Elizabeth Tan: Penyanyi dan pelakon Malaysia

Elizabeth Tan Su Mei (谭素美; lahir 18 November 1993), juga dikenali sebagai Lizzy ialah seorang penyanyi, model dan pelakon di Malaysia.

Elizabeth memulakan kerjaya muziknya dengan menghasilkan single "Knock Knock" (2014), "Setia" menampilkan Faizal Tahir (2015) dan "Tabah" (2016). Selain itu, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium (2015) arahan Shy8. Bakatnya dalam bidang muzik turut mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2015.

Elizabeth Tan
谭素美
Elizabeth Tan: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Elizabeth semasa menerima trofi Anugerah Planet Muzik ke-14.
Kelahiran
Elizabeth Tan Su Mei

(1993-11-18) 18 November 1993 (umur 30)
Nama lainLizzy
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • model komersial
  • pelakon
Tahun aktif2013–kini
Ketinggian5 ft 6.142 in (1.68 m)
PasanganSiew Jim (k. 2021)
SaudaraAndrew Tan (abang)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
Faizal Tahir, Aziz Harun
Laman sesawang
Laman web rasmi

Kehidupan awal

Elizabeth dilahirkan pada 18 November 1993 di Kuala Lumpur sebagai Elizabeth Tan Su Mei. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 beradik, abang sulungnya, Andrew Tan ialah bekas peserta Malaysian Idol musim pertama. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Gombak, Selangor. Beliau telah menamatkan pengajian di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.

Kerjaya

Elizabeth Tan, lebih mesra dengan panggilan Lizzy memulakan kerjaya muzik dengan memuatnaik videonya di YouTube. Hanya dengan berbekalkan sebuah ukulele, Lizzy mampu menyampaikan lagu-lagu saduran dengan begitu baik dan antara lagu saduran yang sudah dihasilkannya ialah lagu "Pencuri"; nyanyian asal Mark Adam, "Kantoi" oleh Zee Avi, Maafkan Aku dan beberapa lagu nyanyian Yuna seperti "Terukir Di Bintang", "Deeper Conversation" dan banyak lagi lagu lain.

Beliau mula mencuri perhatian ramai menerusi lagu "Havoc", yang juga nyanyian asal Joe Flizzow pada hujung 2014. Selepas video tersebut dimuat naik, beliau dihubungi oleh banyak syarikat rakaman bagi menjadikannya seorang artis rakaman.

Elizabeth kemudian menjadi artis Faithful Music milik Faizal Tahir, di bawah pengurusan Paranormal Talents. Antara kelebihan lain yang terdapat pada Elizabeth ialah kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan turut menyanyikan banyak lagu Melayu membuatkan ramai peminat mudah mendekatinya. Beliau juga turut tampil dengan video klip rasmi pertama iaitu lagu "Royals" nyanyian asal Lorde yang turut menyaksikan Elizabeth berduet bersama No Noise Percussion. Beliau muncul bersama single "Knock Knock" hasil nukilan Faizal dan Mike Chan, ia merupakan sebuah lagu rancak tentang seorang gadis yang memberi amaran kepada orang yang cuba mengujinya agar tidak melukai hatinya dan mengkhianati perasaannya.

Beliau juga pernah tampil di stesen TV di Indonesia dalam beberapa program televisyen seperti Sarah Sechan, Ini Talkshow dan Music Everywhere. Elizabeth juga menyanyikan lagu "Selamat Hari Raya" dan video tersebut dimainkan sepajang Ramadan. Elizabeth membuat penampilan filem pertamanya dengan bergandingan bersama Usop Wilcha menerusi filem komedi Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium arahan Mamat Khalid, beliau memegang watak sebagai Tyra Vlad.

Elizabeth Tan: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi 
Elizabeth pada Januari 2016.

Pada Januari 2016, Elizabeth melancarkan lagu "Are You Leaving Now" sebagai single bahasa Inggeris sulungnya, lagu ini dicipta oleh Audi Mok manakala liriknya ditulis oleh beliau sendiri. Elizabeth meninggalkan Paranormal Talents pada 15 Mac 2017 untuk menguruskan sendiri kerjayanya tanpa bantuan pengurus peribadi, malah kontraknya bersama Faithful Music juga tamat pada tarikh sama.

Elizabeth merupakan salah seorang dari 11 penyanyi tempatan dan seberang yang merakamkan semula lagu "Kau Ilhamku". Penyanyi yang terlibat termasuk penyanyi asalnya Man Bai, Joe Flizzow, Siti Nurhaliza serta penyanyi Indonesia termasuk Afgan Syah Reza dan Cita Citata. Lagu ini dipromosikan sebagai jingle iklan untuk kerjasama antara perkhidmatan penstriman Yonder Music dan syarikat telekomunikasi Celcom Axiata.

Pada September 2016, Elizabeth bersama Faizal Tahir dan Jaclyn Victor terlibat dalam kempen #bersatuTENAGA anjuran Tenaga Nasional Berhad di mana mereka menyanyikan lagu bertajuk "Terangi Hidupku" sempena ulang tahun ke-53 penubuhan Malaysia pada 16 September 2016.

Pada 31 Julai 2017, Elizabeth memegang watak Maya Adrianna dalam siri drama komedi romantik My Darling, Inspektor Daniel terbitan Skop Productions arahan Aziz M. Osman ditayangkan menerusi slot Mega Drama di Astro Ria menggantikan drama Mencintaimu Mr. Photographer. Beliau bergandingan dengan Aaron Aziz, Siti Elizad, Dazrin Kamarudin dan Erra Fazira.

Beliau mempunyai peranan sebagai Suzy, seorang pelajar kolej yang mengamalkan gaya hidup bebas dalam Gerak Khas episod "Jerat Kekasih" yang turut dibintangi oleh Josiah Hogan yang memegang watak Robert. Elizabeth melancarkan dua single pada 2018—"Police Entry" yang dikeluarkan pada Julai, diikuti oleh "Semua Sudah" pada Disember.

Elizabeth menjadi teraju utama bersama Zul Ariffin dalam filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 21 Februari 2019. Filem yang menjalani penggambaran di Bukit Fraser, Pahang turut dibintangi oleh Rosyam Nor, Namron, Sasqia Dahuri dan ramai lagi. Selain itu, beliau turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem itu yang bertajuk "Hidup Semula".

Elizabeth berlakon di samping Syafiq Kyle dalam drama Senafas Rindu, memegang dua watak sebagai Vivianna/Siti Nur Ain. Single terbaru beliau, "SHH" dikeluarkan pada Disember 2019.

Kehidupan peribadi

Elizabeth mempunyai sikapnya yang sering memendam perasaan sejak kecil. Sekitar Januari 2017, beliau menjalin hubungan dengan seorang pemuda Melayu, meskipun sebelum ini memberikan alasan kesibukan serta fokus pada kerjaya membuatkan dirinya terpaksa melupakan seketika hal peribadi. Elizabeth juga menyifatkan dirinya seorang yang pemalu. Beliau juga menafikan dirinya mengalami kemurungan disebabkan putus cinta sehingga ingin membunuh diri, dan mendedahkan kehadiran orang ketiga punca putus cinta.

Aktivisme

Pada 22 Mac 2019, Elizabeth dilantik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai duta bagi mempromosikan pasukan badminton negara. Menurut Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, pemilihannya sebagai duta mengambil kira populariti beliau di media sosial dan peminat dalam kalangan remaja. "Kita merasakan bahawa kehadiran Elizabeth Tan akan memberi lebih impak terutama untuk menarik minat generasi muda. Kita tahu bahawa Elizabeth mempunyai pengikut yang ramai hampir 2 juta. Elizabeth berkata mengenai pelantikannya: "Ramai orang kenal Datuk Lee Chong Wei sahaja bila sebut badminton. Tapi ramai tidak tahu, negara mempunyai ramai pemain yang bagus, berdisiplin. Lizzy juga akan kongsikan persiapan pemain negara sepanjang tahun sebelum menghadapi kejohanan. Selain itu, Lizzy akan memberikan sokongan kepada skuad badminton negara sama ada menerusi media sosial mahupun hadir ke venue,". Menurut Elizabeth, beliau dan bapanya berkongsi minat dengan sukan badminton dan tugas pertamanya ialah di Kejohanan Terbuka Malaysia dari 2 hingga 7 April 2018 di Arena Axiata di Bukit Jalil.

Diskografi

Single

Tahun Tajuk Penyanyi undangan Rujukan
2014
2015
"The World Can Wait"
"Somewhere New"
Goldfish & Blink
"Setia"
Faizal Tahir
2016
"Tabah"
"Mama"
Aziz Harun
"Kini Masaku"
2017
"Darling"
2018
2019
"SHH"
2021
"Beku"
Hazama
2022
"Narsis"
Zynakal
"Payung"
Zizan Razak
2023
"Tunggu"
"Raya Cun"

Lain-lain

Tahun Tajuk Artis lain
2018 Sayang Pulanglah Sayang Cat Farish & Eddie G.

Filemografi

Kunci
Elizabeth Tan: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi  Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 Transformers: Age of Extinction Su Yueming Alih suara (versi Bahasa Melayu)
Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium Tyra Vlad Filem pertama
2018 Busker Melissa
2019 Misteri Dilaila Dilaila
2021 10 Tips Tipu Bini Anna
Mat Bond Malaya Bondi
2022 Gila Gusti Julia
Abang Long Fadil 3 Alice
Seratus Penampilan khas
2023 Escape Eva
2024 Sheriff: Narko Integriti ASP Jennifer Wong
TBA Sekolahaha Elizabeth Tan: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi  Lizzy Pra-Produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 My Darling, Inspektor Daniel Maya Adrianna Astro Ria Drama pertama
2018 Misteri Jenazah (Musim 1) Zalia Astro Oasis Episod: "Badi Zalia"
Gerak Khas (Musim 18) Suzy TV2 Episod: "Jerat Kekasih"
2019 Senafas Rindu Vivianna / Siti Nur Ain Astro Ria
2021 Keluarga Baha Don (Musim 3) Krazie Viu
2021-2022 Gerak Khas Undercover Elly / Sherin TV3
2022 Ex Aku Pontianak Bella Astro Ria
2023 Special Force: Anarchy Sara Disney+ Hotstar
Alter-Naratif Jane Viu Penampilan khas
W Two Worlds Hanna

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 The Berlian Job Datin Mona Astro Citra
Baby Bro Dirinya sendiri (Penampilan khas) Astro First Eksklusif
2018 Kau Roadblock Hatiku Astro Citra
2019 Senafas Rindu Raya Siti Nur Ain Astro Ria
2020 Gadis Vroom Vroom Sarah TV2
Ah How Putus Cinta Shirley Tan Awesome TV
2021 Penyiasat Viral Sarah TV2
2022 Satu Tong Nikki Gemilang TV & Astro Prima

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Ini Talk Show Artis jemputan NET. bersama Sule, Andhika Pratama & Surya Saputra
Sarah Sechan
Music Everywhere Penyanyi undangan
2015 Net 2.0 Artis jemputan
Ini Talk Show bersama Sule, Michelle Joan, Isyana
bersama Sule, Kunto Aji & Fatin Shidqia
Anugerah Planet Muzik Penyanyi undangan Mediacorp Suria, Astro Ria, Astro Maya HD, NET. TV & TVRI
2016 Just Duet Juri NET. bersama Once Mekel, Mey Chan dan Mike Mohede
2017 MeleTOP Artis jemputan Astro Ria bersama Aaron Aziz & Erra Fazira mempromosikan drama My Darling, Inspektor Daniel
Festival Filem Malaysia ke-29 Pengacara bersama Zizan Razak, Siti Elizad dan Thanuja Ananthan
2019 MeleTOP Artis jemputan bersama Alya Iman mempromosikan drama Senafas Rindu
2022 Sepahtu Reunion Live Cameo Astro Warna Episod: "Tapan Yang Disakiti"
MeleTOP Artis jemputan Astro Ria bersama Zizan Razak mempromosikan filem Abang Long Fadil 3

Videografi

Muzik video

Tahun Tajuk Penyanyi Catatan
2013 "Feel Good" Paperplane Pursuit Kameo

Penajaan

Tahun Produk Catatan
2014 CIMB
DiGi
2015 Hot FM
99Street bersama Zizan Razak
2016 La Cremeria
2017 Thermos
2019 Powercat

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2015 YouTube Malaysia 100,000 Subscribers Menang
Anugerah Planet Muzik ke-14 Artis Baru Terbaik – Wanita Knock Knock Menang
Anugerah Influence Asia Top Malaysian Breakout Influencer Tercalon
Top Personaliti YouTube Malaysia Menang
2016 Anugerah Met10 Artis Wanita Terbaik Menang
Muzik Video Terbaik (feat. Goldfish & Blink) Somewhere New Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-30 Anugerah Juara Lagu Knock Knock Finalis
Anugerah MeleTOP Era ke-3 Grup / Duo MeleTOP (dengan Faizal Tahir) Setia Tercalon
Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night Top 10 Karaoke Melayu Popular Knock Knock Menang
Anugerah Planet Muzik ke-15 Duo / Kumpulan Terbaik (dengan Faizal Tahir) Setia Tercalon
Lagu Terbaik – Malaysia Tercalon
Lagu Paling Popular APM Tercalon
Anugerah Stail EH! Selebriti Harapan Pilihan Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-22 Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik (dengan Faizal Tahir) Setia Tercalon
Jualan Lagu Nada Dering Pemanggil Tertinggi Menang
2017 Anugerah Juara Lagu ke-31 Anugerah Juara Lagu Finalis
Anugerah Influence Asia ke-2 Top YouTube Channel Malaysia Tercalon
Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik Tercalon
Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night Top 10 Karaoke Melayu Popular Setia Menang
Anugerah Planet Muzik ke-16 Kolaborasi Terbaik – Artis (dengan Aziz Harun) Mama Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Tercalon
Pasangan Serasi Filem (dengan Zizan Razak) Abang Long Fadil 3 Tercalon
Couple Filem Popular (dengan Naqiu Boboy) Mat Bond Malaya Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Elizabeth Tan Kehidupan awalElizabeth Tan KerjayaElizabeth Tan Kehidupan peribadiElizabeth Tan DiskografiElizabeth Tan FilemografiElizabeth Tan VideografiElizabeth Tan PenajaanElizabeth Tan Anugerah dan pencalonanElizabeth Tan RujukanElizabeth Tan Pautan luarElizabeth TanAnugerah Planet MuzikFaizal TahirKnock KnockSyed Mohamad AsriUsop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Penanda wacanaTelaga BarhutSekolah Berasrama Penuh Integrasi GombakTanam paksaSyed Mokhtar Al-BukharyKucingBani IsraelSenarai pelakon lelaki MalaysiaBola sepakMichael (malaikat utama)Imbuhan kata nama (bahasa Melayu)Angkatan Pertahanan Awam MalaysiaAmyra RosliHari Kebangsaan MalaysiaIman TroyeNombor telefon di MalaysiaBryan DomaniBaju tradisional MelayuSepahtu Reunion LiveKuala Kubu BharuRicheese FactoryBismillahKata ganti nama (bahasa Melayu)Solat hajatBadarawuhi Di Desa PenariPiala Asia B-23 AFC 2024IslamHantu dalam masyarakat MelayuBumiputeraSkop ProductionsMasya-AllahRevolusi KeagunganNasi kerabuSenarai bank di MalaysiaJam 24 jamDaerah di SabahDollaSenarai raja-raja MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unHulu LangatKugiran MasdoYassin YahyaDewan Negeri PerakKerajaan Mataram1Polis Diraja MalaysiaUniversiti MalayaPasukan bola sepak kebangsaan IraqSenarai haiwanMetamfetaminaAmir MasdiPerkhidmatan awam di MalaysiaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Sijil Pelajaran MalaysiaBangladeshSenarai saluran Astro NJOIZUS CoffeeBahasa ArabKhaliq Mehtab Mohd IshaqPuteri KhareezaSenarai mukim di PerakDaun salamMustapha KamalCik ManggisKhir RahmanTerlanjur Cinta (drama web)Mohammed Hanif OmarJenis darahErra FaziraNabi Isa a.s.Batu Bersurat TerengganuSenarai jajahan di KelantanUthman bin AffanNeelofaNazim OthmanKedatangan dan Penyebaran Islam di NusantaraShah RezzaBunga🡆 More