Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja (Jawi: ‏ڤمرينتهن براج‎code: ms is deprecated ‎) atau Monarki (dari bahasa Yunani monos archein, bermaksud satu pemerintah) merupakan sejenis kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara.

Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan.

Perbezaan diantara Raja dengan Perdana Menteri sebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua Negara sepanjang hayatnya, manakala Presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa yang tertentu. Namun dalam negara-negara persekutuan seperti Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja dari negeri lain dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah raja berperlembagaan, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif.

Monarki demokrasi atau dalam bahasa Inggeris Elective Monarchy, adalah berbeza dengan konsep raja yang sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya (hereditary monarchies). Tetapi dalam sistem monarki demokrasi, takhta raja akan bergilir-gilir di kalangan beberapa sultan. Malaysia misalnya, mengamalkan kedua-dua sistem iaitu raja berpelembagaan serta monarki demokrasi.

Bagi kebanyakan negara, Raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut. Selain itu, raja biasanya ketua agama serta Panglima Besar angkatan tentera sesebuah negara. Contohnya di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam, manakala di United Kingdom dan negara di bawah naungannya, Raja adalah ketua agama.

Selain Raja, terdapat beberapa jenis pemerintah yang mempunyai bidang kuasa yang lebih luas seperti Maharaja dan Kalifah.

Pemerintahan Beraja
  Raja separuh berperlembagaan
  Alam Komanwel (raja berperlembagaan dalam kesatuan peribadi)
  Raja subnegara (tradisional)

Perbahasan menyokong dan menentang monarki

Perbahasan menyokong

Beberapa sebab menyokong monarki adalah:

  • Raja berkemungkinan lebih baik daripada presiden yang dipilih kerana beliau telah dilatih sejak kecil untuk memimpin.
  • Perbelanjaan mengekalkan sistem raja mungkin lebih murah daripada republik yang terpaksa berbelanja besar untuk pilihan raya presiden, rumah, pencen dan perkara lain bagi presiden dan bekas presiden.
  • Persaingan dan kritik selalunya ditujukan ke atas presiden kerana beliau adalah pegawai yang dilantik. Ini mungkin boleh memalukan negara.
  • Presiden ialah ahli anggota parti politik yang mungkin bersikap berat sebelah sedangkan raja tidak mewakili mana-mana parti politik serta bersikap neutral.
  • Presiden harus bertindak mengikut polisi parti dan penyokongnya tetapi raja lebih bebas.
  • Raja lebih baik untuk dijadikan simbol perpaduan nasional daripada presiden.
  • Dalam sebuah republik pertukaran ketua kerajaan menyebabkan suasana tidak menentu politik. Sistem raja pula lebih stabil dan melambangkan kesinambungan pemerintahan. Contohnya, kekacauan dan peperangan saudara di Perancis, Jerman, Rusia dan China apabila mereka menghapuskan sistem beraja.

Perbahasan menentang

Beberapa sebab menentang monarki:

  • Sistem monarki melambangkan keistimewaan, ketamakan dan eksploitasi.
  • Setiap masyarakat mempunyai hak untuk melantik ketua negara dan ketua negara mempunyai tanggungjawab kepada rakyat.
  • Setiap manusia dilahirkan sama rata sedangkan raja dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai kuasa tanpa perlu berusaha.
  • Kuasa prerogatif raja boleh digunakan untuk menghalang proses demokratik tanpa perlu rasa bertanggungjawab.
  • Sistem raja yang diwaris menyebabkan kanak-kanak yang dilahirkan sebagai putera raja tidak dapat menjalani kehidupan normal seterusnya tidak dapat berfungsi sebagai ketua kerajaan yang baik.
  • Dalam beberapa kes, sistem monarki dikaitkan dengan fahaman fasis dan diktator. Di Itali misalnya, sistem raja dimansuhkan kerana Raja Victor Emmanuel III menyokong regim fasis Mussolini pada tahun 1946.

Sumber

  • "Darjat tidak datang bergolek", Utusan Online, 15 Februari 2005

Lihat juga

Bacaan lanjut

  1. Diana ramal kejatuhan monarki British Diarkibkan 2008-12-05 di Wayback Machine

Pautan luar

Tags:

Pemerintahan Beraja Perbahasan menyokong dan menentang monarkiPemerintahan Beraja SumberPemerintahan Beraja Lihat jugaPemerintahan Beraja Bacaan lanjutPemerintahan Beraja Pautan luarPemerintahan BerajaBahasa YunaniMonarki mutlakPerlembagaanRajaTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukNabila RazaliPasukan Gerakan AmAl-Masih ad-DajjalDidi AstillahKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Pemboleh ubahMalayan UnionSenarai negara mengikut keluasanVaksin tetanusSabri YunusSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaAshraf SinclairSunan Gunung JatiPuteri KhareezaSheriffHafizh Syahrin AbdullahZaman air batuWanna AliRukun NegaraCabang dan mazhab IslamMegat SharizalKesan rumah hijauBahasa MaduraNabi Ibrahim a.s.Anugerah AidilfitriPerang BadarMelitha SidabutarIntan NajuwaPitt HanifKetua Polis Negara MalaysiaNombor perdanaIndeks Pembangunan ManusiaSarimah IbrahimEmpayar UthmaniyahAwieLiberalismeNa’im BrundageShiqin KamalBaju tradisional MelayuSeri KembanganSlot SamarindaSistem pembiakan perempuanHubungan seksKugiran MasdoPerkara yang dilarang dalam IhramPerlembagaan MalaysiaMimi LanaAtomSenarai sistem badan manusiaBeto KusyairySenarai negara mengikut sistem kerajaanAngeline TanBatik Air MalaysiaJanna NickNILAMPerkahwinan menurut IslamUjian dadahSultanah Nur Diana Petra AbdullahAmir AhnafZUS CoffeeMata anginHutan hujan AmazonNusantaraRita RudainiSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaPiala FA InggerisMaya KarinPiala Asia B-23 AFC 2024Salasilah keturunan Nabi MuhammadSejarah SabahJamrahProton SatriaEropahLapisan ozon🡆 More