Zara Zya: Pelakon wanita Malaysia

Zainurul Razia Mohd Zainuddin (lahir 22 Oktober 1985) atau lebih dikenali sebagai Zara Zya (Jawi: زار زيا) merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi Malaysia.

Beliau mula dikenali menerusi drama Love You Mr. Arrogant yang digandingkan bersama Azlee Khairi.

Zara Zya
Kelahiran
Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin

(1985-10-22) 22 Oktober 1985 (umur 38)
Pusat pendidikanAkademi Seni Warisan Negara (ASWARA)
PekerjaanPelakon, pengacara, model, penyanyi
Tahun aktif2011–kini

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 22 Oktober 1985 sebagai Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin di Lenggong, Perak. Zara mendapat pendidikan dalam bidang Teater daripada Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA). Beliau merupakan anak bongsu daripada 4 beradik.

Kerjaya

Zara sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam bidang lakonan, namun begitu beliau tidak memegang watak utama yang menyerlah seperti pelakon-pelakon seangkatan dengannya, Zara pernah menyertai Dewi Remaja pada 2005. Sebelum itu, beliau pernah berlakon dalam Drama Versi VCD pada tahun 2002 yang bertajuk HISTERIA dengan memegang watak sebagai Aminah, Pelajar kelas Sains Kimia yang telah lama meninggal dunia akibat letupan di makmal sains, Rohnya bergentayangan. Kemudian Beliau berpeluang membawa watak utama dalam drama bersiri Love You Mr. Arrogant yang diadaptasi daripada novel judul sama hasil karya Aliesha Kirana. Drama ini disiarkan melalui Slot Akasia di TV3. Hasil drama arahan Eoon Shuhaini ini telah mencatatkan sekitar 4.6 juta penonton.

Populariti Zara meningkat naik apabila beliau memenangi banyak anugerah melalui Anugerah MeleTOP Era, Anugerah Drama Festival KL dan ABPBH 2012. Semenjak itu, ramai yang membuka mata terhadap kemampuannya dan membolehkan Zara mendapat pelbagai tawaran daripada pelbagai produksi drama dan filem. Selain aktif dalam bidang lakonan, Zara Zya juga aktif dalam menjalankan perniagaan tudung, biskut dan sambal yang boleh dibeli dalam talian melalui kaun instagramnya. Zara Zya juga mempunyai kelab peminat yang ditubuhkan oleh peminat-peminatnya iaitu Love Zara Zya FC.

Pada tahun 2017, Zara muncul dalam drama berjudul Kerana Anisa yang disiarkan dalam Slot Samarinda di TV3. Beliau memegang watak utama, digandingkan dengan Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad dan Sura Sojangi serta artis terkenal yang lain. Pada 11 Mac 2017, Zara muncul dalam telefilem sempena Drama Festival Kuala Lumpur bertajuk Trauma; memegang watak sebagai Haneem. Telefilem ini juga dibintangi oleh Janna Nick, Saharul Ridzwan, Idris Khan dan Dayana Roza dan disiarkan di TV3.

Kehidupan peribadi

Pada April 2018, Zara menjalin hubungan dengan pelakon Hafreez Adam dan beliau tidak melihat jarak usia sebagai penghalang. Pada 12 Oktober 2019, Zara dan Hafreez mengikat tali pertunangan dan merancang untuk bernikah pada 2020. Namun apa kan daya, Zara dan Hafreez mengumumkan telah memutuskan pertunangan mereka selepas sebulan.

Pada tahun 2020, beliau mula bertudung . Di waktu lapang, Zara mempunyai hobi membela kucing.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 Rembat Azir Filem pertama
TBA Musytari Zehan Dalam perancangan
Robohnya Surau Kami

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Supermak Camelia TV3 Drama pertama
2012 3 Janji Ani
2013 Puteri Malam Puteri TV9
Delina Naufah TV3
Mencintaimu TV2
Love You Mr. Arrogant Zaara Amirah TV3
Cikgu Kemisah Kirkby TV2
2014 Tanah Kubur (Musim 10) Munah Astro Oasis Episod: "Kejamnya Santau"
Zahira Zahira TV3
2015 Kasih Malisa Malisa TVi
HidayahMu Ramadan Hidayah TV3
Tanah Merah Hana NTV7
Tuan Anas Mikael Ayu Maisarah Astro Ria
2016 Kifarah Mistik Sakinah TV3 Episod: "Malar Hitam"
Cinta Hati Abah Intan
Duda Terlajak Laris Pehah/Inas
Tuan Anas Mikael: 5 Hari Beraya Ayu Maisarah Astro Ria
Cinta FB Emelda Unifi TV
2017 Kerana Anisa Anisa TV3
Kias Ramadan Safura Episod "Merisik Kasih"
My Sweet Lavender Laila/Leha TV9
2018 Monalisa Melisa Astro Prima Drama adaptasi Korea Two Women's Room
Terbaik Dariku Aisyah TV3
2019 PIA Pia (Ana Sofia Mohd Azim)
Calon Menantu Tuan Rumah Anis TV Okey
2020 Alergi Mamat Romantik Nurul Kaisara
Seadanya Aku Aufiya TV3
Korban Kasih Fatimah TV1
Beri Sedikit Waktu Hananiah TV3
2021 Jom Mak, Raya KL Aida
Single Terlalu Lama Dirinya sendiri Penampilan khas
Lockdown Ina Astro Ria
Mr. Bibik Aulia Izzatunnisa TV3
2022 Risik Pada Hati Aisya
Honey-Moon Moon
2023 Derhaka Sebuah Cinta Dahlia Astro Ria
Misteri Flat Kirana Ijah Bekeng TV3
Segenap Takdir Nadira
Hati Tercarik Luka Eyda Amanda
2024 Kampung Puasa Astro Ceria
Hello, Saya Anak Uncle! Cikgu Wawa TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Histeria Aminah VCD
2009 Bujang Sepah Silalitamplom Astro Prima
2010 3 Budak Botak 2 Hari di Hari Raya Astro Warna
Suaramu TV1
Selipar Jepun Malaysia Dina Astro Prima
2011 Kenduri Sakan TV1
2012 Janji Kita TV9
2013 Dari Ibu Suraya TV3
2014 Bila Joyah Goyah Syikin TV9
Kekasih Upahan: Kontrak Cinta Shahira TV2
Mencari Datin Maria TV9
Love You Mr Arrogant Raya Zaara Amira TV3
Man Rider Fatamorgana
Jalan Singkat ke Syurga Aida Astro Oasis
2015 Temukan Aku Pada Ramadhan Rabiatul TV1
Isteriku Bukan Tukang Masak Nur Astro Prima
Sut Putih Siti TV9
Minah Gangster Nina Astro Ria
Travelling Beruang Lisa TV3
2016 Hujan Malam Itu Shuhadah TV1
Muazzin Dr. Hawa TV9
Jatuh Cinta Buta Zulin Astro Ria
2017 Takdir Yang Terhenti Raudah TV3
Cupid Sara Astro Citra
Trauma Haneem TV3
Huru Hara Raya Ayu
Jenayah Cinta Liyana TVi
Projek Kuih Raya Mak Leha Bella TV9
Kamal Kamalia Kamalia TV2
2018 3 Hati Ibu Zaidah
2019 Derita Pia Pia TV3
Insan Terpilih Mastura
Aku Belum Mahu Mati Maria
2020 Mencari Nur Nur TV1
Aku Tak Gila Balqis Astro Citra
2021 Mache Fusion Fatima Awesome TV
2023 Misi Adeena Adeena TV1
TBA Risik Pada Hati Raya Aisya TV2

Web drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Dan Calonnya Adalah (Musim 2) Fatin tonton.com.my Datuk Aaron Aziz
2019 KOPI: "Secangkir Kopi Bersama Dia" [1] Si Dia tonton.com.my Izzue Islam

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV
2016 Diari Kilauan Emas Otai Astro Prima
2018 Super Spontan Xtravaganza Astro Warna
2020 Sedapur bersama Zara Zya Naura HD

Teater

Tahun Tajuk
Dan 3 Dara Terbang Ke Bulan
Lorong Neraka
Dari Bintang Ke Bintang

Videografi

Muzik video
Tahun Lagu Artis Syarikat Rakaman Catatan
2013 "Tetap Menantimu" Nomad Indigital Music Sdn Bhd untuk OST drama Love You Mr. Arrogant
2020 "Seadanya Aku" Ippo Hafiz MVM Production untuk OST drama Seadanya Aku

Diskografi

  • Tiada Dendam (2018)
  • Hentian Ini (2018)
  • Hati Yang Rapuh (2018)
  • Galau (2019)
  • Cinta Agung (2023) - duet bersama Alha Alfa

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2014 Anugerah MeleTOP Era Artis Top Top MeleTOP (Wanita) Menang
Artis Baru MeleTOP Menang
Bintang TV MeleTOP Love You Mr. Arrogant Tercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pelakon Drama Wanita Pilihan Tercalon
Hero-Heroin Pilihan (bersama Azlee Khairi) Menang
Barisan Pelakon Pilihan Tercalon
Pelakon Wanita Pilihan Puteri Malam Tercalon
Hero & Heroin Pilihan (bersama Hafreez Adam) Tercalon
Barisan Pelakon Pilihan Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Artis Baru Wanita Popular Menang
Gandingan Serasi di Layar (bersama Azlee Khairi) Love You Mr. Arrogant Menang
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Gandingan Serasi di Layar (bersama Adi Putra) Zahira Tercalon
2016 Anugerah MeleTOP Era ke-3 Pelakon MeleTOP Tuan Anas Mikael Tercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-3 Aktres Pilihan Hidayahmu Ramadan Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Aeril Zafrel) Tercalon
Anugerah Pilihan Online Aktres Terbaik Pilihan Online Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Baharu Wanita Terbaik Rembat Tercalon
Anugerah Telenovela Pelakon Wanita Terbaik Tuan Anas Mikael Menang
Pelakon Wanita Popular Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2019 Anugerah Skrin 2019 Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Pia Menang

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Zara Zya Kehidupan awalZara Zya KerjayaZara Zya Kehidupan peribadiZara Zya FilemografiZara Zya VideografiZara Zya DiskografiZara Zya Anugerah dan pencalonanZara Zya RujukanZara Zya Pautan luarZara ZyaAzlee KhairiLove You Mr. ArrogantTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Duerra MitildaCinta Buat DaraSunan KalijagaMakkahLiga Super MalaysiaSepahtu Reunion Al-RayaPerceraian dalam IslamMalaysia MadaniSofia JaneDollaPeristiwa 13 MeiKata hubung (bahasa Melayu)Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuAmerika SyarikatPasukan Khas LautPetronasMenteri Pertahanan MalaysiaNabi Ya'akub a.s.Etnik MelayuGununganMay (kugiran)Organisasi tenteraRukun IslamNur FathiaTunku Abu BakarLumut, PerakBumiputera di SabahFilem Malaysia tahun 2024Perang BadarPronoMahathir MohamadWanita SyurgaSistem pernafasanAbang Long Fadil 3Kementerian Pendidikan MalaysiaSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in BillahTabbyGolongan yang terawal memeluk IslamSenarai raja-raja MelayuFunanVaksin tetanusMimi LanaTugu NegaraKhir RahmanImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Senarai poskod di MalaysiaMohd Shuhaily Mohd ZainTasik KenyirKhunsa (siri TV)Bahasa ArabZombi Kampung PisangCarles PuigdemontSunan MuriaJohor Darul Ta'zim F.C.JohorKhairy JamaluddinBahasa Melayu BruneiYang di-Pertua NegeriDasar Pembangunan NasionalParti Rakyat India MalaysiaHidroterapiKanun KeseksaanSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahKuala TerengganuSiksa KuburChempaka Emalin PahaminSenarai bank di MalaysiaTanah Melayu BritishSitiawanGanjaKumpulan Wang Simpanan PekerjaJoe FlizzowPolitik balas budiMokhtar DahariDatuk (gelaran)Mark AdamLee Chong WeiDewan Negeri SelangorEyka Farhana🡆 More