Mira Filzah: Pelakon, pengacara dan peragawati Malaysia

Nur Amirah Mira Filzah Badioezaman (lahir 2 April 1993) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia.

Menjadi antara artis wanita yang terlaris di Malaysia. Antara drama terkenal lakonan beliau ialah Eksperimen Cinta (2015), Cinta Si Wedding Planner (2016), Meh Sandar Pada Aku (2017), Pujaan Hati Kanda (2018-2019), Lelaki Kiriman Tuhan (2018-2019), Sweet Dreams (2019), Adellea Sofea (2019–2020) dan Bidadari Kiriman Tuhan (2020). Filem lakonan beliau termasuk Rise: Ini Kalilah (2018) dan Sangkar (2019). Selain berlakon, beliau juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, Mora Essential yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya dan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF Shawls. South China Morning Post telah menyifatkan beliau sebagai "Malaysia's ultimate girl's next door".

Mira Filzah
Mira Filzah: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Mira dalam salah satu adegan drama Abang Beduk.
Kelahiran
Nur Amirah Filzah binti Badioezaman

(1993-04-02) 2 April 1993 (umur 31)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, pengacara, model, usahawan
Tahun aktif2010–kini
Ketinggian162 cm (5 ka 4 in)
PasanganWan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar (k. 2020)
Anak-anak1
Ibu bapa
  • Badioezaman Abdul Khalik (bapa)
  • Faizatul Akmar Hisan (ibu)
HubunganYB Datuk Mastura Mohd Yazid (Ibu mentua)
YB Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Bapa mentua)

Kehidupan awal

Mira Filzah dilahirkan pada 2 April 1993 di Ipoh, Perak. Beliau ialah anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Faziatul Akmar Hisan dan Badioezaman Ab Khalik. Adik bongsunya ialah Aina Fadhilah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan merupakan lulusan dalam perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kerjaya

Mira Filzah mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun, sebelum beralih kepada bidang lakonan. Drama televisyen pertamanya ialah Dunia Lola di mana beliau memegang watak utama sebagai Lola, sebuah rancangan hijabista yang berkolaborasi bersama Syampu Sunsilk. Selepas menyepi dari bidang hiburan selama 2 tahun untuk fokus terhadap pelajarannya dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa di UiTM, Mira tidak menyangka ada tawaran dalam bidang lakonan yang datang kepadanya menerusi drama Eksperimen Cinta yang diterajui oleh Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Tawaran yang datang dianggapnya sebagai rezeki dan pengalaman baharu. Meskipun memegang watak sebagai watak pembantu, watak sebagai Suraya dalam Eksperimen Cinta dikatakan hidup dan mendapat perhatian peminat.

Tawaran yang datang selepas beliau membintangi drama Eksperimen Cinta tidak disangkal lagi dan beliau kerap muncul di kaca televisyen melakonkan pelbagai telefilem selepas itu. Memegang watak sebagai Intan di dalam telefilem Abang Haji di TV3 di mana beliau perlu menghidupkan perwatakan gedik menambah pengalaman baharu baginya kerana beliau tidak pernah melakonkan watak sebegitu tambahan lagi perwatakan tersebut dianggap sebagai antagonis dan boleh membuatkan dirinya tidak disukai. Sangkaan tersebut jauh meleset apabila ramai penonton memberi respon positif terhadap lakonannya yang menjadi.

Beliau mula dikenali dan menjadi tular di laman media sosial Facebook kerana memperagakan pakaian seragam rasmi penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk telefilem Din Sardin (2015). Menurut beliau, berita tentang gambarnya yang tular di laman sosial tidak dirasakan sebagai sesuatu yang negatif dan menganggap ianya peluang agar dirinya lebih dikenali umum.

Kepercayaan yang diberikan oleh pengarah dan penerbit kepadanya tidak disia-siakan apabila menerajui sebuah drama yang menjadi perbualan hangat ramai penonton, Cinta Si Wedding Planner (2016) yang bersiaran di TV3. Walaupun ada penonton yang mempertikaikan gandingan beliau bersama pelakon Singapura yang berpangkalan di Malaysia, Dato' Adi Putra dalam drama itu, namun setelah beberapa episod yang ditayangkan, gandingan mereka mendapat maklum balas positif daripada rata-rata peminat. Drama ini kemudiannya disambung dengan telefilem khas sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu Cinta Si Wedding Planner Raya.

Mira Filzah: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi 
Mira ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 1 Mac 2016.

Mira memenangi Anugerah MeleTOP Era 2016 sebagai Artis Baharu MeleTOP dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 sebagai Artis Baharu Wanita Popular. Pada tahun 2019, menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–32, Mira memenangi kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular serta Gandingan Serasi Drama bersama Remy Ishak untuk drama Pujaan Hati Kanda. Beliau juga telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dengan undian peminat iaitu sebanyak 6,320 463 undi.

Beliau mempunyai kelab peminat yang diberi nama "Miraclegacy". Mira terus mengasah bakatnya di bidang pengacaraan apabila diberikan peluang mengendalikan program Mahligai Cinta musim ke-10 yang bersiaran di TV3. Beliau menggalas peranan pengacara Nona di TV3 bagi menggantikan Uyaina Arshad. Beliau bersama Remy Ishak dan Sangeeta Krishnasamy berlakon dalam filem drama politik Rise: Ini Kalilah arahan Nik Amir Mustapha. Filem ini ialah filem sulung lakonannya dan ditayangkan pada 13 September 2018.

Beliau kemudiannya memegang watak jururawat dan adik Johan, Lea dalam filem aksi sukan Sangkar arahan Kabir Bhatia yang menggandingkan beliau bersama Zul Ariffin dan Remy Ishak. Ditayangkan pada 29 Ogos 2019, ia mengisahkan tentang permusuhan dan penebusan antara dua pejuang MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga.

Mira sekali lagi bergandingan bersama Remy Ishak dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan arahan Rashid Sibir dan Pujaan Hati Kanda di Slot Akasia TV3. Pujaan Hati Kanda mendapat respons yang amat baik dari penonton sehingga berjaya mendapat 12 juta tontonan sepanjang waktu tayangan drama tersebut dan 30 juta jumlah tontonan di Youtube TV3.

Pada Ogos 2019, Mira melakonkan watak Puteri dalam drama Sweet Dreams arahan Michael Ang, lakonan bersama Ben Amir. Ia dibintangi oleh Sean LJE, Datin Nina Juren, PU Azman, Yuna Rahim, Nasz Sally, Yusuf Bahrin, Didi Astillah dan Roy Azman.

Mira juga tampil dalam muzik video lagu "Baby Sayang" bersama Caprice.

Mira sekali lagi muncul di kaca televisyen menerusi drama Adellea Sofea yang membawa watak tajuk yang bergandingan bersama Ungku Ismail Aziz yang memegang watak sebagai Fir. Drama ini turut dikatakan hangat kerana watak yang dibawa mereka sangat timbul.

Beliau bersama suami, Wan Emir Astar mengacarakan rancangan In Love With Mira yang memulakan siaran di Naura bermula 7 September 2020. Mira kembali digandingkan bersama Zul Ariffin menerusi drama adaptasi novel, Bidadari Kiriman Tuhan di mana beliau memegang dua watak, Manis Suhaila dan Manja Suhana. Bermula Ogos 2021, kontrak beliau sebagai pengacara Nona tidak disambung dan tempatnya digantikan oleh Amyra Rosli.

Pada tahun 2022, beliau berlakon dalam filem Dato' Ai La Beau dengan melakonkan watak sebagai Miera dan setahun kemudian, beliau digandingkan bersama Hun Haqeem dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer yang disiarkan di Astro Ria dengan melakonkan watak sebagai Effa.

Kehidupan peribadi

Mira bertunang dengan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, anak kepada pasangan ahli politik Mastura Mohd Yazid dan Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad pada 16 Julai 2020. Beliau dan Wan Emir melangsungkan pernikahan pada 3 September 2020 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Beliau menetap bersama keluarganya di Bangi, Selangor.

Pada Januari 2022, Mira mengumumkan beliau hamil cahaya mata sulungnya. Beliau melahirkan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.

Cabang lain

Di luar kerjaya lakonan, Mira ialah seorang usahawan yang berjaya dan cantik. Beliau ialah pengasas produk kecantikan Mora Essential.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Rise: Ini Kalilah Fizah Filem pertama
2019 Sangkar Lea
2021 Sa Balik Baju Aria
2022 Dato' Ai La Beau Miera
2024 Munajat Kekasih Nur Sakinah
Cinta Tak Pernah Tepat Waktu Dr. Sarah Filem Indonesia
TBA Sangkar 2 Lea

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Dunia Lola Laila / Lola Astro Ria
2015 Eksperimen Cinta Suraya TV3
2016 Cinta Si Wedding Planner Izara Batrisya
Ketupat Palas Mr. Handsome Ayu
Tika Langit Terbuka: Down Syndrome Maria Astro Oasis
Abang Bomba I Love You Dr. Dahlia Astro Ria
2017 Meh Sandar Pada Aku Afnan Tasneem TV3
Ops Cinta Din Sardin Che Ta TV9
3 Gadis Manis Aisyah Astro Gempak
Meh Sandar Lagi Afnan Tasneem TV3
2018 Pelangi Cinta Bunga
Rahsia Hati Perempuan Ilaina Astro Ria
Lelaki Kiriman Tuhan Naira Astro Oasis
Pujaan Hati Kanda Tiara TV3
2019 Sweet Dreams Putri Astro Ria
Sara Sajeeda Sofea (kameo) TV3
Adellea Sofea Adellea Sofea
2020 Bidadari Kiriman Tuhan Manis Suhaila / Manja Suhana Astro Ria
2021 The Maid Elisa
The Hotel Raisa
2022 Senduk Swap Roshini Astro TA-DAA!
2023 Imam Instant Ustazah Scammer Ustazah Effa Astro Ria
Super Wira Seri Gumum Astro Ceria

Web Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran
2016 Katakan, 3 Jam Saja Mira Youtube
2024 Gadis Masa Maya Viu

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Din Sardin Che Ta TV9
Abang Haji Intan TV3
Abang Beduk Aishah Astro Oasis
Nasi Dagang Lembu Korban Umaira TV AlHijrah
2016 Dia Untukku Zahra
Dika Baran Kameo TV1
Cili Mira Astro Maya HD
Cinta Si Wedding Planner Raya Izara Batrisya TV3
Bella Bella
Duit Kahwin Rozana Astro Ria
Jatuh Cinta Buta Kameo
2017 Love You Miss Pomen Saerah TV9
Jula Juli Bintang Cinta Jula Astro Citra
Malam Tanpa Yasin Adawiyah TV3
Jula Juli Bintang Putus Cinta Jula Astro Citra
Dosa Perempuan Tasha TV3
Izinkan Aku Mawar Astro Citra
2018 Teksi Love Nada
Mak Cun Pi Amerika Lagi Fira Kirana TV3
2019 U'Start Enjin Shuhara Astro Citra
Pujaan Hati Kanda Raya Tiara TV3
Aku Penghiburmu Ayu (kameo) TV2

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Primadona Ejen Primadona Astro Prima
2014-2015 KLTV Pengacara Hypp Sensasi
2015 Qari Junior Pengacara TV3
2016 Trek Selebriti Artis Jemputan Astro Ria
LePaknil
Ketuk-Ketuk Ramadan TV1
Ye Ke TV3
Bonda Bonding Astro Ria
MeleTOP Pengacara jemputan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Pengacara TV3
25 Rasul Pencerita Astro Oasis Episod: "Muhammad SAW & Siti Khadijah"
2016-2017 3 Juara Pengacara TV3
2017 CCTV! Artis jemputan Astro Ria
Shuib, Artis & Telemovie Citra
Mahligai Cinta Pengacara TV3
2018-2021 Nona
2019 Maharaja Lawak Mega 2018 Artis Jemputan Astro Warna Bersama kumpulan Zero
Sepahtu Reunion Live Mawar Artis Jemputan: Episod "Lelaki Kiriman"
Sepahtu Reunion Al-Raya Deeja Artis Jemputan: Episod "Air Mata Syawal"
Resepi Mak Esah Pengacara bersama Sherry Alhadad Astro Ria
CCTV! Artis jemputan
2020 I Can See Your Voice Malaysia (Musim 3) TV3
In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta Dirinya sendiri Naura HD
2021 Romantika Dirinya sendiri bersama Suaminya Astro Ria
2022 Ceria Popstar Xtra Juri jemputan Astro Ceria
Sepahtu Reunion Live Zila Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Tapan Yang Disakiti"

Videografi

Muzik video

Tahun Tajuk Penyanyi
2015 "Selamat Malam Cinta" Encik Mimpi
2019 "Baby Sayang" Caprice
2020 "Siapa Tak Mahu" Dato' Seri Siti Nurhaliza

Diskografi

Single

Tahun Tajuk Kedudukan Catatan
ERA FM
Hot FM
Muzik Muzik
JOOX
2017 "Sandar Padaku" (berduet dengan Aliff Aziz) OST Drama Meh, Sandar Pada Aku!

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2016
Anugerah MeleTOP Era
Artis Baharu MeleTOP Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29
Artis Baharu Wanita Popular Menang
Anugerah Melodi
Personaliti Drama Melodi Tercalon
Personaliti Sensasi Melodi Tercalon
2017
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur
Aktres Pilihan Cinta Si Wedding Planner Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pengacara TV Popular Tercalon
Anugerah Stail EH!
Selebriti Harapan Pilihan Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pengacara TV Popular Tercalon
Artis Versatil Popular Tercalon
Anugerah Skrin
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Dosa Perempuan Tercalon
2019
Anugerah MeleTOP Era
Pelakon TV MeleTOP Lelaki Kiriman Tuhan Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Pelakon TV Wanita Popular Menang
Pelakon Filem Wanita Popular Rise: Ini Kalilah Menang
Pengacara TV Popular Tercalon
Artis Versatil Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama (bersama Remy Ishak) Pujaan Hati Kanda Menang
Gandingan Serasi Filem (bersama Remy Ishak) Rise: Ini Kalilah Tercalon
Bintang Paling Popular Menang
Anugerah Telenovela Pelakon Wanita Telenovela Popular Pujaan Hati Kanda / Lelaki Kiriman Tuhan Menang
Ratu Telenovela Serba Dinamik Menang
2021
Festival Filem Malaysia ke-31
Pelakon Harapan Wanita Sangkar Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Mira Filzah Kehidupan awalMira Filzah KerjayaMira Filzah Kehidupan peribadiMira Filzah Cabang lainMira Filzah FilemografiMira Filzah VideografiMira Filzah DiskografiMira Filzah Anugerah dan pencalonanMira Filzah RujukanMira Filzah Pautan luarMira FilzahAdellea SofeaBidadari Kiriman TuhanCinta Si Wedding PlannerEksperimen CintaLelaki Kiriman TuhanMalaysiaMeh Sandar Pada AkuPujaan Hati KandaRise: Ini KalilahSangkar (filem)South China Morning PostSweet Dreams

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai saluran Astro NJOIKata ganti nama (bahasa Melayu)Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaSurah al-BaqarahMyKadKerajaan KutaiMia Sara ShaukiNatasya MahyanMohd Noor Helmy Abdul HalemKugiran MasdoSekolah Jenis Kebangsaan (C) Kubang SemangMonyetSenarai poskod di MalaysiaAliff Syukri KamarzamanAlor SetarHari Buku SeduniaLambang negeri di MalaysiaAshraf SinclairQarinKongkekSabah F.C. (Malaysia)Kata hubung (bahasa Melayu)Al-QuranJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuMedia sosial10 Briged ParaGolongan yang terawal memeluk IslamVaksin tetanusKucing pasirBiduanita NegaraJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaXPDCAmir NafisNa’im BrundageLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaIman TroyeMalang Si PuteriSaleemRiezman KhuzaimiParti Rakyat India MalaysiaPrabowo SubiantoPersatuan Negara-negara Asia TenggaraPenggunaMenara Berkembar PetronasPerodua AxiaPulau PinangKadazan-DusunKhulafa al-RasyidinZahirah MacWilsonLiga Super Malaysia 2024–25Puasa (Islam)KuantanEddie HamidSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaPangkat tenteraLaskar Udara KananUpin & IpinHawa RizwanaJam 12 jamYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanPemboleh ubahMs PuiyiPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaKhairulamingKamus DewanMenteri Kesihatan MalaysiaHulu LangatAzhan RaniPontianak Harum Sundal MalamNasi kandarUndang-undang MalaysiaKata ganti diriArab SaudiSolat hajatPerang Dunia PertamaKhalid bin al-Walid🡆 More