Twitter

Twitter ialah perkhidmatan rangkaian sosial dan mikroblog yang dimiliki oleh Twitter, Inc.

Twitter membolehkan pengguna menghantar dan membaca kiriman pesanan teks pendek berbentuk "kicauan" atau "ciapan" (tweet) sehingga 140 aksara yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis yang dikenali sebagai "pengikut" (follower). Penghantar boleh mengehadkan utusan kepada lingkungan rakan-rakan, ataupun membenarkan capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh menghantar dan menerima tweet melalui laman web Twitter, sistem pesanan ringkas (SMS) atau mana-mana aplikasi luaran. Sungguhpun perkhidmatan Twitter sendiri adalah percuma, penggunaaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran telekom.

Twitter
Twitter
Tangkap layar
Twitter
Maklumat umum
URLtwitter.com Sunting ini di Wikidata
JenisPerkhidmatan rangkaian sosial
Tersedia dalamPelbagai bahasa
Ditubuhkan21 Mac 2006; 18 tahun yang lalu (2006-03-21)
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikTwitter, Inc.
PenciptaJack Dorsey Edit the value on Wikidata
Pengasas
CEOParag Agrawal (CEO)
Kandungan dan sokongan
IndustriMedia sosial Edit the value on Wikidata
PendaftaranDiperlukan
Pengguna229 juta DAU (Q1 2022)
Dilancarkan pada2006; 18 tahun yang lalu (2006)
Status terkiniAktif
Pelantar disokong
LesenApache License, Version 2.0 (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Ditulis dalam
Pembangun webX Corp. dan Twitter, Inc. Edit the value on Wikidata
Perangkaan
Kedudukan Alexa38 (25 Julai 2021)
37 (19 Januari 2021)
42 (16 April 2020)
13 (20 November 2017)
12 (7 November 2017) Edit the value on Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatSan Francisco Edit the value on Wikidata, Amerika Syarikat Edit the value on Wikidata
Kawasan diberi khidmatSeluruh negara, kecuali negara yang disekat
Pautan luar berkaitan
Blog rasmi
Pautan lainFacebook: TwitterInc Twitter: X Instagram: twitter Youtube: UCpg-U3_G3ZVck6QO6uhW_OA Youtube: Twitter Pinterest: twitter TikTok: twitter GitHub: twitter Sunting ini di Wikidata
Catatan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Asalnya, had kepanjangan mesej 140 aksara ditetapkan agar serasi dengan penghantaran SMS, justeru menimbulkan kehadiran bermacam-macam bentuk trengkas dan slanga yang digunakan dalam SMS, dalam Internet. Had 140 aksara ini juga melahirkan penggunaan khidmat-khidmat peringkasan URL seperti tinyurl, bit.ly dan tr.im, dan juga khidmat pengehosan kandungan seperti Twitpic dan NotePub untuk menampung kandungan multimedia dan teks yang mencecah 140 aksara. Pada September 2017, Twitter telah menguji peningkatan had kepanjangan aksara dengan menggandakannya kepada 280 aksara untuk sekumpulan kecil pengguna. Pada 7 November 2017, Twitter telah membenarkan pengguna Twitter untuk mengirim tweet sepanjang 280 aksara kecuali bagi yang menggunakan bahasa Cina, Korea dan Jepun.

Semenjak dilahirkan pada tahun 2006 oleh Jack Dorsey, Twitter makin hari makin laris digunakan dan tinggi pentingnya bagi para pengguna Internet. Adakalanya, Twitter disifatkan sebagai "SMS untuk Internet" kerana penggunaan antara muka pengaturcaraan aplikasi Twitter bagi menghantar dan menerima pesanan teks ringkas oleh aplikasi lain sering menyelubungi penggunaan Twitter secara terus.

Twitter merupakan satu daripada 50 laman web paling popular di seluruh dunia mengikut analisis trafik web Alexa. Biaprun anggaran bilangan pengguna harian berbeza-beza kerana pihak syarikat Twitter tidak mengeluarkan bilangan akaun yang aktif, namun satu masukan blog Compete.com pada bulan Februari 2009 meletakkan Twitter sebagai rangkaian sosial ketiga paling banyak digunakan berdasarkan kiraan 6 juta pengunjung bulanan unik dan 55 juta kunjungan sebulan. Pada Mac 2009, sebuah blog Nielsen.com meletakkan Twitter sebagai laman paling pesat membangun dalam kategori "Member Communities" pada Februari 2009. Twitter mencatat perrtumbuhan bulanan sebanyak 1,382%, diikuti Zimbio (240%), dan Facebook (228%). Walaupun demikian, hanya 40 % pengguna Twitter mampu dikekalkan.

Sejarah

Pada 30 Jun 2023, Twitter telah mengehadkan paparan kicauannya hanya kepada pengguna yang telah mengelog masuk namun beberapa hari kemudian, had ini telah dibuang sekitar pelancaran rangkaian sosial Threads oleh Meta Platforms.

Teknologi

Twitter disifatkan serupa dengan klien IRC berasaskan Web. Antara muka Web Twitter menggunakan kerangka Ruby on Rails yang disediakan pada Ruby Enterprise Edition dan bukannya pelaksanaan Ruby vanila atas sebab-sebab prestasi.

Dari musim bunga tahun 2007 hingga 2008, mesej-mesej sebenar diuruskan oleh pelayan baris gilir gigih Ruby yang dipanggil Starling, tetapi mulai tahun 2009, kaedah ini beransur-ansur digantikan oleh perisian yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Scala. APInya membolehkan perkhidmatan web dan aplikasi lain bersepadu dengan Twitter.

Fungsi gelintaran dalam sistem menggunakan hashtag, iaitu perkataan atau ungkapan yang berawalan #. Contohnya, apabila "beer" dicari, hasilnya ialah semua mesej yang termasuk #beer. Begitu juga, lambang @ diikuti nama pengguna membolehkan pengguna menghantar mesej terus ke satu sama lain. Misalnya, mesej yang tertera @example akan ditujukan ke pengguna "example", tetapi masih boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.

Melalui SMS, pengguna boleh berhubung dengan Twitter melalui lima nombor get laluan, iaitu kod ringkas untuk Amerika Syarikat, Kanada, India, New Zealand, dan nombor berasaskan Isle of Man untuk kegunaan antarabangsa. Terdapat juga kod di United Kingdom yang hanya boleh dicapai oleh pengguna rangkaian Vodafone dan O2.

Antara muka

Pengarang teknologi Steven Johnson menyifatkan mekanik-mekanik asas Twitter sebagai "luar biasa mudahnya:"

Sebagai rangkaian sosial, Twitter berkisarkan prinsip para pengikut. Apabila anda memilih untuk mengikuti seorang lagi pengguna Twitter, maka tweet-tweet pengguna itu terpapar dalam urutan kronologi terbalik pada halaman Twitter utama anda. Jika anda mengikuti 20 orang, maka anda akan melihat beraneka tweet ketika menatal ke bawah halaman: berita terkini bijiran sarapan, pautan baru yang menarik, cadangan muzik, juga lamunan mengenai masa depan pendidikan.

Pada 30 April 2009, Twitter memperhalusi antara mukanya dengan menambah bar gelintar dan bar sisi Trending Topics, iaitu ungkapan-ungkapan yang paling banyak terdapat dalam semua mesej-mesej terbaru. "Setiap kemas kini umum yang dihantar ke Twitter dari mana-mana di seluruh dunia 24 jam sehari, 7 hari seminggu, boleh diindekskan dengan segera lalu dimudahkan penemuannya melalui enjin gelintar masa nyata terbaru kami," jelas Biz Stone. "Dengan ciri-ciri yang baru dilancarkan ini, Twitter telah menjadi penting di luar jangkaan—sebuah enjin penemuan untuk mengetahui apa yang berlaku sekarang."

Kandungan mesej

Firma penyelidikan pasaran yang bertapak di San Antonio, iaitu Pear Analytics mengupas 2,000 tweet (yang berasal dari AS dan berbahasa Inggeris) sepanjang tempoh dua minggu dari 11:00 pagi hingga 5:00 petang (CST) lalu mengasingkannya kepada enam kategori:

  • Berita (News)
  • Spam
  • Promosi diri (Self-promotion)
  • Raban tanpa faedah (Pointless babble)
  • Perbualan (Conversational)
  • Hantaran semula (Pass-along value)

Firma ini mendapati bahawa "raban tanpa faedah" merupakan kategori terbesar di kalangan kandungan Twitter, iaitu sehingga 811 tweet atau 40.55% jumlah mesej dalam sampel.

Mesej perbulaan pula menjelaskan 751 mesej atau 37.55%, "tweet semula" atau retweet merangkumi 174 mesej atau 8.70%, promosi diri oleh syarikat ada 117 mesej atau 5.85%, spam ada 75 mesej atau 3.75%, dan mesej-mesej daripada penerbit media arus perdana pula mengisi 72 mesej atau 3.60%.

Penyelidik rangkaian sosial, Danah Boyd membalas pantauan Pear Analytics dengan hujah bahawa apa yang dilabelkan oleh para penyelidik Pear sebagai "meraban tanpa faedah" sewajarnya disifatkan sebagai "kesedaran remeh-temeh" atau "latihan sosial" semata-mata.

Demografi

Kebanyakan pengguna Twitter merupakan golongan dewasa berusia yang mungkin tidak pernah menggunakan laman sosial yang lain sebelum Twitter, mengikut Jeremiah Owyang, seorang penganalisis industri yang mengkaji media sosial. "Golongan dewasa cuma mengejar apa yang dilakukan oleh golongan remaja kebelakangan ini,".

Cuma 11% pengguna Twitter berusia antara 12 hingga 17 tahun, mengikut comScore, dikatakan berpunca daripada masa awal penerimaan Twitter ketika rangkaian sosial ini mula-mula menjadi popular di kalangan sektor perniagaan dan berita, maka menyebabkan penggunaannya cenderung kepada golongan lebih berusia. Bagaimanapun, baru-baru ini comScore mendapati apabila Twitter mula "mendalami arus perdana, wujudnya juga budaya selebriti sejak Shaq, Britney Spears dan Ashton Kutcher menyertai golongan 'Twitterati'."

Gangguan

Sekiranya Twitter mengalami gangguan, para pengguna melihat imej mesej ralat "fail whale" (ikan paus gagal) lukisan Yiying Lu, iaitu ilustrasi sekawan burung merah menggonggong jaring untuk mengangkut seekor ikan paus dari lautan berserta teks "Too many tweets! Please wait a moment and try again." (Terlalu banyak tweet! Sila tunggu sebentar dan cuba lagi.)

Twitter mengalami kira-kira 98% masa hidup pada tahun 2007, atau kira-kira enam hari penuh masa henti. Masa henti Twitter amat ketara terutamanya ketika berlangsungnya acara-acara yang digemari oleh industri teknologi seperti ucap utama Macworld Conference & Expo 2008. Pada Mei 2008, pasukan kejuruteraan baru Twitter melakukan perubahan seni bina untuk menangani pertumbuhan mendadak. Isu-isu kestabilan telah menyebabkan Twitter mengalami masa henti atau ciri-cirinya dihentikan sementara.

Pada tahun 2008, Twitter memberhentikan khidmat SMS percuma kepada pengguna di United Kingdom, dan juga selama kira-kira lima bulan, khidmat pesanan percuma melalui bot XMPP disenaraikan "tiada buat sementara waktu". Pada 10 Oktober 2008, blog status Twitter mengumumkan bahawa khidmat pesanan segera (IM) bukan lagi mengalami gangguan sementara, sebaliknya perlu diubah suai. Twitter ingin mengembalikan khidmat IM-nya tidak lama lagi, cuma memerlukan banyak kerja.

Pada 12 Jun 2009, dalam kejadian yang hampir menimbulkan "Twitpocalypse", pengenal unik yang dihubungkan dengan setiap tweet mencecah had integer bertanda 32-bit. Walaupun Twitter sendiri tidak terjejas, namun sebilangan kilen pihak ketiga mendapati bahawa mereka tidak dapat mencapai tweet terkini lagi. Maka keluarnya khidmat tampung dengan segera, namun sesetengah aplikasi iPhone terpaksa menunggu kelulusan daripada App Store. Pada 22 September, pengenal tersebut mencecah had integer tanpa tanda 32-bit sekali lagi mengganggu klien pihak ketiga.

Pada 6 Ogos 2009, Twitter dan Facebook mengalami serangan khidmat ditolak yang menyebabkan laman web Twitter terputus selama beberapa jam. Tidak lama kemudian, disahkan bahawa serangan tersebut diajukan kepada seorang pengguna pro-Georgia sempena ulang tahun perang Ossetia Selatan 2008, dan bukannya laman-laman yang terjejas itu.

Privasi dan keselamatan

Twitter mengumpul maklumat kenal pasti peribadi mengenai para penggunanya, serta mengongsikannya dengan pihak ketiga. Perkhidmatan ini bertegas bahawa maklumat berkenaan ialah asetnya, dan memelihara hak untuk menjualnya jika milikan syarikat bertukar tangan. Biarpun Twitter tidak memaparkan apa-apa iklan, namun pengiklan boleh menyasarkan pengguna berdasarkan sejarah tweet mereka, dan sesekali memetik tweet tersebut dalam iklan.

Kerentanan keselamatan dilaporkan pada 7 April 2007, oleh Nitesh Dhanjani dan Rujith. Memandangkan Twitter menggunakan nombor telefon penghantar pesanan SMS sebagai pengesahan, maka pengguna-pengguna berniat jahat boleh mengemas kini halaman status orang lain dengan SMS olok-olokan. Kerentanan ini berguna hanya jika pengolok mengetahui nombor telefon yang didaftarkan dalam akaun mangsanya. Beberapa minggu selepas penemuan kerentanan tersebut, Twitter memperkenalkan pilihan nombor pengenalan peribadi (PIN) yang mana penggunanya boleh menentukan agar mesej-mesej yang berasal daripada SMS diberikan pengesahan.

Pada 5 Januari 2009, 33 akaun Twitter berprofil terjejas setelah kata laluan seorang pentadbir Twitter berjaya diteka oleh serangan kamus. Daripada akaun-akaun terlibat dihantarnya tweet palsu, termasuk sekali mesej-mesej yang berunsur seks dan dadah.

Pada 11 Jun 2009, Twitter melancarkan versi beta bagi khidmat Verified Accounts (Akaun Sahih), membolehkan tokoh-tokoh terkenal memperjelaskan akaun Twitter yang mana milik mereka. Laman-laman akaun sahih ini memaparkan lencana yang menandakan status istimewa ini.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Twitter SejarahTwitter TeknologiTwitter RujukanTwitter Pautan luarTwitterAksara (pengkomputeran)MikroblogPerkhidmatan rangkaian sosialPesananSMSTwitter, Inc.

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pasukan bola sepak kebangsaan KuwaitSenarai SBP di MalaysiaPetronasSiti Rosmizah SemailAzad JasminIskandar ChempakaAngkatan Tentera MalaysiaWan RajaPuasa (Islam)SabronzoMuhamad Akmal SalehIman TroyeTrisha OoiKuantanUltrabunyiTayamumPak Ketipak KetipungNabi Sulaiman a.s.Sarimah IbrahimMaya KarinBahasa JawaEyka FarhanaLiga Europa UEFAEmpat Kebenaran MuliaJeslina HashimBurasAisha RetnoOne Two JagaArab Saudi@Ciri-ciri orang munafikPekanbaruPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Sultan Nazrin Muizzuddin ShahSilatBanjir Malaysia 2021–2022Talbis IblisMarie AntoinetteSuntikanErysha EmyraTunku NadzaruddinSenarai peribahasa (A–M)SainsPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaGua NiahRujukan kehormatMarissa YasminQue HaidarIslamOlahragaHari GawaiSimpulan bahasaPokok MambuFasha SandhaFrekuensi radio di JohorKumpulan Wang Simpanan PekerjaAzhar IdrusAtikah SuhaimeMelurElizabeth TanAsmidarZizie EzetteHari Raya AidilfitriBahasa Melayu MalaysiaGerhana matahariLesbianHadha min fadhle RabbiAmelia HendersonSlot LestaryAziz HarunSharifah SakinahMelanauKelawar Ladam HutanAliff Syukri KamarzamanArdell AryanaSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSijil Tinggi Persekolahan Malaysia🡆 More