Lemang: Makanan tradisi popular bangsa Minangkabau berasal daripada Sumatera Barat (Indonesia)

Lemang (kata pinjaman daripada Minangkabau: lamangcode: min is deprecated ; Jawi: ‏لمڠ‎code: ms is deprecated ‎) adalah beras pulut dimasak bersama santan dan garam dalam ruas-ruas buluh dilapik dengan daun pisang sebelum dibakar sehingga masak; cara ini merupakan cara menanak nasi yang tradisi serata alam Melayu dari Indonesia ke Malaysia, Singapura dan Brunei.

Lemang
Lemang: Pembuatan, Jenis, Pengkhususan
Sepotong lemang di atas piring.
Nama alternatifMinangkabau: Lamang
JenisRice ball, makanan Sunting ini di Wikidata
Tempat asalMalaysia, Indonesia
Kawasan/rantauSumatera Barat, Bengkulu, Jambi, Sumatera Selatan, Lampung, Negeri Sembilan, Melaka
Masakan berkaitanIndonesia, Malaysia, Brunei
Dicipta olehOrang Minangkabau
Bahan utamaBeras pulut
Bahan yang biasa digunakanPulut, santan Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masakan ini paling dikenali dalam kalangan masyarakat Minangkabau, namun cara pemasakan ia yang ringkas juga ditiru dalam kalangan kaum serantau lain seperti kaum Negrito Kelantan, suku Semai, kaum Dayak dan kaum Melayu.

Pembuatan

Pemasakan

Batang-batang buluh yang dipilih untuk memasak lemang ini perlu dipilih dari segi umur agar tidak terlalu tua lalu menjadi keras atau tidak terlalu muda agar mudah retak lalu merosakkan lemang dimasak.

Ruas-ruas buluh yang sudah dipilih sesuai besar dipotong dan dibersihkan dari segala miang sebelum dilapikkan dengan gulungan daun pisang; susunan buluh ini disebut sebagai talang. Beras pulut yang telah dibasuh akan disumbatkan ke dalam ruas-ruas ini disusuli dengan santan sehingga cukup ruang sejarak satu atau dua inci ditinggalkan dari mulut buluh atau tiga perempat dari tinggi (atau isipadu dalaman) batang buluh; sebatang buluh dalam talang ini diisi sekitar antara 1-1.5 liter beras pulut.

Batang-batang lemang ini dibakar dari satu jam hingga 4-5 jam bergantung kepada besar api dinyalakan; batang-batang tersebut hendaklah dibalik-balikkan setiap 15 minit agar seluruh nasinya masak sama rata.

Lemang: Pembuatan, Jenis, Pengkhususan 
Cara membelah buluh untuk mengeluarkan lemang.

Penghidangan

Lemang sering dihidangkan secara berlauk bersama rendang atau serunding, namun ada juga yang memakan lemang dengan cara manis seperti bersama tapai (dalam kalangan orang Minangkabau) seri kaya ataupun buah-buahan.

Jenis

Terdapat banyak jenis lemang yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan khusus:

  • Lamang puluik: lemang biasa asas paling banyak dihasilkan dalam masyarakat Minangkabau menggunakan pulut (puluik) sebagai bahan dasar. Buah keras sering ditambahkan sebagai penambah perisa serta mengelakkan pelekatan lanjut beras.
  • Lamang pisang: lemang menggunakan buah pisang sebagai bahan sampingan, pulut dan santan dicampurkan dahulu sebelum pisang dimasukkan kemudian
  • Lamang ubi: lemang menggunakan ubi kayu sebagai bahan asas tanpa perlunya santan
  • Lamang kuning: lemang menggunakan beras digiling menjadi tepung dicampur dengan kunyit, santan dan garam.
  • Lemang periuk kera: lemang menggunakan kelongsong periuk kera yang khusus di pedalaman Negeri Sembilan dan Pahang. Agak menengkarah dalam kalangan sesetengah pihak yang mempersoalkan kemungkinan risiko terkumpul najis tinjaan kelawar dan musang serta pemetikan tidak terkawal, namun kawalan pemerolehan dan pembersihan ditegaskan para penjual.

Pengkhususan

Lemang dimasak atau dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari-Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Selain itu juga, lemang juga sering dimasak orang Minangkabau pada keputeraan Nabi Muhammad serta menyambut kedatangan bulan Ramadan (dalam acara malamang).

Orang Minangkabau sering menjadikan lemang sebagai buah tangan dihadiahkan semasa melawat sahabat handai atau semasa keraan perkahwinan, khususnya dalam adat manjapuik marapulai.

Masyarakat Dayak sering memakan lemang pada pesta-pesta adat mereka.

Sejarah

Profesor Gusti Asnan dari Universitas Andalas di Padang, Sumatera Barat menerangkan bahawa teknik memasak lemang datang dari cara orang-orang Melayu Proto yang membawa kaedah masak mereka dari tempat leluhur mereka di kawasan pergunungan Yunnan, selatan tanah besar China dalam penyebaran dan pendudukan mereka ke Asia Tenggara termasuk ke kepulauan Nusantara sekitar 3000 SM. Menurut Yunizarti Bakry, pakar budaya dari universiti sama, terdapat suatu cerita yang diturunkan masyarakat Pariaman, Sumatera Barat mengenai suatu orang alim bernama Sheikh Burhanuddin yang menyebarkan ajaran Islam dalam kalangan mereka tetapi beliau jemu dihidangkan dengan lauk-pauk menggunakan haiwan yang haram dimakan seperti babi, randang tikuih dan ular goreng; oleh itu, beliau memperkenalkan cara lemang ini sebagai pemasakan yang bersih suci daripada penyentuhan alat yang sebelumnya. Penceritaan ini juga menjadi asas kepada kebiasaan memasak lemang dalam kalangan masyarakat Minangkabau sebagai persediaan menyambut keraian agama Islam.

Lemang telah pun tercatat sebagai hidangan istimewa khusus di Tanah Melayu sejak 1864 lagi.

Rujukan

Pautan luar

Lemang: Pembuatan, Jenis, Pengkhususan 
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi

Tags:

Lemang PembuatanLemang JenisLemang PengkhususanLemang SejarahLemang RujukanLemang Pautan luarLemangAlam MelayuBahasa MinangkabauBruneiBuluhDaun pisangIndonesiaMalaysiaMembakar (memasak)PulutSantanSingapuraTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

GhibahSenarai Saintis IslamPiala Dunia FIFA 2026Jep SepahtuJabatan Kastam Diraja MalaysiaMuhamad Akmal SalehJasmine Suraya ChinSolozAdnan bin SaidiTeknologiSlot SakuraSarah SuhairiYasmin AhmadKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Azzim ZahidGolongan kata (bahasa Melayu)Mat KilauUnifi TVLesen memandu MalaysiaNabi Syu'aib a.s.Raja berperlembagaanOrang Melayu MalaysiaLagi-Lagi SenarioPersatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah AntarabangsaBrondongKimpalanThailandMinal 'Aidin wal-FaizinKejuruteraan awamNegara-Negara KomanwelCyberpunk 2077EtikaSunan Gunung JatiPerang BadarTV3Amir JahariNabi Lut a.s.An-Nuayman bin AmrWings (kumpulan muzik Malaysia)Mohd Ridhuan TeeRita RudainiJenis air untuk bersuci dalam IslamAdnan Abu HassanLimau nipisPerempuan Itu (drama)Perjanjian HudaibiyahDawoodi BohraPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuHero Seorang Cinderella 2Senarai kaum di MalaysiaHong KongSurah al-BaqarahPilihan raya umum Malaysia 2022AlgeriaPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuPemboleh ubahLelaki ItuIndiaKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaHarimauPasukan bola sepak kebangsaan OmanEnglandAkulah BalqisDataran MerdekaAeril ZafrelPuchong, SelangorLiza AbdullahNabi Musa a.s.Bukan Kahwin PaksaSenarai negara mengikut sistem kerajaanDunia IslamRaihanIsu kalimah Allah pada stoking 2024Persekutuan Pengakap MalaysiaMajlis Raja-RajaLee Chong WeiNasi kandar🡆 More