pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Gadis Muzikal Melly TV3 Drama pertama

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
2023 Spotify Wrapped 2022 Awards Top Radar Artist SG & MY 2022 Dirinya sendiri Menang
Top 10 of Asia: Personality of The Year Award 2022/23 Malaysia Young Music Icon Dirinya sendiri Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
2024 Anugerah Juara Lagu ke-38 Kategori Terbuka "SUTERA" Naib Juara
Anugerah Persembahan Terbaik AJL38 Dirinya sendiri menerusi lagu "SUTERA" Menang

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Aisha Retno KerjayaAisha Retno Kehidupan peribadiAisha Retno DiskografiAisha Retno FilemografiAisha Retno Anugerah dan pencalonanAisha Retno RujukanAisha Retno Pautan luarAisha RetnoBig StageBig Stage (musim 4)Vokal Mania

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ekolokasi haiwanReal Madrid CFParlimen MalaysiaPemerintahan berajaOlahragaAsia BaratJata MalaysiaQistina KhaledKhairy JamaluddinHun HaqeemJoe FlizzowCik ManggisIslamSejarah SingapuraPahangAhmad Zahid HamidiLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaNazim OthmanDasar Ekonomi BaruDaerah di SabahPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Zarina ZainoordinMat KilauSyarikat swastaArdell AryanaBahasa InggerisNabila HudaSenarai raja-raja MelayuDaiyan TrishaNajua NasirRukun solatKamal AdliNora DanishArthur Joseph KurupBuliKesihatanRaja berperlembagaanMokhtar DahariSharifah AiniTakdir Itu Milik AkuWings (kumpulan muzik Malaysia)Hari GawaiTanah Melayu BritishHantu Kak Limah Balik RumahAisha RetnoMalayan UnionRindu Kasih 2Johor Darul Ta'zim F.C.Halim RadziSultanah Nur ZahirahShahrulezad MohameddinTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahHari Raya AidilfitriMustapha KamalNusantaraSenarai saluran Astro NJOINaim DanielMalaysia MadaniHantu rayaGeografi JohorBatu Bersurat TerengganuDuerra MitildaUniversiti awamBaju MelayuNadia AqilahChacha MaembongSejarah bahasa MelayuPerodua AxiaSelangorAbdul Samad IsmailTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahSenarai negara mengikut keluasanRejimen Askar Melayu DiRajaMelitha SidabutarSiti Rosmizah SemailTentang Hati DiaAdellea Sofea🡆 More