Sharnaaz Ahmad: Pelakon, pengacara, pengarah dan penerbit Malaysia

Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad (lahir 30 Ogos 1985) ialah seorang pelakon, pengacara, pengarah dan penerbit lelaki Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2009 menerusi watak pembantu dalam drama bersiri Tari Tirana arahan Shahrulezad Mohameddin sebelum diberi watak yang lebih besar dalam drama bersiri komedi K.I.T.A. dan Dottie pada tahun 2010. Biarpun bermula menerusi watak ringan, nama Sharnaaz mula meniti bibir peminat apabila pengarah Michael Ang memberi peluang kepadanya membawa watak serius sebagai Afandi dalam telefilem Ungunya Cinta. Sejak itu, Sharnaaz telah membintangi beberapa siri drama televisyen terkenal seperti Bukan Bidadari (2012), Bukan Kerana Aku Tak Cinta (2013), Suamiku Encik Sotong (2014), Mencintaimu (2015), Mr. Hijab (2017), Cinta Bukan Kristal (2018), Lelakimu Yang Dulu (2019) dan I Promise Janji Anaqi (2021). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Seru (2011) sebelum membintangi dalam beberapa filem seperti Juvana (2013), Sembunyi: Amukan Azazil (2013), Dollah Superstar (2014), Gila Baby (2014), Jebat (2020) dan Polis EVO 3 (2023).

Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Sharnaaz ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 26 Mei 2015.
Kelahiran
Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad

(1985-08-30) 30 Ogos 1985 (umur 38)
PendidikanPerakaunan Perniagaan
Pusat pendidikanKolej Polytech MARA
PekerjaanPelakon, pengacara, pengarah, penerbit
Tahun aktif2009–kini
PasanganNoor Nabila Mohd Noor (k. 2017; c. 2020)
Anak-anak1
Ibu bapa
  • Datuk Basir Ahmad (bapa)
  • Datuk Marina Puteh (ibu)

Sharnaaz mula menduduki kerusi pengarah dengan mengarahkan telefilem pertamanya, Lukisan Cinta (2017) yang mana beliau sendiri turut berlakon. Beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai penerbit untuk telefilem Raya Talak Satu dan Jangan Masuk Rumahku. Sepanjang kerjaya lakonannya, beliau cukup dikenali dengan watak-watak antagonis serta antihero dan telah bekerjasama dengan ramai pelakon seangkatannya seperti Amar Baharin, Farid Kamil, Nelydia Senrose, Nad Zainal dan Emma Maembong selain dikaitkan dengan banyak isu dan kontroversi. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan atas bakat lakonannya, antaranya ialah Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur dan Anugerah MeleTOP Era.

Kehidupan awal

Sharnaaz dilahirkan pada 30 Ogos 1985 di Georgetown, Pulau Pinang dan merupakan anak kepada Datuk Basir Ahmad, seorang usahawan. Basir yang merupakan kenalan rapat kepada keluarga P. Ramlee juga pernah menyertai beberapa kugiran ketika era pop yeh yeh 60an. Selepas menamatkan pengajian di Kolej Polytech MARA pada tahun 2008 dalam jurusan perakaunan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Kerjaya

2009–2013: Penglibatan awal

Penglibatan Sharnaaz dalam industri hiburan bermula dengan menyertai pertandingan 50 Most Eligible Bachelor. Kemudian, kerjaya lakonannya bermula apabila pengarah, Shahrulezad Mohameddin menawarkannya berlakon dalam drama bersiri Tari Tirana lakonan Wan Sharmila, Shahz Jaszle dan Nadia Aqilah dengan memegang watak Ali. Ketika awal pembabitannya, Sharnaaz sering ditipu oleh agensi lakonan yang menjanjikan pelbagai watak namun mereka membatalkan disaat akhir. Akibatnya, beliau mula hampir putus asa sebelum mengambil keputusan untuk membina keyakinan diri dan penampilan tubuh badan. Sharnaaz juga menyertai syarikat pengurusan Groom Works pada tahun 2010. Hasilnya, setelah itu beliau berjaya muncul sebagai watak utama dalam drama bersiri K.I.T.A. arahan Micheal Ang dan bergandingan dengan pelakon Scha Al-Yahya yang menjadi titik mula namanya dikenali.

Beliau kemudian berlakon dalam Pasukan Gerakan Marin musim kedua yang disiarkan di TV9. Kerana populariti yang makin meningkat, Sharnaaz berpeluang memegang watak utama dalam filem pertamanya, Seru arahan bersama Woo Ming Jin dan Pierre Andre. Pada awal tahun 2011, namanya mula mendapat perhatian umum malah turut tersenarai dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24.

Kerjaya lakonannya berkembang dalam waktu yang agak singkat dan kehadirannya sebagai pelakon pelapis amat diperlukan kerana kemampuan bakat lakonannya dalam menjelmakan pelbagai watak dari komedi ke antagonis dan dramatik. Sehingga tahun 2013, beliau muncul dalam drama-drama arahan Michael Ang seperti Kum Kum, Pontianak Kampung Batu dan Patah Seribu yang digandingkan bersama bekas kekasihnya iaitu Shila Amzah, sehingga beliau digelar anak emas pengarah tersebut. Gandingan tersebut begitu mantap dan serasi bahkan mampu menitiskan airmata penonton. Beliau juga muncul dalam drama arahan pengarah lain demi mencari kelainan seperti drama Ariana Mikhail, Bukan Bidadari dan telefilem Di Bawah Langitmu.

Setelah dilamar pengarah hebat Kabir Bhatia untuk muncul dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil, beliau sekali lagi diberi peluang untuk membintangi filem Juvana dengan memegang watak sebagai Lan Todak, yang akhirnya menjadi era kemuncak kerjayanya sebagai aktor. Lakonannya dalam watak antagonis seorang pelajar sekolah menengah dibawah hukuman juvana yang mempunyai masalah psikologi itu menjadi sebutan dan disifatkan antara watak jahat paling ikonik dalam industri perfileman Melayu.

Pada tahun 2013, nama Sharnaaz akhirnya mendapat tempat di mata pengkritik apabila lakonan mantapnya sebagai suami panas baran dalam telefilem Di Bawah Langitmu bersama Nora Danish membolehkannya bersaing dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin. Dalam majlis sama, beliau juga turut dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) menerusi lakonan sebagai Lan Todak dalam filem Juvana. Biarpun tewas kepada pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman, namun sejak itu namanya sudah diangkat sebaris dengan nama-nama besar dalam bidang lakonan tanahair.

2014–2017: Kejayaan kritis

Pada tahun 2014, nama Sharnaaz cukup sinonim dengan kejayaan drama bersiri 60 episod berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang mencipta fenomena tersendiri sebagai antara drama bersiri paling ramai penonton pada tahun itu. Drama ini menggandingkan beliau bersama Nelydia Senrose buat pertama kali. Ini kemudian diikuti dengan Setitis Kasih Darmia yang kembali menggandikan beliau bersama Nelydia. Tawaran berlakon filem tetap diperolehinya pada tahun itu apabila beliau berlakon dalam dua filem serentak, Dollah Superstar sebagai Shah Dazzle dan Gila Baby sebagai Roy. Kedua-duanya ialah arahan Kabir Bhatia.

Sharnaaz kemudian berlakon bersama Amyra Rosli dalam drama Suamiku Encik Sotong yang diadaptasi dari novel 2013 bertajuk sama karya Syikin Zainal dan disiarkan di Astro Ria dari 27 Oktober 2014 sehingga 9 Mac 2015. Beliau juga membintangi sebuah drama TV Singapura, Danny The Series lakonan bersama Elfaeza Ul Haq yang disiarkan di Mediacorp Suria. Menerusi persembahannya dalam drama ini, beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) di Pesta Perdana Singapura ke-12.

Sharnaaz berlakon bersama Fathia Latiff dalam filem Darah Panas arahan Arjin Uppal yang ditayangkan pada 4 Jun 2015. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Ady, seorang pemuda yang menghormati wanita Islam. Beliau turut berkecimpung dalam bidang pengacaraan apabila menjadi pengacara bersama Scha Al-Yahya dalam rancangan TV realiti nyanyian, Gempak Superstar yang bersiaran di Astro Ria dari 10 April sehingga 15 Mei 2016. Kemudian, beliau menjadi Chief Lawak bersama-sama dengan Johan dalam Maharaja Lawak Mega 2016. Tawaran berlakon tetap diperolehinya apabila berlakon bersama Ayda Jebat dalam Awak Sangat Nakal dengan melakonkan watak sebagai Johan Rizqin.

Melengkapkan portfolio kerjaya seninya, Sharnaaz membuat penampilan sulungnya dalam bidang pengarahan apabila beliau mengarahkan telefilem pertamanya, Lukisan Cinta yang merupakan idea asalnya dan turut berlakon dengan memegang watak utama bersama Nabila Huda. Ditayangkan pada 28 Januari 2017 di Astro Ria, telefilem ini turut dibintangi oleh Azhan Rani, Normah Damanhuri, Oktovia Manrose, Mubarak Majid dan Amai Kamarudin.

Bekerja di bawah arahan Bade Hj. Azmi, beliau memegang watak utama sebagai Inspektor Rudy dalam filem Sindiket yang berkisarkan tentang sindiket pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia. Filem ini ditayangkan pada 6 April 2017 dan turut dibintangi oleh Daphne Iking, Tony Eusoff, Sharifah Amani dan Liyana Jasmay. Beliau kemudian kembali bekerjasama dengan Nabila Huda menerusi drama Mr. Hijab yang disiarkan di Slot Iris TV3.

2018–kini: Pengembangan kerjaya

Satu-satunya drama lakonan beliau bagi tahun 2018 ialah Cinta Bukan Kristal disiarkan di slot Akasia TV3 dengan memegang watak sebagai Adrian Hilman. Drama ini kembali menggandingkan Sharnaaz bersama Ayda selepas kerjasama hebat mereka dalam Awak Sangat Nakal. Ia turut dibintangi oleh pelakon Brunei, Nina Iskandar. Beliau kemudian membintangi telefilem Aidiladha, Datangmu Kubenci Pergimu Kutangisi lakonan bersama Vanidah Imran, Liza Abdullah, Eyra Hazali dan Aedy Ashraf yang disiarkan di TV2.

Pada tahun 2019, beliau berlakon dalam drama Devoted yang disiarkan di Viu dengan memegang watak sebagai Iskandar, seorang pelampau yang memperjuangkan pemahaman di luar logik akal manusia. Sharnaaz berkata mengenai wataknya dalam drama itu: “Iskandar merupakan seorang lelaki yang pandai berbicara dan merekrut pengikut-pengikutnya menerusi percakapan. Bagaimanapun prinsipnya tidak melibatkan agama, cuma lebih ke arah cara berfikir dalam kalangan masyarakat moden". Selain beliau, Devoted turut dibintangi oleh Corinne Adrienne, Faizal Hussein dan Aqasha.

Beliau memegang watak sebagai Hazrul dalam drama adaptasi novel karya Farah Darianna, Lelakimu Yang Dulu yang mengisahkan tentang Hazrul dan Daliya yang terpisah apabila Hazrul meringkuk dalam penjara atas kesalahan merogol. Daliya yang terluka membawa diri bersama kandungan yang dirahsiakan daripada Hazrul. Drama ini kembali menggandingkan beliau bersama Nelydia Senrose.

Pada September 2020, Sharnaaz bersama Nelydia kembali menjayakan peranan masing-masing sebagai Hannah Mastura dan Jebat dalam filem adaptasi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat yang ditayangkan pada 3 September di Astro First.

Dari 25 November sehingga 24 Disember 2020, Sharnaaz melakonkan watak sebagai Rizal dalam drama Isteri Misteri lakonan bersama Tiz Zaqyah, Sharifah Sakinah, Azar Azmi dan Azira Shafinaz. Ia merupakan drama VIU Originals keduanya selepas Devoted. Beliau kembali bekerja di bawah arahan Michael Ang dengan melakonkan watak utama bersama Emma Maembong dalam drama I Promise Janji Anaqi yang diadaptasi dari novel 2019 bertajuk sama karya Acik Lana. Menerusi drama ini, beliau memegang watak sebagai Anaqi, seorang pembunuh upahan yang menjadi buruan akibat kisah lampaunya.

Kehidupan peribadi

Dari 2011 sehingga 2013, Sharnaaz sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan penyanyi dan anak sulung penyanyi veteran, ND Lala, Shila Amzah, namun memutuskan hubungan mereka selepas Sharnaaz hilang hormat kepada bapa Shila berikutan konflik yang berlaku antara mereka dengan ND Lala. Beliau kemudian menjalin hubungan dengan pelakon, Anis Al-Idrus selama setahun, dari 2014 sehingga 2015.

Sharnaaz berkahwin dengan ahli perniagaan, Noor Nabila Mohd Noor yang merupakan kakak kepada pelakon dan pengacara, Neelofa, pada 31 Mac 2017. Bersama Nabila, beliau dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang dilahirkan pada 30 Ogos 2018 iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Sharnaaz yang ke-33. Pasangan ini memfailkan perceraian secara hakam pada 9 Julai 2020.


Pada 2023, Sharnaaz digosipkan bercinta dengan pelakon muda iaitu Amelia Christie. Hal ini kerana Sharnaaz sering membawa Amelia semasa mempromosikan filem Polis EVO 3. Mereka juga bersama-sama menghadiri majlis pelancaran filem tersebut dan kelihatan begitu mesra. Mereka juga sering memuat naik gambar bersama dengan caption berbaur kemesraan. Amelia juga mula rapat dan mempunyai hubungan baik dengan bekas isteri Sharnaaz, Noor Nabila serta keluarganya.

Tetapi pada tahun 2024, mereka dikhabarkan putus cinta kerana masing-masing telah mengunfollow akaun Instagram antara satu sama lain. Amelia juga telah memadam gambar-gambarnya bersama Sharnaaz. Sharnaaz telah memberikan kenyataan bahawa dia tidak pernah mengakui hubungan dia dan Amelia selama ini sedangkan kerapatan mereka selama ini dilihat begitu mesra seperti pasangan kekasih.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Seru Jeff Filem pertama
2013 Juvana Lan Todak
Sembunyi: Amukan Azazil Atan
2014 Dollah Superstar Shah Dazzlee
Gila Baby Roy
2015 Darah Panas Ady
Transformers: Age of Extinction Galvatron Alih suara BM
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir Lan Todak Penampilan khas
2017 Sindiket Inspektor Rudy
2019 Wangi Khuzairi
2020 Jebat Jebat
2023 Polis EVO 3 Reza
2024 Mak Filem pendek
The Original Gangster Ryan Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Tari Tirana Ali TV3 Drama pertama
2010 K.I.T.A Azali Astro Ria
Dottie Ameer
2011 Kasih Alia Qausar TV3
Kum Kum The Series Yusof Astro Ria
2012 Ariana Mikhail Ray TV9
Memberku Hawa Ghaz TV3
Bicara Hati Tengku Syahran Astro Prima
Bukan Bidadari Arif TV3
2013 Ruby Benjamin
Mira Sofea Rayyan Astro Prima
2014 Bukan Kerana Aku Tak Cinta Jebat Astro Mustika HD
Setitis Kasih Darmia Khairul Amir TV9
Suamiku Encik Sotong Farish Astro Ria
Danny The Series Danny Mediacorp Suria
Mukhlis (Musim 1) Haikal TV2
2015 Babyana Ray / Rahman
Mencintaimu Hisham TV3
Abang Sado Kau Ado Sharnaaz
Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa Raykal Astro Mustika HD
2016 BOMBA Hero Khalid TV2
Mukhlis (Musim 2) Haikal
Awak Sangat Nakal Johan Rizqin Astro Ria
2017 Mr. Hijab Rem TV3
2018 Cinta Bukan Kristal Adrian Hilman
2019 Devoted Iskandar Viu
Dia Yang Ku Cinta Luqman TV3
Lelakimu Yang Dulu Hazrul Izzuddin
2020 Pelindung Seorang Puteri Hazril Astro Ria
Isteri Misteri Rizal Viu
2021 Cinta Ramadan & Danny Danny Astro Prima
I Promise Janji Anaqi Anaqi Astro Ria
2023 Budak Hostel Otaknya Sewel Cikgu Daniel

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Dalca Mami Georgetown Radzi Astro Prima Telefilem pertama
2010 Anak Rintih Dino
Pontianak Kampung Batu Astro Ria
2011 Ungunya Cinta Afandi
Kum Kum Yusof
Mendongak Ke Langit Hariz
Tangisan Langsuir Halim Astro Prima
2012 Rahsia Hati Rayyan TV9
Warkah Cinta Mat Rock Eddie TV3
Patah Seribu Azu Astro Ria
Di Bawah Langitmu Osman TV3
Korban Kasih Ihsan TV AlHijrah
2014 Bintang Hati Farhan TV2
Perempuan Lindungan Kaabah Fareez Astro First Eksklusif
2015 Ramadan Jangan Tinggal Kami TV3
Hidupku, Solatku, Matiku Nordin Astro Oasis
2016 Yang Terakhir Untukku Jay TV3
2017 Lukisan Cinta Khairul Astro Ria Sebagai pengarah dan penerbit
Gelap Ghazlan TV1
2018 Datangmu Ku Benci, Pergimu Ku Tangisi Ezad TV2
2019 Aku Bukan Bidadari Hisyam TV3
2020 Jam Tangan Paksu Paksu Adam TV1
2021 Aku Bukan Malaikat Hisham
Syurga Tanpa Dosa Aiman TV2
2022 Raya Talak 1 Jojo Astro Ria Sebagai penerbit
Jangan Masuk Rumahku Sebagai penerbit

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Harta Dalam Stor (Musim 2) Artis jemputan Astro Ria
2016 Gempak Superstar Pengacara Bersama Scha Al-Yahya
Maharaja Lawak Mega 2016 Chief Lawak Astro Warna Bersama Johan (Jonaz)
2017 Perang Jantina Pengacara Astro Ria Bersama Siti Elizad
2021 Maharaja Lawak Mega 2021 Juri Misteri (Sang Bara) Astro Warna Mendedahkan Identitinya Di Minggu Akhir
2022 The Masked Singer Malaysia (musim 2) Juri Jemputan Menggantikan Remy Ishak
Muzikal Lawak Superstar (Musim 3) Pengacara Bersama Elly Mazlein
Melodi Pengacara undangan TV3
2022–2023 The Masked Singer Malaysia (musim 3) Juri Tetap Astro Warna

Penajaan

Tahun Produk Catatan
2016 Men's Biorè
2020 Coffee Mamu Barista
2020 Perfume Athur& Antena

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2012 Anugerah Blokbuster Pertama Hero Popular Seru Tercalon
2013 Anugerah Melodi Pertama Artis Sensasi Tercalon
Anugerah Skrin ke–17 Pelakon Lelaki Terbaik Drama Di Bawah Langit Mu Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Juvana Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Sembunyi: Amukan Azazil Tercalon
2014 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pertama Pelakon Lelaki Pilihan Ruby Tercalon
Barisan Pelakon Drama Pilihan Tercalon
Hero & Heroin Drama Pilihan (bersama Siti Saleha) Tercalon
Anugerah Astro On the Go Fan Choice Favourite Fuyooo Actor Bukan Kerana Aku Tak Cinta Tercalon
Festival Filem Malaysia ke–26 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Juvana Tercalon
2015 Anugerah MeleTOP Era ke–2 Pelakon TV MeleTOP Tercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–3 Pelakon Lelaki Drama Pilihan Setitis Kasih Darmia Tercalon
Barisan Pelakon Pilihan Tercalon
Hero & Heroin Pilihan (bersama Nelydia Senrose) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Artis Paling Kontroversi Menang
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Nelydia Senrose) Tercalon
Anugerah Melodi ke–3 Artis Lelaki Pilihan Tercalon
Artis Sensasi Menang
Anugerah Lawak Warna ke–3 Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) Gila Baby Tercalon
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) Suamiku Encik Sotong Menang
Pesta Perdana Singapura ke–12 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Danny The Series Menang
Anugerah Skrin ke–19 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Gila Baby Menang
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
Pelakon Filem Lelaki Popular Darah Panas Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Sharnaaz Ahmad Kehidupan awalSharnaaz Ahmad KerjayaSharnaaz Ahmad Kehidupan peribadiSharnaaz Ahmad FilemografiSharnaaz Ahmad PenajaanSharnaaz Ahmad Anugerah dan pencalonanSharnaaz Ahmad RujukanSharnaaz Ahmad Pautan luarSharnaaz AhmadBukan BidadariBukan Kerana Aku Tak CintaCinta Bukan KristalDollah SuperstarGila BabyI Promise Janji AnaqiJebat (filem)Juvana (filem)K.I.T.A. (drama)Lelakimu Yang DuluMencintaimu (drama)Michael AngMr. HijabPolis EVO 3Sembunyi: Amukan AzazilSeruShahrulezad MohameddinSuamiku Encik SotongTari Tirana

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Aaron AzizSyed Saddiq Syed Abdul RahmanKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)GasingArni NaziraIsraelFadhlina SidekTentang Hati DiaDewan Negeri PerakGabenor Bank Negara MalaysiaIstinjakLee Chong WeiKKN di Desa Penari (filem)Nasha AzizYang di-Pertuan AgongPASKAL (filem)Jam 12 jamIskandar ChempakaSejarah IslamBanjirAbby AbadiBella AstillahPentadbiran Tentera British (Tanah Melayu)Bahasa ArabNazim OthmanTengku Permaisuri NorashikinTrisha OoiNabi Nuh a.s.Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKMHukum madBatu PahatMona FandeyPenggodamAzizulhasni AwangSerangan Iran ke atas Israel 2024KesumEmpirisismeCarles PuigdemontIsfahan (bandar)Perang Dunia KeduaPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaPerlisSurah Al-InsyirahSuka Menang, Karang Jaya, Musi RawasGrup Gerak KhasYasmin AhmadNabil AqilPahangPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunHari Raya AidilfitriFilem Malaysia tahun 2024Kitab suci IslamNadir Al-NuriGlock 19Nabi Muhammad SAWPencemaran udaraPuteri BalqisLee Hsien LoongBlack (penyanyi)Frekuensi radio di TerengganuPenilaian Menengah RendahNabi Musa menyeberangi Laut MerahPerubahan iklimKetum7 Hari Mencintaiku (musim 1)Jabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaTanda-tanda KiamatDaun salamAwieKesejahteraanP. RamleePersekutuan Tanah MelayuMenara Berkembar PetronasPolis EVO 3Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Erra FaziraEtnik Melayu🡆 More