Tunku Aminah Maimunah Iskandariah: Paduka Puteri Sultan Johor

Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim (diputerakan pada (1986-04-08)8 April 1986 di Johor Bahru, Johor) merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal kepada pasangan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Beliau mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai "Tunku Inah".

Tunku Tun Aminah
Yang Amat Mulia Tunku Tun
Tunku Aminah Maimunah Iskandariah: Kehidupan peribadi, Pendidikan, Penglibatan dalam bidang perniagaan
KeputeraanTunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Tunku Ibrahim Ismail
(1986-04-08) 8 April 1986 (umur 38)
Johor Bahru, Johor
PasanganYB Dato' Dennis Muhammad Abdullah (k. 2017)
Anakanda
  • Layla Sofiah
  • Anak kedua (nama belum diketahui)
Nama penuh
Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim
Nama diraja
Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim
KerabatIstana Besar, Johor Bahru
AyahandaSultan Ibrahim
BondaRaja Zarith Sofiah

Kehidupan peribadi

Di sebelah ayahandanya, beliau merupakan cucunda kepada Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah yang juga merupakan wanita berketurunan Inggeris dari Britain.

Manakala di sebelah bondanya, beliau merupakan cucunda kepada Almarhum Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin binti Almarhum Raja Ariff Shah.

Pendidikan

YAM Tunku Tun Aminah menerima pendidikan awal di Tadika Hiltop, Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Convent Johor Bahru. Pada tahun berikutnya, beliau telah menyambung pengajian di peringkat A-Level di LASALLE College of the Arts di Singapura dan di Australian International School Singapore. Beliau juga berjaya mendapat kelulusan Higher School Certificate. Selain itu, beliau juga mula melakukan aktiviti menunggang kuda sejak berumur 11 tahun serta mewarisi bakat bondanya yang suka melukis.

Penglibatan dalam bidang perniagaan

YAM Tunku Tun Aminah telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” yang dibuat khusus bagi setiap wanita tanpa mengira had umur. “Luvins” berasal daripada perkataan “Luv Ina”. Produk ini dicetuskan oleh dirinya sendiri dan sebagai tanda kasih dan sayang kepada para pengguna produk tersebut. Produk ini juga telah dikilangkan di Mum Bio-Cos Manufacturing di Johor Bahru.

Beliau juga telah memainkan peranan sebagai pengarah dan pereka bagi Luvins serta mendapat banyak dorongan daripada kedua-dua ayahanda serta bondanya. Beliau menyatakan bahawa dirinya amat meminati bidang perniagaan kecantikan selain daripada menjadi seorang pereka fesyen. Produk ini juga dipasarkan di spa dan salun selain daripada gedung membeli-belah. Salun rambut dan spa Luvins telah direka untuk dibina di Johor Bahru. Di samping itu, beliau juga ingin mempelbagaikan produk ini kepada barangan solekan, wangian dan syampu.

Beliau juga telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah Syarikat REDtone pada 3 Mac 2017 yang merupakan pemegang saham utama Syarikat. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam mengetuai organisasi swasta merentasi pelbagai industri. Pada masa ini, beliau merupakan Pengerusi Berjaya Waterfront Sdn Bhd dan Berjaya Assets Berhad. Beliau juga memegang francais KFC di Stulang Laut, Johor Bahru dan juga merupakan presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (yang lebih dikenali sebagai JDT).

Perkahwinan dan anakanda

YAM Tunku Tun Aminah telah melangsungkan perkahwinan pada 14 Ogos 2017 dengan pasangannya seorang warganegara Belanda, Yang Berhormat Dato' Dennis Muhammad Abdullah atau nama asalnya Dennis Verbaas di Istana Besar, Johor Bahru.

Pasangan diraja ini dikurniakan anakanda sulung yang diberi nama Layla Sofiah dilahirkan pada 21 Januari 2020. Pada tahun 2022, beliau dan suami dikurniakan anakanda kedua (nama belum diketahui).

Terasul, gelaran dan darjah kebesaran

Gelaran hormat bagi
Tunku Tun Aminah
Tunku Aminah Maimunah Iskandariah: Kehidupan peribadi, Pendidikan, Penglibatan dalam bidang perniagaan 
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tunku

Terasul dan gelaran

  • 8 April 1986 - 23 Januari 2010: Yang Amat Mulia Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Tunku Ibrahim Ismail
  • 23 Januari 2010 - 22 November 2012 : Yang Amat Mulia Tunku Aminah binti Sultan Ibrahim
  • 22 November 2012 - Kini : Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim
  • Jawi: يڠ امت موليا تونکو تون امينه بنت سلطان ابراهيم

Darjah kebesaran

Beliau telah dikurniakan:

Suami beliau, Dato' Dennis Muhammad Abdullah telah dikurniakan:

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Kehidupan peribadiTunku Aminah Maimunah Iskandariah PendidikanTunku Aminah Maimunah Iskandariah Penglibatan dalam bidang perniagaanTunku Aminah Maimunah Iskandariah Perkahwinan dan anakandaTunku Aminah Maimunah Iskandariah Terasul, gelaran dan darjah kebesaranTunku Aminah Maimunah Iskandariah RujukanTunku Aminah Maimunah Iskandariah Pautan luarTunku Aminah Maimunah IskandariahJohorJohor BahruRaja Zarith SofiahSultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Filem Malaysia tahun 2024IntegritiN. SurendranEarth HourUmar bin Al-KhattabChempaka Emalin PahaminParti Rakyat India MalaysiaAlor SetarBank Negara MalaysiaBaba dan NyonyaRosyam NorAbang AdikKementerian Pendidikan MalaysiaYusof HaslamSungai BulohMedia sosialJawatankuasa Hubungan Antara KaumWudukSekolah Berasrama Penuh Integrasi GombakMerdeka 118Cinema (Slot TV3)Surah Al-InsyirahAl-ArqamSenarai buahHantu Kak LimahKarbon dioksidaPeraturan bola jaring1Sharifah ShahirahSenarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukPuteri BalqisBatu Bersurat TerengganuKuala LumpurSofia JaneDaniella SyaLiberalismeShah RezzaRindu Kasih 2Atikah SuhaimeAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaSenarai Kementerian di MalaysiaAnugerah AidilfitriSaleemBiokepelbagaianJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaHarris AlifOrang Melayu IndonesiaJoe FlizzowSyamsul YusofFunanBeto KusyairyKodi RasheedPontianak Harum Sundal MalamSenarai gunung berapi di IndonesiaCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahMikroplastikMelakaSejarah SabahMyKadKhunsa (siri TV)Angkatan Tentera MalaysiaKadazan-DusunTauhidSiti HariesaSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaPolis EVO 2Senarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Lencana pangkat TLDMAisyah AzizNasionalismeIsa KhanNafiez ZaidiPersekutuan Tanah MelayuTahun Baru CinaPeriuk keraSlot SamarindaAbdullah bin Ahmad Badawi🡆 More