Tanda-Tanda Kiamat

Tanda-tanda Kiamat merupakan petunjuk atau isyarat tentang hampirnya kedatangan Hari Kiamat.

rencana senarai Wiki

Umat Islam percaya bahawa pengakhiran alam semesta ialah sebahagian daripada rahsia Allah dan tiada satu makhluk pun yang mengetahui waktu sebenar bila berlakunya hari Kiamat. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad memberitahu bahawa sebelum tiba Hari Kiamat itu, tanda-tandanya akan muncul dan akan disaksikan oleh seluruh umat manusia. Turutan tanda-tanda tersebut bermula dengan tanda-tanda yang kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda yang besar.

Tanda-tanda kecil kiamat

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis ini dapat ditemukan dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan hadis Riwayat Tirmidzi

Orang Tidak Lagi Menyebut Allah.

Dari Anas berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Kiamat tidak akan terjadi hingga di bumi tidak ada yang mengucapkan: Allah, Allah."

Kabilah Qahthan.

Tidak Akan Terjadi Kiamat hingga seseorang dari Kabilah Qahthan menggiring manusia dengan tongkatnya."(HR.BUKHARI).

  • Orang yang baik berkurang sedang yang jahat bertambah banyak.

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi penyebab kemarahan (bagi orang tuanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik “; – (Riwayat Thabrani).

  • Gunung-gunung di Makkah mulai berlubang

Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ daripada ayahnya, dia berkata: "Pada suatu hari, aku menuntun tali kekang unta Abdullah ibn Amr, lalu beliau berkata: "Bagaimana pendapat kalian, jika kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan batu yang masih menumpuk?" Mereka menjawab: "Oleh kita yang beragama Islam?" Beliau menjawab: "Benar, kalian yang beragama Islam." Seseorang bertanya: "Lalu apa lagi?" Beliau menjawab: "Kemudian, ia akan dibangun dengan yang lebih bagus daripadanya. Apabila kalian telah melihat gunung-gunung di Makkah mulai berlubang, dan bangunan-bangunannya yang menjulang tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahawa kiamat telah dekat.

  • Bayangan Ka'bah Tidak Lagi Tampak

Suatu ketika, Nabi Muhammad pernah menjelaskan pada sahabatnya, "Bahawa kiamat akan terjadi jika as-Sa'ah telah membentangkan bayangannya sehingga bayangan Ka'bah tidak akan tampak." As-Sa'ah sendiri merupakan salah satu kata kiasan untuk kiamat.

  • Binatang buas berbicara

Daripada Abu Sa'id Al Khudri berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, tidaklah kiamat terjadi hingga binatang-binatang buas berbicara kepada manusia, hingga ujung cambuknya, tali sandalnya berbicara pada orang dan hingga lututnya memberitahukan padanya apa yang dilakukan keluarganya sepeninggalnya."(HR.TIRMIDZI).

  • Keringnya Sungai Eufrat dan Kemunculan Gunung Emas

Sungai Eufrat Mengering.Rasulullah SAW bersabda, ‘’Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan 'Gunung Emas' yang mendorong manusia berperang. Sembilan Puluh Sembilan dari Seratus orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’.’’ (HR Bukhari) Dari Abu Hurairah Dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga seseorang melewati kuburan seseorang, lantas mengatakan; 'Duhai sekiranya aku menggantikan tempat dia.'"

  • Penaklukan Baitulmaqdis

Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan satu daripadanya, iaitu penaklukan Baitulmaqdis." - Sahih Bukhari

  • Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka, pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

  • Pemimpin yang terdiri daripada orang yang jahil dan fasik

"Apabila sesuatu amanah itu disalahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran (kiamat)." Para sahabat bertanya: "Bagaimana amanah itu disalahgunakan, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya (jahil) atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran.

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah, bilakah hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

  • Menghias masjid dan membanggakannya

Antara tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu rujukan]
  • Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik

Diriwayatkan daripada Anas r.a.
"Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq." - Riwayat Ibn Ady

  • Ramai orang soleh meninggal dunia

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal di atasnya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran. - Riwayat Ahmad

  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat

Antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia." - Riwayat Thabrani

  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja

"Sesungguhnya antara tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja." - Riwayat Ahmad

  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
"Antara tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Antara tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim}

  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa[perlu rujukan]
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak di antara pasar." - Riwayat Bukhari

  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mana mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud dan Nasai

  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi
  • Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa cerita, penikam belakang dan pengejek dalam masyarakat
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tidak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi
  • Orang akan melakukan homoseksual
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah
  • Berkurangnya sifat amanah
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

Daripada Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) ialah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) ialah orang fasik antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
  • Memandang rendah kepada darah

Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: pelantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka dahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad

  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

Daripada riwayat Ibnu Mas'ud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang." - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka ialah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

Sungguh hebat dia, sungguh jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah

  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada di tempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim

  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari

  • Banyak berlaku peperangan demi peperangan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan." - H.R. Ibn Majah

  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

"Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.

Tanda-tanda besar kiamat

  • Tiga gerhana; gerhana di timur, gerhana di barat dan gerhana di jazirah Arab.
  • Akan muncul pelbagai wabak penyakit yang amat dahsyat dan mengerikan melanda seluruh dunia yang belum pernah dilihat pada kaum terdahulu melainkan akan menimpa kepada umat akhir zaman.
  • Masjid yang dibina tersergam indah tetapi menjadi sunyi sepi dan banyak berlaku kematian yang mendadak.
  • Timbul Fitnah di al-Najd (kini Riyadh, Arab Saudi), berlaku banyak pertumpahan darah dan fitnah terhadap umat Islam seperti malam yang gelap dan penduduk Makkah dan Madinah akan berpaling dari Islam, yakni menjadi murtad dan keluar dari agama Islam. Namun Sayyidina Salman al-Farisi R.A. dan pengikutnya dari Parsi akan menggantikan kaum murtad tersebut.
  • Paras air laut menaik.
  • Air hujan disekat mengakibatkan kemarau.
  • Terjadinya "Dukhan" iaitu seluruh dunia ditutupi debu selama 40 hari.
  • Keluar Dajjal iaitu pemuda yang buta sebelah mata dan berambut kerinting yang akan membuat kejahatan seluruh dunia. Di dahinya tertulis "Kafir" dalam bahasa Arab.
  • Kehadiran Imam Mahdi menjadi pemimpin dan khalifah perang akhir zaman berserta pasukannya yang membawa panji-panji hitam yang akan memerangi Dajjal.
  • Turunnya Nabi Isa 'alaihis salam membunuh Dajjal, membunuh khinzir, menghancurkan salib, menghapuskan riba dan jizyah.
  • Akan ada angin lembut tetapi mematikan menyelubungi dunia yang mengambil nyawa semua orang beriman.
  • Keluar Yakjuj dan Makjuj yang akan meminum air sungai hingga habis dan membunuh manusia dan haiwan di muka bumi dan menghancurkan apa sahaja yang mereka jumpai.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Matahari terbit dari arah barat.
  • Tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
  • Tenggelamnya daratan di bahagian timur.
  • Tenggelamnya daratan di bahagian barat.
  • Keluarnya api dari Yaman mengiringi manusia.
  • Tiupan Sangkakala pertama bermulanya Kiamat Besar.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Tanda-Tanda Kiamat Tanda-tanda kecil kiamatTanda-Tanda Kiamat Tanda-tanda besar kiamatTanda-Tanda Kiamat RujukanTanda-Tanda Kiamat Pautan luarTanda-Tanda KiamatHari KiamatNabi Muhammad

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perikatan NasionalMusa HassanKata kerja tak transitifHemoroidRita RudainiRukun solatPerang UhudMilo (minuman)Slot SakuraPasukan Gerakan AmPerkara yang dilarang dalam IhramGrup Gerak KhasDe FamBaju kurungIslam di MalaysiaKesumMenteri Kesihatan MalaysiaJohor BahruMelur Untuk FirdausAl-Masih ad-DajjalThailandSheikh Muszaphar ShukorAzira ShafinazPuteri KhareezaGabenor Bank Negara MalaysiaHun HaqeemTeknologi hijauGajahPerang BadarKumpulan advokasiEtnik MelayuMalaysia MadaniKesan perubahan iklimIstinjakSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaRendangKadazan-DusunAku Tahu Kapan Kamu MatiFahmi FadzilHael HusainiTauhidAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaIskandar ChempakaSenarai negara berdaulatKitar semulaLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurProton SagaKementerian Kesihatan MalaysiaHarris AlifRukun ImanGunung Jerai2024 di MalaysiaKerajaan Persekutuan MalaysiaJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaRozita Che WanMohamad bin HasanPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024TawauAyamRemangMedia sosialMalaysiaArcaNatasha WilonaSultan Mizan Zainal AbidinKedatangan dan Penyebaran Islam di NusantaraMichael (malaikat utama)BajauSenarai mukim di PerakJabatan Alam SekitarTengku Zafrul Abdul AzizNombor dalam budaya CinaBendera PalestinSyahadahBumiHutan hujan Semenanjung MalaysiaSenarai kaum di MalaysiaParti Rakyat India Malaysia🡆 More