Wak Doyok: Usahawan, pengacara dan personaliti media sosial Malaysia

Mohd Azwan bin Md Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok (lahir 22 November 1979) merupakan seorang usahawan, personaliti televisyen dan ikon fesyen Malaysia, terkenal dengan fesyen misai dan janggut yang unik.

Beliau merupakan pengasas bersama jenama pakaian The Garment dan cerut WD Cigar.

Wak Doyok
Kelahiran
Mohd Azwan bin Md Nor

(1979-11-22) 22 November 1979 (umur 44)
Pusat pendidikanKolej Vokasional Shah Alam
PekerjaanUsahawan, personaliti televisyen, ikon fesyen, pelakon
Terkenal keranaFesyen misai dan janggut yang unik

Asal-usul "Wak Doyok"

Dalam satu temuaramah pada tahun 2016, Wak Doyok ditanya mengenai asal usul nama samaran beliau: "Ini panggilan dari kawan-kawan saya, Wak adalah nama lelaki di Malaysia, sedangkan Doyok adalah kerana saya berketurunan Jawa, dan ketika saya kecil Doyok dan Kadir sangat popular di Malaysia, jadi saya dipanggil Wak Doyok,".

Ikon fesyen

Sebagai ikon fesyen Malaysia, Wak Doyok dikenali dengan penampilan beliau yang berbeza dan juga pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish). Beliau juga menjadi antara ikon muda yang berani tampil dengan imej bermisai dan berjanggut tebal persis bab jejaka maskulin era Inggeris 60-an. Pada 2012, beliau mengusahakan jenama pakaiannya iaitu The Garment, bersama dua rakan kongsinya, Fairuz Ramdan dan Mal Zahari yang bukan sahaja imejnya yang menjadi ikutan, malah menjadi sebutan kerana penampilannya kini menjadi ikutan kebanyakan kebanyakan pencinta fesyen pada hari ini.

Selain berkhidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai, Wak Doyok turut mempunyai rangkaian perniagaan produk seperti krim jambang, Kopi Wak Doyok dan minyak rambut Pomade. Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan Wak Doyok ialah Ameer dari kumpulan Forteen, Karl Shafek dan beberapa nama lagi. Terbaharu, beliau melancarkan jenama pakaian lelaki terbaru, MEGWAK.

Kehidupan peribadi

Wak Doyok lahir di Klang dan membesar di Kajang, Selangor. Beliau sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, namun berpisah kerana tiada persefahaman. Beliau mendedahkan sepatutnya mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita pada April 2017, namun hubungan mereka berakhir dengan perpisahan dan beliau enggan mendedahkan identiti wanita yang sepatutnya dikahwini itu.

Bapa beliau, Mohd Nor Abd Hamid meninggal dunia pada 25 Oktober 2018 akibat penyakit usus bengkak pada usia 86 tahun. Selain bahasa Melayu dan Inggeris, Wak Doyok juga fasih berbahasa Jawa. Wak Doyok telah menghadiahkan sebuah rumah dan kereta Toyota Vellfire kepada ibunya bagi membalas jasa ibunya dan berhasrat untuk membawa ibunya menunaikan umrah.

Televisyen dan filem

Wak Doyok memulakan kerjaya televisyennya dengan bekerjasama bersama vokalis kumpulan Oh Chentaku, Myo mengacarakan rancangan travelog di TV9 bertajuk Ke Korea Ke Kita? yang disiarkan pada 2014, ia kemudian diikuti oleh siri Ke Indonesia Ke Kita?. Beliau kemudian muncul dalam iklan Kurang Manis, Lebih Sihat terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya filemnya menerusi filem Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof lakonan Zizan Razak. Di dalam filem ini, beliau memegang watak dirinya sendiri, anak kepada Taji Semprit lakonan A. Galak.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Abang Long Fadil 2 Dirinya sendiri Filem pertama
2022 Nasi Lemak 1.0 Datuk Bendahara
Abang Long Fadil 3 Dirinya sendiri Penampilan khas

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Permata Hatiku Dirinya sendiri Astro Citra Penampilan khas

Televisyen

Tahun Program Peranan Saluran TV
2014 Ke Korea Ke Kita? Pengacara bersama Myo TV9
2015 Ke Indonesia Ke Kita?
2016 Ke Jepun Ke Kita?

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Personaliti Media Sosial Popular Tercalon
Pengacara TV Lelaki Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Wak Doyok Asal-usul Wak Doyok Ikon fesyenWak Doyok Kehidupan peribadiWak Doyok Televisyen dan filemWak Doyok FilemografiWak Doyok Anugerah dan pencalonanWak Doyok RujukanWak Doyok Pautan luarWak DoyokJanggutMalaysiaMisai

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Jabatan dan agensi kerajaan MalaysiaUniversiti MalayaMegat SharizalPulau (filem)Bendera dan jata PerakR.A. KartiniLatMenara Berkembar PetronasKota BharuFauzi NawawiKucingPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalSlot AkasiaShahril Sufian HamdanPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Emma MaembongPerjanjian HudaibiyahTawauPenanda wacanaSyiahAku Tahu Kapan Kamu MatiGeografi JohorPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Redza RosliAman Ramli JaafarSenarai kata pinjaman bahasa MelayuRaja Zarith SofiahPenjodoh bilangan bahasa MelayuMajapahitBiokepelbagaianDewan Bahasa dan PustakaAkut (perubatan)Batu Bersurat TerengganuMenteri Kesihatan MalaysiaTaman Negara MalaysiaPenunggang AgamaHantu dalam masyarakat MelayuKKN di Desa Penari (filem)Senarai saluran AstroHari Raya AidilfitriKobe Jae ChongMia KhalifaPuchong, SelangorBahasa ArabHannah DelishaMikroorganismaTempoh haram puasaAli bin Abi TalibLiga Super MalaysiaSejarah SabahKristianPolis EVOBahasa CinaPertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuKuantanMelakaSurah Al-InsyirahPolis EVO 2Hafizh Syahrin AbdullahJabatan Alam SekitarKapitalismeHassanal BolkiahDasar Ekonomi BaruShah AlamAssalamualaikumPahangHukum Kanun MelakaAllahMusang PulutJadual berkalaKesan perubahan iklimPerempuan Itu (drama)Azizulhasni AwangKedah TuaJabatan Akauntan NegaraNora DanishBruneiOrang Melayu IndonesiaMuhammad bin Idris al-Syafii🡆 More