Shila Amzah: Penyanyi wanita Malaysia

Nurshahila binti Amir Amzah (Bahasa Cina: 茜拉; pinyin: Xila, Jawi: نورشهيلا بنت أمير عامزه; lahir 13 Ogos 1990) atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah merupakan seorang penyanyi-pencipta lagu, pelakon, ahli perniagaan dan penerbit rakaman terkenal dari Malaysia.

Shila merupakan anak kepada penyanyi terkenal 80-an, Amir Amzah Saleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala.

Shila Amzah

AMN
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain
Shila Amzah sewaktu ditemuramah dalam program MeleTOP pada 2016
Kelahiran
Nurshahila binti Amir Amzah

(1990-08-13) 13 Ogos 1990 (umur 33)
Nama lainNurshahila/Shila Tekno (ketika zaman kanak-kanak)
Sha-Hila (ketika zaman remaja)
Shila (sebelum menyertai OIAM)
Shila OIAM (selepas menyertai OIAM)
Shila Amzah (kini)
茜拉 (kini)
Pekerjaan
Tahun aktif2000–kini
EjenShilala (HK) Limited
Nilai bersihASD$50 juta
PangkatKekasih Asia
Puteri dalam Muzik
Khazanah Negara Malaysia
PasanganHaris Idraki Elias (k. 2018; c. 2022)
Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli (k. 2023)
IbuFauziah Sarman
BapaND Lala
KeluargaAmir Syafiq (adik)
Amir Syahir (adik)
Syada Amzah (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop, mandopop
InstrumenVokal, gitar, keyboard
Syarikat rakaman
Laman web rasmiwww.shilaamzah.my

Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur oleh sebuah keluarga muzik, Shila mula bergiat aktif dalam muzik ketika berusia sembilan tahun dan membuat persembahan di pelbagai tempat muzikal ketika kecil. Beliau mengeluarkan album pertamanya, Terima Kasih Guru pada usia 10 tahun. Beliau mula memenangi anugerah sejak itu, bermula dengan Artis Kanak-kanak Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Dengan bantuan komposer muzik dan penerbit rakaman yang terkenal di Malaysia, Helen Yap, pada tahun 2005 Shila mengeluarkan album pop studio kedua, Sha-Hila. Beliau menjadi lebih terkenal dengan single "Patah Seribu" (2011) yang menerima Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19).

Dari usia empat tahun, Shila sudah mula pergi ke studio rakaman bersama bapanya, ND Lala. Beliau memulakan kerjaya muzik di pentas antarabangsa di Shanghai, China dan menjuari pertandingan Asian Wave (musim 1). Sebagai juara Asian Wave yang diadakan di Shanghai, China, beliau memenangi RM 5 juta dan 6-tahun kontrak rakaman bersama Shanghai Media Group, syarikat media disebalik pertandingan tersebut.

Beliau terus mendapat kemasyhuran selepas memenangi Asian Wave dan naib-johan dalam I Am A Singer (Musim 2) dengan digelar sebagai Asia's Sweetheart (Buah Hati Asia), Princess of Music (Puteri dalam Muzik) dan National Treasure of Malaysia (Khazanah Negara Malaysia).

Shila mendapat naib johan dalam pertandingan Bintang Kecil RTM pada 2000, naib johan dalam One in a Million (Musim Kedua), juara Shanghai World Star Quest (SWSQ) pada 2008 dan naib johan Anugerah Juara Lagu pada tahun 2012 dan 2015. Sebelum Asian Wave, beliau membuat persembahan duet bersama Miley Cyrus menerusi lagu The Best Of Both Worlds untuk mempromosikan Hannah Montana di Malaysia.

Shila merupakan satu-satunya penyanyi kelahiran negara Malaysia dengan jualan lagu Mandarin tertinggi di Hong Kong, China dan Taiwan menjadikan beliau artis Melayu pertama yang berjaya di ketiga-tiga negara tersebut. Kemahsyuran yang diterima Shila membuatkan akaun Weibonya kini mempunyai 2.5 juta pengikut dan akaun Instagramnya kini berjumlah 2 juta pengikut. Terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa, Shila telah menerima beberapa anugerah untuk pencapaian terbaiknya setakat ini antaranya ialah Anugerah Persahabatan China-Malaysia dari Duta China ke Malaysia dan beberapa pencalonan di World Music Awards seperti Artis Wanita Terbaik Dunia, Penghibur Terbaik Dunia, Lagu Terbaik Dunia serta Video Terbaik Dunia.

Nama Shila bertukar dari masa beliau dikenali sebagai Nurshahila/Shila Tekno. Beliau menjelaskan semasa beliau kecil, beliau menggunakan "NurShahila" sebagai nama pentas. Pada 2004, beliau menukar nama pentasnya kepada Sha-Hila kerana syarikat rakamannya, EMI mahukan nama pentasnya lebih pendek. Apabila beliau menyertai pertandingan One in a Million, beliau terpaksa memendekkan lagi namanya. Penganjur OIAM2 memendekkan namanya kepada Shila. Selepas menjadi naib johan OIAM2, beliau dikenali sebagai "Shila OIAM". Oleh kerana tidak suka akan nama itu, beliau menambah "Amzah" dalam nama pentasnya, bersempena nama bapanya iaitu Amir Amzah. Di negara China, beliau dikenali sebagai 茜拉 (Xila).

Biografi

1990–99: Kehidupan awal dan pendidikan

Shila Amzah atau nama sebenarnya, Nurshahila binti Amir Amzah dilahirkan kira-kira pukul 11.00 pagi pada 13 Ogos 1990 di Klinik Shambi, Jalan Medan Tunku, Kuala Lumpur. Lahir seberat 2.6 kilogram, Shila merupakan anak sulung buat pasangan suami isteri bahagia, Amir Amzah Salleh atau ND Lala dan Fauziah Sarman. Kelahirannya telah melengkapi kehidupan kedua ibu bapanya yang mendirikan rumahtangga pada 19 Oktober 1989. Shila bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, Kuala Lumpur.

2000–07: Kejayaan awal komersial

Walaupun saya masih kecil, saya pernah bersama dengan ayah (ND Lala) untuk sesi rakaman. Saya jelas ingat berjalan ke studio satu hari di pertengahan sesi dan mengambil mikrofon. Saya berumur lima tahun pada masa itu dan apa yang saya mahu lakukan adalah menyanyi dan mempunyai keinginan agar suara saya dirakamkan. Itu adalah permulaan kerjaya saya kerana tindakan yang mengakibatkan duet, yang ditampilkan di album ayah saya pada masa itu.

Shila Amzah mengakui bahawa dia tidak mampu untuk berurusan dengan kamera apabila dia mula dalam industri hiburan. Dia mempunyai tahap yang rendah keyakinan apabila berhadapan dengan kamera dan tidak tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan penonton.

Sebelum Shila Amzah membuat penampilan sulungnya sebagai seorang artis kanak-kanak, bapanya bergelut untuk mencari peluang bagi Shila mempamerkan bakat nyanyiannya. Pada masa itu, tiada syarikat rakaman yang mahu menandatangani kanak-kanak sebagai artis rakaman kerana mereka tidak mahu mengambil risiko. Jadi, bapanya menggunakan wang poket sendiri untuk menghasilkan album pertama untuk Shila. Pada tahun 2000, album pertama Shila ini, Terima Kasih Guruku telah dilancarkan di hadapan Tun Dr Siti Hasmah, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Kemudian bakat beliau perlahan-lahan diiktiraf oleh syarikat rakaman EMI. Dengan EMI, beliau menghasilkan album Sha-Hila dengan lagu hit Yang Teristimewa. Selepas kontrak beliau bersama EMI berakhir, beliau menyertai One in a Million, pertandingan nyanyian realiti Malaysia dan dinobatkan sebagai naib juara.

2007-2008 : One in a Million (OIAM)

Pada tahun 2007, beliau menyertai One in a Million (OIAM) musim kedua dan muncul sebagai naib juara dalam pertandingan itu. Gelaran "Shila" telah diberikan oleh pihak penganjur OIAM sebagai kod undian SMS beliau dan nama semasa pertandingan nyanyian. Pada malam akhir OIAM2, Shila telah ditugaskan untuk menyanyi sebuah lagu baru yang dikenali sebagai "Memori Tercipta". Beliau tewas kepada Ayu tetapi mereka berdua telah diberi kontrak rakaman dari Monkey Bone Records yang diketuai oleh Ahmad Izham Omar pada ketika itu. Sepanjang berada pertandingan , Shila menyanyikan:.

Konsert Lagu Penyanyi asal
Top 20 "Tak Ada Logika" Agnes Monica
Top 12 "Too Little Too Late" JoJo
Top 10 "Stuck" Stacie Orrico
Top 9 "Oops!... I Did It Again" Britney Spears
Top 8 "Di Bawah Pohon Asmara" Jaclyn Victor
Top 7 "I'll Be There" Jackson 5
Top 6 "Car Wash" Christina Aguilera
Top 5 "Khayal"

(duet Alif Satar)

Alif Satar
Top 4 "Contigo en la Distancia" Luis Miguel
Top 3 "Bukan Milikmu Lagi" Agnes Monica
"Love Like This" Natasha Bedingfield & Sean Kingston
Top 2 (Grand Finale) "Contigo en la Distancia" Luis Miguel
"Memori Tercipta"

(lagu baru)

Shila
"Oops!... I Did It Again" / "Stuck" (medley) Britney Spears / Stacie Orrico

2009 : Album "Bebaskan"

Beliau menghasilkan album Bebaskan semasa berkhidmat dengan Monkey Bone Records. Memuatkan 12 buah lagu, Bebaskan menampilkan karya-karya komposer handalan negara antaranya Aubrey Suwito, Audi Mok, Kieran Kuek dan Mode serta komposer dari Australia, Jamie Huber. Bukan itu sahaja, album Bebaskan juga memuatkan dua buah lagu Inggeris dan salah satu daripadanya berentak balada ciptaan Aubrey Suwito yang berjudul "Whisper My Name".

2010–12: Pengembangan kerjaya

3 Suara ialah album kolaborasi oleh tiga orang penyanyi Malaysia, iaitu Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Ning Baizura. Album ini dikeluarkan oleh Euphoric Pte. Limited pada 6 Januari 2011 dan diedarkan melalui Sony Music Malaysia.

Salah satu lagu hit Shila adalah "Patah Seribu", yang telah mendapat banyak pujian daripada radio dan stesen televisyen. Lagu ini juga selalu muncul di rancangan televisyen dan menerima banyak masa siaran radio. Lagu ini akhirnya telah dicalonkan sebagai Persembahan Vokal Wanita Terbaik dan memenangi Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM), majlis anugerah yang memberi penghormatan kepada industri muzik Malaysia. Lagu ini juga dikeluarkan sebagai single di iTunes pada 20 Julai 2012 dan kemudian telah ditambah ke album sendiri beliau, Shila Amzah sebagai trek bonus.

Mania! (2012)

Pada Mac 2012, Shila menyertai Mania!, iaitu satu lagi program realiti TV terbitan Astro yang menampilkan seniman-seniman tanah air untuk digilap bakat menjadi Superstar dibawah bimbingan komposer dan penerbit muzik terkenal seperti Dato' M. Nasir, Aubrey Suwito dan penerbit muzik daripada Indonesia, Ahmad Dhani. Beliau terpilih melalui Empayar Biru iaitu dibawah bimbingan Aubrey Suwito. Namun perjuangan Shila hanya sampai ke konsert separuh akhir apabila beliau tersingkir bersama dengan Ebi AF5 dan Adira AF8. Sepanjang konsert tersebut beliau telah menyanyikan :

Konsert Lagu Penyanyi asal
Konsert 3 "Set Fire to The Rain" Adele
Konsert 4 "Hatimu Milikku" Nera AF9
Konsert 5 "Kau atau Aku" Elyana
Konsert 6 "Merisik Khabar" Dato' Sudirman
Konsert 7 "Hati Kama"

(duet Noraniza Idris)

Dato' Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
Konsert 8 (Suku Akhir) "Anggapanmu" / "I'm Alive" (medley) Ziana Zain / Celine Dion
Konsert 9 (Separuh Akhir) "My Life Would Suck Without You" Kelly Clarkson
"Maha Karya Cinta" Faizal Tahir

2012–14: Kemasyhuran di pentas antarabangsa

Menyertai pertandingan itu merupakan satu keputusan saat akhir, satu yang pengurus saya dan saya membuat hanya beberapa bulan sebelum pertandingan nyanyian bermula. Saya tidak fikir saya benar-benar akan berpeluang untuk memenangi pertandingan ini telah diadakan di China dan saya menentang peserta Cina. Pada asasnya, saya mendaftar untuk pengalaman dan pendedahan. Daripada dapat-pergi, saya tahu bahawa apa jua keputusan, saya akan melakukan yang terbaik untuk membuat keluarga dan negara saya. Ia adalah risiko yang besar bagi saya untuk membawakan sebuah lagu Mandarin pada pusingan akhir di samping lagu-lagu Melayu dan Inggeris yang saya menyanyi kerana saya tidak bercakap sepatah bahasa dan saya hanya mempunyai seminggu untuk mempelajari lirik. Tetapi, saya menolak dan berlatih siang dan malam, dan apabila saya akhirnya dinilai pemenang, ia adalah satu pengalaman emosi bagi saya, kemuncak kepada segala kerja keras saya masukkan ke dalam, perasaan bahawa saya tidak boleh meletakkan ke dalam senikata. Saya merasakan bahawa saya perlu keluar dari zon selesa saya dan menjaring pada saya sendiri. Sebelum mengambil bahagian dalam pertandingan itu, saya lebih dikenali kerana menjadi anak kepada seorang penyanyi terkenal daripada untuk muzik saya sendiri. Berpindah ke China adalah perlu bagi saya untuk berkembang sebagai orang dan juga, untuk memecah masuk ke dalam pasaran antarabangsa.

Pada tahun 2012, beliau telah dijemput untuk menyertai pertandingan sulung, Asian Wave selepas ayahnya, ND Lala menghantar video Shila menyanyi ke Shanghai Media Group. Pada 20 September 2012, Shila menjadi juara Asian Wave yang diadakan di Shanghai, China. Shila mempunyai undian yang paling tinggi dalam talian di kalangan semua peserta. Beliau menyanyikan tiga lagu iaitu "Gemilang" oleh Jaclyn Victor, "Grenade" oleh Bruno Mars, dan "Zheng Fu' oleh Na Ying. Beliau juga menyanyikan "Forever Love" oleh Wang Leehom dan "Set Fire to the Rain" oleh Adele dalam salah satu daripada pusingan awal Asian Wave. Para hakim memuji prestasi beliau. Sebagai juara Asian Wave, pertandingan nyanyian realiti China, beliau telah diberi kontrak rakaman 6 tahun dengan Shanghai Media Group dan 5 Juta MYR. Shila telah berjaya mara ke pusingan yang seterusnya dengan memenangi pertempuran nyanyian. Memenangi pertempuran nyanyian: Majoriti lampu hijau yang ditekan oleh para juri. Shila Amzah telah disenaraikan sebagai calon di kategori Artis Wanita Terbaik Dunia (World Best Female Artist) bersama Dato' Siti Nurhaliza & Penghibur Terbaik Dunia untuk Tahun 2012 (World Best Entertainer Of The Year) di World Music Awards. Dia telah bertanding dengan nama-nama penyanyi besar dunia seperti Adele, Taylor Swift, Madonna, Kelly Clarkson dan ramai lagi.

Episod

Tajuk lagu

Penyanyi asal

Keputusan

Mengalahkan

Awal

(Pusingan pertama)

Set Fire to the Rain Adele Mara ke peringkat Awal Pusingan pertama Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain  Rachel Chua diselamatkan dengan pilihan juri
Awal

(Pusingan pertama)

Forever Love Wang Leehom Mara ke peringkat Akhir Pusingan pertama Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain  Emi Tawata diselamatkan dengan pilihan juri
Awal

(Pusingan pertama)

Gemilang Jaclyn Victor Mara ke peringkat Akhir Pusingan kedua Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain  Ten Nararak Disingkirkan
Final

(Pusingan kedua)

Grenade Bruno Mars Mara ke peringkat Akhir pusingan ketiga Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain  Guo Yifan Disingkirkan
Final

(Pusingan ketiga)

Zheng Fu Na Ying Juara Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain  Chang Shilei Tewas
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain  Huo Zun Tewas

Pada akhir tahun 2013, Shila telah melancarkan album kelima beliau, Shila Amzah yang dikeluarkan di bawah Shila Amzah Entertainment Berhad dan diedarkan melalui Warner Music Malaysia. Semua lagu-lagu dan lirik album ini ialah ciptaan sepenuhnya oleh Shila Amzah sendiri dengan bimbingan pemuzik, pengarah dan komposer terkenal, Helen Yap. Album ini terdiri daripada 7 lagu. Sebelum beliau melancarkan album ini, beliau mengadakan pra-dengar di Red Box Plus, Pavilion Kuala Lumpur pada 5 Julai 2013. Selepas itu, Shila telah mengadakan "Shila Amzah Showcase Live" yang telah diadakan di Penthouse, The Icon, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2013. Penerbit album untuk Shila Amzah adalah dirinya, Helen Yap dan Aubrey Suwito dan jurutera bunyi untuk album ini adalah Aubrey Suwito, Zairi Ariffin, Yusalman Azua, Hadie Pranoto, Amir Sulaiman dan Greg Henderson. Album ini dikeluarkan di iTunes pada 10 Disember 2013. Pada Disember 2013, Shila melancarkan video muzik rasmi beliau, "Masih Aku Cinta". Video muzik ini adalah berdasarkan kisah cinta ketika dia putus cinta dengan Sharnaaz Ahmad, pelakon Malaysia selepas kontroversi yang melibatkan Sharnaaz Ahmad dengan bapa Shila.

The Star melaporkan pada 27 September 2012 bahawa beliau telah dipilih untuk menjadi persembahan pembukaan untuk siri konsert oleh Eric Moo, penyanyi-komposer Malaysia, di Beijing bermula 17 November. Shila Amzah berkata bahawa beliau kenal Eric Moo kerana "beliau adalah salah seorang daripada hakim-hakim semasa pertandingan Asian Wave dan jemputan itu adalah satu penghormatan besar buat saya. Beliau memberikan perjanjian apabila dia mengajak saya untuk menjadi persembahan pembukaan". Eric Moo - Shila Amzah Love Hurricane Concert akhirnya diadakan pada 26 Julai 2014.

"Selepas saya menyanyikan lagu saya dan pergi ke dalam bilik penuh penghibur, saya tidak tahu apa yang mereka bercakap ... Saya mengangguk apabila mereka memanggil nama saya. Apabila orang ketawa, saya ketawa juga. Saya perlu bekerja lebih keras daripada saya dari Malaysia - menolak diri saya untuk menjadi orang yang lebih baik, penyanyi yang lebih baik, persembahan yang lebih baik. Ini membawa keluar yang terbaik dalam diri saya, " Shila Amzah bercakap mengenai pengalaman beliau dalam 'I Am A Singer', seperti yang dipetik oleh South China Morning Post.

Pada Februari 2014, beliau telah dijemput untuk menyertai pertandingan I Am a Singer (Musim Kedua). Dalam pusingan ke-7, yang disiarkan 21 Februari 2014, beliau mendapat pujian dan popularti selepas menyanyikan lagu "Xiang Ni De Ye", sebuah lagu yang asalnya dinyanyikan oleh bintang pop China, Guan Zhe yang juga meningkatkan kehadiran dalam talian beliau di China, pengikut Weibo beliau telah meningkat hampir 2 juta. Dalam pusingan Breakthrough yang disiarkan 21 Mac 2014, beliau telah mendapat tempat pertama pada pusingan itu dengan menyanyikan lagu "Rolling in the Deep". Populariti Shila meningkat di China selepas I Am A penyanyi disiarkan selain prestasi luar biasa beliau di Asian Wave.

Sepanjang acara itu, dia menunjukkan fleksibiliti yang besar dalam julat dalam gaya muzik, dari bahasa (bahasa Cina dan Inggeris), kaedah persembahan (tarian sambil menyanyi) dan gaya muzik (nota tinggi, pop, R&B, rap). Pada 4 April 2014, beliau mendapat tempat ketiga secara keseluruhan, tewas kepada Han Lei dari China dan G.E.M. dari Hong Kong.

Melalui IAAS2, di samping prestasi yang luar biasa, beliau dapat menyesuaikan diri dengan bahasa baru dengan pantas. Sebagai seorang bukan penutur bahasa Cina yang fasih pada ketika itu, beliau hanya memerlukan dua hari untuk belajar keseluruhan lagu baru berbahasa Cina. IAAS2 membantunya dalam mendapatkan peminat yang lebih besar dari China, Taiwan dan Hong Kong peminat. Pada masa ini, dia menghadiri kelas Mandarin di Beijing dengan bersungguh-sungguh dan bekerja keras dalam meningkatkan Mandarin beliau.

Episod

Tarikh siaran

Lagu

Penyanyi asal

Kedudukan berdasarkan undian penonton

Kedudukan berdasarkan undian para profesional.

Pusingan ke-7 21 Februari 2014 Xiang Ni De Ye Guan Zhe 2
Pusingan ke-8 28 Februari 2014 Zui Chang De Dian Ying Jay Chou 4
Pusingan ke-9 7 Mac 2014 Listen Beyonce 3
Pusingan ke-10 14 Mac 2014 Forever Love Wang Leehom 3
Breakthrough 21 Mac 2014 Rolling in the Deep Adele 1
Separuh akhir 28 Mac 2014 Yang Cong Aska 6
Akhir 4 April 2014 When You Believe Whitney Houston, Mariah Carey 3
Pusingan akhir 4 April 2014 MAMA EXO-M 3 2

2015–kini: Kejayaan di dunia muzik Hong Kong

Pada 22 April 2015, Shila Amzah mengadakan "Shila Amzah: The Symbol of Love, International Press Conference" di Mira Hotel, Hong Kong. Pada sidang akhbar itu, Shila menyatakan bahawa beliau akan bekerjasama dengan GME Music dan Vie Media untuk mengembangkan kerjayanya di Hong Kong. Beliau juga menyayikan dua lagu bahasa Cina terbaru beliau iaitu 'Zaijian Bu Zaijian' dan 'Shali De Mimi'. Beliau juga menyatakan bahawa beliau akan melancarkan satu EP dan diikuti dengan album penuh. Apabila ditanya akan Malaysia dapat membeli EP, beliau berasa sedih dan memberitahu bahawa ia tidak diputuskan lagi. Beliau juga menyebut bahawa beliau akan belajar Kantonis disebabkan kerjayanya yang berkembang dengan baik di Hong Kong.

"再見 不 再見" (Pinyin: Zaijian Bu Zaijian, Bahasa Inggeris: See You or Never) adalah sebuah lagu mandopop yang dilancarkan oleh Shila. Lagu ini ditulis oleh Liao Yu dan digubah oleh Shila sendiri. Ia telah dikeluarkan pada 28 Mei 2015, oleh Shilala (HK) Limited sebagai single pertama dari album Mandarin akan datang Shila. Penulis lagu ini telah diilhamkan untuk menulis "Zaijian Bu Zaijian" selepas mendengar cerita cinta sedih Shila kerana adakah dia benar-benar mahu meninggalkan teman lelakinya atau tidak. Shila berkata, lagu ini adalah unik kerana lagu itu tidak mempunyai akhir (lagu berakhir dengan "Zaijian Bu Zaijian", mempersoalkan dirinya lagi).

"再見" (Pinyin: Zaijian, Bahasa Melayu: Selamat Tinggal) adalah sebuah lagu mandopop dirakamkan oleh penyanyi-penulis lagu Shila Amzah yang berasal dari Malaysia. Lagu ini ditulis oleh Kelvin Avon dan Jessica Bennet dan digubah oleh Xiao Guang. Lagu ini dihasilkan oleh Jun Kung dan Kelvin Avon. Ia telah dikeluarkan pada 6 Oktober 2015, oleh Shilala (HK) Limited sebagai single kedua dari album Mandarin Shila. Para penulis mendapat inspirasi untuk menulis "Zaijian" selepas mendengar lagu Shila yang sebelumnya iaitu Zaijian Bu Zaijian. Lagu ini mengandungi banyak elemen lagu pop Malaysia dan unsur-unsur Mandopop. Shila berkata, lagu ini mempunyai versi bahasa Inggeris yang akan dilancarkan dalam album akan datang beliau.

Pada awal tahun 2016, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan semasa Anugerah Pelancongan Malaysia ke-19 yang Shila telah dilantik sebagai duta pelancongan Malaysia. Kerajaan Malaysia percaya Shila boleh menarik berjuta-juta pelawat dari tanah besar China untuk bercuti di Malaysia. Hakikat bahawa dia fasih berbahasa Cina akan membuat ia lebih mudah bagi beliau untuk berurusan dengan pihak pengurusan muzik beliau dan peminat Cina beliau.

Pada 1 April 2016, Shila mengeluarkan filem mikro Cina bertajuk "Girlfriends Love" (閨蜜情緣), dimana beliau memegang watak utama.

Pada 21 April 2016, Shila mengumumkan album bahasa Cina pertamanya, My Journey (Bahasa Cina: 心 旅) di Instagram, Twitter dan Facebook serentak. Ia dijadualkan untuk diterbitkan pada 30 April 2016, melalui Shilala (HK) Limited di Beijing, China. Album ini telah melalui dua tahun penerbitan dan ia adalah album pertama Shila yang akan muncul di negara-negara berbahasa Cina dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat dan Australia. Sebelum album yang akan dikeluarkan, Shila akan melakukan satu persidangan media antarabangsa di Beijing, China. Album ini merupakan satu penyimpangan sonik dari album pop beliau sebelum ini dan digambarkan oleh Shila sebagai album Mandopop rasmi pertama beliau yang didokumenkan.

Pada 30 April 2016, Shila mengumumkan album studio keenam yang akan datang dan album studio pertama berbahasa Cina semasa sidang akhbar beliau yang dianjurkan oleh syarikat pengurusan beliau, Vie Media dan label rakaman utama beliau, Shilala (HK) Limited di Beijing, China. Shila berkata, albumnya tidak akan boleh dibeli selama dua minggu lagi atas sebab-sebab keselamatan. Beliau juga mengeluarkan lagu tema untuk siri animasi baru The Powerpuff Girls (2016), "Who's Got the Power?" dalam bahasa Melayu dan Cina secara eksklusif di YouTube.

Jenama rasmi: SA by Shila Amzah

Pada 5 Jun, 2016, Shila melancarkan jenama pakaian sendiri dan butik eksklusif beliau dipanggil SA by Shila Amzah Boutique terletak di Bangi Sentral, Selangor, Malaysia.

Cabang lain

Dengan kejayaan dalam kerjaya nyanyiannya, Shila kemudian menceburi bidang perniagaan. Beliau menubuhkan syarikat sendiri - Shila Amzah Entertainment Berhad dan Shilala (HK) Limited - dengan aktiviti umumnya dalam dunia hiburan. Beliau juga adalah pengasas dan presiden syarikat jenama pakaian sendiri, Shila Amzah Boutique Sdn. Bhd.

Pencapaian peribadi

2013: Anugerah Kembara

Di Anugerah Industri Muzik ke-20, Shila menerima Anugerah Kembara. Anugerah ini diberikan kepada artis Malaysia yang telah mencipta kemasyhuran di peringkat antarabangsa dan memperkenalkan lagu Malaysia kepada dunia. Shila Amzah telah diberikan anugerah ini selepas beliau meraih kemasyhuran sebagai juara Asian Wave (2012), satu pertandingan realiti nyanyian Cina yang diadakan di Shanghai, China.

2014: Anugerah Ikon Puteri Wanita UMNO

Saya amat terharu dengan anugerah yang disampaikan oleh Puteri UMNO yang mengiktiraf anak-anak muda yang berbakat, terutama wanita di negara ini. Terima kasih kerana menyokong saya dan saya berharap Puteri UMNO akan terus berkhidmat kepada masyarakat.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, beliau menerima Anugerah Ikon Wanita Puteri UMNO. Anugerah itu disampaikan tidak lama selepas Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati menyimpulkan ucapannya di hadapan beribu-ribu ahli Puteri UMNO. Beliau telah dipilih untuk yang berjaya dalam bidang muzik dan membuat dirinya dikenali di negara-negara asing, terutamanya China selepas memenangi pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China. Dalam mesej video yang disiarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Shila berterima kasih kepada Puteri UMNO untuk anugerah itu dan menggesa wanita muda yang lain untuk terus mengejar impian mereka. "Kepada semua wanita muda yang sedang mendengar kepada saya, saya berharap anda mencari kekuatan untuk berkhidmat kepada parti dan mengemudi belia ke tahap lebih tinggi," katanya, menarik sorakan dari orang ramai. perwakilan Puteri UMNO, ramai daripada mereka adalah peminat setia Shila, juga bersorak kuat apabila bapanya, penghibur veteran ND Lala, menerima anugerah itu daripada Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Shila merupakan salah seorang daripada empat wanita muda yang menerima anugerah ini.

Kekayaan

Shila dikenali sebagai seorang penyanyi-penulis lagu yang menggerunkan dan berjaya dan terkenal di pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Indonesia, Australia, Taiwan, dan Malaysia. Beliau juga dilaporkan bernilai lebih daripada USD$ 50 Juta (MYR 200 Juta) pada 2016 bagi membolehkan beliau dinamakan sebagai salah satu daripada jutawan dalam industri hiburan. Sebagai salah seorang artis yang paling prolifik di Malaysia, beliau dikatakan dibayar MYR 25,000 untuk 30 minit persembahan pada tahun 2012.

Kehidupan peribadi

Pada 3 November 2017, Shila selamat bertunang dengan lelaki pilihannya bernama Haris Idraki Elias yang berusia 28 tahun yang bekerja dalam sektor kewangan di kota London. Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015. Majlis pertunangan beliau diadakan di kediaman keluarganya di Cheras. Pada 8 Februari 2022, Shila sah bercerai selepas 4 tahun mendirikan rumah tangga.

Antara 2012 dan 2013, Shila sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad ketika sama-sama membintangi telefilem Patah Seribu. Namun hubungan mereka berakhir akibat pertelingkahan antara Sharnaaz dan bapa Shila, ND Lala.

Diskografi

Diskografi Malaysia

    Album studio
  1. Terima Kasih Guru (2000)
  2. Sha-Hila (2004)
  3. Bebaskan (2009)
  4. Shila Amzah (2013)
    Album kolaborasi
  1. 3 Suara (2011)

Diskografi antarabangsa

    Album studio
  1. My Journey 心旅 (2016)

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 5 Jingga Dirinya sendiri 8TV Drama pertama

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Patah Seribu Bella Astro Ria Telefilem pertama

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007-2008 One in a Million (musim 2) Peserta 8TV
2012 Mania! Astro Ria
2014 I Am A Singer (Musim 2) Hunan Televison
2022 The Masked Singer Malaysia (musim 2) Peserta sebagai Rambutan Astro Warna
Gegar Vaganza (musim 9) Peserta Astro Ria Tempat ketiga
Sepahtu Reunion Live Kameo Astro Warna Episod: "Sayang Bukan Sekadar Wayang"
All Together Now Malaysia (musim 2) Juri Astro Ria
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Finalis TV3 Duet bersama Liza Hanim

Videografi

Muzik video

Tahun Tajuk Catatan
2005 "Kita Berdansa" (Loco Loco)
"Yang Teristimewa"
2008 "Memori Tercipta" Bersama Ayu Damit
"Hanya Kita & Bebaskan"
2009 "Ada Saja"
"Tunjukkan Cintamu" Bersama RAN Group
"Rentak Optimis" Bersama Dafi
"Through My Window"
"Best of Both Worlds" Bersama Miley Cyrus
2011 "Beribu Sesalan" Bersama Ning Baizura & Jaclyn Victor dari 3 Suara
"Patah Seribu" (Part I)
"Patah Seribu" (Part II)
2012 "Ke Akhir Garisan" Single promosi
"Deja Vu"
"Aku Kau dan Dia"
2013 "Masih Aku Cinta"
2015 再見不再見 "See You or Never" Dilancarkan oleh Shila Amzah
再見不再見 "See You or Never" Dilancarkan oleh Vie Media
再見不再見 "See You or Never" Dilancarkan oleh Wav Music & Entertainment
再見 "Goodbye" Hakcipta: Shilala (HK) Limited
Dilancarkan pada 5 Disember 2015, 12:35 p.m. (GMT+8)
Penerbit: Shila Amzah
Pengarah: Shila Amzah
2016 "Who's Got The Power?" (Bahasa Melayu)
"Who's Got The Power?" (Bahasa Cina)
"Selamanya Cinta" Bersama Alif Satar
"Manusia"
2017 "Where I Love Me"
2019 "Tiada Dirimu"
"Pelukan Angkasa" Bersama SOG
"Tentang Rahsia"
2020 "#Jangan Keluar"
"KITA"
"Tentang Rahsia" (Versi Orkestra)
"Penyejuk Hati"
2022 "Khilaf Asmara"
"Seikhlas Hati" Bersama SOG
"Bahagiakan Dia" Bersama Liza Hanim
"Jauh Hati"

Muzik saduran

Tahun Lagu saduran Penyanyi asal Jumlah tontonan
2012 "Ji De" JJ Lin 74,199
"Aku Yang Tersakiti" Judika 527,549
"Setengah Mati Rindu" Judika 32,137
2013 "Cups" (feat. Syada Amzah) Anna Kendrick 301,980
"Kepadamu Kekasih" (feat. Syafiq Amzah) M. Nasir 77,832
"Miraie" Kiroro 201,183
"Tetap Menantimu" Nomad 260,828
"Wrecking Ball" Miley Cyrus 624,593
"Relaku Pujuk" Spider 78,039
2015 "Hello" Adele 675,621
"One Last Time" Ariana Grande 81,244
"Thinking Out Loud" Ed Sheeran 142,533
"Same Old Love" Selena Gomez 157,491
"Like I'm Gonna Lose You" Meghan Trainor ft. John Legend 115,873
"Stone Cold" Demi Lovato 92,146
"Love Yourself" Justin Bieber 615,573
2016 "Sorry" Justin Bieber 114,519
"Janam Janam" Arijit Singh & Antara Mitra 1,886,146
"All I Ask" Adele 358,423
"Dangerous Woman" (A Cappella) Ariana Grande 196,317
"Bimbang" Melly Goeslaw 173,002
"You Are My Everything" Gummy 1,215,113
"You Are My Everything" Charlie Puth ft. Selena Gomez 202,532
"Ignorance" Paramore 63,306
"Come Back Home" 2NEI 374,647
2017 "Last Dance" BIGBANG 669,704
"Whistle" Blackpink 694,201
"Beautiful" (Goblin Original Soundtrack) Crush 725,127
"It Ain't Me" Kygo, Selena Gomez 28,411
"Say You Won't Let Go" James Arthur 27,283
"Decode" Paramore 8,448
2018 "I Will Go To You Like The First Snow" Ailee 1,515,358

Konsert

Solo

  • 2014: Shila Amzah Love Live in Shanghai, China
  • 2014: Shila Amzah Love Live in Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2015: Shila Amzah True Colorful, Hong Kong
  • 2016: Shila Amzah Colorful World, Perth, Australia

Showcase

  • 2013: Shila Amzah Showcase, Penthouse, The Icon, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2015: Shila Amzah Exclusive Showcase Live in Singapore, Resort World Sentosa, Singapore

Sebagai tetamu

  • 2014: JJ Lin Time Line World Concert, China
  • 2015: KEF x Khalil Fong Concert, Hong Kong

Kolaborasi

Malaysia

  • 2012: A Journey Through Time Concert, Malaysia
  • 2012: Shila Amzah concert in conjunction with Gala Amal Pamoga-Gaza, Malaysia
  • 2013: Setia Super Concert, Setia Tropika Johor Bahru, Malaysia
  • 2015: Iskandar Waterfront Carnival Concert, Danga Bay, Johor, Malaysia
  • 2015: Gateway Klang Concert, Malaysia
  • 2015: Miri City 10th Anniversary Concert, Miri, Sarawak, Malaysia
  • 2015: AIA Generasi Malaysia Concert, Putra Indoor Stadium Bukit Jalil, Malaysia

China

  • 2014: Ci Xi Concert, China
  • 2014: Guiling Wanda GuangXi All Star Concert, China
  • 2014: Eric Moo-Shila Amzah Love Hurricane Concert, China
  • 2014: Asian Superstar Concert, China
  • 2014: SuQian JiangSu Concert, China
  • 2014: TangShang Hebei Concert, China
  • 2014: Galaxy Macau Star Filled Golden Concert, Macau, China
  • 2014: Nanjing MTV Real Live Concert, Nanjing, China
  • 2015: Nanjing All Star Concert, Nanjing, China
  • 2015: New Silk Road of Sail Stars Passion Concert, Xining, China

Lain-lain

  • 2011: Asia Star Session Concert, Kazakhstan
  • 2012: Ekspresi Karya Gemilang Concert, Indonesia
  • 2014: Midem Festival (Malaysian Supernova Night), Cannes, France
  • 2014: Skechers Sundown Music Festival Concert, Singapore

Single promosi

Tahun Tajuk Kempen / Promosi
2009 Hanya Kita Promosi Clean & Clear's Malaysia
Tunjukkan Cintamu Promosi Cornetto's Love (bersama RAN)
Best of Both Worlds Promosi Disney Channel (bersama Miley Cyrus)
Rentak Optimis Promosi Camnilah Muzik!'s Coca-Cola (bersama Dafi)
Through My Window Promosi TMnet Everyone Connects (bersama Bunkface, Tomok, Akim Ahmad, Dafi dan Stacy)
2012 Ke Akhir Garisan Sorakan Emas 1Malaysia Olimpik London

Anugerah dan pencalonan

Tahun Pertandingan/Persatuan Kategori/Anugerah Karya yang dicalonkan Keputusan Tuan rumah
2000 Bintang Kecil RTM Tempat kedua Ibu Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Kanak-kanak Paling Popular NurShahila Menang
2007 One in a Million (Musim 2) Tempat kedua
  • Stuck
  • Oops!... I Did It Again
  • Memori Tercipta
Menang
2008 Asia New Singer Competition Juara Shila Amzah
Anugerah Emas
Lagu Terbaik Memori Tercipta Menang
Penang-Shanghai World Star Quest Juara Shila Amzah Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
China
2009 Anugerah Industri Muzik ke-16 Vocal Wanita Terbaik Memori Tercipta Tercalon Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
2011 Anugerah Planet Muzik Duo/Kumpulan Terbaik "3 Suara" Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Singapura
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Indonesia
Album Terbaik Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-18 Persembahan Duo/Kumpulan Terbaik Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Lagu Pop Terbaik Beribu Sesalan Tercalon
Album Terbaik "3 Suara" Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Duo/Kumpulan Artis Paling Popular Menang
Penyanyi Wanita Paling Popular Shila Amzah Tercalon
Artis Wanita di Internet Paling Popular Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-26 Tempat kedua Beribu Sesalan Menang
2012 Asian Wave Juara
  • Gemilang
  • Grenade
  • Zheng Fu
Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
China
Anugerah Industri Muzik ke-19 Vokal Wanita Terbaik Patah Seribu Tercalon Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Lagu Terbaik Menang
Lagu Pop Terbaik Menang
Anugerah Shout! Vocal Terbaik Shila Amzah Menang
Muzik Video Terbaik Deja vu Tercalon
Anugerah Planet Muzik Artis Wanita Terbaik Shila Amzah Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Singapura
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Indonesia
Artis Serantau Terbaik Tercalon
Lagu Serantau Terbaik Beribu Sesalan Tercalon
Ikon Media Sosial Shila Amzah Tercalon
World Music Awards Artis Wanita Terbaik Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
AS
Penyanyi Dunia Terbaik
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Penyanyi Wanita Paling Popular Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Artis Paling Bergaya Tercalon
Artis Berpengaruh dalam Media Sosial Tercalon
Artis Asia Paling Popular Tercalon
Pasangan Paling Popular Shila Amzah &
Sharnaaz Ahmad
Tercalon
World Music Awards Artis Wanita Terbaik Shila Amzah Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
AS
Penyanyi Dunia Terbaik
Persembahan Langsung Terbaik
Anugerah Juara Lagu ke-27 Finalis Patah Seribu Tercalon Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Nickelodeon Kids' Choice Awards Artis Asia Kegemaran Shila Amzah Tercalon Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
AS
Bella Awards Anugerah Bella Diatas Pentas Tercalon Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
The BrandLaureate Awards Anugerah Penjenamaan Negara Menang
Anugerah Planet Muzik Artis Wanita Terbaik Tercalon Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Singapura
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Indonesia
Lagu Malaysia Terbaik Masih Aku Cinta Menang
Lagu Serantau Terbaik Patah Seribu Tercalon
Artis Serantau Terbaik Shila Amzah Tercalon
Ikon Media Sosial Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-20 Anugerah Kembara
Anugerah Khas
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
2014 I Am A Singer (Season 2) Tempat ketiga
  • When You Believe
  • MAMA
Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
China
Anugerah MeleTOP Era 2014 Artis Paling Bergaya Shila Amzah Tercalon Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Era FM Malaysia Artis Pilihan Jun 2014 Menang
World Music Awards Artis Wanita Terbaik Tercalon Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
AS
Penyanyi Dunia Terbaik Tercalon
Persembahan Langsung Terbaik Tercalon
Lagu Terbaik Masih Aku Cinta Tercalon
Video Terbaik Masih Aku Cinta Tercalon
Anugerah Planet Muzik Artis Wanita Terbaik Cinta Hati Tercalon Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Singapura
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Indonesia
Penyanyi Paling Popular Shila Amzah Tercalon
Ikon Media Sosial Tercalon
Puteri UMNO Ikon Wanita Muda Puteri UMNO 2014 Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Duta China ke Malaysia Anugerah Persahabatan Malaysia-China 茜拉 Shila Amzah Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
China
Anugerah Juara Lagu ke-29 Tempat kedua Masih Aku Cinta Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Anugerah Industri Muzik ke-21 Vokal Wanita Terbaik Cinta Hati Tercalon
Album Terbaik "Shila Amzah-EP" Tercalon
Jurutera Album Terbaik Tercalon
Lagu Pop Terbaik Tulus Tercalon
Anugerah Melodi Galaksi 2014 Artis Paling Dinamik Shila Amzah
Artis Wanita Pilihan
UCSI Scholar's Club (U-SchoS') 10 Pemimpin dan Personaliti Paling Berpengaruh di Malaysia Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Penyanyi Paling MeleTop Tercalon
Anugerah Chinese Golden Melody 2015 Artis Luar Negara Wanita Paling Popular 茜拉 Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
China
Anugerah Melodi Raya 2015 Artis Paling Sensasi Shila Amzah Tercalon Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Anugerah Guoyuli HK Artis Wanita Terbaik 茜拉 Shila Amzah Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
HK
Cemerlang Dalam Persembahan Nyanyian
Anugerah Emas
Anugerah Planet Muzik 2015 Artis Paling Popular Shila Amzah Tercalon Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Singapura
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Indonesia
Ikon Media Sosial Tercalon
第15届全球华语歌曲颁奖典礼
Anugerah Muzik Cina Global ke-15
Artis Malaysia Paling Popular 茜拉 Shila Amzah Tercalon Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Singapura
Artis Wanita Persembahan Terbaik Atas Pentas Menang
广州音乐先锋榜2015颁奖典礼
Anugerah Muzik Guangzhou 2015
Artis Wanita Terbaik (Hong Kong & Taiwan) Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
China
Artis Wanita Paling Popular (Hong Kong & Taiwan) Menang
音乐先锋榜2015年度颁奖典礼
Anugerah Peak Music Chart 2015
Artis Wanita Terbaik Menang
Lagu Terbaik 再見 Selamat Tinggal Menang
新城勁爆頒獎禮2015
2015 Metro Radio Music Awards
Metro Radio National Idol Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Hong Kong
Metro Radio Mandarin Song of the Year "再見 Goodbye" Menang
2016 MATRADE Awards Outstanding Export Achievement Award Shila Amzah
Special Award
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Anugerah Planet Muzik 2016 Social Media Icon Shila Amzah Tercalon Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Singapore
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Indonesia
2016 Melodi Awards Music Personality Shila Amzah Tercalon Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
2016 Music Pioneer Awards Best Female Singer (Hong Kong and Taiwan) 茜拉 Shila Amzah Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
China
Most Popular Female Artist Menang
Song of the Year (Hong Kong and Taiwan) "Goodbye" Menang
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 Juara Lagu: Pelukan Angkasa Shila Amzah & Sekumpulan Orang Gila Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
The Masked Singer Malaysia (musim 2) Juara Musim Ke 2 Shila Amzah (Maskot:Rambutan) Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Anugerah Industri Muzik ke-23 Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu Bahagiakan Dia (dengan Liza Hanim) Menang Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama Menang
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Shila Amzah Tercalon
Shila Amzah: Biografi, Jenama rasmi: SA by Shila Amzah, Cabang lain 
Malaysia

Penghargaan

Rujukan

Tags:

Shila Amzah BiografiShila Amzah Jenama rasmi: SA by Shila Amzah Cabang lainShila Amzah Pencapaian peribadiShila Amzah Kehidupan peribadiShila Amzah DiskografiShila Amzah FilemografiShila Amzah VideografiShila Amzah KonsertShila Amzah Anugerah dan pencalonanShila Amzah PenghargaanShila Amzah RujukanShila Amzah Bacaan lanjutShila Amzah Pautan luarShila AmzahAhli perniagaanBahasa CinaKomposerMalaysiaND LalaPelakonPenerbitPenyanyiTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Semenanjung MalaysiaMahathir MohamadSharifah ShahirahAmyra RosliHari Alam SekitarAsmidarRinggitRisteena MunimAdikTentang Hati DiaPembentukan MalaysiaJep SepahtuFrekuensi radio di PahangRita NadiraRokokHarimauCinta Buat DaraBanjaran TitiwangsaAndai Itu TakdirnyaTengku Ismail Leon PetraKerajaan KutaiPerubahan iklimMohamad bin HasanShaheizy SamTentera Laut Diraja MalaysiaBryan DomaniKata sendi (bahasa Melayu)Frekuensi radio di MelakaSultan Nazrin Muizzuddin ShahAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamAbu Bakar as-SiddiqPandemik COVID-19 di MalaysiaGabenor Bank Negara MalaysiaKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaMimi LanaBaju kurungSrivijayaAlor SetarNabi Sulaiman a.s.Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalAbang Long Fadil 3Organisasi tenteraPilihan raya umum Malaysia 2022Senarai nahas dan kejadian pesawat komersilMarsyal TUDMNILAMPutri JannahAmelia HendersonNur FazuraJenis air untuk bersuci dalam IslamPegawai memerintahNabi Muhammad SAWSaleemSijil Pelajaran MalaysiaSlot SamarindaNadia BrianShuib SepahtuSiksa KuburBiokepelbagaianPemboleh ubahTengku Zafrul Abdul AzizMajlis Raja-RajaEmpayar UthmaniyahKesultanan Melayu MelakaNatasya MahyanPutrajayaJambatan Pulau PinangPenggunaChempaka Emalin PahaminPuteri BalqisAmel AmiliaMalang Si PuteriMajapahitMakkahNasha AzizBadarawuhi Di Desa PenariShah AlamPerkara 153 Perlembagaan Malaysia🡆 More