Mak Jah

Maimunah Ahmad (22 April 1948) atau lebih dikenali sebagai Mak Jah ialah seorang pelakon wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam televisyen dan filem.

Mak Jah
مق جاه
Kelahiran
Maimunah binti Ahmad

(1948-04-22) 22 April 1948 (umur 76)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1987–kini
Anak-anak3

Kerjaya lakonan

Mak Jah mula aktif berlakon pada 1987 menerusi drama Sri Panggung terbitan Serangkai Filem. Sejak itu, beliau telah membintangi lebih daripada 100 drama dan menjayakan berpuluh filem antaranya Mami Jarum, Lady Boss, Hingga Hujung Nyawa, Volkswagen Kuning, Jutawan Fakir, Sara, Bujang Senang dan Cinta Fotokopi. Beliau turut terkenal dengan membintangi beberapa drama televisyen seperti Fatimah Juling, Halimah Jongang dan Awan Dania.

Kehidupan peribadi

Mak Jah ialah ibu kepada tiga anak dan mempunyai 11 cucu serta tiga cicit. Kediaman beliau terletak di PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau turut bergiat aktif mencuci telekung wakaf di surau yang terletak di pusat beli-belah dan kawasan rehat dan rawat (R&R), berdekatan kediamannya.

Kesihatan

Pada Februari 2019, beliau dimasukkan ke Hospital Ampang kerana menghidap jangkitan kuman pada paru-paru dan darah. Beliau turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sebelum ini pada 2014, beliau pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur setelah disahkan menghidap kanser rahim tahap satu.

Beliau dilaporkan terpaksa menggadai barang kemas untuk membiayai rawatan apabila disahkan menghidap kanser rahim tahap satu. Mak Jah tidak mempunyai pilihan lain kerana memerlukan wang untuk menampung kos rawatan yang menelan puluhan ribu ringgit. Penyakitnya pulih berkat doanya ketika menunaikan umrah di Makkah pada 2017.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2001 Sara Mak Kaabi
2003 Jutawan Fakir Ibu
Mami Jarum Junior
2004 Hingga Hujung Nyawa
I Know What You Did Last Raya Nenek Yassir
2005 Potret Mistik Bidan
Sembilu 2005 Orang Gaji Tidak dinamakan
Cinta Fotokopi Mak Som
Lady Boss Mak Mah
2006 Main-Main Cinta Bibik
Bujang Senang Ketua Pembantu Rumah
2007 Qabil Khushry Qabil Igam Mak Long
Chermin Mak Andam
Kayangan Mak Esah
Penyesalan Tak Berakhir Mak Ina
2008 Cicakman 2: Planet Hitam Wanita Pasar Raya 2 Pelakon undangan
2009 Skrip 7707 Mak Jah
2011 Hantu Bonceng Opah
Raya Tak Jadi! Ibu Shuib
2012 Jalan Kembali: Bohsia 2 Rock
Karma Reborn Ibu
Ngorat Mak Jah Penampilan khas
Pontianak vs Orang Minyak Mak Jah
2013 Awan Dania The Movie Perkebun
2014 Laga Tukang Urut
Cara Mengundang Hantu
Abang Long Fadil Mak Fadil
Mistik Syirik Tahyul
2015 Selfie Suara Kubur
Keranda Tok Wan Terbang Mak Betong
2016 Zack Kapcai Pekerja Kilang
Volkswagen Kuning Nek Jah
2022 Rumah Wan Nani
2023 Syaitan Munafik

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Bilik No. 13 Makcik TV2 Episod: "Karipap"
2009–2011 Si Capik Mak Limah
2009 Lily Marlin Zaharah
Nenek Kebaya Mak Bedah TV3
2010 Siong Mak Zah
2011 Misi Betty Mak Ju TV9
2012 Bonda Mak Huda TV3
2016 Kak Marr Dirinya sendiri Penampilan khas
2017 Jejak Karmila
2018 Ammar & Opie Faridah
2019 Anugerah Cinta Aisyah Mak Munah TV Okey
2021 Tak Sempurna Mencintaimu Mak Cik Munah TV3
2022 Jesnita Mak Yam Astro Prima
2023 Imam Instant Ustazah Scammer Mak Jah Astro Ria
Pemburu Rahsia Nenek Hakimy TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1998 Histeria Mak Bidan VCD
2008 Kembalikan Amanda Mak Jah Astro Ria
2015 Ayah Den Lopeh
Ramadhan Berteduh Syawal Mariam TV9
2022 Sempurna Mencintaimu Mak Cik Munah TV3
Matahari Tak Bercahaya Hajah Som

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Mak Jah Kerjaya lakonanMak Jah Kehidupan peribadiMak Jah FilemografiMak Jah RujukanMak Jah Pautan luarMak Jah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kata adjektifPulau RedangPedofiliaPerang Dunia KeduaTauratKhunsa (siri TV)Atikah SuhaimeIman TroyeSultan Mizan Zainal AbidinZizan RazakKadet Remaja Sekolah MalaysiaSyafiq YusofSelangorTakbirFadhli MasootMasya-AllahKulitKuantanKelurBani IsraelArash MohamadAmelia HendersonJenis air untuk bersuci dalam IslamNabiPerang Dunia PertamaTengku Zafrul Abdul AzizBadli Shah bin AlauddinRuhainiesMaklumatSireniaWan Junaidi Tuanku JaafarTanah Melayu BritishWudukJohor BahruKesihatanKuala Kubu BharuA. Samad SaidKata namaPeringkat magnitud (jisim)Bella AstillahAnak Perjanjian SyaitanHassanal BolkiahJustin BieberSains sosialPihak Bersekutu Perang Dunia ITunku Ismail ibni Sultan IbrahimDe FamAdat resam kahwin MelayuPersatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah AntarabangsaPrivate BodyguardMokhtar DahariIkan bandarayaSenarai kata pinjaman bahasa MelayuAisha RetnoBank Negara MalaysiaBanserNombor telefon di MalaysiaTuakSifat-sifat AllahNora DanishMaktab Rendah Sains MARAKau Yang TerindahPeristiwa 13 MeiMohd Ridhuan TeeTanam paksaSerpihan SayangSolat subuhAerofonKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaRozita Che WanNabi Muhammad SAWAmir JahariTempoh haram puasaTembikaiLembah BujangTony EusoffAstro (syarikat)Perjanjian Hudaibiyah🡆 More