Awan Dania

Awan Dania merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2008 yang berkisarkan seorang gadis tomboi bernama Dania yang ingin menjadi pramugari.

Drama ini dibintangi oleh Scha Al-Yahya sebagai Dania dan diarahkan oleh Azizi “Chunk” Adnan dan disiarkan dari 20 Oktober 2008 hingga 26 Mei 2011, setiap Isnin jam 9 malam (pernah ditukarkan waktunya kepada 9.30 malam) di Astro Ria saluran 104 dengan lagu tema yang berjudul "Terbang Ke Awan", nyanyian Atilia Haron yang kemudiannya diganti dengan lagu "Ilusi" oleh Adira mulai musim ketiga.

Awan Dania
Awan Dania
Kad tajuk musim ketiga.
GenreDrama komedi romantik
Ditulis olehSofia J. Rhyland
(musim 1 - musim 3)
PengarahAzizi Chunk Adnan (musim 1-2)
Dinesh Samby (musim 3)
Dibintangi oleh
Scha Al-Yahya (Musim 1 - 3)
Jehan Miskin (Musim 2 - 3)
Gambit Saifullah (Musim 3)
Lagu pembukaan"Terbang Ke Awan", Atilia Haron
(Musim 1 - 2)
"Ilusi", Adira (Musim 3)
Lagu penutup"Terbang Ke Awan", Atilia Haron
(Musim 1 - 2)
"Ilusi", Adira
(Musim 3)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Bilangan episod78
Penerbitan
Penerbit eksekutifJamal Hj. Ismail
Navamogan Munian
Kevin Patrick
Brijesh Tanna
Namanzee Harris
PenerbitRaam Punjabi
SinematografiIesham Ramjan
Kamarul Arif
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Nusantara Seni Karya
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal20 Oktober 2008 – 26 Mei 2011

Sinopsis

Musim 1 (2008–09)

Dania (Scha Al-Yahya), seorang gadis yang ingin menjadi pramugari, sesuatu yang tidak pernah masuk akal dalam fikiran gadis sepertinya. Dia merupakan seorang gadis yang lasak yang cekal membantu bapa dan abangnya bekerja mengendalikan bagasi. Dania sering memikirkan tentang masa depannya dan cemburu apabila melihat orang-orang di sekelilingnya terus berjaya dalam kehidupan masing-masing. Perkara ini ternyata berterusan sehingga Dania membuat keputusan untuk memulakan kerjayanya di awan biru dan menjadi bahan ketawa keluarganya. Adik-beradiknya tidak pernah memberinya semangat malah memperkecilkan keinginan Dania dalam bidang penerbangan. Nasib ternyata menyebelahinya apabila Dania ditawarkan mendaftarkan diri di AirAsia.

Musim 2 (2009–10)

Berkisar kepada kehidupan seorang gadis yang bernama Dania yang berjaya mencapai impiannya untuk menjadi pramugari di sebuah syarikat penerbangan sebelum ini. Bagaimanapun, disebabkan menghormati persahabatan dengan rakannya, Dania mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat penerbangan lama dan menganggur untuk seketika.

Walaupun begitu, impian Dania untuk terbang di awan tidak pernah luntur dan akhirnya peluang tersebut datang apabila sebuah lagi syarikat penerbangan menawarkan peluang pekerjaan sebagai pramugari. Dania pergi ke sesi temuduga dan bertemu dengan salah seorang dari pengurus kanan di situ, Safura. Dania telah mengembalikan kenangan pertama sewaktu dia bekerja dengan usia yang lebih mentah dan diterima bekerja di situ. Episod baru dalam hidup Dania bermula sejurus memulakan tugasannya di tempat yang baru yang dikelilingi dengan rakan-rakan baru serta cabaran yang perlu ditempuhi termasuklah Benjy (Jehan Miskin) yang menagih cinta Dania.

Musim 3 (2010–11)

Dania adalah seorang gadis tomboi yang bekerja sebagai pramugari di beberapa syarikat penerbangan pada mulanya. Dania menganggur kerana kontraknya telah tamat dengan Firefly dan kini sedang mencari syarikat penerbangan yang ingin mengambilnya bekerja. Kebetulan, Dania hampir dilanggar oleh seorang Tan Sri dan beliau telah dilamar oleh Tan Sri untuk bekerja dengannya.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Episod

Musim Episod Tarikh siaran di Astro Ria
Episod pertama Episod terakhir
1 26 20 Oktober 2008 13 April 2009
2 26 28 September 2009 22 Mac 2010
3 26 22 November 2010 26 Mei 2011

Muzik dan runut bunyi

Lagu tema drama ini ialah "Terbang Ke Awan" yang dipersembahkan oleh Atilia Haron yang dimuatkan dalam album sulungnya, Sangkar (2007). Ia digunakan sebagai muzik tema untuk musim pertama dan kedua Awan Dania. Bermula dari musim ketiga, lagu "Ilusi" nyanyian Adira menjadi lagu tema baru, ia dimuatkan dalam album sulungnya, Dewi Cinta yang dikeluarkan empat tahun kemudian.

No.TajukPenulisPenyanyiMasa
1."Terbang Ke Awan"Amir Syawal, Alex Subryn LuisAtilia Haron3:40
2."Ilusi"Audi Mok, Ad SamadAdira3:05


Adaptasi filem

Sebuah filem adaptasi drama telah diumumkan oleh Tayangan Unggul, dengan Rashid Sibir menggalas tugas sebagai pengarah. Scha Al-Yahya kembali menjayakan peranannya sebagai Dania dengan penambahan barisan pelakon asal dan baru terdiri daripada Elly Mazlein, Jehan Miskin, Rusdi Ramli dan Hans Isaac. Awan Dania The Movie ditayangkan pada 13 Mac 2013.

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2010 Anugerah Skrin 2010 Drama Berantai Awan Dania Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Awan Dania SinopsisAwan Dania PelakonAwan Dania EpisodAwan Dania Muzik dan runut bunyiAwan Dania Adaptasi filemAwan Dania AnugerahAwan Dania RujukanAwan Dania Pautan luarAwan DaniaAstro RiaAtilia HaronPramugariScha Al-YahyaSiti Adira Suhaimi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Merdeka 118MetamfetaminaSingapuraSenarai perbandingan pangkat tenteraDaun salamLumut, PerakBandaraya MelakaPrivate BodyguardPuteri Gunung LedangUniversiti Utara MalaysiaAlyssa DezekBangladeshSyahadahYang di-Pertuan AgongImam MahdiKata namaEda EzrinKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaLelaki ItuAeril ZafrelPersekutuan Pengakap MalaysiaPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Azhar IdrusGerhana SkacintaKelantanSerembanShaharuddin ThambyRukun ImanAb Rauf YusohBoBoiBoySejarahMohammed Hanif OmarFardu KifayahMedia sosialAffendy StephensBintara MudaSherry AlhadadRevolusi PerindustrianBendera PalestinTentera Laut Diraja MalaysiaChempaka Emalin PahaminSri Pahang FCLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurSejarah IslamPerang BadarOrang BanjarHadisSyafiq YusofKhalid bin al-WalidCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahDominic TanPolioHari Kebangsaan MalaysiaJabatan Kastam Diraja MalaysiaMia KhalifaFrekuensi radio di JohorEtnik MelayuLeftenan KomanderBola tamparPerikatan NasionalGoogle ScholarSharnaaz AhmadMustika RatuPerang Dunia PertamaKementerian Perhubungan Republik IndonesiaSabah F.C. (Malaysia)Sijil Pelajaran MalaysiaPiala Asia AFCAiman Hakim RidzaNabi Ibrahim a.s.Bola sepakSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahProton WajaPembimbing Rakan SebayaSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaBahasa ArabAdat resam kahwin MelayuLiga Super Malaysia🡆 More