Aaron Aziz: Pelakon, pengarah dan pengacara Singapura

Yang Hormat Dato' Aaron Mustapha Aziz, DIMP (lahir 23 Februari 1976) ialah seorang pelakon lelaki Singapura yang amat dikenali di Singapura dan Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya lakonannya di negara kelahirannya pada 2001 menerusi watak Shahril dalam Cinta Bollywood (2001-2002), seterusnya melakonkan watak Bob dalam Jeritan Sepi (2001-2002) dan sebagai Koperal Jamal Salleh dalam Heartlanders (2002-2005). Watak televisyen Singapura beliau termasuk Zack Ahmad dalam sitkom Phua Chu Kang (musim 6) dan Iqmal dalam siri drama Cinta Q.


Aaron Aziz

Aaron Aziz: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Kelahiran
Aaron Mustapha bin Aziz

(1976-02-23) 23 Februari 1976 (umur 48)
WarganegaraSingapura
KerakyatanMalaysia
PekerjaanPelakon, pengarah, pengacara, model
Tahun aktif2001–kini
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)
PasanganDatin Diyana Halik (k. 2003)
Anak-anak3
IbuJuriana Jaafar

Beliau berhijrah ke Malaysia pada 2004 untuk memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak pembantu dalam drama Haryati (2004). Kredit lakonannya di Malaysia termasuk Emil Emilda, Sadiq & Co, Nora Elena, Evolusi KL Drift: The Series dan Kusinero Cinta. Kredit filem beliau termasuk Evolusi KL Drift (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2010), KL Gangster (2011), Ombak Rindu (2011), Lari (2013) dan Suamiku, Encik Perfect 10 (2015). Aaron merupakan duta bagi produk Drive M7, Maggi, dan L'Oréal.

Sepanjang kerjayanya, Aaron telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Pesta Perdana Singapura, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah MeleTOP Era.

Kehidupan awal

Dato’ Aaron Mustapha bin Aziz lahir pada 23 Februari 1976 di Tampines dan dibesarkan di Pasir Ris, Singapura. Beliau memiliki darah kacukan Melayu, Bugis dan Jawa.

Kerjaya

2001–2004: Kerjaya awal di Singapura

Sebelum memulakan kerjaya lakonannya di Malaysia, Dato’ Aaron terlebih dahulu membina nama dalam bidang lakonan di negara kelahirannya, Singapura, di mana beliau menjayakan watak Shahril dalam siri drama Cinta Bollywood yang bersiaran di saluran Mediacorp Suria sebanyak dua musim antara 2001 dan 2002. Drama ini telah membantu menaikkan nama Dato’ Aaron sekaligus memberi peluang kepada beliau untuk membawa pulang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Pesta Perdana 2002. Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak utama dalam siri drama Mandarin, A War Diary di saluran MediaCorp Saluran 5. Beliau juga pernah tampil sebagai pelakon undangan sitkom Phua Chu Kang musim keenam, memegang watak sebagai Yusof Ahmad.

2005–2012: Berpindah ke Malaysia

Selepas berpindah ke Malaysia, beliau mempunyai watak utama dalam siri drama Janji Diana (2006) yang diadaptasi daripada filem 2003 dengan judul sama. Pada 2007, beliau membintangi bersama Sharifah Amani menerusi drama Emil Emilda di mana beliau melakonkan watak sebagai Emil. Aaron membuat penampilan filem cereka sulungnya menerusi filem sulung arahan Syamsul Yusof, Evolusi KL Drift (2008) yang mana beliau melakonkan watak antagonis sebagai Joe, seorang ketua samseng dan sindiket dadah yang bergiat aktif dalam perlumbaan kereta drift, beliau mengulang kembali wataknya dalam kesinambungannya yang ditayangkan pada 2010. Aaron kemudiannya bekerja sekali lagi di bawah arahan Syamsul menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) yang mana beliau memegang watak sebagai Azam, seorang bapa ayam.

Pada tahun 2009, Aaron membintangi filem Pisau Cukur arahan Bernard Chauly lakonan Fazura dan Maya Karin. Pada 2011, beliau kembali meneruskan kerjasama bersama Syamsul Yusof menerusi filem aksi pecah panggung, KL Gangster di mana beliau memegang watak Malek. Seterusnya, beliau berlakon bersama Lisa Surihani dan Maya Karin menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang berdasarkan daripada novel 2002 dengan judul sama tulisan Fauziah Asyari. Aaron bersama barisan pelakon asal filem KL Gangster, memulakan penggambaran prekuel filem ini pada 1 Disember 2011. Ketika menjalani penggambaran, beliau mengalami kecederaan di bahagian belakang semasa melakukan aksi pertarungan bersama Rosyam Nor. Beliau kemudiannya, dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Pada tahun 2012, beliau digandingkan bersama aktres berbakat Nadiya Nisaa menerusi drama Adam dan Hawa terbitan Global Station. Seterusnya, beliau muncul bersama Datuk Ogy Ahmad Daud dalam musim keempat siri Tanah Kubur episod "Ibu Ampunkan Aku". Beliau membuat kemunculan istimewa menerusi siri drama Evolusi KL Drift: The Series (2012-13), kali ini beliau melakonkan watak Dino, manakala watak Joe yang dilakonkannya dalam dua siri filem terdahulu dilakonkan oleh Norman Hakim.

Pada September tahun sama, beliau dilantik sebagai duta produk minuman bertenaga Drive M7, bersama pelakon dan pelawak Zizan Razak dan raja drift negara, Tengku Djan Ley.

Beliau juga sering bergandingan dengan Siti Saleha menerusi drama Habil & Qabil, Nora Elena dan Kekasih Awal dan Akhir, seterusnya mereka berdua membuat penampilan layar lebar pertama menerusi filem Kerat 14 (2013) arahan Arjin Uppal. Aaron muncul dalam muzik video "Salam Semua" nyanyian anak didiknya ketika itu, kumpulan Sleeq.

2013–kini: Puncak populariti dan kejayaan arus perdana

Pada tahun 2013, beliau melakonkan watak Khaliff dalam filem Lari arahan Ahmad Idham yang ditayangkan pada 6 Jun. Beliau kemudiannya, muncul dalam musim kedua siri drama pendidikan Astro TVIQ, Oh My English! sebagai Cikgu Malik. Selain itu, beliau mengacarakan rancangan realiti TV, Fear Factor Malaysia yang difilemkan di Cape Town, Afrika Selatan. Seterusnya, beliau muncul dalam telefilem Anugerah Dendam Yang Terindah lakonan bersama Amar Baharin dan menggandingkannya sekali lagi bersama Nadiya Nisaa, Aaron memegang watak sebagai Azman, seorang pemuda yang membawa dirinya ke Australia setelah kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan adiknya sendiri, Aril, telefilem ini ditayangkan di Astro First Eksklusif. Beliau kembali menjayakan watak Malek dalam prekuel filem KL Gangster, KL Gangster 2, bagaimanapun dua bulan sebelum ditayangkan, salinan filem ini mula tersebar di internet. Namun demikian, ia berjaya mencuri perhatian penonton biarpun sekadar meraih kutipan lebih rendah berbanding filem terdahulu.

Pada tahun 2014, beliau berlakon bersama Tiz Zaqyah dan Jericho Rosales dalam drama Kusinero Cinta yang menggabungkan tiga negara, Malaysia, Singapura dan Filipina. Pada Mei 2014, beliau mempunyai watak undangan dalam filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof, lakonan Zizan Razak dan Kamal Adli.

Pada tahun 2015, beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulungnya, Romeo Kota di mana beliau sendiri turut berlakon dengan memegang watak sebagai Inspektor Romi. Beliau berpasangan sekali lagi bersama Lisa Surihani menerusi filem arahan Mohd Feroz Abdul Kader, Suamiku, Encik Perfect 10! (2015) yang mana beliau menjayakan watak Zarif Daniel. Kali terakhir beliau dan Lisa berlakon bersama ialah pada 2011 menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali. B.eliau melakonkan watak tajuk dalam drama Tuan Anas Mikael bersama Zara Zya yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Syamnuriezal dan watak Tuan Ihsan dalam satu lagi drama adaptasi novel, Isteri Tuan Ihsan bersama Amyra Rosli.

Pada Julai 2015, beliau dilantik sebagai duta Malaysia bagi filem aksi Hollywood, Ant-Man. Pada Mac 2017, beliau dilaporkan bakal membintangi filem Tamil berjudul 'Tik Tik Tik'. Beliau kembali ke TV menerusi drama Black Belt Kaler Pink lakonan bersama Kamal Adli.

Aaron muncul dengan dua filemnya yang ditayangkan pada 2017, iaitu filem lakonan beliau Kau Yang Satu arahan Osman Ali lakonan bersama Izara Aishah dan Soo Wincci dan filem kedua arahannya, Sayu Yang Syukur bersama Nora Danish. Beliau membintangi bersama Elizabeth Tan dan Siti Elizad menerusi drama My Darling, Inspektor Daniel terbitan Skop Productions, yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 31 Julai 2017.

Pada Januari 2018, Aaron memegang watak Toyol dalam iklan serantau untuk filem fantasi Netflix Bright. Beliau dan keluarganya menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family! yang bersiaran sebanyak 6 episod bermula pada 11 April 2018 di Astro Ria, Ria HD dan Astro Ceria. Aaron membuat penampilan Kollywood pertamanya menerusi filem Tamil Tik Tik Tik yang ditayangkan pada 22 Jun 2018; beliau melakonkan watak sampingan di sisi pelakon utama Jayam Ravi. Menurut Aaron, pengalaman berlakon dalam filem Kollywood meninggalkan banyak kenangan indah buatnya dan mengakui teruja penampilannya mendapat sambutan.

Aaron memegang watak sebagai ASP Redzuan dalam filem aksi thriler arahan Sandosh Kesavan Operasi X yang dikeluarkan pada 1 November 2018. Beliau berkata mengenai tawaran berlakon dalam Operasi X: "Antara sebab-sebab mengapa saya mengambil peranan ini adalah kerana peluang untuk bekerjasama dengan Datuk Awie, Datuk Yusof Haslam dan Nasir Bilal Khan."

Aaron kembali ke kaca televisyen menerusi drama Patah Sayap Bertongkat Paruh. Selain itu, beliau juga berlakon bersama Izara Aishah dalam drama Jodoh-Jodoh Annisa. Aaron membuat penampilan filem Hong Kong pertamanya menerusi filem Undercover Punch And Gun yang dibintangi oleh Andy On dan Vanness Wu, arahan Philip Lui dan Frankie Tam. Menurut Aaron: "Semuanya berjalan lancar sepanjang penggambaran dan layanan bagi setiap pelakon adalah sama. Hanya penggambaran itu dibuat di banyak pelabuhan dan bekas jadi agak panas dan sedikit tidak selesa tetapi ia memberi saya cabaran,".

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Datin Diyana Halik pada 3 Ogos 2003 dan dikurniakan tiga anak—seorang anak lelaki Danish Anaqi dan dua anak perempuan Dwi Ariana dan Dahlia Arissa. Sejak 2012, beliau diiktiraf sebagai penduduk tetap Malaysia.

Dato’ Aaron mendedahkan pada April 2012 bahawa terdapat sebuah portal hiburan menyiarkan kad pengenalan Singapura yang didakwa miliknya. Nama yang tertera pada kad pengenalan rekaan sendiri itu tertera nama Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustapha yang didakwa ialah nama sebenar beliau. Menurut Aaron dalam temuramah bersama Kosmo!, beliau mengetahui hal tersebut menerusi isterinya, Diyana dan terkejut kerana gambar yang digunakan ialah wajah beliau tetapi nama yang digunakan sememangnya bukan namanya. Beliau berkata: "Saya rasa ramai sudah tahu nama sebenar saya ialah Aaron Mustapha Aziz bukannya Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa".

Dato’ Aaron dilaporkan mengalami sakit sendi tengkuk selepas terbabit dalam kemalangan ketika penggambaran Fear Factor Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ketika di lokasi penggambaran. Pada tahun 2017, beliau mengalami sakit sendi tengkuk sehingga terpaksa menggunakan penyokong leher. Pada Mei 2018, beliau dilaporkan diserang penyakit misteri dan telah menerima rawatan dengan menggunakan ayat suci al-Quran selepas berjumpa dengan seorang kenalannya yang merupakan seorang ustaz.

Pada Oktober 2018, Dato’ Aaron menafikan khabar angin mengatakan beliau terlibat dalam mana-mana perniagaan melibatkan mata wang digital Bitcoin. Beliau mendedahkan perkara tersebut di laman Instagram miliknya.

Pada 7 November 2020, ibu Dato’ Aaron, Juriana Jaafar meninggal dunia di Hospital Besar Changi akibat pelbagai masalah kesihatan pada usia 70 tahun.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Evolusi KL Drift Joe Filem pertama
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Azam
Pisau Cukur Ari
2010 Evolusi KL Drift 2 Joe
2 Alam Ustaz Ishak
2011 Datin Ghairah Zack dan Dato' Mahfuz dua watak
KL Gangster Malek
Ombak Rindu Hariz
2012 Ngorat Arjuna Kasih aka A.K
Prince Of The City Iskandar Yaakob
Shh...Dia Datang Edd Dibatalkan
2013 KL Gangster 2 Malek
Lari Khaliff
Kerat 14 Haziq
Dampak Idrus
2014 Abang Long Fadil Malek
Supersquad The Movie Laksamana Aaron (suara)
Tembus Hari
2015 Romeo Kota Koperal Detektif Romi Juga sebagai pengarah
Suamiku, Encik Perfect 10 Zarief Daniel
Voluptas
2016 Special Female Force Presiden Filem Hong Kong
2017 Kau Yang Satu Taufik
2018 Tik Tik Tik Kapten Lee Wei Peranan pertama untuk filem Kollywood
Operasi X ASP Redzuan
2019 Undercover Punch and Gun Top Filem Hong Kong
2020 Tyickoouns Tycoon Sobeer
2021 Selamat Hari X Jadi Bapa Hani
Dekatnya Cinta Adam Mukhriz
2023 Budak Flat Boss X
Sayu Yang Syukur Qudaim Sebagai pengarah
2024 The Experts Selamatkan Raya Sharif Filem pendek
Sheriff: Narko Integriti Tony Ifrit
The Experts Sharif
TBA Baran Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001–2002 Cinta Bollywood Shahril MediaCorp Suria Drama pertama
2001 A War Diary
2002 Jeritan Sepi Bob
2002–2005 Heartlanders Koperal Jamal Salleh
2003 Lightyears Peter Xavier
Garisan Takdir
Living With Lydia The Prince
2004 Suspek
Phua Chu Kang (Musim 6) Yusof Ahmad Episod: "Citizen Phua"
Permintaan Aishah
Missing
Leftenan Adnan - A Life Story Adnan Saidi
Haryati (Musim 2) TV2
2005 My Sassy Neighbour (Musim 1) Mediacorp Suria 1 episod
Sumayyah TV1
2006 Janji Diana Haikal TV2
Cinta Q Ikmal Mediacorp Suria
2007 Police & Thief (Musim 4) Ahmad Episod: "The Hole"
Emil Emilda Emil / Nik Batista TV3
2008 Sadiq & Co Ariff Sadiq Mediacorp Suria
Bulan Bertemu Matahari Adam TV1
2009 Cinta Gila Malik Astro Prima
Rahsia Hati Syamir
Kasih Tercipta Shark Astro Ria
2010 Habil & Qabil Habil Najmi TV3
2011 Nora Elena Seth Tan
Hilang Doktor TV9 Penampilan khas
Stanza Cinta Irfan Ikmal TV3
Jiwa & Lara Zaman
Tahajjud Cinta Iskandar
2011–2012 Karma Qayyum TV9
2012 Metro Skuad (Musim 1) Frankie TV2 Episod: "Dendam"
Adam & Hawa Adam Mukhriz Astro Mustika HD
Tanah Kubur (Musim 4) Syamsul Astro Oasis Episod: "Ibu Ampunkan Aku"
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Dino TV2 Pelakon undangan
2013 Oh My English! (musim ke-2) Cikgu Malik Astro TVIQ
2014 Tentang Hati Zakuan TV2
Kusinero Cinta Chef Syed Izmir Astro Mustika HD
2015 Dan Calonnya Adalah (Musim 2) Aris Tonton Siri web
Tuan Anas Mikael Tuan Anas Mikael Astro Ria
2016 Isteri Tuan Ihsan Tuan Ihsan Iskandar
2017 Black Belt Kaler Pink Ash Astro Warna
My Darling, Inspektor Daniel Inspektor Daniel Astro Ria
Meet the MP (Musim 1) Danial Razali MP Mediacorp Saluran 5
2019 Meet the MP (Musim 2)
Jodoh-jodoh Annisa Nizam Astro Prima
Patah Sayap Bertongkat Paruh Doktor Bakri Astro Ria
2020 Jalan Sesat Ke Syurga Hamzah Astro Prima
2021 Saga Andy Mediacorp Suria, Astro Ria
2021–2022 Gerak Khas Undercover Zaki TV3
2022 Suamiku Lelaki Pendosa Dean Ilyas
Takdir Cinta Dhia Fayyad Astro Prima
2023 Derhaka Sebuah Cinta Azmir Astro Ria
Tanah Kubur (Musim 16) Syamil Astro Oasis Episod: "Cinta Ular, Zalim Kucing"
2024 Rindu Kekasihmu Untuk Dia Haikal TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 3 Dol Lokman/Chokmat Mediacorp Saluran 5 Telefilem pertama
2007 Cahaya Hati Jeffri TV3
2009 Cinta Lelong Azrul Astro Ria
2010 Cinta Akhbar Ashraf TV9
30 Hari Mengenali Cinta Ari Astro Ria
Santau Keramat Najmi
2011 Kekasih Awal & Akhir Awal TV9 Sebagai pengarah
2013 Anugerah Dendam Yang Terindah Azman Astro First Ekslusif
2015 Cinta Paling Agung Khairi
Tak Nak Balik Raya Omar Astro Ria
2018 Jodoh Hak Milik Allah Hans Astro First Eksklusif
Renyai Takbir Raya Rais Astro Raya HD
2020 6 Hari Ismal Astro Citra
Mak Cun Anjung Orang Kita TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013–2014 Fear Factor Malaysia Pengacara Astro Ria
2013 E! Special: Aaron Aziz Dirinya sendiri E!
Aaron & Zizan: Raya Sampai Pengsan Astro Ria
2014 Aaron & Zizan: Raya Seram Sejuk
2018 Oh My Family!
2019 Masak Apa Tu? TV3 bersama isterinya
All Stars Buka Panggung Peserta Astro Warna
2023 Mic On! Selebriti Juri Awesome TV
Nona Dirinya sendiri TV3 Segmen Artis Throwback

Videografi

Muzik video

Tahun Tajuk Lagu Penyanyi
2012 "Untuk Dia" Siti Saleha, Najwa Latif & Sleeq

Diskografi

Single
Tahun Tajuk lagu Penyanyi Ruj.
2012 "Salam Semua" Sleeq dan Dato' Aaron Aziz

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2002 Pesta Perdana (Suria, Singapura) Pelakon Terbaik di dalam Watak Pembantu "(Cinta Bollywood)" Menang
2003 Artis Paling Popular "(Garisan Takdir)" Menang
2004 Top 3 Artis Paling Popular "(Permintaan Aishah & Leftenan Adnan - A Life Story)" Menang
2005 Persembahan Komedi Terbaik "(Dol & Minah Nak Kahwin)" Menang
Artis Lelaki Paling Popular "(Dol & Minah Nak Kahwin)" Menang
2007 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2010 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Seksi Tercalon
Anugerah Skrin 2010 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem "(Evolusi KL Drift 2)" Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2011 Anugerah Skrin 2011 Pelakon Lelaki Terbaik Filem "(KL Gangster)" Tercalon
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan Selebriti Favourite Tercalon
Anugerah Kacak Menang
Anugerah Hot Papa Menang
Anugerah Seksi Lelaki Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Artis Lelaki Paling Popular Online Menang
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
Bintang Paling Popular Menang
Anugerah Blokbuster Anugerah Hero Terhebat "(KL Gangster)" Tercalon
Anugerah Hero Terhebat "(Ombak Rindu)" Tercalon
Anugerah Hero Terhebat "(Datin Ghairah)" Tercalon
2012 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Seksi Tercalon
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Tercalon
Anugerah Skrin 2012 Pelakon Lelaki Terbaik Filem "(Ombak Rindu)" Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
Anugerah Shout! Pasangan Terbaik di Layar (dengan Maya Karin) "(Ombak Rindu)" Tercalon
Pasangan Terbaik di Layar (dengan Zizan Razak) "(KL Gangster)" Tercalon
Anugerah Selebriti Lelaki Popular Menang
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
Bintang Paling Popular Menang
Anugerah Shout! Anugerah Selebriti Lelaki Popular Menang
2014 Anugerah MeleTOP Era 2014 Bintang Filem MeleTOP Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era Bintang Online MeleTOP Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2016 Anugerah MeleTOP Era Bintang Filem MeleTOP Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
Anugerah Telenovela Pelakon Lelaki Terbaik Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Izara Aishah) Tercalon
2023 Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 Pelakon Lelaki Terbaik (Suamiku Lelaki Pendosa) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 Couple Filem Popular (Dekatnya Cinta) Menang

Darjah kebesaran

Pada 16 Disember 2017, beliau bersama-sama dengan Farid Kamil telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 16 Disember 2017 yang membawa gelaran Dato' sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.

    Penghargaan Malaysia

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Aaron Aziz Kehidupan awalAaron Aziz KerjayaAaron Aziz Kehidupan peribadiAaron Aziz FilemografiAaron Aziz VideografiAaron Aziz DiskografiAaron Aziz Anugerah dan pencalonanAaron Aziz Darjah kebesaranAaron Aziz RujukanAaron Aziz Pautan luarAaron AzizDarjah Indera Mahkota PahangDatuk (gelaran)MalaysiaPhua Chu KangSingapuraTelevisyen Singapura

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Persatuan Negara-negara Asia TenggaraKata sendi (bahasa Melayu)Marsyal TUDMUsul al-FiqhTadau KaamatanPemancutan maniSharnaaz AhmadPeristiwa 13 MeiFahmi FadzilBendera MalaysiaTerlanjur Cinta (drama web)Sultan Mizan Zainal AbidinPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Fadhlina SidekAliff AzizMustaqim BahadonHutan hujan Semenanjung MalaysiaKuala TerengganuPerang PadriSiti NurhalizaKesan rumah hijauHuruf syamsiah dan qamariahZodiakNombor dalam budaya CinaSejarah SingapuraParti Rakyat India MalaysiaAsia TenggaraAgustaWestlandGerak KhasTunku Ismail ibni Sultan IbrahimPolitik balas budiGolongan kata (bahasa Melayu)Farouk HussainAcryl Sani Abdullah SaniKerana Dia SukaNasi kerabuBuliKetupat palasSenarai bank di MalaysiaOrang Cina MalaysiaHulu LangatHannah DelishaGeografi JohorRisteena MunimTentera Laut Diraja MalaysiaHassan MaricanMia KhalifaAbby AbadiRita NadiraMelur Untuk Firdaus (musim 2)Kata namaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSurah Al-InsyirahPulau PinangTulisan JawiErry PutraIman TroyePrivate BodyguardKadazan-DusunMs PuiyiShuib SepahtuKalki 2898 ADDewan Negeri SelangorYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanKadet Remaja Sekolah MalaysiaKerajaan Persekutuan MalaysiaJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaRinggitRukun IslamPasukan Gerakan AmAndai Itu TakdirnyaGanjaKata kerja transitifSunan DrajatHawa RizwanaKata adjektifRespirasi selPenggunaMetodologi🡆 More