Abang Long Fadil 3: Filem aksi komedi Malaysia 2022 arahan Syafiq Yusof

Abang Long Fadil 3 merupakan filem aksi komedi Malaysia 2022 arahan Syafiq Yusof dengan skrip oleh Syafiq dan MF Kencana terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw.

Kesinambungan kepada Abang Long Fadil 2 (2017) dan siri ketiga dalam francais Abang Long Fadil, filem ini mengekalkan Zizan Razak sebagai Fadil dan dibintangi bersama oleh Johan Raja Lawak, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato' AC Mizal, Shuib Sepahtu, Kazar Saisi, Ozlynn Waty, Tania Hudson, Wak Doyok dan Daniella Sya. Filem ini mengisahkan tentang Fadil yang berkhidmat sebagai ejen perisik Perkhidmatan Rahsia Negara (NSS; National Secret Service), dalam misi untuk menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, sementara dia diburu oleh King Cobra kerana dendam dahulu.

Abang Long Fadil 3
PengarahSyafiq Yusof
Lakon layar
  • Syafiq Yusof
  • MF Kencana
  • Effindi K
BerdasarkanKL Gangster oleh
Syamsul Yusof
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiRahimi Maidin
Disunting olehSyafiq Yusof
Muzik oleh
  • Ken Hor
  • Lo Shi Seng
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 8 September 2022 (2022-09-08)
Masa tayangan
105 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 6 juta
Pecah panggungRM 25 juta

Penggambaran dijalankan pada Mac 2019 di Kuala Lumpur, Klang dan Cyberjaya, dan berakhir pada Jun 2019. Filem ini ditayangkan pada 8 September 2022 di pawagam seluruh Malaysia dan menerima pelbagai ulasan daripada pengkritik sekaligus memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM25 juta, mengatasi kos pembikinannya sebanyak RM6 juta.

Sinopsis

Mengisahkan tentang kehidupan Fadil yang mendapat tawaran daripada N.S.S. (National Secret Service) untuk menjadi seorang ejen atau perisik profesional dalam menjatuhkan kumpulan samseng terbesar S.S.O. (Secret Society Organization) yang diketuai oleh Chow Han. Chow Han bersama kumpulannya mempunyai niat jahat untuk menakluki negara Nusantara dan mengambil alih kerajaan daripada Presiden Republik Nusantara tersebut. Ejen Fadil bersama Ejen Alice bekerjasama untuk menumpaskan konspirasi jahat Chow Han tersebut.

Akan tetapi misi tersebut menjadi semakin rumit apabila bekas teman wanita Fadil iaitu Yana menggangu misi N.S.S. tersebut sekali gus melambatkan misi yang telah ditetapkan oleh Cif Kazar. Chow Han menyedari bahawa dia telah diintip oleh N.S.S., jadi dia menghantar seorang pembunuh King Cobra untuk menghapuskan Fadil dan Alice.

Pelakon

  • Zizan Razak sebagai Fadil dan Jefri (dua watak)
  • Johan Raja Lawak sebagai Chow Han, Ketua Secret Society Organization dan dalang Projek 666 (antagonis utama).
  • Elizabeth Tan sebagai Alice, Ejen National Secret Service
  • Maya Karin sebagai Ejen Maya, Ejen Korup National Secret Service (anak kepada Cif Kazar dan kakak kepada Prof. Amirul dan Jefri) (antagonis kedua)
  • Dato' AC Mizal sebagai King Cobra dan King Kali Kong, kembar ketiga & keempat kepada King Kong dan Cobra
  • Ozlynn Waty sebagai Ocy Lin, Isteri kepada Chow Han
  • Tania Hudson sebagai Yana, Wartawan TVKL dan teman wanita Fadil
  • Kazar Saisi sebagai Cif Kazar, Ketua National Secret Service dan ayah kepada Ejen Maya dan Prof Amirul dan juga Jefri
  • Khir Rahman sebagai Presiden, Ketua Negara Republik Nusantara
  • Shuib Sepahtu sebagai Inspektor Shuib
  • Siraj Alsagoff sebagai Inspektor Sahab, Pegawai Polis Republik Nusantara
  • Joey Daud sebagai Prof. Joey
  • Jay Iswazir sebagai Prof. Amirul, adik kepada Ejen Maya, anak kepada Cif Kazar dan pencipta Projek 666
  • Daniella Sya sebagai Sherina, pembantu King Cobra (crossover dari KL Gangster Underworld)
  • Wak Doyok sebagai dirinya sendiri
  • Hairul Azreen sebagai Pegawai Penjara
  • Datuk Yusof Haslam sebagai Pengarah Filem

Hamdan Ramli, Deen Maidin dan Farid Amirul membuat penampilan khas. Selain itu, Fattah Amin juga membuat penampilan kameo melalui gambar dalam filem ini.

Penerbitan

Susulan kejayaan Abang Long Fadil 2, Datuk Yusof Haslam berkata pihaknya mengesahkan kesinambungan ketiga untuk Abang Long Fadil akan diteruskan melibatkan kos sebanyak RM4 juta dan penggambaran akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri sekitar penghujung Jun 2018, dengan Zizan kekal sebagai watak utama. Penggambarannya dijangka akan diadakan selepas Aidilfitri 2018 iaitu selepas filem KL Special Force ditayangkan pada 8 Mac 2018. Syafiq dilaporkan berhasrat untuk menjadikan Abang Long Fadil sebagai sebuah produk francais.

Proses suntingan dilakukan sendiri oleh Syafiq tanpa bantuan tenaga teknikal lain semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020. Kos pembikinan filem ini dilaporkan berjumlah RM6 juta. Zizan Razak dan Johan kembali digandingkan dalam filem ini selepas setengah dekad. Wak Doyok, Shuib Sepahtu dan Tania Hudson kembali menjayakan watak masing-masing dengan penambahan barisan pelakon baharu termasuk Ozlynn Waty, Kazar Saisi, Maya Karin, Elizabeth Tan dan Daniella Sya. Turut kembali menjayakan francais filem ini ialah AC Mizal dengan melakonkan watak sebagai King Cobra, kembar ketiga King Kong dan Cobra yang pernah dilakonkannya dalam filem terdahulu. Penggambaran dijalankan pada Mac sehingga Jun 2019 di Kuala Lumpur, Klang, Selangor dan Cyberjaya dengan kos pembikinan dianggarkan mencecah RM6 juta termasuk RM1 juta untuk reka bentuk props di lokasi penggambaran. Ini menjadikan set prop filem ini sebagai set terbesar pernah dibina untuk filem tempatan dan mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan.

Muzik

Lagu tema filem ini, "Payung" dipersembahkan oleh Elizabeth Tan dan Zizan Razak. Lagu ini merupakan hasil nukilan oleh John Jeevasingham, Firdaus Rahmat dan Omar K dan dikeluarkan pada 9 Ogos 2022 oleh Rocketfuel Entertainment dan Warner Music Malaysia. Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan lagu ini, diarahkan oleh Lily Samsuddin dan dikeluarkan pada 7 September 2022 di saluran YouTube rasmi Rocketfuel.

Keluaran

Tayangan

Abang Long Fadil 3 pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 2020, namun ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Datuk Yusof Haslam kemudian mengumumkan bahawa filem ini bersama-sama dengan Polis EVO 3, juga arahan Syafiq akan ditayangkan pada 2021, namun tidak menjadi kenyataan.

Ia telah diumumkan pada Jun 2022 bahawa filem ini dijangka akan ditayangkan pada 8 September 2022 di 159 pawagam di seluruh negara, Singapura dan Brunei, serentak dengan tayangan filem Juang (yang juga dilakonkan oleh Zizan Razak). Treler rasmi filem ini telah dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Astro Shaw pada 2 Ogos 2022, manakala poster keluaran tayangan rasminya juga dikeluarkan pada hari yang sama.

Filem ini juga boleh ditonton melalui langganan di Astro First mulai 17 November 2022.

Promosi

Bagi mempromosikan Abang Long Fadil 3, Skop Productions dan Astro Shaw akan mengadakan sesi jelajah filem ini yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 9, 10, 11 September 2022 di Selatan dan 16, 17, 18 September di Utara.

Sambutan

Kutipan pecah panggung

Abang Long Fadil 3 membuka rekod cemerlang tayangan apabila berjaya mengaut RM1.2 juta dalam tempoh satu malam. Kutipan itu direkodkan menerusi tayangan pratonton awal filem itu pada hari sebelum tayangan perdana rasmi. Filem ini berjaya memperoleh kutipan sebanyak RM3 juta pada hari pertama tayangan. Pada hari kelima tayangannya, filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM10 juta. Kutipan terus meningkat sebanyak RM18 juta dalam tempoh 11 hari tayangan di pawagam. Astro Awani melaporkan bahawa filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM22 juta sekali gus memecah rekod filem kesinambungan terdahulu, Abang Long Fadil 2 yang meraih RM18 juta dalam masa 45 hari. Dalam tempoh sebulan selepas ditayangkan, kutipan filem ini meningkat sebanyak RM24 juta.

Ulasan kritis

Filem ini menerima pelbagai ulasan yang rata-ratanya positif daripada pengkritik filem. Portal filem Rollo de Pelicula memuji filem ini dan menulis: "Secara keseluruhannya, filem Abang Long Fadil 3 ini berbaloi untuk ditonton di pawagam terutama buat mereka yang inginkan hiburan yang berpanjangan dan menggembirakan jiwa". Hazique Zairill dari The Sun Daily menulis: "Filem ini secara keseluruhannya cukup menghiburkan untuk ditonton bersama keluarga dan rakan-rakan, dan tidak dinafikan ia sebuah filem yang patut ditonton sambil ketawa terbahak-bahak di pawagam". Shazwan Zulkifli dari Rojak Daily memuji plot dan persembahan para pelakon dalam filem ini.

Perancangan kesinambungan

Ditanya mengenai kesinambungan untuk Abang Long Fadil 3, Syafiq Yusof tidak menolak kemungkinan bahawa filem keempat Abang Long Fadil mungkin akan dihasilkan jika filem ketiganya mendapat kutipan yang memuaskan. Beliau berkata: "Insyaallah, kalau filem ini meletup, kita sambunglah".

Trivia

  • Zizan Razak memegang dua watak berbeza iaitu ejen perisikan/anak ketua NSS (Jeffri) dan samseng jalanan (Fadil), jadi apabila scene berdua watak pendua (stand in) akan berada di setiap babak kecuali adegan bersama Johan.
  • Daniella Sya yang bawa watak Sherina Butcher dari pertengahan sampai akhir, tidak ada satu dialog keluar mulutnya hanya bahasa tubuh dan fizikal saja berjalan. Watak Sherina diambil dari drama web KL Gangster: Underworld
  • Watak Inspektor Wahab sepatutnya digalas oleh Syamsul Yusof namun kerana terikat untuk filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan maka watak itu direhatkan dan diganti dengan karakter baru (Inspektor Sahab) dibawa oleh Siraj Al Sagof seorang pelakon pembantu selalu berlakon dibawah terbitan Skop Production.
  • Penampilan ketiga Johan dalam Skop Production selepas filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam & drama Farah Syakira (2009) manakala isterinya Ozlynn Waty penampilan kesepuluh selepas terlibat beberapa drama terbitan syarikat berkenaan.
  • Lokasi adegan opera di Istana Budaya dan kejar mengejar King Cobra termasuk pengunaan senapang crossbow dilakukan Tempat Letak Kereta Bukit Aman
  • Ac Mizal juga memegang dua watak dalam filem ini. Sebelumnya di abang long fadil 2.

Catatan

Rujukan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Abang Long Fadil 3, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Abang Long Fadil 3 SinopsisAbang Long Fadil 3 PelakonAbang Long Fadil 3 PenerbitanAbang Long Fadil 3 KeluaranAbang Long Fadil 3 SambutanAbang Long Fadil 3 Perancangan kesinambunganAbang Long Fadil 3 TriviaAbang Long Fadil 3 CatatanAbang Long Fadil 3 RujukanAbang Long Fadil 3 Pautan luarAbang Long Fadil 3AC MizalAbang Long Fadil (siri filem)Abang Long Fadil 2Astro ShawDaniella SyaElizabeth TanJohan Raja LawakKazar SaisiMaya KarinOzlynn WatyShuib SepahtuSkop ProductionsSyafiq YusofTania HudsonWak DoyokZizan Razak

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Laman UtamaDewan Undangan Negeri di MalaysiaKamal Affandi HashimJabatan Akauntan NegaraAshraf SinclairPasukan Khas UdaraMusa HassanMikroplastikPulau PangkorPembentukan MalaysiaLatMenteri Pertahanan MalaysiaNajib RazakCaturAstro MalaysiaTunku Abdul RahmanSalasilah keturunan Nabi MuhammadAhmad Zahid HamidiSurah Al-InsyirahKhawarijPencemaran udaraAhli Sunah WaljamaahSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiYang di-Pertuan AgongWings (kumpulan muzik Malaysia)Melur Untuk Firdaus (musim 2)Sejarah MelakaMelayuBintara MudaGunung berapiPiala Asia B-23 AFC 2024DadahSabronzoMohd Shuhaily Mohd ZainAmir NafisMandi wajibLaskar KananProton ExoraErry PutraMarissa YasminPengenalan kepada virusSenarai Yang di-Pertuan AgongKesultanan Johor-RiauSeri KembanganPolis EVO 3Maktab Rendah Sains MARA ArauTerengganuSenarai haiwanMetamfetaminaChacha MaembongNILAMKesultanan Melayu MelakaGas rumah hijauPilihan raya umum Malaysia 2022Perikatan NasionalSawiAedy AshrafUltrabunyiKartina AyoobCinta Buat DaraPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Elizabeth TanThe Original GangsterNatasya MahyanPerang BadarKamilia AfiqahTalbis IblisAndai Itu TakdirnyaKetua Menteri MelakaSurah al-FatihahImam MahdiSaleemPolis Diraja MalaysiaJosiah HoganHassan MaricanPetaling JayaTahun Baru CinaPersekutuan Pengakap Malaysia🡆 More