Ashraf Sinclair: Pelakon, peragawan dan pengacara Malaysia

Ashraf Daniel Mohammed Sinclair (18 September 1979 – 18 Februari 2020) ialah seorang pelakon, peragawan dan pengacara televisyen Malaysia.

Beliau terkenal menerusi watak Eddy dalam filem Gol & Gincu.

Ashraf Sinclair
Ashraf Sinclair: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Ashraf pada 2016.
Kelahiran
Ashraf Daniel Mohammed Sinclair

(1979-09-18)18 September 1979
Croydon, London, United Kingdom
Meninggal dunia18 Februari 2020(2020-02-18) (umur 40)
Jakarta, Indonesia
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanSan Diego Hills, Karawang, Jawa Barat
Warganegara
PekerjaanPelakon, peragawan, pengacara
Tahun aktif1997–2020
PasanganBunga Citra Lestari (k. 2008–2020)
Anak-anak1
IbuKhadijah Abdul Rahman
BapaMohammed Anthony John Sinclair
Saudara

Kehidupan awal

Ashraf dilahirkan pada 18 September 1979 di Croydon, England kepada Mohamed Anthony John Sinclair yang berbangsa Inggeris dan Khadijah Abdul Rahman yang yang juga mempunyai darah campuran Melayu, Jawa dan Arab. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik-beradiknya ialah Aishah Jennifer (lahir 1980) dan Adam Youssof (lahir 1983).

Adik beliau, Adam Sinclair berkahwin dengan penyanyi Yuna Zarai.

Kerjaya

Pada tahun 1997, Ashraf merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 1996/1997 pada usia 18 tahun. Selepas Hero Remaja tamat, beliau muncul dalam iklan Kasut Gombak terbitan Petronas yang turut dibintangi oleh Vanida Imran. Iklan ini diarahkan oleh Yasmin Ahmad bersempena hari kemerdekaan Malaysia ke-41 pada 31 Ogos 1998.

Enam tahun kemudian, Ashraf muncul dalam filem SH3 lakonan bersama Fasha Sandha arahan Zek Zukry. Beliau mula dikenali ramai dengan mengacarakan sebuah rancangan berkenaan filem terkini Box Office Now (ntv7) pada tahun 2005. Kemudian beliau menempa nama sebagai pelakon dengan memegang watak Eddy dalam filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly pada tahun yang sama dan siri televisyen yang menyusulnya pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2006 beliau mengambil alih tempat Awal Ashaari sebagai hos Beat TV bersama Sazzy Falak di Astro Ria serta digantikan dengan Ezlynn sebagai pengacara Mentor di TV3. Selain Gol & Gincu the Series, Ashraf juga berlakon sebagai Burn dalam siri Realiti. Pada Ogos 2006 beliau mengacarakan Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA di Putrajaya.

Ashraf mencipta nama sebagai pelakon Indonesia dalam sebuah drama yang berjudul Cinta dan Anugerah. Drama yang paling mendapat sambutan di Indonesia dengan Nabila Syakieb sebagai heroinnya, Ashraf bukan sahaja menjadi menempah nama sebagai artis Malaysia, tetapi sebagai artis Indonesia juga. Ashraf pernah diundi sebagai "Bachelor with the Coolest Character" (Lelaki Bujang yang Paling Tenang Perwatakannya) dalam pertandingan Cleo's 50 Most Eligible Bachelors.

Kehidupan peribadi

Pada pertengahan tahun 2007, Ashraf terjebak dalam kontroversi apabila didapati bercium mulut dengan kekasihnya iaitu penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari di Bali. Tindakan beliau didapati sebagai mencabul sensitiviti sesetengah rakyat Malaysia yang beragama Islam. Hubungan mereka berdua akhirnya disambut baik dan mereka berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta. Anak sulung dan anak tunggal pasangan ini, Noah Aidan dilahirkan pada 22 September 2010.

Kematian

Beliau meninggal dunia di Jakarta, Indonesia pada 18 Februari 2020, jam 04:51 pagi, pada usia 41 tahun, akibat serangan jantung. Jenazah beliau dikebumikan di Sandiego Hills pada jam 8:04 pagi waktu Indonesia.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 SH3 Khairul Filem pertama
2005 Gol & Gincu Eddy
2008 Saus Kacang Fredo
2009 The Real Pocong Ivan
2018 Bayi Gaib: Bayi Tumbal Bayi Mati Rafa
2021 J2: J Retribusi Taufik Dikeluarkan secara anumerta
Proksi Aman
2023 Syaitan Munafik Danny

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Realiti Burn Ramli 8TV
2006–2007 Gol & Gincu The Series Eddy
2007 Tidak Pernah Ku Sesali Dr. Farid TV1
2008 Renjis Ungku Alauddin / Dean Astro Ria
2008–2009 Renjis 2 Kameo: Episod akhir
2018 Dosa: Sacred Sin Fuad Astro First Eksklusif

Sinetron

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Sekar Brama RCTI
2009 Cinta dan Anugerah Reza
2010 Sejuta Cinta Marshanda Abel
2011 Anugerah Arya
Kasih dan Cinta Atar
Binar Bening Berlian Dimas Adam
2012 Putri Bidadari Jefri
2013 Tukang Bubur Naik Haji: The Series Rayhan
2014 Pashmina Aisha Juna
2016 Catatan Hati Seorang Istri: (Musim 1) Eddie Bramantyo
Catatan Hati Seorang Istri: (Musim 2)
2018 Cinta yang Hilang Firman
2019 Dewi Dr. Fahri

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2005 Box Office Now ntv7
2006 Beat TV Astro Ria bersama Sazzy Falak
Mentor (musim 2) TV3
Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA Di Putrajaya
2009 Anugerah Planet Muzik 2009 Astro Ria

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Pelakon MeleTOP Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Ashraf Sinclair Kehidupan awalAshraf Sinclair KerjayaAshraf Sinclair Kehidupan peribadiAshraf Sinclair KematianAshraf Sinclair FilemografiAshraf Sinclair Anugerah dan pencalonanAshraf Sinclair RujukanAshraf Sinclair Pautan luarAshraf SinclairGol & GincuMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nora DanishMasya-AllahTalbis IblisEddie HamidGerak KhasSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaPerang PadriJabatan Peguam Negara MalaysiaNabil AhmadYang di-Pertua Negeri SarawakDewan Negara MalaysiaMuhyiddin YassinSlot AkasiaPenggunaAmelia HendersonKapal terbangZizan RazakEDaerah LangkawiMuhammad bin Idris al-SyafiiBaju kurungUniversiti Utara MalaysiaBintara KananHassanal BolkiahNasrizal NgasriLeftenan KolonelMenteri Kesihatan MalaysiaPerdana Menteri MalaysiaIman TroyeRukun NegaraWawasan 2020Rukun IslamKesultanan Melayu MelakaSolat Sunat RawatibNusyuzKalki 2898 ADNusantaraIsmail Mohamed SaidPerpaduanKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Senarai saluran Astro NJOISurah al-BaqarahIsteri-isteri Nabi MuhammadPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaRejimen Askar Melayu DiRajaLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaDubaiMetamfetaminaMelayuBahasa ArabRosyam NorTahun Baru CinaTanda dan gejalaFilem Malaysia tahun 2024PutrajayaPutri JannahDasar Pembangunan NasionalKhir RahmanKL Gangster 2Sabrina AliNasi lemakLapisan ozonSarawakAllahMierul AimanAsertifSunan DrajatMalang Si PuteriKetua Polis Negara MalaysiaPiagam MadinahPemboleh ubahSrivijayaKedahPontianak Harum Sundal MalamPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948KepimpinanChempaka Emalin PahaminHulu Langat🡆 More