Elly Mazlein: Penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio Malaysia

Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein (Jawi: ايلي مذلين, lahir 17 Disember 1980) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio wanita Malaysia.

Elly Mazlein
ايللي مذليين
Kelahiran
Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi

(1980-12-17) 17 Disember 1980 (umur 43)
Nama lainKak Lina Pom Pom
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara, pelawak, penyampai radio
Tahun aktif1997–kini
Ketinggian165 cm (5 ka 5 in)
Pasangan
  • Azmi Hatta (k. 2014; c. 2015)
  • Mohamad Azlan Che Nuh (k. 2020)
Anak-anak2
Ibu bapa
  • Syed Hanafi Syed Abdullah (bapa)
  • Sabariah Ahmad (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
NAR Records (1997–2003)
KRU Records (2013–2017)
LIFE Records (2020–kini)
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem, dan internet
GenrePelawak berdiri, cereka, komedi sketsa
SubjekKomedi, lawak jenaka
Maklumat YouTube
Saluran
Genre
Pelanggan221 ribu
Jumlah tontonan12.3 juta
Elly Mazlein: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi 100,000 pelanggan 2020
Dikemaskini pada 10 Mac 2021

Beliau mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada 1997 dan telah menerbitkan 4 album studio solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan. Ketika bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun begitu pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit. Kejayaan itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatu yang juga terjual mencecah 50,000 unit. Elly berjaya mempopularkan lagu-lagu seperti "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan", "Janji Kekasih" dan "Bungaku Bakawali" yang ketika itu menguasai carta radio tanah air. Kerjaya muziknya terhenti seketika pada 2005 kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman.

Sebagai pelakon, beliau memulakan kerjaya lakonan setelah disunting oleh pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas dan sejak itu, beliau menempa nama sebagai antara pelakon TV wanita paling laris di Malaysia.

Kehidupan awal

Elly Mazlein dilahirkan pada 17 Disember 1980 di Kampung Behrang, Slim River, Perak kepada pasangan Syed Hanafi Syed Abdullah dan Sabariah Ahmad. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya

Muzik

Pada usia 17 tahun, Elly Mazlein menandatangani kontrak bersama NAR Records dan merakamkan album sulungnya, Sutera Kasih dengan lagu bertajuk sama dan "Biar Pilu Ada Penawarnya" dikeluarkan sebagai single. Album ini menjadi kegagalan komersial kerana kurangnya promosi ekoran Elly masih di bangku sekolah, namun ia tidak mematahkan semangat Elly untuk bergiat aktif dalam bidang muzik. Pada pertengahan tahun 1998 Elly menjuarai carta radio melalui lagu duetnya bersama Acong berjudul "Di Sapu Awan" serta sebuah lagi single berjudul "Tega" juga mendapat sambutan. Ini memangkin semangat Elly dan NAR Records untuk menghasilkan album susulan yang lebih baik. Album keduanya, Satu Persatu dikeluarkan dua tahun kemudian. "Usah Ditambah Bara Tersimpan" dan "Janji Kekasih" dikeluarkan sebagai single. Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia telah terjual sebanyak 50,000 unit.

Elly kemudian mengumpul material baru untuk album ketiganya, Elly yang mana proses rakaman dijalankan pada bulan puasa 2000. Dikeluarkan pada 26 Mac 2001, album ini mendapat sentuhan pelbagai komposer dan penerbit terkenal termasuk Azmeer, Azman Abu Hassan dan Eddie Hamid. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah "Bungaku Bakawali", "Cintaku Untuk Bahagia" dan "Gerimis". Elly mencipta rekod tersendiri apabila ia berjaya menjadi antara 10 album Malaysia terlaris dengan jualan mencecah 60,000 unit. Malah Satu Persatu dan Elly turut menerima pensijilan Platinum daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Album kompilasi pertamanya, Elly: The Best Ballads dikeluarkan pada 2002, menghimpunkan koleksi lagu-lagu terbaik dari tiga album terdahulunya. Ia telah menerima pensijilan Emas. Pada 14 Julai 2002, Elly bersama kumpulan Exists menjayakan persembahan amal Konsert Amal Afganistan - Exists 2002 yang berlangsung di Kuching, Sarawak.

Pada April 2003, Elly menjayakan persembahan di Karnival Sure Heboh (kini Karnival Jom Heboh) sempena ulang tahun TV3 ke-19 yang berlangsung di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Selain beliau, antara artis yang turut serta ialah Ezlynn, Phyne Ballerz, Apacian, Chakra Sonic, Antz, Nora, Platinum, Sarah, Handy Black, Elyana, Siti Nordiana, Boboy, Ali (XPDC), Abot, Winnie Kok dan Mamat.

Elly seterusnya membuat persiapan untuk merakamkan album keempat, Atas Nama Cinta. Untuk album ini, beliau melakukan proses pemilihan lagu secara teliti. Album ini dikeluarkan pada September 2003 dengan lagu "Merry Go Round" dan "Pendita Penipu" dikeluarkan sebagai single. Antara komposer dan penerbit yang mencurahkan tenaga dalam album ini ialah Aidit Alfian, Azlan Abu Hassan, LY dan Eddie Hamid.

Selepas mengecapi kejayaan dalam industri muzik dalam tempoh 7 tahun, kerjaya muzik Elly Mazlein terhenti seketika kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman, sekaligus mengambil cuti panjang dari kerjaya nyanyian. Lima tahun kemudian, iaitu pada 2010, Elly kembali aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan dua single baharu bertajuk "Please Forgive Me" dan "Kata Saja I Love You".

Pada Mac 2013, beliau melancarkan single bertajuk "Sabarlah Hati" yang bergenre balada di bawah KRU Music, lagu ini ialah hasil ciptaan Manusia Putih. Beliau dipetik oleh portal hiburan Sensasi Selebriti sebagai berkata: “Elly berasa teruja dapat bersama KRU Music dalam mempromosikan single terbaru dan sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada KRU Music”.

Pada Oktober 2016, beliau menjadi salah seorang daripada peserta Gegar Vaganza musim ketiga selepas menerima tawaran daripada Astro untuk menyertai rancangan itu. Beliau mengumumkan menarik diri selepas konsert minggu keempat kerana dikatakan kecil hati dengan komen daripada juri tetap, Ramli M.S..

Pada 26 April 2017, Elly melancarkan single terbaharu bertajuk "Jeritan Hati" yang berdasarkan daripada kisah hidup beliau. Majlis pelancaran single ini diadakan di Platinum Superstar Karaoke, Setapak Sentral, ia menjadi single pertamanya dalam tempoh empat tahun sejak "Sabarlah Hati".

Beliau bersama-sama Faizal Tahir dan Zizi Kirana merakamkan semula lagu klasik "Empat Dara" karya asal Atan Penambang dan Ahmad Yusoh dengan tajuk "Empat Dara 2020". Sejak pelancaran rasminya di YouTube pada November 2020, muzik video lagu ini menjadi sohor kini nombor dua di platform YouTube Malaysia dengan jumlah tontonannya juga sudah mencecah 4.5 juta dengan lebih 9,400 komen daripada pelayar yang rata-rata terhibur dan memberi sokongan sangat positif. Lagu ini juga berjaya menjuarai Carta RIM Domestik Lagu ini juga dipersembahkan secara langsung di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33.

Pada 26 Februari 2021, Elly muncul dengan single terbaharu, "Dusta Cinta" hasil nukilan Aina Abdul dengan liriknya ditulis oleh Wan Zakaria. Beliau berkata mengenai lagu ini: "Saya yakin bakat dan kemampuan Aina (Abdul) cukup besar. Jadi, tidak salah saya menyokong dan memberi kepercayaan kepadanya. Karya yang dinyanyikannya sendiri pun hebat. Saya juga mengharapkan tuah sama menyebelahi saya. Saya lihat Aina sangat kreatif. Aina luar biasa dan sentuhannya berbisa,".

Lakonan

Elly pertama kali mencuba bidang lakonan secara suka-suka pada 1999 menerusi telefilem khas Gerhana Di Mata Kabus Di Hati siaran RTM. Namun kerjaya lakonan Elly secara serius bermula pada 2002 apabila pelakon, pengarah dan penerbit Yusof Haslam mempelawa beliau membintangi siri drama kepolisan Gerak Khas dengan memegang watak sebagai Detektif Mazlein. Ia menjadi drama pertama lakonannya. Beliau bagaimanapun, meninggalkan siri itu tiga tahun kemudian.

Beliau kemudian ditawarkan membintangi filem sulung lakonannya, Janji Diana arahan Yusof lakonan Rosyam Nor dan Erra Fazira yang mana beliau memegang watak sebagai Etty. Dikeluarkan pada 24 Julai 2003, filem ini menjadi kejayaan komersial apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.3 juta.

Dalam temuramah bersama Utusan Malaysia pada 6 Julai 2003, Elly berkata, beliau jujur untuk menjadi pelakon dengan hasrat mahu mencuba nasib dalam bidang lakonan dan mempertingkatkan keupayaan dalam kedua-kedua bidang yang diceburinya. Dalam temuramah itu, beliau berkata: "Pada masa itu saya tidak anggap ia sebagai sesuatu yang serius. Saya hanya mahu mencuba sesuatu yang baru [...] Lakonan kini menjadi bidang kedua saya selepas nyanyian".

Selepas Janji Diana, beliau kemudian ditawarkan pula untuk memegang peranan utama dalam filem komedi Tangkai Jering arahan Abdul Razak Mohaideen dengan memegang watak sebagai Shakila. Elly digandingkan bersama Yassin Yahya, bekas ahli kumpulan Senario. Biarpun memegang peranan utama, babak yang melibatkan dirinya dirakam hanya 10 hari. Dalam waktu yang singkat itu beliau perlu memberikan komitmen di lokasi dan ia juga pendedahan awal kepada Elly ke dalam dunia lakonan komedi. Filem ini ditayangkan pada 20 Disember 2004.

Elly kembali menjayakan wataknya sebagai Detektif Mazlein dalam GK3 The Movie yang ditayangkan pada 9 Februari 2005. Dari 22 Oktober 2007 hingga 31 Januari 2008, Elly menjadi salah seorang daripada enam pelakon utama Spa Q musim pertama bersama-sama Norish Karman, Farahdhiya, Betty Banafe, Nisha Dirr dan Intan Azura yang mana beliau memegang watak sebagai Farah, salah seorang kakitangan Spa Q. Gandingan Elly dalam drama itu ialah Acong yang pernah menjadi rakan duetnya; penampilan mereka dipuji menghiburkan kerana keserasian dalam menonjolkan elemen komedi. Beliau kemudian muncul dalam drama Bella di Slot Akasia TV3 dengan melakonkan dua watak, iaitu watak tajuk dan Tengku Julia Sandra, seterusnya muncul dalam telefilem pertama lakonannya, Pelita Buluh.

Pada tahun 2010, beliau memegang watak tajuk dalam drama Na O Mei arahan Fairuz Loy dengan skrip oleh Rozie Rashid yang diilhamkan dari satu kisah benar mengenai gadis Siam yang berkahwin dengan lelaki Melayu dan mempunyai anak yang dinamakan Na O Mei. Dalam drama ini, Elly digandingkan bersama Adi Putra dan Iqram Dinzly.

Elly dan Iqram kemudia kembali bekerjasama dengan membintangi drama seram Amukan Pocong bersama-sama Azhan Rani dan Ezany Nizariff. Beliau memegang watak Long Jamilah, drama ini bersiaran di slot Seram dari 15 Mac hingga 7 Jun 2012. Setahun kemudian, Elly berlakon watak komedi di samping Scha Al-Yahya dalam filem Awan Dania The Movie, adaptasi dari siri drama Astro Ria bertajuk sama. Ia menjadi filem pertama lakonannya dalam tempoh 8 tahun sejak GK3 The Movie. Beliau berkata mengenai wataknya dalam filem ini: "Saya seronok menjayakan watak Tania yang 'masuk air' dan berharap peminat suka dengan kelainan yang cuba ditonjolkan melalui watak saya kali ini,".

Pada tahun 2014, Elly melakonkan watak sebagai Mona dalam drama Kristal Maya arahan suaminya ketika itu, Azmi Hatta, yang dibintangi oleh Amyra Rosli dan Shahz Jaszle, seterusnya memegang watak Jenny dalam drama Cinta Ibadah yang mengandungi 175 episod.

Empat tahun kemudian, beliau menjadi salah seorang pelakon utama drama Vila Ghazara arahan Feroz Kader yang antara lain turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Mustapha Kamal dan Haleeda. Beliau memegang watak sebagai Maria, isteri kedua Dr. Ghaz lakonan Mustapha Kamal. Selain itu, beliau turut berlakon dalam Teratai Kemboja sebagai Hanani dan Aku Cinta Dia sebagai Rima.

2019 menjadi tahun paling sibuk dalam kerjaya lakonan Elly yang mana beliau berlakon dalam 7 drama televisyen dan 2 telefilem. Antara drama lakonannya sepanjang tahun itu ialah Patah Sayap Bertongkat Paruh di slot MegaDrama Astro Ria lakonan Aaron Aziz dan Fasha Sandha, beliau memegang watak sebagai Hanani dan Kau Yang Pertama di slot Akasia TV3 lakonan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah dengan memegang watak sebagai Kak Zaza. Kejayaan terbesarnya dalam kerjaya lakonannya hadir menerusi watak sebagai Mona/Minah dalam drama komedi Kampung People yang menggandingkan beliau bersama Rashidi Ishak dan pelakon baru, Riena Diana dan Hun Haqeem. Diterbitkan oleh KL Motion Pictures, drama yang bersiaran di slot Lestary TV3 dari 11 Disember 2019 hingga 8 Januari 2020 menjadi kejayaan komersial sekaligus menerima ulasan positif daripada pengkritik televisyen dan warganet. Beliau juga muncul dalam dua telefilem pada tahun itu, Siapa Dia Sebenarnya dan Maaf Dari Khilaf.

Elly seterusnya berlakon di samping Aeril Zafrel dan Nabila Razali dalam drama adaptasi novel, Seindah Tujuh Warna Pelangi dengan melakonkan watak Maryam. Beliau kemudian kembali menjayakan watak Mona dalam Kampung People 2, diikuti oleh watak sebagai Sheila dalam Keluarga Epik.

Pengacaraan

Melengkapkan portfolio kerjayanya, Elly Mazlein menggalas peranan sebagai salah seorang daripada 12 penyampai anugerah di Anugerah Skrin 2018 dan Anugerah Skrin 2019 yang mana beliau digandingkan bersama Shuk Sahar. Beliau kemudian mengacarakan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 bersama AC Mizal yang berlangsung pada 22 Disember 2019.

Beliau juga berkhidmat sebagai pengacara tetap rancangan TV realiti Lagu Cinta Kita dengan Azwan Ali dan Michael Ang sebagai pengacara bersama. Ia diadaptasi dari rancangan Love At First Sight terbitan CJ ENM. Bermula 1 Mac 2021, beliau menjadi pengacara rancangan Borak Kelamin bersama Awal Ashaari di Astro Ria. Rancangan ini membincangkan topik mengenai alam perkahwinan berkaitan isu rumah tangga yang sering dianggap pantang larang atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.

Elly kemudian mengacarakan rancangan masakan berkonsepkan santai, Kampung Pom Pom Letops! yang memulakan tayangan perdana di Naura HD mulai 21 Ogos 2021. Sejak 2021, beliau menjadi pengacara tetap MeleTOP, bagi menggantikan Neelofa yang meninggalkan rancangan itu pada Disember 2019.

Pada tahun 2022, Elly menjadi pengacara baharu Gegar Vaganza bagi menggantikan Jihan Muse.

Pada tahun 2023, Elly digandingkan bersama Amelia Henderson, Sean Lee dan Radin ERA bagi Gempak Most Wanted Awards 2022 dan kemudian digandingkan bersama Rina Nose untuk menjadi pengacara program Big Stage musim kelima.

Penajaan dan Khidmat Masyarakat

  • Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia - Duta Kempen - 2002-2004
  • Safi Balqis - Jurucakap dan Duta Produk - 2004 - 2007
  • Lentik Dara by Ayden Rizqi - Duta Produk- 2017-2019
  • Minyak Masak Kijang Gold - Duta Produk - 2021 - sekarang

Kehidupan peribadi

Elly telah berkahwin sebanyak dua kali. Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta, pada 9 November 2014. Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 11 bulan. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Sara Sefhia. Elly dilaporkan berkata dalam satu temubual dengan Berita RTM bahawa beliau sudah serik dengan lelaki.

Setelah 5 tahun menyendiri, Elly telah bertemu dengan pilihan hatinya, Mohamad Azlan Che Nuh, seorang pendidik mengajar subjek Geografi dan juga 10 tahun lebih muda daripada Elly. Pada 18 Januari 2020, mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Beliau mengumumkan kehamilan keduanya pada April 2021.

Pada 23 Oktober 2021, Elly dan suaminya Mohamad Azlan dikurniakan cahaya mata lelaki, yang diberi nama Haider Mateen.

Diskografi

Album studio

  1. Sutera Kasih (1997)
  2. Satu Persatu (1999)
  3. Elly (2001)
  4. Elly: Best of Ballads (2002)
  5. Atas Nama Cinta (2003)

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Janji Diana Etty Filem pertama
2004 Tangkai Jering Syakila
2005 GK3 The Movie Detektif Mazlin
2013 Awan Dania The Movie Tania
2015 Kapsul Rahimah
2021 Hantu Ke Lima Kam
2023 Gui Rasyidah

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002–2005 Gerak Khas Detektif Mazlein TV2 Drama pertama
2005–2007 Sembilu Kasih Mastura TV3
2007 Bukan Yang Pertama Yasmin TV2
2008 Bella Bella / Tengku Julia Sandra TV3
Spa Q Farah
Cinta Batu Belah Saffiya
2009 Amanah Karmila Karmila TV2
Senandung Si Dayang Megasari TV3
Sampai Syurga Saniah
Sumpah Bunian Azeera
2010 Na O Mei Na O Mei
Ulek Mayang Puteri Mayang Sari
2012 Amukan Pocong Long Jamilah
2013 Firdausi Cinta TV1
2013–2015 Ema Emyliana Rina TV3
2014 Kristal Maya Mona
Mencari Cinta Maira TV1
2014–2015 Cinta Ibadah Jenny Astro Prima
2015 Doa Tiga Wanita TV1
2016 Amsyar Karmila TV9
2018 Teratai Kemboja Hanani TV3
Vila Ghazara Maria
JKK (Musim 4) Luna Episod: "Mencari Rezeki"
Mencari Qiblat
Aku Cinta Dia Rima
2019 Patah Sayap Bertongkat Paruh Hasnah Astro Ria
Diari Ramadhan Rafique Reunion Jiha TV3
Ajari Playboy Itu Haliza
Kau Yang Pertama Kak Zaza
Dapur Kita Elyana
Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis Yasmin Astro Ria
2019–2020 Kampung People Mona / Minah TV3
2020 Seindah Tujuh Warna Pelangi Maryam
Kampung People 2 Mona / Minah / Meringue
SMK (musim 2) Cikgu Aini Astro Ceria
2021 Keluarga Epik Sheila TV3
Ramadan Pertama Edi Naemah Astro Ria
2022 Lockdown 2
SMK (musim 4) Cikgu Aini Astro Ceria
Kampung People 3 Mona / Meringue / Moni Segamat TV3
Gila Viral Dr Zarra Astro Warna
2023 One Million Dollar Voice Dirinya sendiri Astro Ria Penampilan khas
Sherry Supir Sherry TV Okey

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1999 Gerhana Di Mata Kabus Di Hati TV1 Telefilem pertama
2008 Pelita Buluh TV3
2011 Hantu Gigi Astro Prima
Zuriat Suamiku Sarah TV9
2012 Calon Suamiku Dr. Aida Astro Prima
Demi Suffian Salmah TV3
2014 Sepahtu Kepok Bonda Astro Warna
2016 Opah Bahulu Lola Cupcake TV1
Jatuh Cinta Buta Astro Ria Penampilan khas
2017 Ketupat Buat Nenek Maria TV9
Riuh Raya Kak Mah Sofia Astro Warna
Asam Pedas Pewitt Nuri TV3
Siapa Dia Sebenarnya
2019 Maaf Dari Khilaf Rosnah
2020 Ratahan Al-Marid Nina Astro Citra
2022 Puaka Janda Mariam

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 MeleTOP Artis Jemputan Astro Ria Kak Lina Pom Pom Nak Jadi Duta MeleTOP
2017 Maharaja Lawak Mega 2017 Astro Warna Ayat Power Minggu ke-7
MeleTOP Astro Ria Achey, Fad, Bell & Elly Beraya Di Mana?
Ketuk-Ketuk Ramadan TV1 Episod 3
2018 Bintang Bersama Bintang TV3 Shuk & Elly Mazlein Minggu ke-5
Wanita Hari Ini Kriteria Jodoh Pilihan
Mentor Otai Pengacara Mengacara bersama Haziq Hussni
Game Time Artis Jemputan ntv7 Elly Mazlein takut tinggi ke?
Borak Kopitiam TV3 Tumpang Der
Melodi: KFC Membawang Dalam Kereta
Anugerah Skrin 2018 Pengacara Mengacara bersama Shuk Sahar
2019 Wanita Hari Ini Artis Jemputan Benarkah lelaki berusia makin miang
Mentor Milenia Pengacara Mengacara bersama Shuk Sahar
Senang Terhibur Artis Jemputan Episod 4
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Pengacara Mengacara bersama Dato' AC Mizal
5 Rencah 5 Rasa Artis Jemputan Episod 2
Anugerah Skrin 2019 Pengacara Mengacara bersama Shuk Sahar
The Sherry Show Artis Jemputan Episod 9
Bintang Bersama Bintang (Musim 2) Pengacara
2020 Mahligai Cinta Artis Jemputan Perkahwinan Elly Mazlein & Mohd Azlan Che Nuh
MeleTOP Artis Jemputan Astro Ria Kek Kahwin Elly Mazlein ada air terjun
Wanita Hari Ini TV3 Menu Masakan Ringkas Di Rumah
Keringat Selebriti Dirinya sendiri Awesome TV Kisah Hidup Elly Mazlein (Episod 3)
Masak Apa Tu? TV3 Elly Mazlein X Azlan Che Nuh (Episod 8)
Wanita Hari Ini Artis Jemputan Memahami Bahasa Cinta Pasangan
2020–2021 Lagu Cinta Kita (Musim 2) Pengacara Mengacara bersama Azwan Ali
Muzikal Lawak Superstar (Musim 2) Astro Warna Mengacara bersama Nabil Ahmad
2021 Borak Kelamin Astro Ria Mengacara bersama Awal Ashaari
Malaysia Hari Ini Artis Jemputan TV3 Temubual lagu terbaru "Dusta Cinta"
Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom Pengacara TV1
Perang Prank Astro Warna
Kampung Pom Pom Letops! Naura HD
Gegar Vaganza (musim 8) Pengacara Jemputan Astro Ria
2021–kini MeleTOP
2021–2023 Sumbang Suara Pengacara TV3
2022 Melodi Pengacara Jemputan
Big Stage (musim 4) Astro Ria
Mic ON! (Musim 2) Awesome TV
Mana Satu Pengacara Astro Ria
Kelentang Kelentung Pom Pom
Gegar Vaganza Semangat Nak Raya Mengacara bersama Nabil Ahmad
Muzikal Lawak Superstar (Musim 3) Astro Warna Mengacara bersama Sharnaaz Ahmad
Gegar Vaganza (musim 9) Astro Ria Mengacara bersama Nabil Ahmad
Ceria Popstar Xtra 2022 Astro Ceria Mengacara bersama Nabil Ahmad
2022–2023 All Together Now Malaysia (musim 2) Juri Astro Ria
The Masked Singer Malaysia (musim 3) Astro Warna
2023 Gempak Most Wanted Awards 2022 Pengacara Astro Ria Mengacara bersama Radin Amir Affendy, Amelia Henderson & Sean Lee
Yang Paling Padu Mengacara bersama Nabil Ahmad
Big Stage (musim 5) Mengacara bersama Rina Nose
Sepahtu Reunion Live Artis Jemputan Astro Warna Episod: "Izinkan Aku Berubah"
Dapur Vaganza Pengacara Astro Ria
All Stars Gegar Vaganza Mengacara bersama Nabil Ahmad & Jihan Muse sehingga minggu 3
2023–2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Juri Astro Warna
2024 Yak Yak Yey!
No Filter Pengacara Astro Ria

Sebagai peserta

Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan Ruj.
Minggu 1 Kembali Menyengat "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan" Dirinya sendiri SELAMAT

Minggu 2 Memori Berkasih "Berpisah Jua" Ziana Zain SELAMAT
Minggu 3 Ada Bran? "Perawan Atau Janda" Cita Citata SELAMAT
Minggu 4 Duet Vaganza "Jangan Menangis Sayang" (duet bersama Acong) Safura & Oney TARIK DIRI
Minggu Pusingan Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Pusingan 1 KPOP "I Will Show You" Ailee PEMENANG
Pusingan 2 SPONTAN "Pudar" Rossa
Minggu 8 Pusingan 1 BOLLYWOOD "Ladki Badi Anjani Hai" Kajol & Shah Rukh Khan TEMPAT KE-3
Pusingan 2 HIP HOP "Lose My Breathe" Destiny's Child

Radiografi

Radio

Tahun Tajuk Stesen
9 Oktober 2022 – kini Rancangan Carta Era 40 Era

Anugerah dan pencalonan

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM)

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM)
Tahun Produk Sijil Nota
2000 Satu Persatu 1 x Platinum Jualan fizikal - 50,000 unit
2002 Elly 2 x Platinum Jualan fizikal - 60,000 unit
2003 Best of Ballads 1 x Emas Jualan fizikal - 25,000 unit
Anugerah Tahun Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 Pengacara TV Popular Elly Mazlein Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 Pelakon TV Wanita Popular Elly Mazlein Tercalon
Artis Versatil Popular Tercalon
Pengacara TV Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama Popular Elly Mazlein & Rashidi Ishak menerusi Kampung People Tercalon
ERA Digital Muzik Awards 2020 Lagu Viral ONZ "Empat Dara 2020" (duet bersama Faizal Tahir dan Zizi Kirana) Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2020 Artis Versatil MeleTOP SYOK Elly Mazlein Tercalon
Anugerah Seri Angkasa 2016 Pelakon Radio Wanita Terbaik Elly Mazlein menerusi drama radio Detik Itu siaran Radio Klasik Menang
Drama Festival Kuala Lumpur 2015 Barisan Pelakon Drama Pilihan Shahz Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin dan Amar Baharin menerusi drama Kristal Maya Tercalon
Anugerah Media Hiburan 2002 Bakat Baru Pelakon Elly Mazlein Tercalon
Anugerah Juara Lagu 2000 Separuh Akhir Muzik Muzik (Balada) "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan" Tercalon

Rujukan

Tags:

Elly Mazlein Kehidupan awalElly Mazlein KerjayaElly Mazlein Kehidupan peribadiElly Mazlein DiskografiElly Mazlein FilemografiElly Mazlein RadiografiElly Mazlein Anugerah dan pencalonanElly Mazlein RujukanElly Mazlein Pautan luarElly MazleinTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bangunan Sultan Abdul SamadLaluan Kelana JayaKerajaan Persekutuan MalaysiaSekali Lagi Cinta KembaliRevolusi KeagunganKhulafa al-RasyidinLaksamana ArmadaProton SagaZizan RazakHazama AzmiSkuadronMokhtar DahariBahasa Melayu BruneiMalayan UnionManchester United F.C.Jabatan Alam SekitarTerengganuSaifuddin Nasution IsmailMalang Si PuteriTengkolokBulan Bahasa KebangsaanDemokrasiKerana Dia SukaAnna JoblingNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaDadahPenjajahan Jepun di Tanah MelayuKebudayaan MalaysiaKaum-kaum di MalaysiaNegarakuHari WesakIzzue IslamNasi kandarKristianMarsyal TUDMPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuKementerian Dalam Negeri MalaysiaSyed Mokhtar Al-BukharyAmelia HendersonEyka FarhanaTeluk IntanUniversiti Teknologi MARASari YantiAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaGayatri Su-Lin PillaiSenarai nahas dan kejadian pesawat komersilMelioidosisMustafa Kemal AtatürkKasih Iris LeonaSiti HariesaJ RevolusiJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaKata kerja transitifSuntikanPekanbaruProton Holdings BerhadMia Sara ShaukiQarinKetua Polis Negara MalaysiaZambry Abdul KadirHududNombor telefon di MalaysiaAyob Khan Mydin PitchayNabila RazaliRemy IshakKuala LumpurGajahSultan Iskandar ibni Sultan IsmailFrekuensi radio di PerakKhunsa (siri TV)Lee Kee HiongEpistemologiPukimakTasik KenyirJoseph KurupPolitik balas budiGanjaTengku Zafrul Abdul Aziz🡆 More