Amir Jahari

Mohamad Amirullah bin Jahari atau lebih dikenali sebagai Amir Jahari (lahir 31 Mei 1992) merupakan seorang penyanyi, pemuzik, pelakon, dan penulis lagu Malaysia.

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di negeri Bumi Kenyalang, Sarawak. Kerjaya muzik beliau bermula pada 2011 apabila beliau diujibakat untuk musim kesembilan rancangan pencarian bakat baru dalam bidang nyanyian, Akademi Fantasia. Beliau menandatangani kontrak bersama Kasi Gegar Entertainment (KGE) milik bekas peserta Akademi Fantasia Musim 5, Aizat Amdan dan melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 2013. Beliau juga bergiat aktif bersama kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project.Amir Jahari telah memenangi anugerah berprestij AJL38 bagi tahun 2024 melalui lagunya Hasrat.

Amir Jahari
Nama lahirMohamad Amirullah bin Jahari
Juga dikenali sebagai
Amir Jahari
Kelahiran (1992-05-31) 31 Mei 1992 (umur 31)
Kuching, Sarawak, Malaysia
GenrePop, akustik
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, penulis lagu, pelakon
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif2011–kini
Syarikat rakaman
Kasi Gegar Entertainment
Pengkarya berkait
Aizat Amdan, Go Gerila, The Amir Jahari Project
Laman sesawang
www.amirjahari.com

Biografi

2011-2012: Kejayaan komersial awal

Amir Jahari ialah salah seorang peserta Akademi Fantasia musim kesembilan pada 2011 dan beliau hanya bertahan selama tiga minggu dalam akademi apabila konsert minggu ketiga dia digugurkan bersama seorang lagi pelajar AF9 iaitu Ayda Jebat melalui Operasi Gugur disebabkan tiada peningkatan prestasi dalam persembahan mereka selama tiga minggu konsert AF9 berlansung.

2013-kini: Album pertama dan projek muzik

Amir Jahari melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 29 April 2013, album ini memuatkan sebanyak 9 lagu, termasuk 2 lagu akustik. Beliau menggunakan permainan teka silangkata sebagai kulit album. Single pertama dari album ini ialah Tanpamu, diikuti oleh single kedua, Penghibur Jalanan dan single ketiga, Gelisah. Salah satu lagu dari album tersebut iaitu Tanpamu berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-27.

Beliau menyertai kumpulan Go Gerila yang mana beliau ialah vokalis utamanya bersama Aizat Amdan dan seterusnya menubuhkan kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project.

Pada 2016, beliau melancarkan single pertamanya yang bertajuk Ingga yang akan dimuatkan dalam album keduanya yang akan menjengah pasaran nanti. Mengetengahkan bahasa Melayu Sarawak sepenuhnya. Lagu ini menampilkan bunyian 'sape, alat muzik tradisional Orang Ulu dengan alunan melodi Sarawak digabung bersama muzik Amir yang berentak folk rock kontemporari.

Pada 2023, lagu Hasrat ciptaan beliau menjadi runut bunyi rasmi filem Imaginur arahan Nik Amir Mustapha. Lagu tersebut juga mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-38 dan berjaya merangkul gelaran Juara Lagu.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Kartini Sulaiman pada Oktober 2013 dan dikurniakan tiga orang anak. Dua perempuan dan seorang lelaki bernama Nur Izzah Amaani., Aqil Salim dan Asmaa Aisyaah.

Akademi Fantasia 9

Amir berjaya terpilih diantara 12 orang pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran dirumah kaca Akademi Fantasia musim kesembilan. Namun pada konsert minggu ketiga beliau dan Ayda Jebat telahpun digugurkan daripada akademi melalui Ops Gugur berikutan tiada peningkatan dalam persembahan selama tiga minggu di akademi. Berikut persembahn beliau;

Konsert Lagu Ked.
Minggu Tirai "Aku Skandal" nyanyian asal Hujan / "Seribu Tahun" nyanyian asal Imran Ajmain -
Minggu 1 "Just The Way You Are" nyanyian asal Bruno Mars 7th
Minggu 2 "Cinta Gila" nyanyian asal Dewa 19 9th
Minggu 3 "Dilema" nyanyian asal d'Masiv Digugurkan

Filemografi

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2011 Akademi Fantasia 9 Peserta Astro Ria Digugurkan
2012 Versus Peserta (Go Gerila) TV9 Naib Juara
2013 Anugerah Juara Lagu ke-27 Penyanyi, Penulis lirik & Komposer TV3 Finalis
2024 Anugerah Juara Lagu ke-38 Penyanyi, Penulis lirik & Komposer TV3 Juara

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2013 Anugerah Industri Muzik ke-20 Penghibur Jalanan Kulit Album Terbaik Tercalon
Rakaman Album Terbaik Tercalon

Diskografi

Album studio

  • Penghibur Jalanan (2013)
    • "Tanpamu"
    • "Gelisah"
    • "Ajarkan Aku"
    • "Aku Juga Manusia"
    • "Penghibur Jalanan"
    • "Masa Lalu"
    • "Selalu Ada"
    • "Tanpamu (akustik)"
    • "Gelisah (akustik)"
  • Siang Dan Malam (2020)
    • "Nafas"
    • "Sila Robek Hati Ini"
    • "Syurga"
    • "Sang Perindu Feat. Noh Salleh"
    • "Bayang"
    • "Tersenyumlah"
    • "Hadiah Dari Tuhan Feat. Mafidz"

Single

  • "Tanpamu" (2011)
  • "Penghibur Jalanan" (2012)
  • "Gelisah" (2012)
  • "Ingga" (2016)
  • "Sang Perindu Feat. Noh Salleh" (2019)
  • "Hadiah Dari Tuhan Feat. Mafidz" (2019)
  • "Sila Robek Hati Ini" (2019)
  • "Tersenyumlah" (2020)
  • "Nafas" (2021)
  • "Bayang" (2021)
  • "Aku Juga Manusia" (2022)
  • "Selalu Ada" (2022)
  • "Pernahkah Feat. Lydbie" (2023)
  • "Hasrat (2023)
  • "Ingin Pulang" (2024)

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Amir Jahari BiografiAmir Jahari Kehidupan peribadiAmir Jahari Akademi Fantasia 9Amir Jahari FilemografiAmir Jahari Anugerah dan pencalonanAmir Jahari DiskografiAmir Jahari Lihat jugaAmir Jahari RujukanAmir Jahari Pautan luarAmir JahariAizat AmdanAkademi FantasiaAkademi Fantasia Musim 5Akademi Fantasia Musim 9Penghibur Jalanan (album Amir Jahari)Sarawak

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sharifah ShahirahHari Raya AidiladhaAhmad Zahid HamidiKata adjektifPuteri Gunung LedangPulau PangkorParameswaraSijil Pelajaran MalaysiaPandu PuteriKrim putarUniversiti Putra MalaysiaKedudukan Dunia FIFANabi Adam a.s.InfrastrukturFrekuensi radio di SelangorMyKadGhibahBugisMusang PulutProton Holdings BerhadNabi Yusuf a.s.Dawoodi BohraMohd Ridhuan TeeMYTV BroadcastingImam MahdiRakaatRock Oo!Carles PuigdemontSains sosialSenarai Kementerian di MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan VietnamBaju MelayuDarah yang keluar dari rahim wanitaKumpulan Rock MalaysiaWikipediaTunku Abu BakarAsiaSultan Muhammad VNeelofaSandrinna MichelleSenarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaKejuruteraan awamAsiah binti MuzahimLee Kee HiongZodiakPenyelenggaraanIsteri-isteri Nabi MuhammadAdiraTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahNasi kerabuPertubuhan Keselamatan SosialHukum madTony EusoffWanita SyurgaRangka manusiaAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamRibaGrup Gerak KhasNuzul QuranPutrajayaTakwim Hijrah15 Puasa (telefilem)Mohamed Fadzli HassanTunku Puan NoraSenarai saluran AstroBoBoiBoyHero Seorang Cinderella 2An-Nuayman bin AmrSenarai bank di MalaysiaSibuNasi tangasOnn Hafiz GhaziJenis darahStadium Nasional Bukit JalilKeperibadianKampung Medan, Petaling JayaPerayaan QingmingBatuk kokol🡆 More