Sembilu 2005

Sembilu 2005 merupakan filem drama romantik Malaysia 2005 arahan Yusof Haslam terbitan Skop Productions.

Ia mengisahkan tentang hubungan percintaan Vince dan Salina yang menemui seribu jalan buntu akibat tentangan daripada keluarga mereka. Ia dibintangi oleh Vince Chong dan Hetty Sarlene bersama-sama Zed Zaidi, Ziana Zain, Erra Fazira, Awie dan ramai lagi. Filem ini merupakan pembikinan semula daripada filem Sembilu (1994) dan filem terakhir arahan Yusof Haslam sebelum bersara dari kerusi pengarah.

Sembilu 2005
Sembilu 2005
Poster keluaran tayangan.
PengarahYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
Lakon layarYusof Haslam
Dihasilkan oleh
  • Yusof Haslam
  • Ismail Mustapha
Dibintangi
Disunting olehSalehan Shamsudin
Muzik olehJohari Teh
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehLotus Five Star AV
Tarikh tayangan
24 Mac 2005 (Malaysia)
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
Pecah panggungRM1.43 juta

Sinopsis

Mengisahkan suka duka di alam persekolahan yang dialami oleh Salina dan 3 sahabat baik, Khai, Vince dan Zek. Manakala Marina, kakak Salina adalah andartu yang telah melewati usia 30-an. Marina terlalu mengongkong adiknya, Salina. Untuk memburu kejayaan, Salina rapat dengan Vince, pelajar pintar di sekolah itu berdarah campuran Inggeris dan Cina. Keakraban Salina dan Vince dicemburui ramai pelajar lelaki terutama Zek dan Khai yang berasa begitu tercabar walaupun Vince adalah sahabat karib mereka. Begitu juga dengan seorang pelajar perempuan, Julia yang sebenarnya turut menaruh hati pada Vince.

Pelakon

Penerbitan

Sembilu 2005 ialah pembikinan semula dari filem pecah panggung 1994, Sembilu. Penggambaran filem ini dijalankan pada Jun 2004. Bekas alumni Akademi Fantasia musim pertama, iaitu Vince Chong dan Khai Wahi melakonkan watak diri mereka sendiri. Kakak Vince, iaitu Vanessa turut berlakon.

Syarikat telekomunikasi negara, Celcom menjadi penaja rasmi filem ini. Filem ini menjadi filem terakhir arahan Yusof Haslam sebelum bersara untuk menumpukan perhatian sebagai penerbit filem.

Keluaran dan sambutan

Sembilu 2005 dikeluarkan pada 24 Mac 2005 dan menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM800,000 dalam tempoh seminggu selepas tayangan perdana rasmi. Bagi mempromosikan filem ini, majlis tayangan amal telah diadakan pada 15 Mac 2005 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Suraiya Mohd Noor, menulis untuk Berita Harian, berkata: "Sembilu 2005 walaupun tarikan judul dan pengarahnya begitu utuh, masih kurang berjaya menarik penonton ke pawagam".

Runut bunyi

Sembilu 2005: Original Motion Picture Soundtrack
Runut bunyi oleh
pelbagai artis
Dilancarkan pada19 April 2005
TempatMalaysia Sembilu 2005 
GenrePop, balada
BahasaBahasa Melayu Sembilu 2005 
SyarikatEMI Music Malaysia
PengarahYusof Haslam Sembilu 2005 
Kronologi pelbagai artis
Sembilu II Sembilu 2005  Sembilu 2005
Single daripada Sembilu 2005: Original Motion Picture Soundtrack
  1. "Sembilu 2005"
    Dikeluarkan: 24 Mac 2005
sunting · sunting di Wikidata
Sembilu 2005 
Lihat pendokumenan templat ini


Sembilu 2005: Original Motion Picture Soundtrack ialah album runut bunyi filem Sembilu 2005 yang diterbitkan bagi mempromosikan filem ini. Vince menyumbangkan empat lagu nyanyiannya yang kesemuanya dimuatkan album album pertamanya. Lagu tema filem ini, "Sembilu 2005" dipersembahkan oleh Nico, Yassin dan June.

Senarai runut

No.TajukPenyanyiMasa
1."Sembilu 2005"Nico, Yassin, June4:05
2."Mengapa Harus Cinta"Vince3:30
3."Dambaan Pilu"Khai5:05
4."Andai Kau Mengerti"Vince4:54
5."Detik Bersama"V.E5:15
6."Bila Rindu"Ruffedge5:43
7."Yang Teristimewa"Sha-Hila4:07
8."Dugaan Cinta"Vince4:50
9."Sembilu Kasih"Ziana Zain4:27
10."Kerana"Vince3:59


Adaptasi novel

Sebuah novel adaptasi filem dengan tajuk sama telah diterbitkan dengan plot diinspirasikan dari filem ini. Ia ditulis oleh Sharifah Abu Salem dan diterbitkan oleh Alaf 21 dengan kerjasama Skop Productions. Sembilu 2005 menjadi filem kedua terbitan Skop yang diadaptasikan sebagai novel selepas Janji Diana.

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Pelakon Harapan Lelaki Vince Tercalon
Penataan Seni Terbaik Faizal Yusuf Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Hasmi Kamal Tercalon
Sinematografi Terbaik Indra Che Muda Tercalon

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Sembilu 2005 SinopsisSembilu 2005 PelakonSembilu 2005 PenerbitanSembilu 2005 Keluaran dan sambutanSembilu 2005 Runut bunyiSembilu 2005 Adaptasi novelSembilu 2005 AnugerahSembilu 2005 Lihat jugaSembilu 2005 RujukanSembilu 2005 Pautan luarSembilu 2005AwieErra FaziraHetty SarleneSembiluSkop ProductionsVince ChongYusof HaslamZed ZaidiZiana Zain

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perlembagaan MalaysiaKeruntuhan Jambatan Francis Scott KeyKaabahKabungTracie SinidolNajis dalam IslamTurkiDeobandiZarina ZainoordinOrang LampungAllahummaTV3Wan SharmilaSolat hajatSenarai Pemenang Keseluruhan Anugerah Juara LaguEtnik MelayuMuhamad Akmal SalehDewi SandraRukun solatGaris kasar sains fizikalHalim RadziSheikh Muszaphar ShukorEmma MaembongPrabowo SubiantoUbur-uburYusof HaslamInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSiti ElizadPuteri Gunung LedangSiti HariesaMusafirPolis EVO 3Hero RemajaAsnafSaifuddin Nasution IsmailSenarai Yang di-Pertuan AgongYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanFateh Iskandar Mohamed MansorCristiano RonaldoPerayaan QingmingGantangPiala Dunia FIFA 2022Kata ganti nama (bahasa Melayu)Onn Hafiz GhaziRokiah JaafarKesultanan Melayu MelakaNabi Ibrahim a.s.Abdul Razak HusseinTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahPerodua AxiaMarissa YasminPenjaga gawang (bola sepak)Sophia AlbarakbahSurah Al-AlaqMohd Aidil Zafuan Abdul RadzakKajangWings (kumpulan muzik Malaysia)Jabatan Kastam Diraja MalaysiaParsiSemenanjung MalaysiaRukun NegaraErry PutraJinggaSenarai haiwanUqasha SenroseAnak Perjanjian SyaitanSungai Batu, KedahSari YantiWee Ka SiongNabi Muhammad SAWJasmine Suraya ChinAl-QuranSurah QuranPeristiwa Memali 1985Universiti Kebangsaan MalaysiaMira Filzah🡆 More