Batang Rajang: Sungai terpanjang di Malaysia

111°13′09″E / 2.12972°N 111.21917°E / 2.12972; 111.21917

Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia. Ia terletak di negeri Sarawak. Panjangnya 770 km dari Banjaran Iran di tengah pulau Borneo ke Laut China Selatan di Barat. Sungai ini boleh dimudiki hingga pekan Kapit, Sarawak dan hulunya di Empangan Baleh, iaitu Putai terletak di Daerah Bukit Mabong, Bahagian Kapit. Di bahagian hulu sungai, balak diangkut mengunakan jalan sungai ini.

Batang Rajang
Rajang River
Batang Rajang: Sungai terpanjang di Malaysia
Batang Rajang (juga dikenali sebagai 'Rejang').
Lokasi
NegaraMalaysia
Ciri-ciri fizikal
SumberPergunungan Iran
Panjang770 km
Batang Rajang: Sungai terpanjang di Malaysia
Gambar Sungai Rajang dari sudut langit
Batang Rajang: Sungai terpanjang di Malaysia
Terminal Bot Ekspres di Sibu.
Batang Rajang: Sungai terpanjang di Malaysia
Lembaga Pelabuhan Rajang di Sibu.

Sejarah alam sekitar: anak sungai Sungai Sunda prasejarah

Semasa zaman Paleolitik atau Mesolitik lebih kurang 10,000 tahun lalu, terdapat kejatuhan 5 darjah Celsius dalam suhu global. Di puncak gunung, hujan turun sebagai salji dan terkumpul sebagai lembaran berais (termasuk Gunung Kinabalu), lantas memecah rekod dam kitaran hidrologi global. Disebabkan kekurangan air dilepaskan ke dalam laut, terdapat kejatuhan aras laut sebanyak 120 meter dari masa kini. Laut China Selatan kering, mendedahkan Pentas Sunda dan peparit dalam terdahulu menjadi sungai kuno besar yang dipanggil Sungai Sunda Utara.

Tanah Besar Asia, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatra dan Jawa menjadi bersambung kepada Borneo melalui jambatan tanah Pentas Sunda yang terdedah. Sungai Sunda Utara menyediakan sambungan penting kepada Sungai Mekong di Vietnam dan Sungai Chao Phraya di Thailahnd di utara, Sungai Baram dan Sungai Rajang di Sarawak di timur dan Sungai Pahang dan Sungai Rompin di barat tanah yang besar. Ikan keli air tawar dari sungai tersebut berhijrah dan mengawan untuk menukar bahan genetik mereka lebih kurang 10,000 tahun lalu. Lalu, selepas Holocene, bila suhu meningkat, jambatan tanah tersbut dan Sungai Sunda telah ditenggelami dan jumlah ikan keli telah terasing. Walau bagaimanapun, motif genetik mereka masih dalam DNA-nya sebuagai bukti sambungan terdahulu Sungai Rajang kepada sungai terasing lain di Indochina dan Borneo.

Bencana sekatan balak

Pada 6 Oktober 2010, hujan lebat di Putai dan Nungun di hulu Baleh dikatakan telah menyebabkan tanah runtuh besar yang membawa balak dan serpihan ke dalam Sungai Baleh, anak sungai di hulu Kapit, dan kemudian ke dalam Sungai Rajang. Ia dianggarkan bahawa isipadu balak dan serpihan telah melebihi 300, 000 m3. Sekatan balak ini juga telah menjejaskan Sungai Igan. Serpihan balak, berukuran 50 km panjang, telah tiba di Sibu pada 8 Oktober. Sekatan balak ini telah menyebabkan kesusahan pengangkutan untuk penduduk yang tinggal di tebing sungai dan bangkai ikan juga dilihat di sungai tersebut.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh mendakwa bahawa bencana sekatan balak tidak pernah terjadi sebelum itu dalam skala yang besar. Walau bagaimanapun, Menteri Pembangunan Tanah, Datuk Seri James Masing mendakwa bahawa bencana serupa telah terjadi sebelumnya dan dia menyalahkan bencana tersebut atas pembalakan sembarangan oleh syarikat pembalakan yang tidak bertanggungjawab. Ketua Menteri Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud telah menasihatkan rakyat Sarawak supaya tidak menyalahkan sesiapa terhadap penyebab sekatan balak ini dan dia menjaminkan bahawa kerajaan negeri akan menyiasat kejadian ini. Gerakan bagi Perubahan, Sarawak (MoCS) telah mencadangkan bahawa suatu jawatankuasa dengan perwakilan dari kerajaan dan pembantahan sepatutunya ditubuhkan untuk mengenalpasti penyebab tepat sekatan balak di Sungai Rajang.

Rujukan

Tags:

Sistem koordinat geografi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Joe BidenPilihan raya umum Malaysia 2022AngkorSharnaaz AhmadKerajaan Bani UmaiyahHubungan seksPendidikan di MalaysiaPerlisSurah Al-QadrKawasan bandarBelandaNabi Harun a.s.SepanyolPerceraian dalam IslamUkraineAsbab al-nuzulSlot LestarySari YantiMosesSaleemKhunsaSenarai Kementerian di MalaysiaIpohBola sepakTembikaiNadhir NasarAlor SetarFrekuensi radio di SabahProton Holdings BerhadSenarai bandar bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiPiala UEFABubur lambukRuminah SidekTurkiPiala Asia 2019Tengku Adnan Tengku MansorRadius OneKonfusianismeBajauOrang LampungRakaatEmpayar UthmaniyahPersekutuan Pengakap MalaysiaProton PerdanaNabi Ya'akub a.s.Wabak MesirFauziah NawiRedza MinhatRujukan kehormatKhairy JamaluddinLaman UtamaLembah BujangTakdir Itu Milik AkuIsteri Separuh MasaZodiakHawariHinduismeSenarai buahKejuruteraan mekanikKetupatSophia AlbarakbahPerang Dunia PertamaRadio Televisyen MalaysiaPeroduaZul AriffinKhamis PutihNegara PalestinAllahummaNora DanishBahasa InggerisSabronzoBoBoiBoyFadillah YusofTunku Abu BakarBadmintonTunku Aminah Maimunah IskandariahGua HiraOman🡆 More