Zul Ariffin: Pelakon dan model Malaysia

Zulkifli bin Ariffin (lahir 25 Oktober 1986) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu dalam siri drama Awan Dania dan kemudiannya beralih ke watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011. Beliau membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak ASP Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.

Haji Zul Ariffin
Zul Ariffin: Kehidupan awal, Kerjaya, Penajaan
Zul ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 16 Jun 2015.
Kelahiran
Zulkifli bin Ariffin

(1986-10-25) 25 Oktober 1986 (umur 37)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2008–kini
IbuRobiah binti Nasir
BapaAriffin bin Hassan
Laman web rasmihttps://thezulariffin.com

Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda menerusi drama M.A.I.D di Astro Ria. Menerusi Festival Filem Malaysia ke-26, beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 25 Oktober 1986 di Taiping, Perak dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik kepada ibu bapanya, Ariffin Hassan dan Robiah Nasir, beliau mempunyai dua kakak dan seorang abang serta berdarah kacukan Melayu dan Belanda. Bercita-cita untuk menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tetapi malangnya beliau tidak layak akibat kecederaan patah di bahu. Beliau meninggalkan kampung halamannya di Taiping bagi mencari kerja di ibukota Kuala Lumpur dan ditawarkan bekerja sebagai barista di sebuah kafe bernama Dome Café di ibu negara, pada usia 18 tahun. Beliau kemudiannya mengikuti kursus peragaan dan mula mengambil bahagian dalam beberapa pertunjukan fesyen dan iklan komersil.

Kerjaya

Bakat beliau dikesan oleh seorang pencari bakat dan mula muncul dalam iklan-iklan di televisyen. Beliau mendapat watak lakonan pertamanya pada 2008 menerusi drama Awan Dania lakonan Scha Al-Yahya. Pada tahun 2009, beliau memegang watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam drama aksi kepolisan Gerak Khas terbitan Yusof Haslam, bagaimanapun, 'jodoh' beliau bersama Gerak Khas tidak berkekalan apabila drama itu direhatkan sementara dua tahun kemudian. Zul melangkah ke layar lebar dengan membintangi filem sulung lakonannya, Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof yang mana beliau memegang watak sebagai ASP Zam, bersama Remy Ishak sebagai Inspektor Kamal. Filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2010 dan mencapai kutipan pecah panggung.

Selepas Gerak Khas "direhatkan" dengan episod terakhirnya disiarkan pada 22 Julai 2011, beliau membintangi drama Nora Elena bersama Aaron Aziz dan Siti Saleha yang disiarkan di Slot Akasia TV3, beliau dikatakan telah mengalami kesuraman pada 2012, pada ketika beliau mencapai berat badan yang berlebihan. Pada masa itu, beliau tidak menerima tawaran kerja selama setahun setengah. Pada tahun 2013, Zul berlakon dalam satu-satunya drama TV lakonannya pada tahun itu, Luluhnya Sebuah Ikrar bersama Sara Ali dan Ryzal Jaafar.

Bekerja di bawah arahan pelakon senior Ellie Suriati, Zul berlakon dalam filem keduanya—filem seram berjudul Penanggal bersama Fasha Sandha dan diikuti oleh filem ketiga lakonannya, Bikers Kental bersama Awie, Zizan Razak dan Bront Palarae yang ditayangkan pada 23 Mei 2013. Beliau kembali ke bidang lakonan dan ternyata kemunculan semulanya membuahkan hasil apabila membintangi Rindu Awak 200% bersama pelakon dan penyanyi yang sedang meningkat naik, Ayda Jebat yang melakonkan watak Armel Aisya dan Zul memegang watak sebagai Zill Faezrul, drama ini disiarkan di Slot Akasia TV3 dari 15 Julai hingga 1 September 2014. Profil Zul sebagai pelakon bertambah teguh apabila beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi persembahan cemerlangnya dalam filem Penanggal, sekaligus menewaskan pelakon lain termasuk Karl Shafek (Zaiton: Ceritaku), Shukri Yahaya (Ular) dan Syazwan Zulkifli (Juvana).

Pada tahun yang sama, beliau memegang watak sebagai Airil dalam siri televisyen waktu perdana Slot Akasia TV3, Istikharah Cinta bersama heroinnya, Faye Kusairi yang memegang watak sebagai Dina Alia, seterusnya melakonkan watak ketua mafia dalam filem aksi Balistik bersama pelakon utamanya, Rosyam Nor dan Rita Rudaini. Bekerja di bawah arahan Pierre Andre, beliau bersama Mon Ryanti membintangi filem seram, Jin terbitan Empat Samudera.

Pada tahun 2015, beliau memenangi kategori Pelakon TV Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2015 menerusi lakonannya dalam Rindu Awak 200%. Beliau digandingkan sekali lagi bersama Siti Saleha menerusi drama Uda & Dara yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Allahyarham Usman Awang yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria dari 24 Februari hingga 6 Mac 2016.

Pada tahun 2017, filem lakonannya, J Revolusi ditayangkan di pawagam pada 2 Mac, beliau memegang watak sebagai Jay Zulkarnain, seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Zul dilaporkan telah membeli motosikal jenama Ducati Hypermotard untuk digunakan dalam beberapa babak aksi dalam filem berkenaan. Beliau berlakon bersama Nur Fathia menerusi drama Menanti Februari yang disiarkan di TV3, mengisahkan tentang tiga rakan karib iaitu Arie, Fiza dan Edi bersama-sama menaruh hati terhadap Fiza.

Seterusnya, beliau membintangi drama adaptasi novel, Titian Cinta yang bersiaran di Slot Akasia TV3. Zul muncul bersama Farid Kamil dalam filem pengembaraan epik adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba yang ditayangkan pada 12 Oktober 2017.

Beliau bersama Izara Aishah kemudiannya menjayakan peranan utama dalam drama Mr. London Ms. Langkawi di Astro Warna, memegang watak sebagai Aidid. Projek filem beliau seterusnya ialah filem seram komedi Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid yang ditayangkan pada 9 Ogos 2018. Zul bersama penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan membintangi filem seram thriller, Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 21 Februari 2019, beliau memegang watak sebagai Jefri.

Zul muncul kembali sebagai Inspektor Ashraf dalam Gerak Khas selepas lebih 8 tahun. Beliau ialah salah seorang dari barisan pelakon Gerak Khas musim 19 termasuk Mustaqim Bahadon dan dua pelakon asalnya, Farid Amirul dan Abby Abadi. Beliau memegang watak sebagai atlet seni bela diri campuran Adam "The Ace" Abdullah dalam filem aksi sukan Sangkar arahan Kabir Bhatia yang menggandingkan beliau bersama Remy Ishak dan Mira Filzah. Ditayangkan pada 29 Ogos 2019, ia mengisahkan tentang permusuhan dan penebusan antara dua pejuang MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga. Ini merupakan kerjasama kedua Zul dan Remy dalam tempoh 9 tahun sejak Evolusi KL Drift 2.

Zul kembali digandingkan bersama Mira dalam drama Bidadari Kiriman Tuhan yang bersiaran di Astro Ria, memegang watak sebagai Yusof, seterusnya berlakon di samping Raysha Rizrose dalam drama Ryan Aralyn di TV3, memegang watak sebagai Ryan. Selain itu, beliau bakal membintangi sebuah filem biopik terbitan Rosyam Nor yang bertajuk Juang yang turut dibintangi oleh Zizan Razak dan Jack Lim.

Beliau kembali bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof menerusi filem Penunggang Agama dengan memegang watak sebagai Amir. Ia kembali menggandingkan beliau bersama Azira Shafinaz yang memegang watak sebagai Anna. Ini juga merupakan gandingan pertama Zul dan Azira dalam tempoh 3 tahun sejak Seribu Rindu. Selepas Penunggang Agama, beliau kembali menjayakan watak Jay Zulkarnain dalam filem J2: J Retribusi, kesinambungan dari filem J Revolusi. Filem ini ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 1 Jun. Zul digandingkan bersama Uyaina Arshad dalam drama Love Elsa yang bersiaran di Astro Ria, yang mana beliau memegang watak sebagai Ridza Kim. Beliau juga berlakon di samping Ruhainies Farehah dalam drama WiFi Sebelah Rumah dengan memegang watak sebagai Ghaz.

Pada September 2021, Zul mengumumkan telah menarik diri daripada dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34. Pengumuman itu dibuat melalui satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram. Pada tahun 2022, beliau berlakon bersama Nelissa Nizam dalam drama Tarik Aku Ke Syurga dengan memegang watak sebagai Zamri, seorang perunding hartanah yang berjaya.

Penajaan

Perkembangan kualiti dan populariti Zul Ariffin dalam bidang lakonan sering tampak konsisten dan juga berkualiti telah memberikan suatu impak positif serta sedikit sebanyak menjadi sebab, mengapa beliau secara tidak lansung telah berjaya menarik minat serta perhatian daripada pelbagai syarikat pengeluar produk-produk berjenama di pasaran tempatan dan juga antarabangsa dan di mana ia kini berkhidmat sebagai duta dan juga jurucakapnya, justeru itu ia kini berkhidmat sebagai duta, Fisherman's Friend, Nescafe (bersama Maya Karin) dan Senheng. Beliau kini dilantik sebagai duta bagi syarikat automotif negara, PROTON. Produk lain termasuk Gatsby, Lipton (bersama Nur Fathia), Systema, Mont Cabana dan Code 10.

Kehidupan peribadi

Kehidupan peribadi Zul banyak diperkatakan oleh media kerana sebelum ini beliau dikatakan pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan pelakon seangkatannya dalam Gerak Khas, Abby Abadi pada ketika pelakon itu memfailkan perceraiannya dengan Norman Hakim pada 2009, bagaimanapun hubungan mereka berakhir pada 2012 dan masing-masing membawa haluan. Beliau dikaitkan pula dengan penerbit filem terkenal Gayatri Su-Lin Pillai, bos syarikat Tayangan Unggul dan dikatakan sering berhubungan dengan penerbit filem itu dan hubungan mereka juga tidak kesampaian, Zul memilih untuk memutuskan perhubungannya dengan Gayatri yang masih membujang dan belum berkahwin.

Pada tahun 2015, beliau dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon baru, Zahirah MacWilson yang juga anak kepada bekas penyampai berita TV3, Zainol MacWilson. Beliau lebih suka tidak bercerita berkenaan hal peribadinya berbanding dengan kerjayanya. Bagaimanapun, hubungan mereka berakhir pada 2018 dan masing-masing membawa haluan. Ibu beliau, Robiah Nasir meninggal dunia pada 5 Disember 2017 akibat penyakit jantung.

Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Ashraf Sinclair (Allahyarham). "Saya kenal arwah sudah lama, sebelum kami terjun dalam industri seni. Selepas lama berkawan, kami berpeluang berlakon bersama dalam filem J Retribusi. Saya lihat arwah periang dan sangat baik. Beruntung siapa yang dapat mengenali dirinya,".

Filemografi

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Evolusi KL Drift 2 ASP Zam Filem pertama
Lukisan Hati Filem bebas
2013 Bikers Kental Arbi
Penanggal Syed Umar Al-Attas
2014 Balistik Bos Gengster
Jin Syafiq
2016 Evolusi Persona Faiz Filem pendek
#ER3 Ertiga
2017 J Revolusi Jay Zulkarnain
Tombiruo: Penunggu Rimba Tombiruo/Ejim
2018 Hantu Kak Limah Ustaz Solihin
2019 Misteri Dilaila Jefri
Sangkar Adam "The Ace" Abdullah
2021 Penunggang Agama Amir
J2: J Retribusi Jay Zulkarnain
Penunggang Agama 2 Amir
2022 Juang Dr. Johan
Talbis Iblis Nasir
Zaara Afifi
2024 Sheriff DSP Sheriff / Sheriffudin Hussein
TBA J3: J Resolusi Jay Zulkarnain Pra-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Awan Dania (Musim 1) Astro Ria Drama pertama, pelakon tambahan
2009 Yusuff Jamal TV3
Segalanya Ku Terima Daniel
2009–2011
2019–2020
Gerak Khas Inspektor Ashraf TV2
2010 Mayang Mengurai Dr. Roslee TV3
Tudung Ekspres Syahrul Izhar Astro Prima
Tiramisu Zain TV3
2011 Moreh Astro Oasis
Hilang Azrul TV9
Laila Manja Imran TV3
Nora Elena Saiful Idham / Eid
2011–2012 Karma Aduka TV9
2012 Cikgu Kemisah Kirby (Musim 1) Asmadi TV2
Anak Raja Dongeng
Lagenda Langkawi Amin TV2
Terlanjur Cinta Izam TV9
2013 Cikgu Kemisah Kirby (Musim 2) Asmadi TV2
Janji Adam Adam TV3
Luluhnya Sebuah Ikrar Azhar TV9
Firdausi Cinta TV1
Debunga Lalang Halim TV3
Jodoh Itu Milik Kita Redza Astro Mustika HD
Sangkar Tuan Syed TV9
2014 Rindu Awak 200% Zill Faezrul TV3
Istikharah Cinta Airil
Walau Sedetik Cuma Azhan TV AlHijrah
2015 M.A.I.D Harris Astro Ria
Cinta Karan Zul Tonton
2016 Uda & Dara Izzat Hilman Astro Prima
2017 Menanti Februari Arie TV3
Titian Cinta Umayr Harris
2018 Mr. London, Ms. Langkawi Aidid Astro Warna
Ti Amo, Sweetheart 100 Hari Iskandar Astro Ria
Seribu Rindu Irfan TV3
2019 Setelah Ku Dimiliki Adriz
2020 Bidadari Kiriman Tuhan Cikgu Yusof Astro Ria
Ryan Aralyn Ryan TV3
2021 Diva Popular Awesome TV
Love Elsa Ridza Kim Astro Ria
Wifi Sebelah Rumah Ghaz Disney+ Hotstar
Budak Intern Dato Shuk TV9
2022 Tarik Aku Ke Syurga Zamri TV3
2023 Perempuan Itu Emir Tonton

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Anak Rintih Roni Ahmad Astro Prima
2011 7 Lagu Raizal Astro Citra
Mendongak Ke Langit Zikri/Aliff Astro Ria
Hatiku Di Kinabalu Anuar Astro Citra
Sayang Abah Along Astro Prima
2012 Cik Paris Diva Kampung Rahim Astro Prima
Jujur Aku Dayus Azhan TV3
2013 Mr. Feminin Fahmi TV9
Kabin Di Tepi Tasik Rushid Astro Ria
Mimpi Fara Farid TV9
Kasih Bersulam Daun Palas Fazli bin Mansor Astro Prima
2014 Panik Rashid Astro First Eksklusif
Kemaafan Terindah Aliff Firdaus TV1
Hati Untuk Siapa Zul Astro Prima
Habibah vs Baby Badrul TV9
Aira Airil Abdullah TV1
2015 Rindu Awak 200% Raya Zill Faezrul TV3
Lokum Untuk Mama Shahrul TV9
Lilinkah Aku Iskandar
2016 M.A.I.D Pun Nak Raya Harris Astro Ria
Lara Hadi Hadi TV2
2017 Permata Hati Aizuddin Astro First Eksklusif
2019 Sempurnakah Aku Johan Astro Ria
2022 Mandi Mayat Syawal Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2022 Pencuri Hati Pengacara Sooka
2022–2023 The Masked Singer Malaysia (musim 3) Juri Astro Warna

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2011 Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan Anugerah Seksi – Lelaki Tercalon
2014 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pertama Hero & Heroin Pilihan (bersama Elfaeza Ul Haq) Janji Adam Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Penanggal Menang
Anugerah Skrin ke-18 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Filem Tercalon
2015 Anugerah MeleTOP Era ke-2 Pelakon TV MeleTOP Rindu Awak 200% Menang
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-2 Pelakon Drama Lelaki Pilihan Menang
Hero & Heroin Pilihan (bersama Ayda Jebat) Tercalon
Barisan Pelakon Drama Pilihan Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Pelakon Filem Lelaki Popular Penanggal Tercalon
Artis Lelaki Stailo Menang
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Ayda Jebat) Rindu Awak 200% Menang
HLive! Special Artiste Of The Month Menang
Anugerah Melodi ke-2 Artis Lelaki Pilihan Menang
2016 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Tercalon
Anugerah Telenovela Pelakon Lelaki Popular Rindu Awak 200% Tercalon
2017 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pelakon Filem Lelaki Popular J Revolusi Menang
Anugerah Telenovela Pelakon Lelaki Popular Uda & Dara Tercalon
2018 Anugerah MeleTOP Era ke-5 Bintang Filem MeleTOP J Revolusi Tercalon
Tombiruo: Penunggu Rimba Tercalon
Pelakon MeleTOP Titian Cinta Tercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5 Aktor Pilihan Menang
Pasangan Pilihan (bersama Farah Nabilah) Tercalon
Anugerah Telenovela Pelakon Lelaki Filem Terbaik Tombiruo: Penunggu Rimba Tercalon
Pelakon Lelaki Filem Popular Tercalon
Pelakon Lelaki Telenovela Popular Titian Cinta Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tombiruo: Penunggu Rimba Menang
Pasangan Serasi Filem (bersama Nabila Huda) Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Nur Fazura) J Revolusi Menang
Pasangan Serasi Drama (bersama Farah Nabilah) Titian Cinta Tercalon
Artis Sensasi Popular Tercalon
2019 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-6 Aktor Pilihan Seribu Rindu Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Azira Shafinaz) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Artis Sensasi Popular Tercalon
2021 Festival Filem Malaysia ke-31 Pelakon Lelaki Terbaik Sangkar Menang
Anugerah Drama Sangat 2021 Pelakon Lelaki Terbaik Ryan Aralyn Menang
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktor Filem Popular Tercalon
Couple Filem Popular (bersama Azira Shafinaz) Talbis Iblis Tercalon
Couple Filem Popular (bersama Amelia Henderson) J2: J Retribusi Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Zul Ariffin Kehidupan awalZul Ariffin KerjayaZul Ariffin PenajaanZul Ariffin Kehidupan peribadiZul Ariffin FilemografiZul Ariffin Anugerah dan pencalonanZul Ariffin RujukanZul Ariffin Pautan luarZul AriffinAwan DaniaEvolusi KL Drift 2Gerak KhasRadio Televisyen Malaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Doa IftitahSM Faliq SM NasimuddinP. RamleeLee Chong WeiPenanda wacanaHududSistem sarafTerengganuUniversiti awamReen RahimSenarai Yang di-Pertuan AgongPrivate BodyguardNazim OthmanShaheizy SamAmy SearchSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahBella AstillahLiga Juara-Juara UEFASarawakSepahtu Reunion Al-RayaPandelela RinongRukun ImanPiala Asia B-23 AFC 2024Senarai pelakon lelaki MalaysiaNoryati TaibSi TanggangOzlynn WatyRamlah RamMahatma GandhiSosialWarganetAaron AzizRuhainiesHarimauPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuRujukan kehormatPembahagian kuasaKhalid bin al-WalidSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaNik Abdul Aziz Nik MatIskandar ChempakaJabatan Perangkaan MalaysiaInfrastrukturImam MahdiProton SatriaAllahSurah al-FatihahSainsSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiHaidJohan Raja LawakSheikh Muszaphar ShukorSenarai haiwanNikah mut'ahKebudayaan MalaysiaHari WesakCibaiMajapahitMarissa YasminPuteri BalqisSabri YunusAngel (penyanyi)Lembah KlangNusantaraSyahadahAli bin Abi TalibOrang Melayu MalaysiaGayatri Su-Lin PillaiElla (penyanyi)Jambatan Pulau PinangKesihatanHannah DelishaDaim ZainuddinTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahPolis EVO 3Syahir BashahCinta Bersemi Di Wadi Safiyyah🡆 More