Surah Al-Alaq

Surah Al-'Alaq (سورة العلق) adalah surah ke-96 dalam al-Quran.

Surah Al-'Alaq terdiri atas 19 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah. Ayat 1 sampai dengan 5 dari surah ini adalah ayat-ayat al-Quran yang pertama sekali diturunkan, iaitu pada waktu Nabi Muhammad SAW di Gua Hira'. Surat ini dinamai Al 'Alaq (segumpal darah), diambil dari perkataan Alaq yang terdapat pada ayat 2 surat ini. Surat ini dinamai juga dengan Iqra atau Al Qalam.

Isi kandungan

  • Perintah membaca al-Quran;
  • manusia dijadikan dari segumpal darah;
  • Allah menjadikan kalam (firman ) sebagai alat mengembangkan pengetahuan;
  • manusia bertindak melampaui batas karena merasa dirinya serba cukup;
  • ancaman Allah terhadap orang-orang kafir yang menghalang-halangi kaum muslimin melaksanakan perintah-Nya.

Surat Al 'Alaq menerangkan bahawa Allah menciptakan manusia dari benda yang hina kemudian memuliakannya dengan mengajar membaca, menulis dan memberinya pengetahuan. Tetapi manusia tidak ingat lagi akan asalnya, kerana itu dia tidak mensyukuri nikmat Allah itu, bahkan dia bertindak melampaui batas kerana melihat dirinya telah merasa serba cukup.

Hubungan Surah Al-‘Alaq dengan Surah Al-Qadr

Pada surat Al 'Alaq, Allah memerintahkan agar Rasulullah SAW membaca al-Quran, sedang pada Surah Al-Qadr Allah menerangkan tentang permulaan turunnya al-Quran.

Terjemahan ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ [96.1] Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ [96.2] Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ [96.3] Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ [96.4] Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.

عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ [96.5] Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

كَلا إِنَّ الإنْسَانَ لَيَطْغَى [96.6] Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,

أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى [96.7] karena dia melihat dirinya serba cukup.

إِنَّ إِلَى رَبِّكَ الرُّجْعَى [96.8] Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali (mu).

أَرَأَيْتَ الَّذِي يَنْهَى [96.9] Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang,

عَبْدًا إِذَا صَلَّى [96.10] seorang hamba ketika dia mengerjakan solat,

أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ عَلَى الْهُدَى [96.11] bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran,

أَوْ أَمَرَ بِالتَّقْوَى [96.12] atau dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)?

أَرَأَيْتَ إِنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّى [96.13] Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling?

أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَى [96.14] Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?

كَلا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعًا بِالنَّاصِيَةِ [96.15] Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya,

نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ [96.16] (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka.

فَلْيَدْعُ نَادِيَهُ [96.17] Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya),

سَنَدْعُ الزَّبَانِيَةَ [96.18] kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah,

كَلا لا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ [96.19] sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)

Pautan Luar

  1. Dengar bacaan di sini
  2. Tafsir surah Al-'Alaq


Surah Sebelumnya:
Surah At-Tin
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Qadr
Surah 96

Tags:

Surah Al-Alaq Isi kandunganSurah Al-Alaq Hubungan Surah Al-‘Alaq dengan Surah Al-QadrSurah Al-Alaq Terjemahan ayatSurah Al-Alaq Pautan LuarSurah Al-AlaqAl-QuranGua HiraMakkiyahSejarah al-Qur'an

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Lumut, PerakTentang Hati DiaKeluaran dalam negara kasarAhmad Samsuri MokhtarPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuMajlis Raja-RajaBaby ShimaJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahTanda-tanda KiamatMy Lovely DriverPukimakLaluan Kelana JayaPegawai Waran ISarimah IbrahimHari DeepavaliNegeri SembilanTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahFilemografi P. RamleePegawai Waran Udara IISepahtu Reunion LiveDidi AstillahSurah al-BaqarahDewan Undangan Negeri PerlisNasi kandarSarafPemerintahan berajaSaleemLaskar MudaKedahAn-Nuayman bin AmrSolat subuhFilem Malaysia tahun 2024Piala Asia B-23 AFC 2024Sophia AlbarakbahEtnik MelayuSyarikat swastaPencemaran udaraBola jaringHadis MutawatirRukun IslamLemangHemoroidMelayuSaiful ApekFrekuensi radio di Negeri SembilanNajib RazakAb Rauf YusohHari BumiLelaki ItuSejarah Pulau PinangPulau PangkorMohd Noor Helmy Abdul HalemKata ganti nama (bahasa Melayu)Senarai kata pinjaman bahasa MelayuMira FilzahFauzi NawawiZahirah MacWilsonCuti umum di MalaysiaIsa KhanBintang RTMBella AstillahKerisWan RajaCapriceBoBoiBoyRangka manusiaSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaTanda dan gejalaMuhyiddin YassinKKN di Desa Penari (filem)Soffi JikanAzhan RaniKerajaan Persekutuan MalaysiaAstro MalaysiaLaksaHaqiem RusliWings (kumpulan muzik Malaysia)Timbalan Perdana Menteri MalaysiaTabby🡆 More