Amelia Henderson

Amelia Thripura Henderson (lahir 20 Oktober 1995) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya seni sebagai model iklan, seterusnya memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi beberapa drama dan filem. Antara drama lakonannya ialah Keluarga Pontimau (2015), Jangan Benci Cintaku (2018), Cinta Non Grata (2019) dan Cik Ayu Mee Sanggul (2021). Beliau juga telah berlakon dalam beberapa filem termasuk Talentime (2009), J2: J Retribusi (2021) dan Pulau (2023).

Amelia Henderson
Amelia Henderson
Amelia ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 9 Ogos 2016.
Kelahiran
Amelia Thripura Henderson

(1995-10-20) 20 Oktober 1995 (umur 28)
PekerjaanPelakon, pengacara, model, penerbit
Tahun aktif2006–kini
PasanganDato’ Indera Tunku Harunnarasheed Putra (k. 2015; c. 2018)
Ibu bapa
  • Jaya Rudralingam (ibu)
  • Graham L. Henderson (bapa)
Saudara
  • Alexander Rudrakeith Henderson (adik lelaki)
  • Lydia Henderson
Laman web rasmiameliath.com

Kerjaya

Amelia Henderson 
Amelia semasa sesi fotografi bersama Utusan Malaysia pada tahun 2015.

Beliau mula menceburi bidang seni sebagai model melalui iklan Mothercare sewaktu berusia setahun. Selepas itu, beliau memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi sitkom Keluarga Adam. Beliau juga pernah melibatkan diri dalam persembahan pentas muzikal teater iaitu The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Selain itu, beliau berpeluang untuk mengembangkan bakatnya ke Amerika Syarikat kerana kelebihan beliau yang amat fasih berbahasa Inggeris dengan menggunakan slanga British dan Amerika. Beliau merupakan salah seorang kanak-kanak di Malaysia yang menjadi pelakon suara untuk filem animasi popular iaitu Barbie in a Christmas Carol. Beliau kemudiannya berlakon di dalam filem tempatan iaitu Talentime arahan Yasmin Ahmad. Beberapa tahun selepas itu, beliau ditawarkan untuk menjadi hos rancangan The English Room iaitu rancangan bagi mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Beliau amat menggemari tarian balet dan pernah memenangi Kategori 3 dalam program Cecchetti International Summer School yang diadakan di Melbourne, Australia.

Sejak 2022, beliau mengendalikan siniar yang bertajuk Studio Sembang yang disiarkan di saluran YouTube beliau, ATHQ Media setiap Khamis.

Amelia menyumbangkan suaranya untuk watak Kapten Zee dalam filem animasi Didi & Friends The Movie (2023). Selain menyumbangkan suara, beliau turut menyanyi rap dalam filem ini.

Kehidupan peribadi

Ibu beliau ialah seorang doktor gigi yang berketurunan India dan Sri Lanka bernama Jaya Rudralingam. Selain itu, bapa beliau adalah seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham Henderson. Beliau merupakan anak sulung daripada dua adik-beradik. Adik lelakinya bernama Alexander Rudrakeith Henderson.

Sebelum melangsungkan perkahwinan, Amelia telah memeluk Islam dengan nama baharunya iaitu Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah. Beliau kemudian sah bergelar isteri kepada YTM Dato’ Indera Tunku Harunnarasheed Putra, anakanda kepada YTM Tunku Bendahara Kedah, Almarhum Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan YABhg. Toh Puan Bendahara Kedah, To’ Puan Seri Utama Puan Sri Dato’ Seri Noor Suzanna Abdullah pada 14 Ogos 2015 bertempat di Carcosa Seri Negara. Beliau kemudian bergelar “Yang Berbahagia Datin Indera Amelia Thripura Henderson”.

Namun begitu, mereka sudah bercerai pada tahun 2018. Perkahwinan yang terlerai itu tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.

Kontroversi

Amelia menjadi subjek kontroversi pada Jun 2022 apabila penerbit dan pelakon, A. Aida menuduhnya dan seorang lagi pelakon, Idris Khan kerana menarik diri di saat akhir dari penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali sekaligus melanggar kontrak yang dimeterai. Berdasarkan daripada kontrak yang ditandatangani pada Februari 2022, beliau dan Idris sepatutnya menjalani penggambaran drama itu pada 16 Jun 2022, namun mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai hero dan heroin drama itu sehari sebelum sesi penggambaran bermula. Amelia kemudian menjelaskan situasi sebenar dengan menafikan bahawa beliau telah melanggar kontrak penggambaran drama itu selepas mengetahuinya di media sosial. Beliau turut mendakwa skrip dan watak berbeza menjadi punca beliau menarik diri. Pada 7 April 2023, beliau telah diarah oleh Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur supaya membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak penggambaran Sekali Lagi Cinta Kembali terbitan A. Aida Production.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Barbie in A Christmas Carol Kelly / Tammy Suara
2009 Talentime Melati
Barbie and the Three Musketeers Miette Suara
Sing Along With Barbie
Pisau Cukur Bella (kecil)
2012 Seefood Ruby Suara
War of the Worlds: Goliath Young Girl
2014 Ribbit Marcella Alih suara (versi Bahasa Inggeris)
2021 J2: J Retribusi Amy
2023 Didi & Friends The Movie Kapten Lee Suara
Pulau Kat
2024 Harimau Malaya: The Untold Story Inaya

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Keluarga Adam TV2 Drama pertama
2008 Kasut Tumit Tinggi Astro Prima
2015 Keluarga Pontimau Sabrina TV3
2016 Oh My English!: After School Amelia
2018 Jangan Benci Cintaku Damia TV3
Pengantin 100 Hari Erina
2019 Cinta Non Grata Darlina
Voice Note Mira
Hilang Kasih di Sarajevo Emina Mediacorp Suria
2020 Rindu Yang Terindah Airis Warda TV3
Pengantin Satu Malam Zulaikha Nasreen
2021 Romantika 4 Hari 3 Malam Lana Analia
Cik Ayu Mee Sanggul Cik Ayu Astro Ria
Kisah Cinta Kita Natasha / Aleesa TV3
2023 One Million Dollar Voice Zara Astro Ria
2024 I.D. Anggun Zahara Astro Premier

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Anak Mat Salleh Tapi Melayu Mary TV3
2018 Renjana Nora ntv7
DM Hati Awak Izza
30 Hari Membunuh Cinta Rara Astro Citra
Nadi Luna Fira TV3
2022 Bourgainvillea Nina TV2

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Sugar Pals Gloria/Bernice TV2 Siri animasi; pelakon suara
2009 The English Room Pengacara Astro TVIQ
2010 The English Room: Let's Talk!
2013 SPM English Literature Component Astro Tutor TV SPM
2015 MYEG Daily/SuperSport Daily/Dashing Daily Astro Supersport
2015–2016 GO TRAVEL GOASEAN
2016 B Healthy Astro Bella
Origanimals Zoe Zebra ZooMoo Siri animasi; pelakon suara
2019 Dewi Remaja Pengacara Astro Ria
2020 Kelas #DudukRumah Astro Tutor TV
Ohsem!!! Awesome TV
2022 Roller Kata (Musim 2)
2022–kini Gempak Most Wanted Astro Ria bersama Sean Lee, Isha Norsham & Daniel Cheang
2023 Gempak Most Wanted Awards 2022 bersama Sean Lee, Radin Amir Affendy & Elly Mazlein
Sepahtu Reunion Al-Puasa Sally Astro Warna Episod: "Di Mana Jodohku"
TikTok Awards Malaysia 2023 Pengacara TV3 bersama Izzue Islam & Sherry Alhadad
2024 Gempak Most Wanted Awards 2023 Astro Ria bersama Sean Lee, Sherry Alhadad & Zizan Razak

Siniar

Tahun Tajuk
2022–kini Studio Sembang

Videografi

Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2020 "Khayalan Dalam Rindu" Sam Suhaid
2022 "Sama Seperti Dulu" Hael Husaini
2023 "Kau Aku Satu" Alif Satar & The Locos

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan Ruj.
2016 Anugerah Stail EH! ke-5 Selebriti Harapan Tercalon
2017 Anugerah Stail EH! ke-6 Selebriti Wanita Paling Seksi Tercalon
2019 Face of Malaysia Awards Celebrity Star of the Year Menang
Anugerah Model Asia ke-14 Anugerah Bintang Model – Malaysia Menang
Anugerah Instafamous ke-2 Anugerah Instafamous Bergaya Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Artis Baharu Wanita Popular Jangan Benci Cintaku Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Amelia Henderson KerjayaAmelia Henderson Kehidupan peribadiAmelia Henderson KontroversiAmelia Henderson FilemografiAmelia Henderson VideografiAmelia Henderson Anugerah dan pencalonanAmelia Henderson RujukanAmelia Henderson Pautan luarAmelia HendersonCik Ayu Mee SanggulCinta Non GrataJ2: J RetribusiJangan Benci CintakuKeluarga PontimauPulau (filem)Talentime

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Layang Layang PerkahwinanTakdir Itu Milik AkuZaman air batu2024 di MalaysiaBahasa MelayuBatik Air MalaysiaSiti HariesaIbanKhulafa al-RasyidinSyed Saddiq Syed Abdul RahmanPembimbing Rakan SebayaSimpulan bahasaKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaAzhar SulaimanLiga Super Malaysia 2024–25Luqman AbdullahJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaTengkolokBugisBumiputera di SabahLawrence WongPolis Diraja MalaysiaSenarai kata pinjaman bahasa MelayuSharifah AmaniKamus DewanKL GangsterZainal Rashid AhmadFalsafah Pendidikan MalaysiaMahatma GandhiSilatNatasya MahyanSenarai mukim di PerakSepak takrawElla (penyanyi)Nicol Ann DavidBurasFrekuensi radio di SelangorMelurKhalid Mohamad JiwaJabatan Perangkaan MalaysiaXPDCSharifah ShahirahKu FaridahProton ExoraOrang LampungKata hubung (bahasa Melayu)Adam CorrieNasionalismeErra FaziraMalang Si PuteriVaksin tetanusShuib SepahtuLaila NasirThe Original GangsterSyed Mokhtar Al-BukharyAyamSyahir BashahMokhtar DahariSenarai negara mengikut sistem kerajaanDewan Undangan Negeri di MalaysiaJam 24 jamPahamin RajabIslam di IranNasi kandarZainal Abidin bin AhmadIndonesiaQue HaidarKedahKata ganti diriDaerah LangkawiPertubuhan Keselamatan SosialHarumanisFattah AminKerajaan Persekutuan MalaysiaJoe FlizzowOrang Asli di MalaysiaSheriff🡆 More