Sophia Albarakbah

Sophia Albarakbah (lahir 15 Julai 1993), juga dikenali sebagai Sophie Koshka ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.

Beliau terkenal dengan kredit lakonannya dalam drama Tercipta Satu Ikatan (2020), Hadiah Dari Tuhan (2020–2021), Suamiku Lelaki Pendosa (2022) dan Ku Akad Kau Dengan Bismillah (2023). Sophia juga terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Miimaland (2020), Pasal Kau! (2021) dan Jerangkung Dalam Almari (2022).

Sophia Albarakbah
Sophia Albarakbah
Sophia di acara Viu Lokal Lah! di Lalaport Bukit Bintang pada Ogos 2023
Kelahiran (1993-07-15) 15 Julai 1993 (umur 30)
Nama lainSophie Koshka
PendidikanSarjana Muda Sains (Kepujian) Dietetik dengan Pemakanan
Pusat pendidikanUniversiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2018–kini
SaudaraAisha Retno (sepupu)

Kerjaya

Sophia Albarakbah pertama kali menceburi dunia hiburan dengan menjayakan pelbagai iklan komersial semasa masih melanjutkan pelajarannya. Atas desakan seorang rakannya yang memintanya menghadiri ujibakat filem 18, beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan. Sophia pertama kali menceburi bidang lakonan menerusi drama Viu, Devoted dengan memegang watak Isabella. Ini kemudian diikuti dengan drama Astro Ria, Tercipta Satu Ikatan dengan memegang watak antagonis, Rissa.

Filem pertamanya, Miimaland yang dibintangi oleh Fattah Amin, dikeluarkan pada 24 September 2020. Beliau kemudian muncul pula menerusi filem Pasal Kau! yang ditayangkan di Netflix pada 1 Oktober. Beliau seterusnya melakonkan watak sebagai Bella dalam drama TV3, Hadiah Dari Tuhan. Sophia juga pernah menjadi model untuk muzik video Danial Zaini, "Siti Bilang Cuti".

Beliau mendapat pengiktirafan meluas menerusi watak Cahaya Malaika lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz, diikuti oleh watak lakonanya sebagai Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo. Sophia kemudian menjadi pelakon utama bersama Shahz Jaszle dalam drama Cinta Hilang Kata dengan melakonkan watak Nurul Masmin.

Pada tahun 2023, beliau menjadi pelakon utama bersama Aliff Aziz dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah dengan memegang watak sebagai Raisya Hannah. Beliau mengakui watak lakonannya itu sedikit banyak mencabar dirinya. Kemudian, Sophia memegang dua watak, iaitu Aaliyah dan Aafiyah dalam drama Obsesi Dia lakonan bersama Zahiril Adzim. Beliau juga berlakon dalam drama From Saga With Love yang disiarkan di Viu dengan memegang watak sebagai Bianca Rozario. Ini merupakan drama Viu Originals kedua lakonannya selepas Devoted.

Sophia juga berlakon dalam filem Saka Perawan arahan Ahmad Idham dan Harimau Malaya: The Untold Story arahan Afdlin Shauki yang kedua-duanya sedang menjalani penggambaran. Beliau juga berlakon dalam filem Jiwa 8 Belas dengan memegang watak sebagai Fatien.

Kehidupan peribadi

Sophia berdarah kacukan Melayu, Arab dan Cina. Bapanya yang berdarah campuran Melayu dan Arab berasal dari Kelantan manakala ibunya adalah mualaf yang berketurunan Cina. Beliau merupakan graduan dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Dietetik dengan Pemakanan di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU). Ibunya merupakan Naib Juara (pemenang tempat kedua) dalam satu pertandingan ratu kecantikan pada tahun 1980. Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu.

Beliau ialah sepupu kepada penyanyi, Aisha Retno.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 Miimaland Elize Filem pertama
Pasal Kau! Sophia
2021 Ada Hantu Farah
2022 Jerangkung Dalam Almari Shikin
Ada Hantu 2 Farah
2023 Selalu Ada Jasmin Filem pendek
2024 Jiwa 8 Belas Fatien
Saka Perawan Pasca-penerbitan
Harimau Malaya: The Untold Story Karina
2025 Reeza Myra

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Devoted Isabella Viu Drama pertama
2020 Tercipta Satu Ikatan Rissa Astro Ria Adaptasi novel Tercipta Satu Ikatan karya Laydee Amarfi
2020–2021 Hadiah Dari Tuhan Bella TV3
2022 Suamiku Lelaki Pendosa Cahaya Malaika Adaptasi novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah
Air Mata Allisya Intan Allisya TV9 Adaptasi novel Air Mata Allisya karya Ain Zanowi
Cinta Hilang Kata Nurul Masmin Astro Prima Adaptasi novel Cinta Hilang Kata karya Lily Haslina Nasir
2023 Ku Akad Kau Dengan Bismillah Raisya Hannah TV3
Obsesi Dia Aaliyah/Aafiyah TV3
From Saga With Love Bianca Rozario Viu
2024 Lelaki Itu Sharifah Bahiyah TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Suzanne Wo Ai Ni TV2 Telefilem pertama
Hello Suri Suri TV3

Muzik video

Tahun Tajuk Penyanyi Peranan
2018 "Siti Bilang Cuti" Danial Zaini Dirinya sendiri
2019 "Sedar" Fareez Fauzi

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
2021 World Film Carnival Singapore 2021 Pelakon Wanita Terbaik Menang
Anugerah Pencapaian Luar Biasa Menang
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Tercalon
Aktres Filem Popular Menang
Aktres TV Popular Tercalon
Couple Drama Popular Dicalonkan bersama Aaron Aziz (Suamiku Lelaki Pendosa) Tercalon
2024 Anugerah Telenovela ke-9 Ratu Telenovela Dirinya sendiri Menang
Pelakon Wanita Popular Telenovela Menang

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Sophia Albarakbah KerjayaSophia Albarakbah Kehidupan peribadiSophia Albarakbah FilemografiSophia Albarakbah Anugerah dan pencalonanSophia Albarakbah RujukanSophia Albarakbah Pautan luarSophia AlbarakbahHadiah Dari TuhanJerangkung Dalam AlmariKu Akad Kau Dengan BismillahMiimalandPasal Kau!Suamiku Lelaki PendosaTercipta Satu Ikatan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sri Pahang FCJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaMaria OzawaSolat Sunat RawatibNasionalismePerjanjian HudaibiyahKuala TerengganuTanam paksaXPDCHujan asidAl Nassr FCShaharuddin ThambyKerenggaJohorDollaPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamAngel (penyanyi)SawiJudiRinggitSurah al-BaqarahAnna JoblingPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Undang-undangSolat hajatPerceraian dalam IslamDubaiLee Chong WeiGabenor Bank Negara MalaysiaYasmin NapperUmar bin Al-KhattabSultan Muhammad VTunku Abu BakarHelikopter penyerangJabatan Kastam Diraja MalaysiaAedy AshrafLencana pangkat TLDMMeerqeenSainsFardu AinSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiDemokrasiYang di-Pertua NegeriMalang Si PuteriHassanal BolkiahMahligai PermataHari Raya AidilfitriFil MarsyalKristianNafiez ZaidiSejarah Pulau PinangSenarai poskod di MalaysiaAbu Bakar as-SiddiqAliff AzizSi TanggangAbang Long Fadil 3SerembanKanun KeseksaanAbdul Taib MahmudLemangRukun IslamSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahEyra HazaliDaiyan TrishaJesus ChristMira FilzahZizan RazakMustaqim BahadonSenarai penduduk dan keluasan negeri-negeri MalaysiaTentera Laut Diraja MalaysiaBatu Bersurat TerengganuKL GangsterNike ArdillaLaskar KananKerajaan Persekutuan MalaysiaPendidikan di MalaysiaKamal Affandi Hashim🡆 More