Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 adalah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia.
Majlis ini dianjurkan buat kali ke-27 oleh penaja utamanya, Berita Harian. Penganjur telah memilih Putrajaya International Convention Centre yang terletak di Presint 5, Putrajaya sebagai lokasi penganugerahan tersebut di mana buat julung kalinya anugerah ini diadakan di wilayah persekutuan tersebut. Ia disiarkan secara langsung melalui TV3 dan Hot FM. Zizan Razak telah menerima pencalonan terbanyak iaitu "Pelakon Filem Lelaki Popular", "Artis Komedi Lelaki Popular", "Pengacara TV Lelaki Popular", "Gandingan Serasi di Layar" (bersama Siti Saleha), dan "Artis Berpengaruh di Laman Sosial". Anugerah ini sepatutnya diadakan pada 6 April 2014, tetapi telah ditunda kepada tarikh 24 Mei 2014 bagi menghormati peristiwa yang menimpa pesawat MH370.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 | |
---|---|
Penghargaan | Pelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio |
Penaja |
|
Tarikh | 24 Mei 2014 |
Lokasi | Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya |
Negara | Malaysia |
Disampaikan oleh | Erra Fazira Nassier Wahab Aaron Aziz Jasmin Hamid Raja Ema Eja Mizz Nina Zizan Razak Zila Bakarin Nabila Huda Keith Foo Raja Ilya Fizz Fairuz Emma Maembong Almy Nadia Izreen Azminda Lana Nordin Felixia Yap Hisyam Hamid |
Pengacara | Amy Mastura Fara Fauzana Shahrol Shiro Ajak Shiro |
Persembahan | Zainal Abidin Salamiah Hassan Nora Ariffin Liza Hanim Dayang Nurfaizah Kumpulan Hyper Act Mawi AC Mizal Encik Mimpi Sarah Raisuddin Ayu Damit Alyah Asmidar Hazama Azmi Shahir Zawawi Kumpulan Forteen Dina Nadzir Akim Ahmad Indah Ruhaila |
Anugerah pertama | 1987 |
Kini dipegang oleh | Neelofa (Bintang Paling Popular, 2015) |
Anugerah terbanyak | Aaron Aziz (2) Siti Saleha (2) |
Pencalonan terbanyak | Zizan Razak (5) |
Laman web rasmi | www |
Liputan televisyen/radio | |
Rangkaian | TV3 |
Tempoh tayangan | 1 Jam 30 Minit |
Diterbitkan oleh | Jibam Ahmad |
Diarahkan oleh | Hanizam Abdullah |
Majlis pengumuman bagi calon yang berjaya menduduki kedudukan lima teratas telah diadakan di The Royale Chulan Kuala Lumpur pada 23 Januari 2014. Majlis ini menggunakan tema "Magis Alam" sebagai menghiasi ruang pentasnya hasil sebagai simbol kecintaan terhadap alam sekitar. Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2013, Shamsul Azree Shamshir telah memberi penerangan berkaitan tema ini yang dipilih untuk memberi kesedaran kepada semua pihak terhadap kepentingan menghargai alam sekitar dan menganggapnya sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Pada kali ini, terdapat pembaharuan yang dilakukan penganjur termasuklah siri jelajah ABPBH yang berkonsepkan CSR. Penganjur telah merancang untuk membawa calon-calon yang terpilih dalam senarai lima teratas untuk mengikuti program terbabit di beberapa lokasi terpilih. Mereka akan bergotong-royong dalam membersihkan pantai, sungai, kawasan takungan air, dan menanam pokok.
Penganjur telah menetapkan kaedah pengundian secara bertulis dan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Kaedah pengundian secara bertulis perlu dihantar melalui kiriman pos dan pengundi perlu mendapatkan keratan mukasurat pada akhbar Berita Harian. Bagi undian melalui SMS, mereka akan dicaj RM 0.50 sen bagi setiap undian yang dihantar. Undian ini bermula dari 23 Januari hingga 11 Mac 2014.
Anugerah dalam talian membolehkan orang ramai mengundi melalui laman web rasmi ABPBH bermula 4 Disember 2013. Penganjur telah memperkenalkan dua kategori baharu buat anugerah dalam talian iaitu "Chef Selebriti Paling Popular" dan "Aksi di YouTube Paling Popular".
ABPBH 2013 telah ditaja oleh pelbagai badan berkanun dan swasta termasuklah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Alam Flora Sdn. Bhd., SWM Environment Sdn. Bhd., Environment Idaman Sdn. Bhd., D’Haja Sdn. Bhd., Eynasha Beauty & Healthcare, Lord’s Tailor, Perbadanan Putrajaya, The Royale Chulan Kuala Lumpur, Natika Gold & Diamond, dan Tendence.
Artis Baru Lelaki Popular | Artis Baru Wanita Popular | Pelakon TV Lelaki Popular | Pelakon TV Wanita Popular |
---|---|---|---|
|
|
| |
Pelakon Filem Lelaki Popular | Pelakon Filem Wanita Popular | Artis Komedi Lelaki Popular | Artis Komedi Wanita Popular |
|
|
|
|
Penyanyi Lelaki Popular | Penyanyi Wanita Popular | Pengacara TV Lelaki Popular | Pengacara TV Wanita Popular |
|
|
| |
Penyampai Radio Lelaki Popular | Penyampai Radio Wanita Popular | Artis Duo/Berkumpulan Popular | |
|
|
Artis Lelaki Stailo | Artis Wanita Stailo | Gandingan Serasi di Layar | Watak Jahat dalam Drama/Filem Popular |
---|---|---|---|
Artis Berpengaruh di Laman Sosial | Chef Selebriti Paling Popular | Aksi di Youtube Paling Popular | |
|
|
|
Sebanyak 20 penyertaan sahaja yang akan diterima juri untuk dibuat penilaian awal melalui uibakat tertutup. Selepas proses tersebut, 10 orang peserta akan dipilih untuk bersaing untuk peringkat akhir pada malam anugerah tersebut. Pertandingan ini dimenangi oleh Nurul Faraheeda Binti Zulkifli. Berikut merupakan 20 orang peserta yang telah dinilai oleh juri profesional ;.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.