Nora Danish: Pelakon, pengacara dan model Malaysia

Nora Mohd Danish Hanif (lahir 7 Mac 1982) atau lebih dikenali sebagai Nora Danish merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Beliau terkenal dengan memegang watak utama Puteri dalam siri komedi Puteri. Beliau juga terkenal dengan peranan televisyen seperti Sumpah Bunian, Khurafat The Series, Ana lu'lu, Tentang Dhia dan Ariana Mikhail.

Nora Danish
Nora Danish: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Kelahiran
Nora binti Mohd Danish Hanif

(1982-03-07) 7 Mac 1982 (umur 42)
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi, model
Tahun aktif2004–kini
Ketinggian160 cm (5 ka 3 in)
Pasangan
  • Toh Muda Dato’ Rizal Ashram Ramli (k. 2006; c. 2008)
  • Nedim Nazri (k. 2017)
Anak-anak3
IbuSalimah Talib
BapaMohd Danish Hanif
Hubungan

Nora mempunyai beberapa peranan filem terkenal seperti Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita (2006), Cuti-Cuti Cinta (2010), Seru (2011), Aku Terima Nikahnya (2012), Lagenda Budak Hostel (2013) dan Surga yang Tak Dirindukan 2 (2017).

Kehidupan awal

Nora dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kemaman, Terengganu kepada ibu bapanya, Mohd Danish Hanif dan Salimah Binti Talib. Beliau yang berdarah kacukan Arab dan Myanmar merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang kesemuanya perempuan. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di Kajang, Selangor di mana beliau lulus Sijil Pelajaran Malaysia.

Kerjaya

2004–2010

Kerjaya hiburan Nora bermula pada 2004 sewaktu menjayakan iklan Gadis Misteri Hotlink.

Pada tahun berikutnyya, ketika berusia 23 tahun, Nora mula mendapat perhatian umum sewaktu menjayakan peranan utama dalam sitkom Puteri arahan Aziz M. Osman. Beliau bekerja sekali lagi di bawah arahan Aziz dengan membuat penampilan pertama di layar lebar menerusi filem sulung lakonannya, Gila-Gila Pengantin Popular lakonan Norman Hakim, Afdlin Shauki dan Erra Fazira. Pada tahun berikutnya, beliau mempunyai peranan sebagai Dr. Lisa dalam filem Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita lakonan kumpulan Senario.

Beliau menjayakan watak sebagai serikandi Tun Fatimah dalam drama sejarah Pendekar 5 yang disiarkan di TV9 bermula 24 Oktober 2007. Setahun kemudian, beliau membintangi siri drama Gadis Cuci musim pertama. Beliau berlakon bersama dramatis Ryzal Jaafar menerusi drama Slot Lagenda TV3 Sumpah Bunian yang bersiaran pada 30 September 2009, Nora memegang watak gadis bunian bernama Hawa.

Pada 31 Mei 2010, Nora menjayakan peranan Cempaka dalam siri drama epik fantasi TV3. Arjuna terbitan KRU. Nora memegang watak Eava Ealiana, seorang pengarah di syarikat bapanya dan kepentingan cinta Omar Rudy lakonan Farid Kamil dalam filem drama romantik 2010, Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham. Filem ini menandakan gandingan sulung Nora dan Farid, ditayangkan pada 21 Oktober 2010.

Nora menjayakan peranan judul dalam drama Ana lu'lu arahan pertama Pierre Andre untuk siaran di Slot Lestary TV3. Ia mengisahkan seorang gadis periang yang sering tampil dengan cara berpakaian pelik dan menarik perhatian orang untuk memerhatinya, ia turut dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Wawa Zainal dan Kamal Adli.

2011–kini

Nora Danish: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi 
Nora ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 12 Mei 2015.

Nora digandingan bersama Zahiril Adzim dalam siri drama Khurafat The Series, adaptasi daripada filem Khurafat arahan Syamsul Yusof yang disiarkan pada 12 Julai 2011 di Astro Ria, Nora memegamg watak sebagai Mastura. Nora berpasangan bersama Ady Putra dalam filem romantik Aku Terima Nikahnya arahan sulung Eyra Rahman yang ditayangkan pada 11 Oktober 2012. Juga pada 2012, Nora digandingkan bersama penyanyi dan pelakon Syed Hussein dalam drama waktu perdana Ariana Mikhail di TV9.

Pada tahun 2013, beliau berlakon dalam tiga filem serentak—Lagenda Budak Hostel, Mencari Cinta dan 2 Kalimah. Pada Jun 2014, selepas kali terakhir membintangi dua filem terdahulu (Cuti-Cuti Cinta dan Bencinta), Nora digandingkan sekali lagi bersama Farid Kamil dalam filem seram Pengantin Malam arahan Eyra Rahman. Beliau mendedahkan beberapa ulasan di akaun Instagram rasmi beliau mengenai filem ini. Nora memegang watak Maya, isteri kepada Razif yang sering kali diganggu kejadian mistik sehingga menyebabkan hidupnya sengsara dan dan hilang ingatan.

Nora digandingkan kembali bersama Ady Putra dalam filem keagamaan romantik Suami Aku Ustaz arahan Ghaz Abu Bakar, ditayangkan pada 14 Mei 2015. Filem yang diadaptasikan daripada novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Hannah Dhaniyah mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah, Alisa yang dipaksa untuk berkahwin dengan sepupunya dan guru agama di sekolahnya, Ustaz Hafiz.

Bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar, Nora berlakon bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam dalam filem aksi Polis EVO, beliau memegang watak sebagai Anis. Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan mendapat ulasan positif daripada pengkritik filem. Nora kembali bekerja di bawah arahan Ghaz menerusi telefilem Lampu Merah yang diterbitkan untuk Karya 12 Astro Citra; Nora memegang watak gadis psiko yang mengejar seorang pemandu Uber. Ia turut dibintangi oleh personaliti media sosial popular, Ucopp.

Nora tampil berkolaborasi bersama penyanyi W.A.R.I.S menerusi lagu single "Ini Lagi Boom" terbitan KRU Music yang dikeluarkan pada 9 Januari 2017.

Beliau membintangi bersama pelakon Indonesia, Fedi Nuril dan Laudya Chintya Bella dalam filem drama keagamaan Surga yang Tak Dirindukan 2 arahan Hanung Bramantyo yang mana beliau memegang watak sebagai Sheila. Filem ini menandakan penampilan filem Indonesia pertama Nora.

Nora digandingkan bersama Syamsul Yusof dalam filem drama biografi romantik Makrifat Cinta arahan Kamal G, beliau memegang watak sebagai Sofea. Filem ini ditayangkan pada 1 Februari 2018. Beliau menjayakan peranan utama sebagai Dewi dalam filem drama hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia, Bukan Cinta Malaikat arahan Aziz M. Osman dan Herdanius Larobu yang ditayangkan pada 25 Januari 2018. Filem ini turut dibintangi oleh Ashraf Muslim, Fachri Albar dan Donita.

Pada 19 April 2018, The Malay Mail melaporkan bahawa Nora akan kembali aktif berlakon selepas Hari Raya Aidilfitri. Beliau menjadi pengacara jemputan untuk MeleTOP bersama Nabil Ahmad di Astro Ria pada 17 Julai 2018.

Nora kembali digandingkan bersama Kamal Adli menerusi telefilem Hingga Jumpa Lagi yang memulakan tayangan perdana di Astro Citra pada 17 November 2018.

Kehidupan peribadi

Nora berkahwin dengan ahli perniagaan, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada awal Julai 2008 semasa dia sedang mengandung selama 3 bulan. Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka mempunyai seorang anak lelaki.

Pada 30 Mac 2017, beliau berkahwin kali kedua dengan Nedim Nazri yang merupakan anak kepada ahli politik BN UMNO, Mohamed Nazri Abdul Aziz dan dia menjadi ibu tiri kepada anak lelaki Nedim yang merupakan hasil daripada perkahwinan pertama beliau yang telah berakhir disebabkan penceraian pada tahun 2013.

Pada 21 Februari 2018, Nora dan suaminya, Nedim, dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki.

Di dalam media

Selain penampilan di media elektronik, Nora juga membuat penampilan media cetak sebagai penghias halaman depan untuk beberapa majalah termasuk Remaja, URTV, Media Hiburan dan akhbar termasuk Berita Harian dan Harian Metro. Beliau dilaporkan mempunyai 3.6 juta pengikut di Instagram dan 1.7 juta di Twitter, menjadikan Nora sebagai personaliti media sosial terkemuka di Malaysia.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Gila-Gila Pengantin Popular Mala Filem pertama
2006 Senario Pemburu Emas Yamashita Dr. Lisa
2010 Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Seha
Cuti-Cuti Cinta Eeva Eliana
2011 Seru Yana
2012 Aku Terima Nikahnya Arlisa
2013 Lagenda Budak Hostel Seroja
Mencari Cinta Myra
Dua Kalimah Selena
Bencinta Fathia
2014 Pengantin Malam Maya
Anak Jantan Nara
2015 Gudang Kubur Zarra
Hantu Bungkus Ikat Tepi Mimie
Suami Aku Ustaz Alisa
Jurassic World Claire Dearing Alih suara BM
Suamiku Jatuh Dari Langit Asyikin
Polis EVO Anis
Chowrasta Hanizah
Isteri Untuk Dijual Anabella
2017 Surga yang Tak Dirindukan 2 Sheila Filem Indonesia
2018 Makrifat Cinta Sofea
Bukan Cinta Malaikat Dewi Filem Malaysia-Indonesia
Warkop DKI Reborn: Jangkrik Boss! Part 2 Filem Indonesia
2020 Kelaster Ain
2022 7 Minggu Sebelum Kahwin Syifa Hana
Kan Cheong Ayu
Seratus Pelayan Restoran Penampilan khas
2023 Sumpahan Malam Raya Misha
Raya Heist Nor
Polis EVO 3 Anis
Sayu Yang Syukur Liana

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005–2008 Puteri Puteri Fara Nordin TV3 Drama pertama
2006 Gerak Khas Fara TV2 Episod: "Minah Reweng"
Misi XX-Ray TV3 1 episod
2007 Pendekar 5 Tun Fatimah TV9
2008 Gadis Cuci (Musim 1) Nasha Astro Ria
2009 Sumpah Bunian Siti Hawa TV3
2009–2010 Tiga Serumah Astro Warna
2010 Arjuna Cempaka TV3
2010–2011 Putera Katak Tina
2011 Ana lu'lu Ana Lu'lu
Khurafat The Series Mastura Astro Ria
Tentang Dhia Nur Kamardhia (Dhia) TV3
Ariana Mikhail Ariana TV9
2013 Benci Vs Cinta Alisa Astro Ria
2015 Ajaibnya Cinta Halimatun TV3
2015–2019 Mak Cun
2016 Rumi & Jawi Sharon Astro Prima
2018 Bahagia Bukan Bidaan Ain Farhana / Hana TV3
2019 Imaan Imaan Astro Ria
Atin, Atan & Mak Cun Halimatun TV3
2020 Sepenggal Puisi Aisha Astro Citra Drama Malaysia-Indonesia
Rumah Rara Rafidah Awesome TV Drama Komedi di Awesome TV
Bougainvillea Mimie TV3
2021 Covid Oh Covid Suhaila
2022 Puteri Reunion Puteri Fara Nordin
2023 Nak Dengar Cerita Hantu? DEGUP

Web drama

Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2019 Ombak Rindu The Series Dr. Khadijah Iflix 1 episod
2023 Raya Heist Nor Tonton

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2004 Celak Pak Andam Lisa VCD
2005 Poyo Norma
2010 Madu Sorok Nora TV3
2012 Jujur Aku Dayus Lisa
Maafkan Aku Marya
Anak Ikan Maria Astro Prima
Panah Asmara Adilla TV1
Di Bawah Langitmu Annur TV3
2013 Ijab Dan Qabul Zarra
2014 Spain Uolls! Halimatun
2016 Cikgu Timah Sekolah Bandar Timah Astro Citra
Mak Cun Pi New York! Halimatun TV3
Lampu Merah Nora Astro Citra
2017 Kuntom Kuntom
2018 Hingga Jumpa Lagi Eva
2020 Puyah & Putat Puyah
2021 6 Langkah Menghancurkan Ex-Boyfriend Sha
2022 Survival 486 Syuhada

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2013 Maharaja Lawak Mega 2013 Juri Astro Warna
2015 Sensasi BollyOne HD Pengacara Astro Prima
2018 MeleTOP Pengacara Jemputan Astro Ria
2019 Muzikal Lawak Superstar Juri Astro Warna
2021 Shopee 3.3 Supermarket Sale Show Artis Jemputan TV3
2024 Melodi Pengacara Jemputan

Muzik video

Tahun Tajuk lagu Artis undangan
2011 "Ajari Aku" Anuar Zain
"Sempurnakan Aku"

Diskografi

Tahun Tajuk Penyanyi Catatan
2008 "Bersama Together" Iz Sulaini Penyanyi jemputan
2017 "Ini Lagi Boom" W.A.R.I.S

Aktivisme

Pada Julai 2013, Nora bersama-sama dengan Adi Putra, Neelofa, Fiza Sabjahan, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza, dilantik oleh TV3 sebagai duta untuk kempen Anugerah Syawal 2013. Menurut TV3 "pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal.

Pada 16 April 2018, Nora bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Joe Flizzow, Scha Al-Yahya, dan Kavita Sidhu menjayakan kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2005 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 Artis Baru Wanita Popular Tercalon
2007 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 Pakaian Paling Glamor Menang
2009 Anugerah Parti Hip TV Artis Hot Mama Tercalon
2010 Anugerah Stail EH! Selebriti Paling Fotogenik Tercalon
Anugerah Shout! 2010 Anugerah Hot Chick Tercalon
2011 Anugerah PPMH Anugerah Selebriti Cekal Tercalon
Anugerah Janda Hot Menang
Anugerah Hot Mama Tercalon
Anugerah Skrin 2011 Anugerah Sinaran Pantene Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Artis Wanita Popular Online Tercalon
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2012 Anugerah Stail EH! Selebriti Paling Fotogenik Tercalon
Selebriti Harapan Pilihan Tercalon
Anugerah Shout! 2012 Anugerah Hot Chick Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Artis Wanita Stailo Tercalon
Gandingan di Layar Serasi (bersama Adi Putra) Tercalon
Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial Tercalon
Artis Asia Paling Popular Tercalon
2013 Anugerah Bella Skrin Bella Tercalon
2017 Anugerah Instafamous 2017 #tilljannah with Nedim Menang
2018 Indonesian Box Office Movie Awards Kategori Pendatang Baru Terbaik Tercalon
Anugerah Skrin 2018 Pelakon Wanita Terbaik Filem Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Nora Danish Kehidupan awalNora Danish KerjayaNora Danish Kehidupan peribadiNora Danish Di dalam mediaNora Danish FilemografiNora Danish DiskografiNora Danish AktivismeNora Danish Anugerah dan pencalonanNora Danish RujukanNora Danish Pautan luarNora DanishAna lu'luAriana MikhailKhurafat The SeriesPuteri (siri TV)Sumpah BunianTentang Dhia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Rosyam NorSophia LianaDaerah di SabahPendidikan di IndonesiaParti Komunis MalayaIsteri-isteri Nabi MuhammadCinema (Slot TV3)Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunKasih Iris LeonaPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Isham JalilParti Rakyat India MalaysiaRemangPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Emiriah Arab BersatuPerodua KelisaThailandAbdullah bin Ahmad BadawiLiberalismeKata kerja tak transitifMenara Jam Condong Teluk IntanInna lillahi wa inna ilaihi raji'unPulau PangkorSiti NurhalizaSulfur dioksidaJohorPerkahwinan menurut IslamBahasa MelayuGrup Gerak KhasKedatangan dan Penyebaran Islam di NusantaraSalahuddin al-AyyubiRahsia (filem 2023)Tunku Abu BakarMelayuSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaJalaluddin HassanOrang BanjarJabatan Kastam Diraja MalaysiaDewan Bahasa dan PustakaKebudayaan MalaysiaAbdul Rahman HashimTahun Baru CinaAngeline TanFarali KhanQistina KhaledSoffi JikanKota KinabaluMegat SharizalPendidikan di MalaysiaAl-ArqamSenarai Yang di-Pertuan AgongPiala FA InggerisSenarai haiwanEmma MaembongKanun KeseksaanPenanda wacanaDasar Ekonomi BaruSharifah AiniTanda dan gejalaSenarai Sultan Empayar UthmaniyahIsa KhanBumiIstinjakCabang dan mazhab IslamSenarai bank di MalaysiaBendera MalaysiaKata kerjaRaja Zarith SofiahMuhammad bin Idris al-SyafiiAdnan bin SaidiSenarai kaum di MalaysiaEyka FarhanaFuckMenteri Kesihatan MalaysiaAlor SetarMuhammad Haji Muhd TaibAb Rauf YusohTabbyRendang🡆 More