Zizan Razak: Pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi Malaysia

Mohd Razizan Abdul Razak (Jawi: محمد رازيزن عبدالرازق lahir 15 April 1984) ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah dan penerbit Malaysia.

Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak. Beliau juga dikenali menerusi gandingan bersama Johan Raja Lawak membentuk kumpulan Jozan dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia. Selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga telah memperluaskan bidang kerjanya iaitu pengacaraan dan nyanyian.

Zizan Razak
زيزان رزاق
Zizan Razak: Kehidupan awal, Kerjaya, Cabang lain
Zizan pada 2013.
Kelahiran
Mohd Razizan bin Abdul Razak

(1984-04-15) 15 April 1984 (umur 40)
Nama lainZizan Raja Lawak, Zizan Razak
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah, penerbit
Tahun aktif2007–kini
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem, muzik
GenreKomedi, sketsa
SubjekPeristiwa semasa, budaya pop
Hasil karya dan peranan
AhliJozan
Kerjaya muzik
GenreHip hop
InstrumenRap, vokal
Syarikat rakaman
Rocketfuel Entertainment
Pengkarya berkait
Dina Nadzir, Zain Hamid, Kaka Azraff, Altimet, SonaOne, Melda Ahmad, Hannah Delisha

Zizan terkenal dengan peranan lakonannya di layar lebar termasuk filem komedi adiwira Kapoww!!: Atoi The Ajaib Boy (2010), aksi jenayah KL Gangster (2011–13), komedi seram Hantu Bonceng (2011), Mael Lambong (2012), komedi pasca-apokaliptik KL Zombi (2013), Abang Long Fadil (2014–22) dan Polis EVO (2015–23). Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2013.

Kehidupan awal

Zizan dilahirkan pada 15 April 1984 di Dungun, Terengganu dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik, beliau mempunyai seorang abang. Zizan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya

Televisyen

Beliau mencipta kemasyhuran dengan menjadi salah seorang peserta Raja Lawak Astro musim pertama, sekaligus menjadi naib juara Raja Lawak Astro musim pertama bersama Johan. Melalui rancangan inilah beliau dikenali sebagai "Zizan Raja Lawak". Beliau juga mengambil bahagian dalam Maharaja Lawak, yang merupakan siri kedua pertandingan untuk finalis setiap musim Raja Lawak. Dalam rancangan itu, beliau digandingkan bersama Johan. Mereka dikenali sebagai Jozan. Mereka berdua mengacarakan rancangan bual bicara santai dengan menggunakan nama kumpulan ini, yang bertahan selama satu musim, sebelum kembali untuk musim kedua. Zizan juga menjuarai Super Spontan All Star sebanyak dua kali. Zizan juga pernah digandingkan bersama Sherry Ibrahim menerusi drama komedi Chapalrela yang bersiaran di Astro Warna.

Zizan memegang watak sebagai Sunny, seorang bapa ayam yang bertanggungjawab memisahkan Kenji dan ibunya, Cuwie (Dira Abu Zahar) dalam telefilem Karlos Bolos yang bersiaran pada Hari Raya Aidilfitri 2013, dibintangi oleh Johan As'ari dan Syazwan Zulkifly. Ini merupakan pertama kali Zizan menjayakan watak serius dalam kerjaya lakonannya. Beliau bersama Shaheizy Sam kembali bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar menerusi telefilem Baby Bro! yang turut menampilkan Izara Aishah dan Nur Qistina Raisah. Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.

Filem

Zizan memulakan kerjaya filemnya menerusi filem Duhai Si Pari-pari (2009) arahan Azmi Hatta lakonan Liyana Jasmay, yang mana beliau membuat penampilan khas. Beliau juga mempunyai peranan sama dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (2010). Zizan menjayakan peranan utama sebagai Atoi dalam filem aksi komedi adiwira Kapoww!! arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan yang turut dibintangi oleh Lisa Surihani sebagai Siti Nurhasnita.

Pada 9 Jun 2011, Zizan menjadi tunjang utama filem aksi jenayah yang meraih kutipan pecah panggung KL Gangster arahan Syamsul Yusof lakonan Aaron Aziz, Adi Putra, Soffi Jikan dan Syamsul; Beliau menjayakan peranan Fadil, seorang samseng dan rakan karib Malek. Beliau kembali menjayakan peranannya dalam prekuelnya yang ditayangkan pada 3 Oktober 2013.

Zizan memegang watak sebagai Amran, seorang budak penghatar piza yang gemar berlumba motor drag secara haram dalam filem aksi komedi seram Hantu Bonceng yang menggandingkan beiau bersama Juliana Evans yang memegang dua watak—Ayu dan Maya. Filem ini ditayangkan pada 31 Ogos 2011, bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54. Persembahannya dalam filem ini melayakkan Zizan memenangi Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012. Zizan meminjamkan suaranya bagi watak seekor kura-kura bernama Nico dalam filem komedi romantik Cinta Kura Kura arahan Nizam Zakaria lakonan Tiz Zaqyah dan Aeril Zafrel. Zizan kembali meneruskan kerjasamanya bersama Syamsul menerusi filem Jalan Kembali: Bohsia 2 yang ditayangkan pada 7 Jun 2012; beliau memegang watak sebagai Ejan.

Beliau menjadi bintang utama bersama Siti Saleha, Izara Aishah dan Usop Wilcha di dalam filem komedi pasca-apokalips adaptasi dari novel Zombijaya karya Adib Zaini terbitan Buku Fixi, KL Zombi arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada 29 Ogos 2013 mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri. Namun, segalanya menjadi porak peranda apabila sejenis wabak merbahaya yang menukarkan manusia menjadi zombi telah merebak di sekitar Kuala Lumpur. Gandingan beliau bersama Siti telah melayakkan beliau menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 bagi Gandingan Serasi di Layar Lebar.

Zizan kembali menjayakan peranannya sebagai Fadil dalam filem aksi komedi Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof. Filem ini merupakan terbitan turunan daripada KL Gangster arahan Syamsul Yusof dan ia menjadi satu-satunya filem lakonan beliau bagi 2014. Zizan melengkapkan portfolio kerjaya filemnya pada 2015 dengan menjayakan peranan utama sebagai Man dan Cicak-Man dalam filem Cicakman 3 arahan Yusry KRU dan arahan bersama oleh Ghaz Abu Bakar, yang menemui penonton di pawagam pada 12 Mac 2015, beliau menggantikan Saiful Apek yang berlakon dalam dua filem terdahulu, filem ini menggandingkan beliau bersama Lisa Surihani yang memegang watak sebagai Linda, isteri kepada Man/Cicakman.

Zizan membintangi filem aksi komedi Polis EVO arahan Ghaz Abu Bakar dengan melakonkan watak sebagai Inspektor Sani, filem ini turut dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Nora Danish. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan daripada penonton sekaligus meraih kutipan kasar RM 18 juta, malah turut menjadi antara 10 carian terbanyak serta filem dengan carian terbanyak di Google Malaysia untuk bulan September 2015.

Beliau sekali lagi menjayakan peranan utamanya dalam filem Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan pada 24 Ogos 2017. Beliau mengakui kejayaan Abang Long Fadil 2 bukan hanya beliau seorang sahaja, tetapi semua wargakerja termasuk pengarahnya, Syafiq Yusof.

Zizan merupakan antara pelakon yang menjayakan filem animasi Wheely arahan Yusry Abdul Halim yang ditayangkan pada 16 Ogos 2018; Zizan menyumbangkan suaranya untuk watak Wheely. Zizan dan Sam kembali menjayakan semula watak utama mereka dalam kesinambungan filem Polis Evo yang ditayangkan pada 22 November 2018, dan Abang Long Fadil 3 yang kini menjalani pos-produksi.

Zizan kembali beraksi dalam filem Bikers Kental 2, kesinambungan dari filem 2013 dengan judul sama yang dijangka akan ditayangkan pada 14 Mac 2019. Ia telah diumumkan pada September 2019 bahawa beliau bersama Shaheizy Sam menjayakan kembali watak mereka masing-masing dalam Polis EVO 3 arahan Syafiq Yusof.

Muzik

Selain menjadi pelakon dan pelawak, Zizan juga berbakat dalam bidang muzik. Pada tahun 2011, beliau merakamkan single solo sulungnya bertajuk "Selamat Tinggal" yang menampilkan Dina Nadzir yang dirakam dan digunakan untuk lagu latar semasa sesi penyingkiran dalam rancangan Raja Lawak Astro. Zizan memulakan kolaborasi sulungnya bersama penyanyi Kaka Azraff dan seterusnya muncul bersama lagu "Bawaku Pergi" hasil nukilan Malique, bekas penyanyi kumpulan Too Phat. Lagu ini menjadi kontroversi kerana ia mengandungi lirik yang berbaur hasutan yang menggalakkan remaja keluar dari rumah, sehingga isu ini dibangkitkan di Parlimen.

Beliau kembali meneruskan kerjasama bersama Kaka menerusi lagu "Infiniti Cinta" yang dicipta oleh Audi Mok dan Omar K serta lirik ditulis oleh Zizan sendiri. Muzik videonya dilancarkan pada 25 September 2013 dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar. "Infiniti Cinta" berjaya mara ke saingan Separuh Akhir dalam rancangan Muzik-Muzik yang berlangsung pada 21 November 2014. Selain itu, Zizan turut menyumbangkan suaranya untuk muzik dan runut bunyi Abang Long Fadil 2 menerusi lagu "Kaki Licik". Pada 16 Mac 2018, Zizan muncul dengan single terbarunya "Kita OK" di bawah syarikat Rocketfuel Entertainment. Zizan melancarkan single terbarunya, "Kau Takkan Tahu" pada 8 Ogos 2018 dengan duet bersama Melda Ahmad.

Cabang lain

Dengan kejayaannya dalam bidang seni hiburan, Zizan menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan. Pada 26 Oktober 2013, beliau bersama rakan kongsinya, Rostam Affendy Abd Rahim membuka sebuah restoran burger yang diberi nama Burgerbyte yang mempunyai tiga cawangan yang beroperasi di Sentul, Senawang dan Damansara. Zizan berkata dalam temuramah bersama wartawan: "Saya merupakan antara penggemar burger dan apabila melihat konsep hidangan pelbagai jenis yang disediakan, membuatkan hati saya terbuka untuk membuka restoran ini secara francais." Di bawah syarikat miliknya, Zizan Group Sdn. Bhd, Zizan telah menubuhkan kedai serbaneka miliknya, Zizan Mart dengan cawangan pertamanya dibuka di Kota Bharu, Kelantan pada 18 Ogos 2015. Majlis perasmian Zizan Mart disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood.

Kehidupan peribadi

Zizan merupakan seorang yang bujang. Beliau sebelum ini pernah dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon Emma Maembong sekitar 2011. Media Hiburan melaporkan melalui sebuah portal hiburan, ibu kepada Zizan telah mendedahkan bahawa hubungan rapat antara anaknya dengan Emma telah terjalin dan mengakui sebelum ini Emma pernah berkunjung ke rumahnya. Mereka berdua memutuskan hubungan cinta pada awal 2015. Zizan mengakui banyak melakukan kesilapan sepanjang percintaannya dengan Emma sehingga menyebabkan perpisahan mereka. Tidak lama kemudian, Zizan telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan mereka berdua kembali berdamai di laman Instagram miliknya.

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Juliana Evans yang dikenalinya ketika sama-sama membintangi filem Hantu Bonceng pada 2012. Pada 17 Mac 2015, Zizan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Putrajaya dan berada dalam keadaan selamat.

Zizan dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan pengacara Mira Filzah, ketika sama-sama mengacarakan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 pada 2016. Namun kedua-dua mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa, malah Zizan menegaskan beliau tiada hubungan istimewa dengan Mira.

Nenek Zizan, Zainoon Abdullah meninggal dunia pada 4 Oktober 2020.

Kontroversi

Kes saman oleh pengurus peribadi

Pada 30 September 2014, Zizan berdepan dengan isu ketetapan perundangan apabila pembantu peribadinya, Marina Juki memfailkan kes saman terhadapnya di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil berhubung pembekuan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd untuk satu tempoh yang lama. Marina mendakwa menanggung kerugian besar kerana artis-artis di bawah naungan syarikat Wire Fame termasuk Zizan tidak berminat lagi menyambung kontrak kerana pembekuan akaun syarikat itu menunjukkan syarikat itu berdepan dengan masalah. Dalam saman itu beliau menamakan Maybank Islamic Berhad, Zizan dan Wire Fame sebagai defendan pertama hingga ketiga. Pada 5 November, Marina memfailkan saman kedua di pejabat pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil terhadap Zizan atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian yang ditandatangani antara Zizan, Wire Fame dan plaintif (Marina) pada 3 Mei 2011 iaitu Zizan telah bersetuju melantiknya sebagai pengurus peribadi dan perjanjian itu untuk tempoh empat tahun dan akan tamat pada 2 Mei 2015. Pada Januari 2015, Zizan dan bekas pengurusnya gagal menyelesaikan saman itu di luar mahkamah. Kes saman terhadap beliau ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari 2015. Perbicaraan kes saman beliau difailkan pada 10 Ogos.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Duhai Si Pari-pari Penyamun Filem pertama, penampilan khas
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Zizan
Kapoww Atoi
2011 KL Gangster Fadil
Hantu Bonceng Amran
2012 Cinta Kura Kura Nico (suara)
Jangan Pandang-Pandang Ajis
Uncle Usin Spy 13
Jalan Kembali: Bohsia 2 Ejan
Mael Lambong Mael Lambong
Baik Giler Apit
Untuk Tiga Hari Remy
Hantu Kapcai Ajib
2013 Bikers Kental Bidin Al-Zaifa
Ken and Mary: The Asian Truck Express Filem Jepun
KL Zombi Nipis
KL Gangster 2 Fadil
Tokan Mat Labi
2014 Abang Long Fadil Fadil
2015 Werewolf Dari Bangladesh Pilun
Cicakman 3 Man/Cicak Man
Polis EVO Hassani / Inspektor Sani
Rembat Mr Baby
2017 Abang Long Fadil 2 Fadil
2018 Wheely Wheely (suara)
Kesempatan Keduda Ken Filem Indonesia
Polis EVO 2 Hassani / Inspektor Sani
2019 Bikers Kental 2 Bidin Al-Zaifa
Wira Samseng 1
2020 Bulan dan Pria Terhebat Haris
2021 Hantu Bonceng 2.0 Amran
Rumah Madu Ku Berhantu Saufi
2022 Rompak Ashraf
Juang Hafiq
Abang Long Fadil 3 Fadil & Jefri
2023 Polis EVO 3 Hassani / Inspektor Sani Juga sebagai penerbit eksekutif bersama
Merewang Keluarga Pak Awang Dol
2024 Baik Punya Ah Long Aloy
TBA Bulan dan Pria Terhebat 2 Haris Dalam perancangan

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008–2009 Bolos Pengacara Astro Ria
2009–2011 Jozan Show Pengacara bersama Johan Raja Lawak Astro Prima
2009 Funniest Pets & Peoples Pengacara Astro Ceria
LawaKing Pelbagai watak Astro Prima
2010–2014 Melodi Pengacara bersama Dira Abu Zahar (2010 - 2012)
Awal Ashaari (2012 - 2017)
TV3
2011 Zizan Show Pengacara Astro Warna
Konsert Lawak Tetamu bersama Johan
2011–2012 Oh Yeah! Pelbagai
2012 Berita Hangit Mubarak Mendung
2013 Akademi Fantasia 2013 Pengacara bersama Hanis Zalikha Astro Ria
2014 Jejak Jepun Pengacara
Akademi Fantasia 2014 Pengacara bersama Faizal Ismail
2015 Akademi Fantasia 2015
Anugerah Industri Muzik ke-21
2016 Akademi Fantasia 2016 Pengacara bersama Alif Satar
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Pengacara bersama Siti Elizad
2018 Jozan Live Pengacara bersama Johan & PU Azman Astro Warna
Lawak Bos-Bos Pengacara
2019 Ceria Megastar Ministar Juri Tetap Astro Ceria
2020 Stage 104 Pengacara Astro Ria
2020–2022, 2023–kini The Masked Singer Malaysia Juri Astro Warna
2022–kini MeleTOP Pengacara jemputan Astro Ria
2022 Ceria Popstar Xtra 2022 Juri jemputan Astro Ceria
2023 Mega Spontan Mentor Astro Warna
Battleground Malaysia: Road to Gold Juri Astro Ria
2024 Gempak Most Wanted Awards 2023 Pengacara bersama Sherry Alhadad, Sean Lee & Amelia Henderson
Healing with Zizan Pengacara

TV realiti

Tahun Tajuk Peranan Kumpulan Saluran TV Keputusan
2007 Raja Lawak Astro Peserta Astro Ria Naib Juara
2008–2013 Raja Lawak Astro Pengacara bersama Johan Astro Prima & Astro Warna
2010 Spontan Peserta Astro Warna
2009–2010 Redah Kasi Pecah
2010 Jangan Lupa Lirik: Raya Raya Raya!! Astro Ria
Anda Ada 60 Saat Astro Warna
2011 Maharaja Lawak Peserta Jozan Naib Juara
Mega Raya Astro Ria
2012 Super Spontan 2012 Peserta Angsa Ganas Astro Warna Juara
Clever! Edisi Malaysia Astro TVIQ
Maharaja Lawak Mega 2012 Peserta Jozan Astro Warna Juara
Lawak Ke Der?
2013 Lawak Ke Der? 2
Aaron & Zizan: Raya Sampai Pengsan Pengacara bersama Aaron Aziz Astro Ria
2014 Maharaja Lawak Mega 2014 Peserta Virus Astro Warna Tersingkir di separuh akhir
Aaron & Zizan: Raya Seram Sejuk Pengacara bersama Aaron Aziz Astro Ria
2015 Super Spontan All Stars Peserta Silat Dongibab Astro Warna Juara
2017 Lawak Ke Der Tak Cover Line EP01 Artis Jemputan
2023 Spontan Balik Raya Penerbit Eksekutif
Sayang Ajar Masak 2 Artis Jemputan bersama Hawa Rizwana Astro Gempak

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Gaia Gaia Astro Ria
2010 Chapalrela Anjang Merah Astro Warna
2022 AI.5YA Jehan Viu
2023 Super Wira Awang Bunga Astro Ceria
TBA Kau Takdirkan Bersama Tengku Luqman TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Joe & Farida Astro Ria Telefilem pertama
2009 Geng Raya Zizan Zizan
2010 Nak Balik Raya Astro Prima
Odisi Raya MJ
Drogba & Rooney Rooney
2011 Cintaku 120KM/J Rahmat TV3
2013 Karlos Bolos Syafie
Nama Aku Beng Kamal Astro Ria
Oh My English!: Oh My Ganu! Zizang bin Othman Astro TVIQ
2014 Hantu Selfie Saleh Astro Ria
2015 Hantu Wefie Saleh
Strawberi & Karipap Hello Gold Coast Astro First Eksklusif
2016 Oh My English!: Oh My Ganu! 2 Zizang bin Othman Astro TVIQ
Angin Cinta KK Astro First Eksklusif
2017 Jula Juli Bintang Cinta Dani Astro Citra
Jula Juli Bintang Putus Cinta Dani
Baby Bro Sham Astro First Eksklusif
2018 Misteri Maria Ilham ntv7
2019 Saya Jual Ye Bang Amin Astro First Eksklusif
2021 Lagenda Puteri Bulan Astro Ceria
Perfect Raya Iman Astro Ria
2022 Damak Si Kuba Pok Chek
Kerusi Kecil TV1
2023 Raya Sebagai Isteri Haidar Astro Ria
Heist- Dil Fitri Ibrahim Sebagai pengarah dan penerbit
Heist- Dil Adha
2024 Awak Terlalu Ganu Untuk Saya Mateen Astro Warna
TBA Kau Takdirkan Bersama Raya Tengku Luqman TV3

Muzik video

Tahun Tajuk lagu Penyanyi Ruj.
2012 "Aku Maafkan Kamu" Malique (menampilkan Dato' Jamal Abdillah)

Diskografi

Single
Tahun Tajuk Penyanyi undangan Catatan Ruj.
2011
"Selamat Tinggal"
Dina Nadzir
"Anggun"
Altimet dan Zain Hamid
2012
"Bawaku Pergi"
Kaka Azraff
2013
"Infiniti Cinta"
2014
"Cobaan"
"Adiwiraku"
KRU
2015
"Opss! Aku Dah Ter.. "
Cat Farish & Tiga Swagger ft. Zizan Razak & Echa
2017
"Chentaku"
SonaOne
"Kaki Licik"
Salah satu OST Abang Long Fadil 2
"Baby Bro"
Hannah Delisha OST Baby Bro
2018
"Kita OK"
"Kau Takkan Tahu"
Melda Ahmad
2019
"Berserah"
Ismail Izzani
2022
"Payung"
Elizabeth Tan OST Abang Long Fadil 3
2023
"Assalamualaikum 2023"
Faizal Tahir & Hael Husaini (menampilkan Elly Mazlein, Zizi Kirana, Ara Johari & Dato' Hattan, All Stars Gegar Vaganza) Buatan semula "Assalamualaikum" nyanyian asal Faizal Tahir untuk Palestin

Kejayaan

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 Artis Komedi Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon
2010 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Artis Komedi Lelaki Popular Tercalon
Anugerah Shout! 2010 Favourite TV Personality Award Menang
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Artis Komedi Lelaki Popular Menang
2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Pengacara TV Lelaki Popular Menang
Anugerah Shout! 2012 Best On Screen Chemistry Award Zizan & Johan Menang
Favourite TV Personality Award Dirinya sendiri Menang
Anugerah Blokbuster Anugerah Hero Terhebat Dirinya sendiri (Hantu Bonceng) Menang
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Artis Komedi Lelaki Popular Dirinya sendiri Menang
Pengacara TV Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Gandigan Di Layar Serasi (bersama "Johan Raja Lawak") Zizan & Johan Menang
Artis Asia Paling Popular Dirinya sendiri Menang
Artis Lelaki Paling Stailo Menang
Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial Menang
Anugerah Shout! 2013 Best On Screen Chemistry Award Zizan & Johan Menang
Favourite TV Personality Award Dirinya sendiri Menang
Anugerah Blokbuster 2 Anugerah Hero Terhebat Dirinya sendiri (Hantu Kapcai) Menang
Anugerah Lawak Warna 2013 Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) Dirinya sendiri Menang
Artis Lawak Lelaki Paling Popular Tercalon
2014 Anugerah MeleTOP Era 2014 Pemenang Artis Top Top MeleTOP Menang
Anugerah Khas Meletop Wechat Menang
Lagu Meletop Infiniti Cinta (Zizan Razak & Kaka) Tercalon
Kumpulan/Duo Meletop Zizan Razak & Kaka Tercalon
Bintang Siber Meletop Dirinya sendiri Menang
Fesyen Meletop Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Artis Filem Lelaki Popular Tercalon
Artis Komedi Lelaki Popular Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2014 Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) Dirinya sendiri (Bikers Kental) Tercalon
Artis Lawak Lelaki Paling Popular Dirinya sendiri Tercalon
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Bintang Filem Meletop Dirinya sendiri (Abang Long Fadil) Tercalon
Artis Lawak Meletop Dirinya sediri Tercalon
Drama TV Meletop Hantu Selfie Tercalon
Pelakon TV Meletop Dirinya sendiri (Hantu Selfie) Tercalon
Grup/Duo Meletop Infiniti Cinta (Zizan Razak & Kaka) Tercalon
Hos TV Meletop Dirinya sendiri (Konsert Akhir Akademi Fantasia 2014) Tercalon
Bintang Online Meletop Dirinya sendiri Tercalon
Fesyen Meletop Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Artis Komedi Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Pengacara TV Lelaki Popular Tercalon
Artis Lelaki Stailo Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2015 Pengacara Lawak TV Paling Popular Tercalon
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Bintang Filem MeleTOP Dirinya sendiri (Polis EVO) Menang
Hos MeleTOP Dirinya sendiri (Konsert Akhir Akademi Fantasia 2015) Tercalon
Bintang Online MeleTOP Dirinya sendiri Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Lelaki Terbaik Dirinya sendiri (Polis EVO) Tercalon
Anugerah Melodi Personaliti Filem Melodi Dirinya sendiri Menang
Personaliti Sosial Media Tercalon
Personaliti Sensasi Melodi Tercalon
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Artis Komedi Popular Menang
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Artis Lawak Meletop Menang
Fesyen Meletop Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 Artis Versatil Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Artis Komedi Popular Menang
Pasangan Serasi Filem (bersama Tania Hudson) Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 Aktor Filem Popular Tercalon
Artis Komedi Popular Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Daiyan Trisha) Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Elizabeth Tan) Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Zizan Razak Kehidupan awalZizan Razak KerjayaZizan Razak Cabang lainZizan Razak Kehidupan peribadiZizan Razak KontroversiZizan Razak FilemografiZizan Razak DiskografiZizan Razak KejayaanZizan Razak Anugerah dan pencalonanZizan Razak RujukanZizan Razak Pautan luarZizan RazakJohan Raja LawakJozanRaja LawakTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Vanny RossyaneTaman Tasik TitiwangsaM. NasirSistem pernafasanBintara MudaPahamin RajabSepahtu Reunion LiveTrisha OoiSenarai peribahasa (A–M)Fil MarsyalEurocopter FennecNik Abdul Aziz Nik MatHaqimi Azim RosliMimi LanaPeti pertolongan cemasPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaSistem pembiakan perempuanFrekuensi radio di KedahAeril ZafrelRacun RihannaHawa RizwanaKKN di Desa Penari (filem)Mega Movie (Slot TV3)Ikmal AmryIwan SyahmanSiksa NerakaSyarikat swastaMenara Berkembar PetronasKanun KeseksaanJabatan Imigresen MalaysiaPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Geografi IndonesiaPersekutuan Tanah MelayuJabatan Kastam Diraja MalaysiaSunan MuriaMenteri Kesihatan MalaysiaAdnan bin SaidiKhairy JamaluddinTengku Ismail Leon PetraAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamSelawatMuhyiddin YassinDewan Undangan Negeri PerlisMerdeka 118BuayaAbdullah bin Ahmad BadawiAssalamualaikumSalasilah keturunan Nabi MuhammadKhairulamingPulau PinangAmerika SyarikatHari GawaiSabahAlhamdulillahBuliAbdul Rahim Mohd NoorPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Wan Azizah Wan IsmailNegara PalestinKata ganti diriLaman UtamaCinta Buat DaraMasyarakat majmukKhalid bin al-WalidMajlis Raja-RajaBatik Air MalaysiaEmelda RosmilaR.A. KartiniJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaDominic TanNatasya MahyanBendera PalestinDewan Rakyat MalaysiaPasukan Gerakan AmYassin YahyaJamal AbdillahAgama BuddhaRuhainiesParti Rakyat India Malaysia🡆 More