Jamal Abdillah: Raja Pop Malaysia

Yang Hormat Dato' Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali pun lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah (lahir 7 Mei 1959) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia.

Beliau mula dikenali setelah muncul sebagai juara pertandingan Bintang RTM pada 1979. Selepas itu, namanya kian memuncak menerusi lagu-lagu popularnya seperti "Perpisahan Tanpa Relamu", "Derita Cinta", "Azura", "Sandarkan Pada Kenangan", "Kau Lupa Janji", "Cinta Yang Terbiar", "Kekasih Awal dan Akhir" dan "Penghujung Rindu".


Jamal Abdillah

DIMP (Pahang)
Jamal Abdillah: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Jamal sewaktu membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-23.
Kelahiran
Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali

(1959-05-07) 7 Mei 1959 (umur 64)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1973–kini
PangkatRaja Pop Malaysia
Pasangan
  • Basariah Abdul Latif (cerai)
  • Noraina Mohd Yusof (cerai)
  • Fatimatuzahra Abdul Samad (cerai)
  • Datin Zai Izzati Khiruddin (k. 2017)
Anak-anak6 (termasuk Yamani Abdillah dan Zaki Yamani)
Ibu bapa
  • Haji Mohd Ali Hussain (bapa)
  • Zainon Hassan (ibu)
Keluarga
  • Jamilul Hayat Ali (adik)
  • Helmi Hussaini Ali (adik)
  • Ahmad Tihami Ali (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
EMI, Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
Ahmad Nawab, Rahmat Zaki, M. Nasir, Habsah Hassan, Juwie, S. Amin Shahab, Fauzi Marzuki

Beliau ialah antara salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya menghasilkan album solo di setiap 4 dekad berturut-turut selain Dato' M Nasir, Dato' Sharifah Aini, Anita Sarawak, Dato' Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, ND Lala, Hattan, Alleycats dan Noraniza Idris. Jamal turut berkecimpung dalam bidang lakonan dengan membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Azura serta Kekasih Awal dan Akhir. Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Raja Pop Malaysia. Sepanjang kerjayanya, Jamal pernah meraih gelaran Persembahan Vokal Lelaki Terbaik sebanyak dua kali oleh Anugerah Industri Muzik (AIM) serta pernah juga memenangi trofi Penyanyi Lelaki Popular di acara tahunan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Anak-anak beliau, Zaki Yamani dan Osama Yamani meneruskan perjuangan beliau dalam bidang muzik.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada Hari Khamis bersamaan 28 Syawal (10), 1378, 7 Mei 1959 di Teluk Intan, Perak dan merupakan anak sulung daripada keluarga yang seramai tujuh adik-beradik serta berketurunan Banjar. Beliau mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah rendah di Brunei. Beliau kemudiannya mengikuti bapanya pulang ke Malaysia dan meneruskan persekolahan menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan. Bapa beliau telah ditugaskan kembali ke Brunei dan beliau meneruskan persekolahan beliau dari tingkatan empat ke tingkatan lima di sana. Bakat yang terdapat dalam diri beliau ialah bakat semulajadi dan beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik. Adiknya, Helmi Hussaini Ali pernah bekerja sepenuh masa dalam bidang lakonan dan kini telah bersara. Adiknya yang lain termasuk Jamilul Hayat yang juga mencipta nama sebagai penyanyi.

Kerjaya

1970-an: Penglibatan awal

Pada tahun 1973, Jamal yang ketika itu berusia 14 tahun, telah menjadi juara di dalam Pertandingan Bintang Kecil seluruh negara Brunei Darussalam termasuk sembilan pertandingan nyanyian yang lain termasuk 9 pertandingan nyanyian yang kesemuanya memperoleh gelaran juara. Bakatnya akhirnya dipersembahkan ke seluruh rakyat Malaysia menerusi penyertaannya dalam pertandingan nyanyian nombor satu negara ketika itu, Bintang RTM sekaligus bergelar juara dan dilamar syarikat rakaman WEA (kini Warner Music) ketika berusia 20 tahun. Persembahan beliau dengan lagu hits Alleycats berjudul "Senandung Semalam" begitu memukau sehingga kembali mempopularkan lagu tersebut.

1980-an: Album pertama dan bidang lakonan

Selepas menandatangani kontrak rakaman bersama Warner Music, Jamal menerima bimbingan komposer dan penerbit rakaman, Ahmad Nawab. Bekerja dengannya, Jamal merakamkan album studio pertamanya, Perpisahan Tanpa Relamu. Dikeluarkan pada 7 April 1980, album ini memuatkan sebanyak 12 lagu dan mengambil masa selama bulan untuk disiapkan. Beliau turut merakamkan lagu "Malam Pertama" yang merupakan versi Bahasa Melayu bagi lagu "Savannah Nights" yang dinyanyikan oleh Tom Johnston.

Jamal turut berkecimpung dalam bidang lakonan dengan membintangi filem Toyol arahan Malek Selamat lakonan Sidek Hussain dan Rohani Yahya. Dalam filem ini, beliau membuat penampilan khas sebagai penyanyi jemputan. Ia menandakan percubaan sulung beliau dalam bidang lakonan. Album keduanya, Derita Cinta dikeluarkan setahun kemudian, iaitu pada 21 Mac 1981. Menerusi album ini, beliau merakamkan semula lagu "Tidurlah Permaisuri" yang asalnya dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan lagu "Menanti Kasih" yang merupakan versi bahasa Melayu bagi "Lonely Disco Dancer" dinyanyikan oleh Dee Dee Bridgewater.

Pada awal 1982, album ketiga Jamal menyusul dengan tajuk Hatiku Luka Kembali, diikuti dengan album keempat, Layang-Layang pada awal 1983. Setelah merakamkan empat album bersama Ahmad Nawab, beliau menjadi salah seorang antara penyanyi solo yang paling popular di Malaysia dan setiap golongan masyarakat meminati beliau. Ketika itu kemunculannya sebaris dengan penyanyi seangkatan seperti Sudirman Arshad, Aman Shah, Rahim Maarof, M. Nasir dan Shidee.

Beliau telah diberi peluang berpasangan dengan bintang pujaan tanahair, Ogy Ahmad Daud dalam filem Azura keluaran Sabah Film pada tahun 1984. Kemunculan beliau dalam filem itu telah berjaya memikat hati peminat-peminat dan pengkritik-pengkritik filem dengan memberi semangat yang Jamal mempunyai potensi untuk muncul sebagai bintang filem yang ternama. Filem Melayu pertama mendapat kutipan tertinggi ialah filem Adik Manja sebanyak RM 3.5 juta.

Di tengah-tengah isunya sedang hangat diperkatakan, beliau muncul dengan album seterusnya iaitu Mati Hidup Semula setelah menyertai semula WEA. Kelahiran album ini berjaya meletakkan nama Jamal sebagai penyanyi paling popular di Malaysia. Album tersebut memperlihatkan kematangan suara Jamal dan banyak terdapat perbezaan dari segi susunan muzik dan penyampaian. Pembaharuan ini telah diselaraskan oleh penerbit S. Atan dengan bantuan penerbitan oleh Manan Ngah dan pencipta-pencipta yang terlibat dalam pembikinan album ini iaitu Kesuma Booty, Adnan Abu Hassan, S. Sahlan, Fauzi Marzuki dan Azmi Hamzah. Jamal juga buat pertama kalinya telah mencipta sekaligus menulis lirik untuk lagu yang dijadikan judul album ini iaitu Mati Hidup Semula. Jamal menegaskan beliau mendapat ilham untuk mencipta lagu tersebut semasa menghadapi masalah di Sarawak. Ketika ini juga Jamal mendirikan rumahtangga bersama usahawan Basariah Latiff.

Ramai peminat Jamal yang mahukan beliau menyanyikan kembali lagu-lagu ciptaan Ahmad Nawab. Untuk tidak menghampakan peminat-peminat beliau, sekali lagi Ahmad Nawab diberi penghormatan menerbitkan album Jamal yang kelapan berjudul Sepi Seorang Perindu. Setahun kemudian, Seniman Menangis diterbitkan hasil sentuhan komposer yang sama. Ternyata bakat semulajadi Jamal terserlah kerana beliau ialah seorang penyanyi serba boleh yang mampu menyampaikan lagu ciptaan sesiapa saja selagi bersesuaian dengan suara beliau.

Sementara itu, bakat lakonan Jamal tidak dilupakan, kehilangan beliau dari layar perak selepas kejayaan filem Azura ditunggu-tunggu. Lalu, dengan berbekalkan semangat, dorongan serta permintaan ramai yang inginkan beliau berlakon lagi, maka pada tahun 1989, Jamal mendapat tawaran berlakon dalam filem Tuah keluaran RJ Film Productions milik Rosnani Jamil.

1990-an: "Kekasih Awal dan Akhir" dan puncak populariti

Pada 16 Mei 1990, album kesembilan Jamal, Seniman Menangis telah dikeluarkan. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Seniman Menangis", "Inikan Nasib" dan "Jalan Yang Aku Lalui". Setahun kemudian, album kesepuluhnya, Jamal dikeluarkan pada Jun 1991. Single pertama yang dikeluarkan untuk album ini ialah "Takdir Penentu Segala", tetapi lagu "Kekasih Awal dan Akhir" yang dikeluarkan sebagai single keempat menjadi kejayaan komersial.

Sekali lagi Jamal menunjukkan mutu lakonan yang memuaskan serta mendapat sambutan hangat. Beliau ditawarkan berlakon dalam filem Sejati (1991) arahan Norhan Mahmood dengan memegang watak sebagai Bani, seorang lepasan universiti telah tercedera dalam satu perlumbaan motosikal haram. Seterusnya, beliau berlakon bersama Sofia Jane dalam filem Kekasih Awal dan Akhir (1993) arahan Zulkifli M. Osman dengan melakonkan watak sebagai Yusman. Ditayangkan pada 31 Mei 1993, filem ini menjadi kejayaan komersial apabila berjaya memungut RM1 juta dalam tempoh 7 hari tayangan dan RM2.1 juta selepas hampir sebulan menemui peminat filem Melayu di pawagam-pawagam seluruh tanahair, Brunei serta Singapura.

Pada 10 Jun 1994, album studionya ke-11, Penghujung Rindu telah dikeluarkan, diikuti oleh album Suratan Kasih yang dikeluarkan pada 17 Disember 1995. Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia telah terjual sebanyak 60,000 unit. Bagaimanapun, sebahagian kecil lagu-lagu di dalam album ini tidak boleh dikeluarkan untuk siaran radio berikutan kes penahanan beliau atas kesalahan narkotik. Album ini kemudian telah dijenamakan semula sebagai Penawar Kasih dan dikeluarkan pada tahun 1997 dengan penambahan satu lagu iaitu "Penawar Kasih".

Jamal kemudian berlakon dalam dua lagi filem, iaitu Suratan Kasih (1996) yang kembali menggandingkannya bersama Sofia Jane dan Ghazal Untuk Rabiah (1997) lakonan bersama Wilma Muhammad. Beliau turut menyumbangkan suaranya bersama M. Nasir menerusi lagu tema filem ini yang juga bertajuk sama. Namun begitu, boleh dikatakan Jamal lebih cenderung ke arah bidang muzik dan tidak menjadikan bidang lakonan sebagai keutamaannya.

2000-an: Pasca-kejayaan

Pada 30 Mac 2002, album ke-14 Jamal, Segala Cinta telah dikeluarkan dan ia merupakan album pertamanya dalam tempoh 4 tahun sejak album Samrah. 3 lagu dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single termasuk runut tajuk.

Jamal juga berduet bersama Ramlah Ram dengan menyumbangkan runut bunyi filem Mendam Berahi yang juga bertajuk sama. Setahun kemudian, Jamal muncul dengan album kompilasi Raja Pop. Kebanyakan lagu di dalam album ini ialah daripada album yang terdahulu serta mengandungi dua lagu baru yang menampilkan Siti Sarah dan Francissca Peter.

Antara 2005 dan 2009, Jamal muncul dengan dua album studio, Aku Penghibur dan Tak Hilang Cinta. Menerusi album Aku Penghibur, 3 lagu dikeluarkan sebagai single – "Gadis Melayu", "Seroja" dan "Lagu Gembira" menampilkan duet bersama Ning Baizura. Manakala untuk Tak Hilang Cinta, 3 lagu dikeluarkan sebagai single, iaitu "Apa Lagi", "Tak Hilang Cinta" dan "Terpesona Dusta" menampilkan duet bersama Daly Ahli Fiqir.

2010-an: Raja Pop 2

Pada 14 Oktober 2011, Jamal muncul dengan album Raja Pop 2 yang mempertaruhkan single pertama, "Aku Maafkan Kamu" menampilkan duet bersama bekas ahli Too Phat, Malique. Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, namun tidak menampilkan Malique, sebaliknya menampilkan Zizan Razak. Lagu lain yang dikeluarkan sebagai single ialah "Bahagia Sementara" dan "Rayuan Maut". Kedua-dua lagu ini melayakkan Jamal menang dua kategori, iaitu Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Lelaki) dan Anugerah Hip Hop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19).

Pada Ogos 2014, Jamal telah mengadakan persembahannya di Konsert Nostagia Dato' Jamal Abdillah yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB). Konsert yang dianjurkan oleh syarikatnya sendiri Bin Jamal Events menyaksikan Jamal mempersembahkan lagu yang belum pernah dinyanyikan secara langsung telah dipilih. Malah, untuk konsertnya ini, beliau bergandingan dengan penyanyi Indonesia, Eddy Silitonga. Beliau juga telah menyanyikan lagu bertajuk "Agongnya Kecintaan" yang ditujukan khas kepada mangsa nahas Penerbangan 370 dan Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia.

Pada November 2015, Jamal berkongsi pentas bersama M. Nasir dalam Konsert 2 Dimensi yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Konsert ini turut disiarkan secara langsung di TV1 pada 22 Mei 2016

Pada tahun 2019, Jamal berduet bersama Wany Hasrita menerusi lagu "Belenggu Rindu". Ini merupakan rakaman pertama Jamal dalam tempoh 8 tahun sejak album terakhirnya, Raja Pop 2.

2020-an: Kejayaan berterusan

Pada Mei 2020, Jamal tampil dengan lagu Raya berjudul "Moh Beraya" yang turut menampilkan Shiha Zikir. Lagu ciptaan Harry Khalifah dan lirik Ajim Maze ini turut menampilkan suara bekas Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan beberapa individu lain.

Kehidupan peribadi

Jamal telah berkahwin sebanyak 4 kali. Perkahwinan pertama beliau ialah dengan Basariah Abdul Latif pada Julai 1988 tetapi mereka tidak dikurniakan anak. Selepas bercerai dengan Basariah pada tahun 1996, Jamal berkahwin buat kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada tahun 2001 dan dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani tetapi perkahwinan itu tidak bertahan lama.

Jamal berkahwin dengan Fatimatuzahra Samad pada Disember 2005 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani. Jamal tiba-tiba melafazkan cerai ketika berada di dalam kereta pada 15 Mei 2007.

Pada 1 April 2017, beliau telah bernikah dengan seorang gadis berasal dari Kulim, Zai Izzati Khiruddin, iaitu perkahwinan beliau kali keempat. Bersama Zai Izzati, Jamal dikurniakan tiga lagi anak, iaitu Nur Azura Yamani, El Issac Yamani dan Iskandar Rayyan Yamani. Ibunya, Zainon Hassan meninggal dunia pada 7 Jun 1993 akibat serangan jantung pada usia 50 tahun.

Adik Jamal, Ahmad Tihami atau Hamka meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2 Julai 2019 di usia 48 tahun.

Kontroversi

Sepanjang kerjayanya, Jamal menjadi subjek kontroversi di arena hiburan tanahair. Pada 9 Oktober 1984, beliau dihadapkan di sebuah mahkamah majistret di Kuching, Sarawak dan ditahan selama seminggu untuk menjalani pemeriksaan dadah berikutan dengan penahanannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Beliau kemudian dibebaskan dari Pusat Pemulihan Dadah, lapan bulan lebih awal daripada jangka masa pemulihan yang sepatutnya dijalaninya. Sebuah jawatankuasa pemilihan mendapati bahawa Jamal telah pulih sepenuhnya dan membenarkannya dibebaskan.

Setahun kemudian, pada tahun 1985, beliau mencetuskan isu hangat apabila beliau menegaskan akan keluar dari WEA dan sekaligus meninggalkan Ahmad Nawab yang banyak membimbing beliau sebagai penyanyi. Ketegasan beliau bukanlah ibarat kacang lupakan kulit tetapi inginkan perubahan dalam muzik serta lagu demi menjamin kerjaya beliau sebagai penyanyi.

Namun, kontroversi sekali lagi menghimpit beliau apabila beliau didakwa di Mahkamah Syarlah Ipoh atas tuduhan berkhalwat pada November 1986. Jamal ditangkap bersama kakak angkatnya di sebuah kawasan perumahan.

Pada Mac 1996, Jamal dikenakan hukuman denda sebanyak RM400,000 atas pertuduhan berkhalwat dengan seorang wanita warga Indonesia, Susana Sapawi. Mereka berdua ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah apartmen di Petaling Jaya, Selangor pada Januari tahun yang sama.

Diskografi

    Album studio

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1980 Toyol Penyanyi Filem pertama, penampilan istimewa
1984 Azura Zack / Zakaria
1989 Tuah Hang Tuah / ASP Sazali
1991 Sejati Bani
1993 Kekasih Awal Dan Akhir Yusman
1996 Suratan Kasih Sunny / Said Helmi
1997 Ghazal Untuk Rabiah Jamal / Salman

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1990 Jenakarama Dirinya sendiri TV1 Pelakon undangan
1996 Sambal Jantan TV3 Pelakon undangan
2012 Bicara - bersama Daud Yusof Dirinya sendiri Mediacorp Suria Artis undangan
2015 Konsert Nostagia Dato' Jamal Abdillah Dirinya sendiri TV1
2016 Konsert 2 Dimensi Dirinya sendiri Bersama Dato' M. Nasir
Akademi Fantasia 2016 Juri jemputan Astro Ria
2017 Sepahtu Reunion Live Dirinya sendiri Astro Warna Episod: "Alahai Kassim"
2019 Dirinya sendiri Episod: "Harta Pusaka Berpuaka"
Cinta Overhaul Aidilfitri Zakaria
Maharaja Lawak Mega 2019 Juri tetap

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Azura Zack VCD

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Catatan Keputusan
1973 Juara Bintang Kecil Brunei Darussalam N/P Pertandingan ini merupakan antara titik permulaan beliau dalam menceburi bidang muzik. Menang
1979 Juara Bintang RTM 1979 Solo Pertandingan akhir ini diadakan pada 8 Januari 1980. Ketika itu, beliau hanya berusia 20 tahun tetapi mampu mengalahkan enam penyanyi solo yang lain. Menang
1985 Pesta Filem Malaysia 1985 Anugerah Lagu Filem Terbaik Beliau memenangi kategori ini menerusi lagu "Azura". Menang
1989 Pesta Filem Asia Pasifik Ke-34 Anugerah Khas Pertandingan ini diadakan di Jakarta, Indonesia. Beliau memenangi kategori ini menerusi filem yang bertajuk "Tuah" dan membawa watak seorang tokoh lagenda sejarah iaitu Hang Tuah kerana temanya yang bersesuaian dengan tuntutan semasa. Menang
1992 Juara Konsert Puncak Pujaan 10 Nescafé N/P Beliau memenangi pertandingan ini menerusi lagu "Kekasih Awal dan Akhir". Menang
1993 Anugerah Bintang-Bintang Popular Penyanyi Lelaki Paling Popular Pertandingan ini ialah kali ketujuh penganjuran majlis penganugerahan tahunan yang dikelolakan oleh Berita Harian. Menang
1994 Anugerah Industri Muzik (AIM) Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Lelaki) Beliau memenangi kategori ini menerusi album Jamal. Menang
1997 Anugerah Juara Lagu Juara Irama Malaysia Beliau memenangi kategori ini menerusi lagu "Ghazal Untuk Rabiah" (Duet bersama M.Nasir) Menang
2007 Anugerah Era Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan Berduet Mawi Menang
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Anugerah Sepanjang Hayat N/P Menang
2012 Anugerah Industri Muzik (AIM) Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Lelaki) Anugerah Hip Hop Terbaik Beliau memenangi kategori ini menerusi lagu "Bahagia Sementara".

Menerusi lagu "Aku Maafkan Kamu" Bersama Malique

Menang
2021 Anugerah Juara Lagu ke-35 Tempat Ketiga Beliau memenangi tempat ketiga menerusi lagu "Belenggu Rindu" (Duet bersama Wany Hasrita) Menang

Darjah kebesaran

    Penghargaan Malaysia

Rujukan

Petikan

Sumber cetakan

Pautan luar

Tags:

Jamal Abdillah Kehidupan awalJamal Abdillah KerjayaJamal Abdillah Kehidupan peribadiJamal Abdillah KontroversiJamal Abdillah DiskografiJamal Abdillah FilemografiJamal Abdillah Anugerah dan pencalonanJamal Abdillah Darjah kebesaranJamal Abdillah RujukanJamal Abdillah Pautan luarJamal AbdillahBintang RTMDatuk (gelaran)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Dewi RemajaJalaluddin HassanKata adjektifYang di-Pertua Dewan RakyatManusia PerakKeluaran dalam negara kasarAhmad Farid RidzuanTunProton PerdanaRujukan kehormatSenarai Surah Al-Quran29 FebruariGenting HighlandsAmyra RosliAnis SurayaMokhtar DahariAmar makruf nahi mungkarPerodua MyViSubhanallahAzrinaz Mazhar HakimDarjah kebesaran MelayuSudirman (penyanyi)Sultan Ali Iskandar ShahDaiyan TrishaHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMXXXPilihan raya umum presiden Indonesia 2024Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara LaguNombor dalam budaya CinaTunku Ismail ibni Sultan IbrahimUqasha SenroseDasar Ekonomi BaruPenyakit anemiaShuib SepahtuProton WiraSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaAisha RetnoBangiIsham JalilRakaatNabi Lut a.s.SingapuraTreronGempak Most Wanted AwardsBikers KentalGununganPeristiwa 13 MeiMaktab Rendah Sains MARAGabenor Bank Negara MalaysiaPuteri Gunung LedangSenarai negara berdaulatUlar Tedung SelarNegeri-negeri Melayu BersekutuMohd Noor Helmy Abdul HalemAniq SuhairSultanah Nur ZahirahSharon PaulSuruhanjaya Sekuriti MalaysiaMohd Na'im MokhtarPerakAkta Dadah Berbahaya 1952Gerak KhasThe Masked Singer Malaysia (musim 3)Ujian dadahFrekuensi radio di Terengganu10 Briged ParaJam 24 jamJepunPilihan raya umum Indonesia 2024Fattah AminAnugerah Juara LaguBumiputera di SabahHanifah Hajar TaibRaja Zarith SofiahYantzenMamat Khalid🡆 More