Sibu

Sibu ialah sebuah perbandaran di Sarawak, Malaysia.

Ia terletak di pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai Igan, kira-kira 60 kilometer (37 batu) dari laut. Sibu mempunyai keluasan 129.5 kilometer persegi (50.0 batu persegi) dan penduduk seramai 162,676 orang (2010). Ia merupakan pusat pentadbiran bagi daerah dan bahagian dengan nama yang sama.

Sibu
bandar
Mohor rasmi Sibu
Nama panggilan: "Maling"/ "Sibau"
Sibu is located in Bumi
Sibu
Sibu (Bumi)
Koordinat: 2°17′16″N 111°49′51″E / 2.28778°N 111.83083°E / 2.28778; 111.83083 111°49′51″E / 2.28778°N 111.83083°E / 2.28778; 111.83083
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSibu
Diasaskan oleh James Brooke1862
bandar1 November 1981
Bandaraya2 November 2022
Pentadbiran
 • JenisMajlis Perbandaran Sibu
 • PengerusiClarence Ting Ing Horh
Keluasan
 • Jumlah129.5 km2 (50.0 batu persegi)
Penduduk
 (2022)
 • Jumlah257,681
 • Kepadatan2,000/km2 (5,200/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
96000
Kod kawasan084 (garis tanah sahaja)
Pendaftaran kenderaanQS (semua kenderaan kecuali teksi)
HQ (teksi sahaja)
Laman sesawangwww.smc.gov.my
Sibu
Pemandangan di jetty Sibu.

Penduduk

Pada tahun 2020, penduduk dalam kawasan Majlis Perbandaran Sibu direkodkan seramai 162,676 orang. Daripada jumlah tersebut, majoriti penduduk terdiri daripada bangsa Cina iaitu sebanyak 63.4 peratus, kemudian diikuti dengan Bumiputera sebanyak 35.7 peratus. Bangsa India dan lain-lain, masing-masing merangkumi 0.4 dan 0.5 peratus.

Daya tarikan

Daya tarikan Sibu ialah keramahan penduduk di sini. Terdapat juga sebuah bangunan yang tinggi iaitu To Pek Kong yang terletak di perairan Sibu yang jelas kelihatan dari jauh.

Penduduk Sibu semakin bertambah dan banyak kawasan perumahan baru telah dibina. Sibu boleh dikatakan ialah titik perjalinan hubungan antara bahagian-bahagian di selatan dengan bahagian-bahagian di utara Sarawak. Oleh sebab itu, Sibu merupakan salah satu pusat perdagangan yang maju di Sarawak.

Antara tempat menarik di Sibu juga ialah Taman Jublee Bukit Aup. Di sini terletaknya kolam ikan terbesar di Sibu. Pengunjung dibenarkan memberi makanan kepada ikan. Di sini juga merupakan tempat riadah yang sesuai untuk kanak-kanak, golongan muda dan berumur.

Sukan air seperti sukan bot kawalan jauh juga semakin diminati di Sibu. Taman Tasik (Lake Garden) Permai menjadi tempat berkumpulnya peminat sukan ini. Pengunjung boleh menikmati aksi-aksi menarik bot kawalan jauh di sini.

Makanan

Sibu mempunyai keunikan tersendiri yang mempunyai hasil tani, buahan serta sayuran tempatan yang mungkin tidak atau jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia antaranya ialah buah Dabai dan buah Engkalak yang merupakan buahan bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak terutamanya masyarakat Melayu, Melanau dan Iban.

Buah dabai dan buah engkalak ini sukar ditemui di Kuching dan kebanyakannya dibawa masuk dari Sibu, Sarikei atau Bintangor. Buah dabai dan buah engkalak ini lazimnya menjadi juadah makan tengahari atau malam bagi masyarakat di Sarawak terutamanya di Sibu, Sarikei, Kapit, Song, Bintangor, Mukah, Oya, Igan dan sebagainya.

Kedua buah tersebut memang mudah untuk disediakan iaitu dengan merendamkannya ke dalam air sederhana panas untuk beberapa minit sehingga ia menjadi lembut dan kemudian ditoskan airnya lalu dicampur dengan sedikit garam dan ia sudah sedia untuk di makan. Bagi sesetengah individu buah dabai lebih enak dimakan dengan kicap dan buah ini sering diproses untuk dijadikan jeruk dabai.

Di samping itu antara buah yang boleh dimasak sebagai juadah makan tengahari atau malam ialah buah lakum. Buah ini sering diamalkan oleh sesetengah masyarakat di Sarawak sebagai penawar kepahitan tekak dan kebiasaannya buah ini dimasak secara rebusan dengan air di mana keunikan rasanya yang masam adalah rahsia buah ini sebagai pembangkit selera makan terutamanya kepada seseorang yang sedang demam atau hilang selera makan.

Bagi yang beragama Islam terutamanya untuk pelancong, terdapat kedai-kedai makanan Islam di Sibu. Kedai-kedai ini berada di pusat bandar atau di kampung-kampung berdekatan dengan bandar Sibu.

Bandaraya Kembar

Sibu telah menjalin hubungan Bandaraya Kembar (Sister City) dengan bandaraya-bandaraya berikut:

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Sibu PendudukSibu Daya tarikanSibu MakananSibu Bandaraya KembarSibu RujukanSibu Pautan luarSibuBahagian SibuDaerah SibuMalaysiaSarawakSungai IganSungai Rajang

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kesultanan Melayu MelakaKatedral St PaulPertubuhan Keselamatan SosialPukimakSunan MuriaPerang Dunia PertamaNasi tangasThailandEnglandTahun Baru CinaGeografi IndonesiaSurah Al-IkhlasKetupatKugiran MasdoPeristiwa Memali 1985Syed Mokhtar Al-BukharySultan JohorLengkuasSainsSolat jamakMokhtar DahariNur (drama)Senarai bank di MalaysiaOrang BanjarSurah Al-QadrBatik Air MalaysiaUthman bin AffanSyurgamu RamadhanKadazan-DusunKamus Dewan16 PuasaAllahRozita Che WanAzhan RaniNombor perdanaKhalid bin al-WalidCampaPendidikan di MalaysiaNegara-Negara KomanwelMamat KhalidKimpalanBola jaringJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaPetronasBismillahBabiBahasa Melayu BruneiKedahKerajaan MataramRosyam NorSayu Yang SyukurKerenggaMantra (filem)KKN di Desa Penari (filem)Nasi lemakMohd Ridhuan TeeSharifah ShahirahHantu Kak Limah Balik RumahNabi Saleh a.s.Universiti Teknologi MalaysiaLingga (Hindu)Mierul AimanBatuk kokolNanako MatsushimaAgamaZarina ZainoordinFatimah al-ZahraWings (kumpulan muzik Malaysia)Alor SetarTauhid RububiyahTembikaiIsteri Separuh MasaPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaDewan Negara MalaysiaWinai KraibutrHaidZul AriffinJermanLencana pangkat Angkatan Tentera Malaysia🡆 More