Kota Setar merupakan sebuah daerah yang terletak di Kedah, Malaysia.
Daerah inilah terletaknya Bandar Alor Setar iaitu ibu negeri Kedah.
Kota Setar | |
---|---|
Daerah Kota Setar داءيره كوتا ستار கோத்தா ஸ்டார் | |
Koordinat: 6°5′N 100°20′E / 6.083°N 100.333°E 100°20′E / 6.083°N 100.333°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Pusat | Alor Setar |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Bandaraya Alor Setar |
Keluasan | |
• Jumlah | 422 km2 (163 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 374,051 |
• Kepadatan | 890/km2 (2,300/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 |
Poskod | 05xxx |
Kod panggilan | +6-04 |
Nombor plat kenderaan | K |
Nama Kota Setar berasal daripada perkataan Setar atau pokok ‘Stak’ (Bouea macrophylla) yang tumbuh di kawasan ini.
Sejak tahun 1991, seluruh Daerah Kota Setar terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Setar merangkumi 34 buah mukim, manakala pentadbiran tanahnya pula terbahagi kepada pentadbiran Pejabat Tanah Kota Setar merangkumi 28 buah mukim dan Pejabat Tanah Pokok Sena merangkumi enam buah mukim. Pada 1 Januari 2008, daerah Pokok Sena telah diasingkan daripada daerah Kota Setar selepas tertubuhnya Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.
Pihak berkuasa tempatan di daerah Kota Setar ialah Majlis Bandaraya Alor Setar. Majlis Bandaraya Alor Setar telah dinaiktaraf dari Majlis Perbandaran Kota Setar pada 28 November 2003 sekaligus menjadi bandaraya ke-sembilan di Malaysia.
Daerah Kota Setar bersempadan dengan daerah Kubang Pasu di utara, daerah Pokok Sena di timur, daerah Pendang di tenggara, daerah Yan di selatan dan Selat Melaka di barat.
Berikut merupakan keluasan dan populasi penduduk bagi mukim-mukim di Kota Setar.
Bil | Senarai Mukim | Keluasan (km²) | Populasi Penduduk |
1 | Kota Setar | 6.29 | 22,364 |
2 | Kuala Kedah | 9.95 | 20,924 |
3 | Tajar | 44.35 | 16,244 |
4 | Derga | 29.48 | 32,227 |
5 | Alor Merah | 5.59 | 9,655 |
6 | Pengkalan Kundor | 41.28 | 61,357 |
7 | Anak Bukit | 8.9 | 10,700 |
8 | Titi Gajah | 13.02 | 4,999 |
9 | Kubang Rotan | 22.0 | 6,716 |
10 | Kangkong | 22.53 | 8,640 |
11 | Langgar | 10.36 | 8,262 |
12 | Limbong | 7.06 | 1,620 |
13 | Mergong | 12.58 | 27,616 |
14 | Sungai Baharu | 5.75 | 2,024 |
3 | Sala Kechik | 15.61 | 6,927 |
16 | Lengkuas | 8.61 | 1,939 |
17 | Bukit Pinang | 9.9 | 8,616 |
18 | Alor Malai | 7.76 | 30,747 |
19 | Telok Kechai | 7.75 | 9,894 |
20 | Telok Chengai | 5.21 | 6,964 |
21 | Tebengau | 16.94 | 4,714 |
22 | Gunong | 19.24 | 7,475 |
23 | Padang Lalang | 23.99 | 9,263 |
24 | Telaga Mas | 13.53 | 3,538 |
25 | Lepai | 6.78 | 3,313 |
26 | Hutan Kampong | 10.09 | 7,962 |
27 | Padang Hang | 21.97 | 4,405 |
28 | Pumpong | 11.18 | 18,071 |
Bandar dan pekan
Mengikut bancian penduduk Malaysia 2010, jumlah penduduk di daerah Kota Setar ialah seramai 357,176 orang dengan kepadatan penduduk 850 orang perkilometer persegi. Penduduk paling ramai berbangsa Melayu iaitu seramai 262,027 orang. Terdapat sebanyak 86,456 isi rumah dengan 93,190 tempat kediaman.
Warganegara | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Melayu | 262,027 |
Bumiputera lain | 610 | |
Cina | 78,542 | |
India | 8,298 | |
Lain-lain | 1,253 | |
Bukan warganegara | tiada data | 6,446 |
Kumpulan umur | Jumlah |
---|---|
70 tahun dan ke atas | 16,251 |
60 hingga 69 tahun | 24,222 |
50 hingga 59 tahun | 41,171 |
40 hingga 49 tahun | 45,777 |
30 hingga 39 tahun | 42,726 |
20 hingga 29 tahun | 54,272 |
10 hingga 19 tahun | 73,128 |
9 tahun dan ke bawah | 59,629 |
Jantina | Jumlah |
---|---|
Lelaki | 178,457 |
Perempuan | 178,719 |
Senarai wakil rakyat daerah Kota Setar dalam Dewan Rakyat
Parlimen | Kerusi | Ahli Parlimen | Parti |
---|---|---|---|
P9 | Alor Setar | Chan Ming Kai | Pakatan Harapan (PKR) |
P10 | Kuala Kedah | Dr Azman Ismail | Pakatan Harapan (PKR) |
Senarai wakil rakyat daerah Kota Setar dalam Dewan Undangan Negeri Kedah
Parlimen | DUN | Kerusi | Ahli DUN | Parti |
---|---|---|---|---|
P9 | N12 | Suka Menanti | Zamri Yusuf | Pakatan Harapan (PKR) |
P9 | N13 | Kota Darul Aman | Teh Swee Leong | Pakatan Harapan (DAP) |
P9 | N14 | Alor Mengkudu | Phahrolrazi Zawawi | Pakatan Harapan (AMANAH) |
P10 | N15 | Anak Bukit | Amiruddin Hamzah | PEJUANG |
P10 | N16 | Kubang Rotan | Mohd Asmirul Anuar Aris | Pakatan Harapan (AMANAH) |
P10 | N17 | Pengkalan Kundor | Ismail Salleh | Pakatan Harapan (AMANAH) |
Berikut merupakan statistik institusi pendidikan di daerah Kubang Pasu sehingga tahun 2019;
Sekolah*
Jenis sekolah | Bilangan sekolah | Jumlah murid | Jumlah guru | ||
---|---|---|---|---|---|
Lelaki | Perempuan | Lelaki | Perempuan | ||
Sekolah rendah | 88 | 15,455 | 14,812 | 692 | 2,084 |
Jumlah | 88 | 30,267 | 2,776 | ||
Sekolah menengah | 37 | 12,685 | 13,580 | 869 | 1,981 |
Jumlah | 37 | 26,265 | 2,850 | ||
Keseluruhan | 125 | 28,140 | 28,392 | 1,561 | 4,065 |
Jumlah keseluruhan | 125 | 56,532 | 5,626 |
*tidak termasuk sekolah swasta atau sekolah di bawah Jabatan Agama Negeri
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Daerah Kota Setar, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.