Chacha Maembong: Pelakon wanita Malaysia

Siti Aisyah Rohani Ismail (lahir 8 Ogos 1996) atau lebih dikenali sebagai Chacha Maembong merupakan seorang pelakon wanita Malaysia berdarah kacukan Melayu dan Scottish serta adik kepada pelakon terkenal Emma Maembong.

Chacha Maembong
Chacha Maembong: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Chacha semasa sesi fotografi.
Kelahiran
Siti Aisyah Rohani binti Ismail

(1996-08-08) 8 Ogos 1996 (umur 27)
Nama lainChacha
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2012–kini
Ibu bapaIsmail Embong (bapa)
Yatimah Zainab (nama asal Janet Nicole) (ibu)
SaudaraCoddy Maembong (kakak)
Yaya Maembong (kakak)
Bakri Maembong (abang)
Mukhsal Maembong (abang)
Shikin Maembong (kakak)
Effa Maembong (kakak)
Shaky Maembong (abang)
Beby Maembong (kakak)
Emma Maembong (kakak)
Ahmad Maembong (abang)

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1996 di Kuala Terengganu, Terengganu dan merupakan anak kepada pelukis tersohor negara, Ismail Embong. Kakaknya, Emma dan Yaya juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Adik-beradiknya yang lain termasuk dua abangnya, Bakri (pemain dram Gerhana Ska Cinta) dan Bakti. Chacha juga mempunyai darah kacukan Melayu-British. Ibunya berasal dari Scotland.

Kerjaya

Ramai sebenarnya tidak mengetahui bahawa Chacha terlebih dahulu terjun ke dunia hiburan berbanding kakaknya tetapi tuah tidak menyebelahinya. Kalau ada yang masih ingat, beliau pernah berlakon di samping Eina Azman dan Afiq Muiz dalam drama Mimpi Cinderella suatu ketika dahulu. Dan berlakon di samping sepupunya Nelydia Senrose dalam drama Setia Hujung Nyawa.

Beliau juga pernah muncul bersama Zain Saidin dalam muzik video "Lebih Indah" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza yang dimuatkan dalam album Fragmen. Chacha berlakon di samping Nur Risteena dan Fattah Amin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.

Pada November 2015, Chacha tampil dengan sebuah drama bersiri 26 episod bertajuk Cinta Dari Marikh arahan Syafiq Yusof yang menggandingkan beliau bersama Fattah Amin, turut dibintangi oleh A. Galak, Amyza Aznan, Harun Salim Bachik dan ramai lagi. Drama ini berkisarkan tentang Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari Planet Marikh iaitu Nova (Chacha).

Kemunculan sulungnya di layar lebar bermula pada 2017 menerusi filem Malaysia-Bollywood Aku Bukan Terrorist arahan Arjin Uppal. Chacha memegang watak sebagai Dayana. Pada tahun yang sama, beliau berlakon di samping Amar Asyraf, Syazwan Zulkifli, Nazeera Sardi dan Ruhainies Farehah dalam drama Menantu Bilal untuk siaran di Slot Dahlia TV3.

Kehidupan peribadi

Dalam temubual bersama Utusan Malaysia, Chacha mengakui beliau trauma memandu.

Pada Oktober 2017, beliau mendedahkan pernah mengalami gangguan penglihatan akibat jangkitan kuman semasa terlibat dalam filem Aku Bukan Terrorist.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Aku Bukan Terrorist Dayana Filem pertama
2019 Anak Perjanjian Syaitan Azlinda
Garang Jasmin
2023 Headhunter
2024 Anak Perjanjian Syaitan 2 Azlinda Penampilan khas
Town Mall 2 Najihah
TBA Baling The Movie: Seruan Saka Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Mimpi Cinderella Adik Tiri Saleha TV3 Drama pertama
2012–2013 Setia Hujung Nyawa Zehra
2013 Mira Sofea Mira Sofea Astro Prima
Playboy Itu Suami Aku Afisya Aulia TV3
2014 Manis Inessa Astro Ria
2015 Oh My English! Class Of 2015 Bella Astro TVIQ
Anak Ke-5 Tini/Marlina TV9
Cinta Dari Marikh Nova TV2
Ema Emyliana Lily TV3
2016 Kelas Sebelah (Musim 3) TV1
Kahwin Muda Nilam TV3
Cinta FB Syira Unifi TV
2017 Menantu Bilal Norain TV3
Muzium Misteri Nur
2018 Zahir Tak Terucap Aireen
Geng Tadarus Fathia TV2
Selafaz Cinta Inaz Astro Prima
2019 Pesan Pada Hati Ardina TV3
2020 Bukan Gadis Biasa Hanim
Halim Halima Suzy Awesome TV
Bidadari Salju Dania TV3
2021 One Two Hantu 2 Awesome TV
Sis Stars Hotel Bell
Ustazah Biker Airra Salam HD
Cukup Derita Itu Ellana TV3
2022 30 Hari Sebelum Raya Saodah TV9
Beriani Gam Kak Asparela Umaya Astro Ria
Taufiq Hidayat Fatihah TV Okey
Mek Cha Mek Cha TV1
Remang Hawa TV3 Episod: "Tangkal"
Kamcing Arina Sooka
Anak Abah Adelia Awesome TV
2023 Special Force: Anarchy Putih Disney+ Hotstar
Presiden Kampung Morten Chichi Tonton
2024 Perempuan Ilmu Hitam Afifah
Iskandar Chempaka Dareena TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Anakku Bapakku Astro Prima
2014 Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya Astro First Eksklusif
2015 Jalan Taubat TV3
2016 Apabila Isteriku Melatah Krisya TV9
Bella Mencari Cinta
2017 Perempuan Di Hujung Kampung
Awak Kat Mana
Ramadan Terindah Nurani TV3
Projek Kuih Mak Leha TV9
2020 Ijam Awesome TV
2022 Tanam Apa Tu Bang Aji TV3

Video Klip

Tahun Tajuk lagu Artis undangan
2013 "Lebih Indah" Dato' Sri Siti Nurhaliza

Iklan

Tahun Tajuk
2019 Iklan Antidadah 2019 Remaja

Televisyen

Tahun Tajuk Catatan Saluran TV
2015 The House Dirinya sendiri Astro Ria
2020 Macam-Macam Show Artis Jemputan Awesome TV

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Chacha Maembong Kehidupan awalChacha Maembong KerjayaChacha Maembong Kehidupan peribadiChacha Maembong FilemografiChacha Maembong Anugerah dan pencalonanChacha Maembong RujukanChacha Maembong Pautan luarChacha MaembongEmma MaembongEtnik MelayuScotland

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

KomanderSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaUndang-undang MalaysiaTeluk IntanGunung RuangSyarikat swastaAbdullah bin Ahmad BadawiKetua Polis Negara MalaysiaLatNusyuzPeribahasa MelayuSalahuddin al-AyyubiGunung berapiLovely RunnerLiberalisme2024 di MalaysiaFrekuensi radio di Negeri SembilanPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaLaluan Kelana JayaKhulafa al-RasyidinSelangorHassan MaricanPerjanjian HudaibiyahDadahRoti canaiSurah al-FatihahBunga rayaBahasa MelayuGerak KhasAnugerah AidilfitriPiagam MadinahNora DanishPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaCik ManggisSungai PetaniKata kerjaUndang-Undang Laut MelakaPenjodoh bilangan bahasa MelayuCabang dan mazhab IslamMelioidosisSolat hajatBaby ShimaPersekutuan Pengakap MalaysiaMahkamah MalaysiaSekolah Dato' Abdul RazakKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerkhidmatan awam di MalaysiaJenis air untuk bersuci dalam IslamNina JurenNadia BrianPutri JannahPrabowo SubiantoPasukan Gerakan AmWawasan 2020Nasrizal NgasriSunan GresikElektroterapiFardu AinJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaMeerqeenLencana pangkat TLDMSabahKolej Islam Sultan Alam ShahRujukan kehormatKucingPersatuan Negara-negara Asia TenggaraSkuadronTentang Hati DiaSunan Gunung JatiFrekuensi radio di PahangSultanah Nur Diana Petra AbdullahArmizan Mohd AliInsya-AllahNazim OthmanSari Yanti🡆 More