Jasmine Suraya Chin: Pengacara televisyen dan pelakon Malaysia

Jasmine Suraya Chin Xian Mei (Cina: 陈香郿; lahir 10 November 1993) merupakan seorang pengacara televisyen, model, pelawak dan pelakon wanita Malaysia berketurunan Cina yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Beliau terkenal dengan watak sebagai Lily dalam filem PASKAL (2018) yang dibintanginya bersama Hairul Azreen. Selain itu, beliau juga terkenal dengan peranan televisyen termasuk Hero Seorang Cinderella (2017), Alamatnya Cinta (2018) dan Adellea Sofea (2019).

Jasmine Suraya Chin
Kelahiran
Jasmine Suraya Chin Xian Mei

(1993-11-10) 10 November 1993 (umur 30)
PendidikanIjazah Pengajian Politik Antarabangsa dan Ekonomi
Pusat pendidikanUniversiti Monash, Melbourne
PekerjaanPengacara televisyen, pelakon, usahawan dan ahli perniagaan
Tahun aktif2010–kini
Laman web rasmiwww.jasminesurayachin.com (diarkibkan)

Kehidupan awal

Dilahirkan pada 10 November 1993 di Kuching, Sarawak, Jasmine Suraya ialah anak tunggal dalam keluarganya. Nama ‘Jasmine Suraya’ dipilih untuk beliau kerana nama ‘Suraya’ ialah nama rakan karib ibunya ketika mereka belajar bersama di universiti luar negara. Beliau mendapat keputusan 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang dan melanjutkan pelajaran di Universiti Monash, Melbourne, Australia yang mana beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dan Ekonomi.

Pada tahun 2003, ketika berusia 14 tahun, Jasmine pernah mewakili Sarawak dalam sukan boling 10 pin dan pernah mewakili negeri di Pertandingan Kejohanan Junior Milo Kebangsaan.

Sebelum menceburi bidang lakonan, beliau pernah bekerja sebagai seorang wartawan di The Borneo Post selama setahun setengah.

Kerjaya

Jasmine Suraya pertama kali berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2012 untuk memulakan kerjayanya. Penguasaan bahasa Melayu beliau agak teruk ketika itu maka beliau perlu bekerja keras bagi memahirkan diri. Beliau mendaftarkan diri ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) selama enam bulan.

Pada tahun 2013, beliau menjadi salah seorang peserta Projek 3R yang turut disertai oleh Dayah Bakar, Amirah Azmi dan Yvonne Lee. Jasmine membuat penampilan drama TV pertamanya menerusi drama adaptasi novel, Kerana Terpaksa Aku Relakan, memegang watak sebagai Tini. Beliau kemudian memegang watak Zaharah dalam filem Return to Nostalgia arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada Oktober 2015.

Beliau pernah muncul bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam dalam filem aksi sukan Rembat (2015) arahan Shamyl Othman dan filem aksi permotoran KL Wangan (2017) arahan Pekin Ibrahim.

Jasmine berlakon bersama Ammar Alfian, Hairul Azreen, Gambit Saifullah dan Hafizul Kamal dalam filem ketenteraan, PASKAL yang ditayangkan pada 27 September 2018, beliau menjayakan watak sebagai Lily. Selain itu, beliau juga muncul dalam drama lakonan Hisyam Hamid dan Hannah Delisha, Alamatnya Cinta sebagai Natalia.

Jasmine Suraya memegang watak Cai Yun atau Sofia dalam telefilem bertajuk Back To You yang turut dibintangi oleh Azizah Mahzan. Beliau menggunakan pengalaman peribadinya sendiri bagi menghayati wataknya. Beliau juga bakal muncul bersama Vanidah Imran dalam drama Daulat yang bakal disiarkan di Netflix.

Beliau menjayakan watak sebagai Suzie Tan dalam Adellea Sofea arahan Shahrulezad Mohameddin lakonan bersama Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz. Jasimne berkata mengenai wataknya: "Saya juga tak sangka watak Suzie boleh menyentuh hati ramai penonton. Ini kerana kebanyakan babak yang saya lakonkan adalah secara spontan. Kami lebih banyak improvisasi,".

Beliau juga mempersiapkan diri untuk menyertai Maraton Tokyo.

Pada tahun 2022, beliau berlakon dalam drama Villa Kristal untuk siaran di WeTV bermula 4 Mac. Ia turut dibintangi oleh Mimi Lana, Tiz Zaqyah dan Mawar Rashid. Beliau juga berlakon dalam Ratu Ten Pin 2: Shalin dengan melakonkan watak bekas pemain boling negara, Shalin Zulkifli.

Kehidupan peribadi

Jasmine Suraya beragama Kristian. Beliau sebelum ini menafikan khabar angin mengatakan beliau beragama Islam, Jasmine berkata dalam temu ramah bersama Harian Metro: "Saya tidak salahkan mereka malah saya balas balik komen dengan baik dan beritahu saya bukan Melayu. Saya juga minta maaf sekiranya cara berpakaian saya membuatkan mereka berasa tidak selesa. Pandangan dan komen yang dilontarkan itu amat saya hargai kerana ia bermakna mereka mengikuti perkembangan dan mahu saya jadi insan terbaik."

Beliau mempertahankan tindakannya memuat naik gambar yang dianggap seksi oleh sebahagian peminat di laman sosial Instagram sehingga mendapat kecaman netizen.

Filemografi

Kunci
Jasmine Suraya Chin: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi  Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 River of Exploding Durians Jasmine Filem pertama
2015 Puaka Balai Gombak Wartawan 1
Return to Nostalgia Zaharah
Rembat Geisha
Nota Pelancong
2017 Dave Filem pendek
KL Wangan Isteri Hong
2018 Paskal Elizabeth Lily Tan
The Spiral Tina
2020 Daulat Jasmin Cho
Pasal Kau! Dirinya sendiri Penampilan khas
2021 Marabahaya Underground Dotty
TBA Masterpiecisan Jasmine Suraya Chin: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi  Ruby Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Kerana Terpaksa Aku Relakan Lily / Sofea TV3 Drama pertama
Maaf Jika Aku Tak Sempurna Effa
A&E Dr. Sharon
2012 Padamu Aku Bersujud Elvina Mohammad TV9
2015–2016 Keluarga Pontimau Chichi TV3
2016 Lara Aishah Sandra Astro Prima
2017 Hero Seorang Cinderella Zuyyin Astro Ria
2018 Melodi Cinta Sara Jessica TV2
Pengantin 100 Hari Farah TV3
KL Gangster: Underworld Mimi Iflix
Alamatnya Cinta Natalia Astro Ria
KOPI: "Venti" Sophie Chen Tonton
Salon Elaine Viu
2019–2020 Adellea Sofea Suzie Tan TV3
2020 KL Gangster: Underworld 2 Mimi Iflix
Pelindung Seorang Puteri Bainun Astro Ria
Bidadari Salju Jeanny TV3
2021 Klik Rider Tasya Astro Warna
Cinta Yang Pulang Thia TV2
Bila Hati Berbisik Hanum TV Okey
2022 Villa Kristal Angel WeTV
Ratu Ten Pin 2: Shalin Shalin Astro Ria
Hilang Cay Viu
2023 Ku Akad Kau Dengan Bismillah Maira TV3
Jangan Ambil Kerja Tuhan TV2 Episod: "Idola"

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Tesis Terakhir TV1
Cinta Di Gerai Astro Maya HD
2017 Komplot Astro Citra
2018 Cinta Elevator
2019 Back To You(“当时明月在”, Dang Shi Ming Yue Zai) Cai Yun / Sofia 8TV/TV3
2020 Di Pinggir Ilusi TV2
Please Subscribe Cintaku Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 The Job Dirinya sendiri 8TV Rancangan realiti
2013 Projek 3R Dirinya sendiri TV3 Rancangan realiti
2014 She's The Boss Capital TV
Makmal Masak TV9
2015 Inspirasi Dekor TV1
2018 Sensasi Bola Pengacara Hypp Sensasi
2019 Sepahtu Reunion Live Siti Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Harta Pusaka Berpuaka"
2023 Real Men Malaysia: Wira Merah Peserta Astro Ria Rancangan realiti

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2013 Pantene's Star Search Malaysia 2013 Dirinya sendiri Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pelakon Wanita Harapan Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Jasmine Suraya Chin Kehidupan awalJasmine Suraya Chin KerjayaJasmine Suraya Chin Kehidupan peribadiJasmine Suraya Chin FilemografiJasmine Suraya Chin Anugerah dan pencalonanJasmine Suraya Chin RujukanJasmine Suraya Chin Pautan luarJasmine Suraya ChinAdellea SofeaAlamatnya CintaBahasa CinaCinaHairul AzreenHero Seorang CinderellaKuchingMalaysiaPASKAL (filem)Sarawak

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Lee Kee HiongPolis EVO 2Kementerian Pendidikan MalaysiaAbdul Taib MahmudShaheizy SamVirusShaharuddin ThambyNabi Adam a.s.Daun salamTentera Laut Diraja MalaysiaPerubahan iklimKucingHarimauJangan Menangis Cinta (drama)Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiSenarai Surah Al-QuranCinema (Slot TV3)Kerajaan Persekutuan MalaysiaImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Kerajaan MataramKarbon dioksidaPembahagian kuasaRuhainiesMelioidosisTuanku Abdul RahmanUthman bin AffanIndeks Pembangunan ManusiaInfrastrukturSepahtu Reunion Al-RayaAiman Hakim RidzaDaerah LangkawiSenarai syarikat MalaysiaMelisha SidabutarSiti Khadijah HalimP. RamleePontianak Harum Sundal Malam IIAisyah Abu BakarN. SurendranSurah al-FatihahPiala FA InggerisZUS CoffeeSolat subuhFattah AminPulau PangkorBumiEmelda RosmilaBahasa CinaMatlamat Pembangunan MampanSistem pembiakan manusiaSejarah SabahAaron AzizAl-ArqamFrekuensi radio di SelangorSandakanRinggitDewan Bahasa dan PustakaBiokepelbagaianLee Chong WeiUjian dadahPosisi seksualNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaPersekutuan Pengakap MalaysiaEtnik MelayuHadha min fadhle RabbiTentera Darat MalaysiaPulau RedangAzhar SulaimanAlam sekitarHukum Kanun MelakaKuala Kubu BharuKata adjektifSlot MegaDramaCabang dan mazhab IslamPneumoniaTatabahasa bahasa MelayuSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahKeluaran dalam negara kasarHalimah As-Sa'diyah🡆 More