Kanun Keseksaan: Akta jenayah di Malaysia

Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574) ialah suatu akta yang digubal bagi memboleh seseorang ini diseksa atas kesabitan jenayah.

Ada dua perkara yang membolehkan kanun ini diguna pakai:-

1.Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan dalam Malaysia.
Tiap tiap orang bolehlah dikenakan seksaan di bawah Kanun ini dan tidak di bawah mana-mana undang-undang lain bagi tiap-tiap perbuatan atau ketinggalan yang berlawan dengan peruntukannya yang dilakukannya di dalam Malaysia.

2.Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia tetapi boleh di sisi undang-undang dibicarakan di dalam Malaysia.
Seseorang yang di sisi undang-undang kena dibicarakan kerana suatu kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia hendaklah dibicarakan menurut peruntukan Kanun ini kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan di luar Malaysia sama seolah-olah perbuatan itu dilakukan dalam Malaysia.

Pembahagian Akta

(Hingga 15 Jan 2021)

Akta 574 ini dibahagikan kepada 23 Bab yang meliputi 511 seksyen:-

Bab I: Permulaan

    1. Tajuk ringkas
    2. Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan dalam Malaysia
    3. Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia tetapi boleh di sisi undang-undang dibicarakan dalam Malaysia
    4. Peluasan Kanun kepada kesalahan-kesalahan di luar negeri
    5. Setengah-tengah undang-undang tidak disentuh oleh Kanun ini

Bab II: Huraian Am

    6. Takrif-takrif dalam Kanun ini difahamkan tertakluk kepada kecualian-kecualian
    7. Perkataan sekali dihuraikan adalah digunakan dengan makna yang sama pada seluruh Kanun ini
    8. "Jenis"
    9. "Bilangan"
    10. "Lelaki" dan "perempuan"
    11. "Orang"
    12. "Awam"
    13. (Dimansuhkan)
    14-16. (Tidak ada)
    17. "Kerajaan"
    18. (Tidak ada)
    19. "Hakim"
    20. "Mahkamah"
    21. "Penjawat awam"
    22. "Harta alih"
    23. "Kedapatan salah" dan "kehilangan salah"
    24. "Dengan curang"
    25. "Dengan tipuan"
    26. "Sebab mempercayai"
    27. "Harta dalam milik isteri, kerani atau orang gaji"
    28. "Lancung"
    29. "Dokumen"
    30. "Cagaran berharga"
    31. "Wasiat"
    32. Perkataan yang berkenaan dengan perbuatan termasuklah ketinggalan yang menyalahi undang-undang
    33. "Perbuatan" dan "ketinggalan"
    34. Tiap-tiap seorang daripada beberapa orang bertanggung atas suatu perbuatan yang dilakukan oleh semuanya seolah-olah dilakukan olehnya seorang
    35. Bila suatu perbuatan itu menjadi jenayah oleh sebab dilakukan dengan pengetahuan atau niat jenayah
    36. Kejadian yang disebabkan sebahagiannya dengan perbuatan dan sebahagiannya dengan ketinggalan
    37. Kerjasama dengan melakukan satu daripada beberapa perbuatan menjadi suatu kesalahan
    38. Beberapa orang yang mengambil bahagian dalam melakukan suatu perbuatan jenayah boleh jadi melakukan kesalahan-kesalahan yang berlainan
    39. "Dengan sengaja"
    40. "Kesalahan"
    41-42. (Tidak ada)
    43. "Haram", "menyalahi undang-undang" dan "terikat di sisi undang-undang untuk membuat"
    44. "Bencana"
    45. "Nyawa"
    46. "Kematian"
    47. "Haiwan"
    48. "Perahuan"
    49. "Tahun" dan "bulan"
    50. "Seksyen"
    51. "Sumpah"
    52. "Suci hati"
    52A. "Kesalahan tidak berat"
    52B. "Kesalahan berat"

Bab III: Hukuman

    53-55. (Dimansuhkan)
    56. (Tidak ada)
    57. Bahagian-bahagian tempoh seksaan
    58. (Tidak ada)
    59-60. (Dimansuhkan)
    61-62. (Tidak ada)
    63-64. (Dimansuhkan)
    65. (Tidak ada)
    66-70. (Dimansuhkan)
    71. Had seksaan bagi kesalahan-kesalahan yang mengandungi beberapa kesalahan
    72. Seksaan bagi seseorang yang didapati salah kerana melakukan satu daripada beberapa kesalahan, manakala hukuman menyatakan bahawa adalah waswas yang mana satu daripadanya
    73-74. (Dimansuhkan)
    75. Seksaan selepas sabitan yang dahulu bagi orang-orang yang disabitkan kesalahan yang boleh diseksa dengan tiga tahun penjara
    75A. Seksaan pemenjaraan mandatori bagi pesalah berulang yang melakukan kesalahan berat

Bab IV: Kecualian Am

    76. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang terikat, atau oleh sebab silap faham nyataan percaya dirinya terikat, di sisi undang-undang
    77. Perbuatan Hakim bila bertindak secara kehakiman
    78. Perbuatan yang dilakukan menurut hukuman atau perintah Mahkamah
    79. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang diwajarkan, atau oleh sebab silap faham nyataan percaya dirinya diwajarkan, di sisi undang-undang
    80. Melakukan dengan tidak sengaja perbuatan yang sah di sisi undang-undang
    81. Perbuatan yang mungkin menyebabkan kerosakan tetapi dilakukan dengan tiada niat jenayah, dan bagi menahan lain-lain kerosakan
    82. Perbuatan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun
    83. Perbuatan kanak-kanak yang berumur lebih daripada 10 tahun tetapi kurang daripada 12 tahun yang belum mencapai kematangan pemahaman yang mencukupi
    84. Perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal
    85. Bila mabuk menjadi suatu pembelaan
    86. Pembelaan mabuk bila dipastikan
    87. Perbuatan yang tidak dimaksud dan tidak diketahui sebagai mungkin menyebabkan kematian atau cedera parah, dilakukan dengan kerelaan
    88. Perbuatan yang tidak dimaksud bagi menyebabkan kematian, dilakukan dengan kerelaan dengan suci hati untuk faedah seseorang
    89. Perbuatan dilakukan dengan suci hati untuk faedah kanak-kanak atau orang yang tidak sempurna akal, oleh atau dengan kerelaan penjaga
    90. Kerelaan yang diketahui diberi dalam keadaan takut atau salah faham dan kerelaan kanak-kanak atau seseorang yang tidak sempurna akal
    91. Perbuatan yang sendirinya menjadi kesalahan dengan tidak bergantung kepada kerosakan yang disebabkan kepada orang yang memberi kerelaan, tidak termasuk dalam kecualian dalam seksyen 87, 88 dan 89
    92. Perbuatan dilakukan dengan suci hati untuk faedah seseorang dengan tiada kerelaan
    93. Permakluman dibuat dengan suci hati
    94. Perbuatan yang seseorang terpaksa melakukan oleh ugutan
    95. Perbuatan yang menyebabkan kerosakan kecil
    Hak Pertahanan Persendirian
    96. Apa-apa jua yang dilakukan dalam pertahanan persendirian tidak menjadi suatu kesalahan
    97. Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh dan harta
    98. Hak pertahanan persendirian terhadap perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal
    99. Perbuatan yang tiada hak pertahanan persendirian terhadapnya
    100. Bila hak pertahanan persendirian mengenai tubuh termasuk menyebabkan kematian
    101. Bila hak itu menyebabkan apa-apa kerosakan yang lain daripada kematian
    102. Bila hak pertahanan persendirian mengenai tubuh bermula dan masih ada
    103. Bila hak pertahanan persendirian mengenai harta termasuk menyebabkan kematian
    104. Bila hak itu menyebabkan apa-apa kerosakan yang lain daripada kematian
    105. Bila hak pertahanan persendirian mengenai harta bermula dan masih ada
    106. Hak pertahanan persendirian terhadap serangan yang boleh menyebabkan kematian bila ada bahaya kerosakan kepada seseorang yang tidak bersalah

Bab V: Subahat

    107. Persubahatan sesuatu perkara
    108. Pensubahat
    108A. Persubahatan dalam Malaysia bagi kesalahan-kesalahan di luar Malaysia
    109. Seksaan bagi persubahatan jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan oleh sebabnya, dan jika tiada peruntukan yang nyata dibuat bagi seksaannya
    110. Seksaan bagi persubahatan jika orang yang disubahati itu melakukan perbuatan dengan niat yang lain daripada niat pensubahat
    111. Tanggungan pensubahat bila suatu perbuatan disubahati dan suatu perbuatan yang lain dilakukan
    112. Bila pensubahat bertanggung seksaan terkumpul bagi perbuatan disubahati dan bagi perbuatan yang dilakukan
    113. Tanggungan pensubahat kerana suatu kesalahan yang disebabkan oleh perbuatan yang disubahati itu lain daripada yang dimaksudkan oleh pensubahat
    114. Pensubahat ada hadir manakala kesalahan dilakukan
    115. Persubahatan suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan kematian atau penjara seumur hidup
    116. Persubahatan suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara
    117. Bersubahat bagi suatu kesalahan yang dilakukan oleh orang awam, atau oleh seramai lebih daripada sepuluh orang
    118. Menyembunyikan suatu rancangan hendak melakukan suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan kematian atau penjara seumur hidup
    119. Penjawat awam menyembunyikan suatu rancangan hendak melakukan suatu kesalahan yang mana adalah kewajipannya mencegah
    120. Menyembunyikan suatu rancangan hendak melakukan suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara

Bab VA: Pakat Jahat Jenayah

    120A. Takrif konspirasi jenayah
    120B. Seksaan bagi konspirasi jenayah

Bab VI: Kesalahan-Kesalahan terhadap Negara

    121. Melancarkan atau cuba untuk melancarkan perang atau bersubahat dalam melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri
    121A. Kesalahan-kesalahan terhadap tubuh Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri
    121B. Kesalahan-kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri
    121C. Bersubahat bagi kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 121A dan 121B
    121D. Sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai kesalahan-kesalahan terhadap seksyen 121, 121A, 121B atau 121C oleh seseorang yang terikat untuk memberitahu
    122. Mengumpulkan senjata, dsb., dengan niat hendak melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri
    123. Menyembunyikan dengan niat hendak menyenangkan rancangan bagi melancarkan perang
    124. Menyerang Ahli Parlimen, dsb., dengan niat hendak memaksa atau menghalang apa-apa kuasa yang sah di sisi undang-undang dijalankan
    124A. (Dimansuhkan)
    124B. Aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen
    124C. Cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen
    124D. Percetakan, penjualan, dsb., suratan dan penerbitan yang menjejaskan demokrasi berparlimen
    124E. Mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya suratan dan penerbitan yang menjejaskan demokrasi berparlimen
    124F. Membawa masuk suratan dan penerbitan yang menjejaskan demokrasi berparlimen
    124G. Pengeposan plakad, dsb.
    124H. Penyebaran maklumat
    124I. Penyebaran laporan palsu
    124J. Penerimaan suratan dan penerbitan yang menjejaskan demokrasi berparlimen
    124K. Sabotaj
    124L. Cubaan untuk melakukan sabotaj
    124M. Pengintipan
    124N. Cubaan untuk melakukan pengintipan
    125. Melancarkan perang terhadap mana-mana kuasa yang dalam perikatan dengan Yang di-Pertuan Agong
    125A. Melindungi atau cuba melindungi mana-mana orang dalam Malaysia atau orang yang menetap di luar Negeri berperang atau bermusuh dengan Yang di-Pertuan Agong
    126. Melakukan penjarahan dalam wilayah mana-mana kuasa yang berdamaian dengan Yang di-Pertuan Agong
    127. Menerima harta yang diambil dengan jalan perang atau penjarahan yang tersebut dalam seksyen 125 dan 126
    128. Penjawat awam dengan sengaja membiarkan orang tawanan Negara atau tawanan perang di bawah jagaannya lari
    129. Penjawat awam dengan cuai membiarkan orang tawanan Negara atau tawanan perang di bawah jagaannya lari
    130. Membantu orang tawanan itu lari, melepaskan atau melindunginya
    130A. Tafsiran Bab ini

Bab VIA: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Keganasan

    130B. Tafsiran berkenaan Bab ini
    Penindasan kepada Perbuatan Keganasan dan Sokongan kepada Perbuatan Keganasan
    130C. Melakukan perbuatan keganasan
    130D. Menyediakan peranti kepada kumpulan pengganas
    130E. Merekrut orang supaya menjadi anggota kumpulan pengganas atau mengambil bahagian dalam perbuatan keganasan
    130F. Menyediakan latihan dan tunjuk ajar kepada kumpulan pengganas dan orang yang melakukan perbuatan keganasan
    130FA. Menerima latihan dan tunjuk ajar daripada kumpulan pengganas dan orang yang melakukan perbuatan keganasan
    130FB. Kehadiran di sesuatu tempat yang digunakan bagi latihan keganasan
    130G. Mengapikan, menggalakkan atau meminta harta bagi melakukan perbuatan keganasan
    130H. Menyediakan kemudahan bagi menyokong perbuatan keganasan
    130I. Mengarahkan aktiviti kumpulan pengganas
    130J. Mencari atau memberi sokongan kepada kumpulan pengganas atau perbuatan keganasan
    130JA. Membuat perjalanan ke, menerusi atau dari Malaysia untuk melakukan perbuatan keganasan di sesuatu negara asing atau mana-mana bahagian sesuatu negara asing
    130JB. Mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya, mengadakan, mempamerkan, mengagihkan atau menjual apa-apa barang yang dikaitkan dengan mana-mana kumpulan pengganas atau perbuatan keganasan
    130JC. Kesalahan membina, melengkapkan atau menghantar mana-mana kenderaan, atau mengeluarkan atau menghantarserahkan apa-apa tempahan bagi mana-mana kenderaan, dengan niat atau pengetahuan atau dengan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kenderaan itu akan digunakan dalam atau oleh suatu kumpulan pengganas untuk memajukan aktiviti sesuatu kumpulan pengganas atau untuk melakukan sesuatu perbuatan keganasan
    130JD. Melibatkan diri dalam apa-apa kelakuan sebagai persediaan bagi melakukan sesuatu perbuatan keganasan atau untuk membantu seseorang yang lain untuk melakukan sesuatu perbuatan keganasan
    130K. Melindungi orang yang melakukan perbuatan keganasan
    130KA. Anggota suatu kumpulan pengganas
    130L. Konspirasi jenayah
    130M. Sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat berkenaan dengan perbuatan keganasan
    Penindasan kepada Pembiayaan Perbuatan Keganasan
    130N. Menyediakan atau mengumpul harta untuk perbuatan keganasan
    130O. Menyediakan perkhidmatan bagi maksud keganasan
    130P. Menyusun atur untuk pembendungan atau kawalan harta pengganas
    130Q. Berurus niaga dengan harta pengganas
    130QA. Menerima suapan untuk memudahkan atau membolehkan perbuatan keganasan
    130R. Sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat berkenaan dengan harta pengganas
    130S. Sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat berkenaaan dengan kesalahan pembiayaan keganasan
    130T. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
    130TA. Bukan pemakaian Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 dan seksyen 173A, 293 dan 294 Kanun Tatacara Jenayah

Bab VIB: Jenayah Terancang

    130U. Tafsiran berkenaan Bab ini
    130V. Anggota suatu kumpulan jenayah terancang
    130W. Membantu suatu kumpulan jenayah terancang
    130X. Melindungi anggota suatu kumpulan jenayah terancang
    130Y. Bergaul dengan suatu kumpulan jenayah terancang
    130Z. Merekrut orang supaya menjadi anggota suatu kumpulan jenayah terancang
    130ZA. Mengambil bahagian dalam suatu kumpulan jenayah terancang
    130ZB. Menerima suapan untuk memudahkan atau membolehkan aktiviti jenayah terancang
    130ZC. Menambahkan seksaan bagi kesalahan yang dilakukan oleh suatu kumpulan jenayah terancang atau anggota suatu kumpulan jenayah terancang

Bab VII: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Angkatan Tentera

    131. Bersubahat dalam dahagi, atau cuba untuk menggoda askar atau kelasi daripada kewajipannya
    132. Persubahatan bagi dahagi, jika dahagi dilakukan oleh sebab persubahatan itu
    133. Persubahatan bagi suatu serangan yang dilakukan oleh askar atau kelasi ke atas pegawai atasannya, manakala ia menjalankan jawatannya
    134. Persubahatan bagi sesuatu serangan jika serangan itu dilakukan
    135. Persubahatan dalam tinggal-tugas oleh askar, kelasi atau penerbang
    136. Melindungi orang tinggal-tugas
    137. Orang tinggal-tugas bersembunyi dalam perahuan dagangan oleh sebab kecuaian nakhoda
    138. Persubahatan bagi perbuatan ingkar-perintah oleh askar, kelasi atau penerbang
    139. Orang-orang yang tertakluk undang-undang Angkatan Tentera tidaklah boleh diseksa di bawah Kanun ini
    140. Memakai pakaian askar, kelasi atau penerbang
    140A. "Melindungi"
    140B. Pemakaian Bab VII

Bab VIII: Kesalahan-Kesalahan terhadap Ketenteraman Awam

    141. Perhimpunan yang menyalahi undang-undang
    142. Menjadi seorang anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang
    143. Seksaan
    144. Memiliki senjata-senjata atau misil-misil di perhimpunan yang menyalahi undang-undang
    145. Masuk atau masih berada dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan mengetahui bahawa perhimpunan itu telah diperintah bersurai
    146. Kekerasan digunakan oleh seseorang anggota pada menjalankan tujuan bersama
    147. Seksaan kerana merusuh
    148. Memiliki senjata-senjata atau misil-misil dalam rusuhan
    149. Tiap-tiap anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang disifat melakukan kesalahan yang dilakukan pada menjalankan tujuan bersama
    150. Mengupah atau membiarkan orang-orang diupah supaya masuk perhimpunan yang menyalahi undang-undang
    151. Dengan mengetahui masuk atau masih berada dalam mana-mana perhimpunan seramai lima orang atau lebih selepas perhimpunan itu diperintah bersurai
    152. Menyerang atau menggalang penjawat awam manakala ia memadamkan rusuhan, dsb.
    153. Dengan buasnya mendatangkan bangkitan-marah dengan niat menyebabkan rusuhan
    153A. (Dimansuhkan)
    154. Empunya atau penghuni tanah di mana suatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang diadakan
    155. Tanggungan orang yang untuk faedahnya rusuhan dilakukan
    156. Tanggungan wakil empunya atau penghuni yang untuk faedahnya rusuhan dilakukan
    157. Melindungi orang-orang yang diupah untuk sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang
    158. Diupah bagi mengambil bahagian dalam perhimpuan yang menyalahi undang-undang atau rusuhan, atau bersenjata
    159. Gaduh-gempar
    160. Seksaan kerana melakukan gaduh-gempar

Bab IX: Kesalahan-Kesalahan oleh Penjawat-Penjawat Awam atau yang Berkenaan dengan Mereka

    161. Penjawat awam menerima suapan kecuali bayaran di sisi undang-undang berkenaan dengan sesuatu perbuatan rasmi
    162. Menerima suapan dengan cara tak jujur atau menyalahi undang-undang bagi mempengaruhi seseorang penjawat awam
    163. Menerima suapan bagi menjalankan pengaruh peribadi atas seseorang penjawat awam
    164. Seksaan bagi penjawat awam kerana persubahatan bagi kesalahan yang ditakrifkan di atas
    165. Penjawat awam menerima benda yang berharga, dengan tiada balasan, daripada orang yang ada kena-mengena dalam apa-apa prosiding atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam itu
    166. Penjawat awam mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyebabkan bencana kepada seseorang
    167. Penjawat awam membentuk suratan yang tidak betul dengan niat hendak menyebabkan bencana
    168. Penjawat awam mengambil bahagian dalam perniagaan dengan menyalahi undang-undang
    169. Penjawat awam membeli atau menawar membeli harta dengan menyalahi undang-undang
    170. Menyamar sebagai penjawat awam
    171. Memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan oleh penjawat awam dengan niat hendak menipu

Bab X: Menghinakan Kuasa yang Sah di Sisi Undang-Undang bagi Penjawat-Penjawat Awam

    172. Melarikan diri bagi mengelakkan daripada disampaikan saman atau lain-lain surat perintahan daripada penjawat awam
    173. Menahan daripada disampaikan saman atau lain-lain surat perintahan atau menahannya daripada disiarkan
    174. Tidak menurut perintah seseorang penjawat awam bagi menghadirkan diri
    175. Seseorang yang terikat di sisi undang-undang mengemukakan suratan itu kepada penjawat awam meninggalkan daripada berbuat demikian itu
    176. Seseorang yang terikat di sisi undang-undang memberi pengetahuan atau maklumat kepada penjawat awam meninggalkan daripada berbuat demikian itu
    177. Memberi maklumat palsu
    178. Enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki oleh penjawat awam
    179. Enggan menjawab soalan penjawat awam yang berkuasa menyoal
    180. Enggan menandatangani kenyataan
    181. Membuat kenyataan palsu dengan sumpah kepada penjawat awam atau kepada orang yang diberi kuasa mentadbirkan sumpah
    182. Maklumat palsu, dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang lain
    183. Tentangan terhadap pengambilan harta atas kuasa yang sah di sisi undang-undang daripada seseorang penjawat awam
    184. Menggalang jualan harta yang ditawarkan untuk jualan atas kuasa yang sah di sisi undang-undang daripada seseorang penjawat awam
    185. Membeli atau menawar membeli dengan menyalahi undang-undang harta yang ditawarkan untuk jualan atas kuasa seseorang penjawat awam
    186. Menggalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya
    187. Meninggalkan daripada menolong penjawat awam manakala terikat di sisi undang-undang supaya memberi pertolongan
    188. Mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam
    189. Ugutan bencana kepada penjawat awam
    190. Ugutan bencana bagi mendorong seseorang supaya jangan membuat permintaan untuk perlindungan kepada penjawat awam

Bab XI: Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan terhadap Keadilan Awam

    191. Memberi keterangan palsu
    192. Mereka keterangan palsu
    193. Seksaan bagi keterangan palsu
    194. Memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat hendak mendapat sabitan atas kesalahan hukum bunuh
    195. Memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat hendak mendapat sabitan atas kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara
    196. Menggunakan keterangan yang diketahui sebagai palsu
    197. Mengeluarkan atau menandatangani perakuan palsu
    198. Menggunakan perakuan palsu tentang sesuatu perkara mustahak sebagai perakuan yang benar
    199. Kenyataan palsu yang dibuat dalam sesuatu akuan yang boleh diterima di sisi undang-undang sebagai keterangan
    200. Menggunakan sebagai benar sesuatu akuan yang tersebut itu yang diketahui sebagai palsu
    201. Menyebabkan hilangnya keterangan mengenai sesuatu kesalahan yang dilakukan, atau memberi maklumat palsu mengenai kesalahan itu, bagi mengelakkan pesalah daripada seksaan
    202. Seseorang yang terikat memberi maklumat mengenai sesuatu kesalahan dengan sengaja meninggalkan daripada berbuat demikian itu
    203. Memberi maklumat palsu mengenai sesuatu kesalahan yang telah dilakukan
    203A. Mendedahkan maklumat
    204. Membinasakan suratan bagi mengelakkannya daripada dikemukakan sebagai keterangan
    205. Menyamar dengan palsunya bagi maksud sesuatu perbuatan atau prosiding dalam sesuatu guaman
    206. Mengalih atau menyembunyikan harta dengan tipuan bagi mengelakkan ia daripada diambil sebagai rampasan atau diambil bagi melaksanakan sesuatu dikri
    207. Tuntutan tipuan atas harta bagi mengelakkan ia daripada diambil sebagai rampasan atau bagi melaksanakan sesuatu dikri
    208. Dengan tipuan membiarkan dikri kerana tuntutan sesejumlah wang yang tidak terhutang
    209. Membuat tuntutan palsu dengan curang di hadapan Mahkamah
    210. Mendapat dengan tipuan suatu dikri kerana tuntutan sesejumlah wang yang tidak terhutang
    211. Membuat pertuduhan palsu atas kesalahan dengan niat hendak membencana
    212. Melindungi pesalah
    213. Mengambil hadiah, dsb., bagi mengelakkan pesalah daripada seksaan
    214. Menawarkan hadiah atau pemulangan harta sebagai balasan bagi mengelakkan pesalah daripada seksaan
    215. Mengambil hadiah kerana menolong mendapatkan balik harta curi, dsb.
    216. Melindungi pesalah yang telah lari dari jagaan, atau yang telah diperintah supaya ditangkap
    216A. Melindungi perompak-perompak atau kumpulan perompak, dsb.
    216B. "Melindungi"
    217. Penjawat awam mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyelamatkan orang daripada seksaan, atau harta daripada dirampas
    218. Penjawat awam membentuk suatu rekod atau tulisan yang tidak betul dengan niat hendak menyelamatkan orang daripada seksaan, atau harta daripada dirampas
    219. Penjawat awam membuat dalam prosiding kehakiman suatu perintah, laporan, dsb., dengan cara tak jujur yang ia ketahui berlawanan dengan undang-undang
    220. Hukuman supaya dibicarakan atau hukuman supaya dikurung yang dibuat oleh seseorang yang berkuasa yang ketahui bahawa ia berbuat hukuman itu berlawanan dengan undang-undang
    221. Penjawat awam yang terikat di sisi undang-undang menangkap seseorang dengan sengaja meninggalkan daripada menangkap orang itu
    222. Penjawat awam yang terikat di sisi undang-undang menangkap orang yang telah dijatuhkan hukum oleh Mahkamah dengan sengaja meninggalkan daripada menangkap orang itu
    223. Penjawat awam dengan cuainya membiarkan seseorang lari dari pengurungan dan memudahkan atau membolehkan apa-apa perbuatan keganasan, dsb.
    224. Tentangan atau galangan oleh seseorang terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang atas dirinya
    225. Tentangan atau galangan terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang atas seseorang lain
    225A. Penjawat awam meninggalkan daripada menangkap atau membiarkan orang-orang lari dalam hal-hal yang tidak ada diperuntukkan
    225B. Kesalahan terhadap undang-undang Malaysia jika tiada seksaan khas diperuntukkan
    226. (Dimansuhkan)
    227. Melanggar syarat pengurangan seksaan
    228. Dengan sengaja memberi aib atau gangguan kepada penjawat awam yang sedang menjalankan prosiding kehakiman pada mana-mana peringkat
    229. Menyamar sebagai juri atau pengapit hakim

Masliana binte mohd nazar

Bab XII: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Setem Kerajaan dan Duit

    230. Interpretasi
    231. (Dimansuhkan)
    232. Melancung duit
    233. (Dimansuhkan)
    234. Membuat atau menjual alat bagi melancung duit
    235. Memiliki alat atau benda untuk digunakan bagi melancung duit
    236. Bersubahat dalam Malaysia duit dilancung di luar Malaysia
    237. (Dimansuhkan)
    238. Mengimport atau mengeksport lancungan duit
    239. (Dimansuhkan)
    240. Menyerahkan duit, yang dimiliki dengan mengetahuinya sebagai lancung
    241. Menyerahkan kepada seseorang lain duit sebagai tulen yang pada mula-mula dimiliki, orang yang menyerahkan itu tidak ketahui sebagai lancung
    242. (Dimansuhkan)
    243. Seseorang memiliki duit dengan mengetahuinya sebagai lancung pada waktu ia mula-mula memilikinya
    244-245. (Tidak ada)
    246. (Dimansuhkan)
    247. Dengan tipuan atau dengan curangnya mengurangkan berat atau mengubah campuran duit
    248. (Dimansuhkan)
    249. Mengubah rupa duit dengan niat supaya duit itu laku sebagai duit jenis yang lain
    250. (Dimansuhkan)
    251. Menyerahkan duit yang dimiliki dengan mengetahuinya telah diubah
    252. (Dimansuhkan)
    253. Seseorang memiliki duit dengan mengetahuinya sebagai telah diubah pada waktu ia mula-mula memilikinya
    254. Menyerahkan kepada seseorang lain sebagai tulen duit yang pada mula-mula dimiliki, orang yang menyerahkan itu tidak ketahui telah diubah
    255. Melancung setem Kerajaan
    256. Memiliki alat atau benda bagi melancung setem Kerajaan
    257. Membuat atau menjual alat bagi melancung setem Kerajaan
    258. Menjual lancungan setem Kerajaan
    259. Memiliki suatu lancungan setem Kerajaan
    260. Menggunakan sebagai tulen setem Kerajaan yang diketahui sebagai lancung
    261. Memadamkan apa-apa tulisan daripada benda yang bersetem dengan setem Kerajaan, atau menanggalkan daripada suratan suatu setem yang digunakan untuknya, dengan niat hendak menyebabkan kerugian kepada Kerajaan
    262. Menggunakan setem Kerajaan yang diketahui telah digunakan dahulu
    263. Memadamkan tanda yang menunjukkan bahawa setem telah digunakan

Bab XIII: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Alat Penimbang dan Sukat

    264. Menggunakan dengan tipuan alat penimbang palsu
    265. Menggunakan dengan tipuan batu penimbang atau sukat palsu
    266. Ada memiliki alat penimbang atau sukat palsu
    267. Membuat atau menjual alat penimbang atau sukat palsu

Bab XIV: Kesalahan-Kesalahan mengenai Kesihatan, Keselamatan, Kemudahan, Kesopanan dan Akhlak Awam

    268. Kacau-ganggu awam
    269. Perbuatan cuai yang mungkin menyebabkan kejangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa
    270. Perbuatan jahat yang mungkin menyebabkan kejangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa
    271. Mengingkari aturan kuarantin
    272. Mencampur makanan atau minuman yang dimaksud untuk jualan dengan benda yang kurang baik
    273. Menjual makanan atau minuman yang berbahaya
    274. Mencampur dadah dengan benda yang kurang baik
    275. Menjual dadah yang bercampur dengan benda yang kurang baik
    276. Menjual apa-apa dadah sebagai suatu dadah atau ubatan yang lain
    277. Mengotorkan air sesuatu mata air atau kolam air awam
    278. Menjadikan udara berbahaya kepada kesihatan
    279. Memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam
    280. Menjalankan perahuan dengan gopoh
    281. Menunjukkan api isyarat, tanda atau boya palsu
    282. Membawa orang dengan jalan air untuk mendapat sewa dalam perahuan yang berlebih muatan atau yang tidak selamat
    283. Bahaya atau galangan di jalan awam atau di haluan pelayaran awam
    284. Kelakuan cuai berkenaan dengan benda beracun
    285. Kelakuan cuai berkenaan dengan api atau benda yang mudah terbakar
    286. Kelakuan cuai berkenaan dengan apa-apa benda letupan
    287. Kelakuan cuai berkenaan dengan pesawat yang ada dalam milik atau di bawah jagaan pesalah
    288. Kecuaian manakala meruntuhkan atau membaiki bangunan-bangunan
    289. Kecuaian berkenaan dengan haiwan
    290. Seksaan bagi kacau-ganggu awam
    291. Meneruskan kacau-ganggu selepas ditegah-arah supaya jangan meneruskannya
    292. Menjual, dsb., buku-buku, dsb., yang lucah
    293. Menjual, dsb., benda-benda lucah kepada orang muda
    294. Nyanyian lucah

Bab XV: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Agama

    295. Membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan
    296. Mengganggu perhimpunan yang menjalankan sembahyang
    297. Pencerobohan di tempat-tempat perkuburan, dsb.
    298. Menyebut perkataan-perkataan, dsb., dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang
    298A. Menyebabkan, dsb., di atas alasan-alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci-membenci atau niat jahat, atau memudaratkan, dsb., pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan

Bab XVI: Kesalahan-Kesalahan mengenai Tubuh Manusia

    Kesalahan-Kesalahan mengenai Nyawa
    299. Mematikan orang dengan salah
    300. Membunuh orang
    301. Mematikan orang dengan salah dengan menyebabkan kematian seseorang yang lain daripada orang yang kematiannya dimaksudkan
    302. Seksaan bagi kesalahan membunuh orang
    303. (Tidak ada)
    304. Seksaan bagi kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang
    304A. Menyebabkan kematian dengan cuai
    305. Persubahatan bagi kanak-kanak atau orang gila membunuh diri
    306. Persubahatan bagi kesalahan membunuh diri
    307. Mencuba membunuh orang
    308. Mencuba melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah
    309. Mencuba melakukan kesalahan membunuh diri
    309A. Kesalahan membunuh anak
    309B. Seksaan bagi kesalahan membunuh anak
    310-311. (Tidak ada)
    Menyebabkan Keguguran; Menyebabkan Bencana kepada Anak yang Belum Lahir; Mendedahkan Anak; dan Menyembunyikan Kelahiran
    312. Menyebabkan keguguran
    313. Menyebabkan keguguran dengan tiada kerelaan perempuan
    314. Kematian disebabkan oleh perbuatan yang dilakukan dengan niat hendak menyebabkan keguguran. Jika perbuatan dilakukan dengan tiada kerelaan perempuan
    315. Perbuatan dilakukan dengan niat hendak mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan ia mati selepas dilahirkan
    316. Menyebabkan kematian anak yang belum lahir yang telah bersifat dengan suatu perbuatan boleh terjumlah kepada kesalahan mematikan orang dengan salah
    317. Ibu bapa atau orang yang bertanggung menjaga kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua belas tahun mendedahkan dan membuang kanak-kanak itu
    318. Menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit
    Cedera
    319. Cedera
    320. Cedera parah
    321. Dengan sengaja menyebabkan cedera
    322. Dengan sengaja menyebabkan cedera parah
    323. Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera
    324. Dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya
    325. Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah
    326. Dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya
    326A. Seksaan kerana menyebabkan cedera oleh pasangan
    327. Dengan sengaja menyebabkan cedera bagi memeras harta atau bagi memaksa supaya perbuatan yang menyalahi undang-undang dilakukan
    328. Menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan racun, dsb., dengan niat hendak melakukan kesalahan
    329. Dengan sengaja parah menyebabkan cedera bagi memeras harta atau bagi memaksa supaya perbuatan yang menyalahi undang-undang dilakukan
    330. Dengan sengaja menyebabkan cedera bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan
    331. Dengan sengaja menyebabkan cedera parah bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan
    332. Dengan sengaja menyebabkan cedera bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya
    333. Dengan sengaja menyebabkan cedera parah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya
    334. Dengan sengaja menyebabkan cedera atas bangkitan-marah
    335. Menyebabkan cedera parah atas bangkitan-marah
    336. Seksaan bagi perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain
    337. Menyebabkan cedera dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain
    338. Menyebabkan cedera parah dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain
    Halangan Salah dan Pengurungan Salah
    339. Halangan salah
    340. Pengurungan salah
    341. Seksaan bagi halangan salah
    342. Seksaan bagi pengurungan salah
    343. Pengurungan salah selama tiga hari atau lebih
    344. Pengurungan salah selama sepuluh hari atau lebih
    345. Pengurungan salah mengenai orang yang mana writ untuk pembebasannya telah dikeluarkan
    346. Pengurungan salah dalam sulit
    347. Pengurungan salah bagi maksud hendak memeras harta atau hendak memaksa supaya perbuatan yang menyalahi undang-undang dilakukan
    348. Pengurungan salah bagi maksud hendak memeras pengakuan bersalah atau hendak memaksa supaya harta dipulangkan
    Kekerasan Jenayah dan Serangan
    349. Kekerasan
    350. Kekerasan jenayah
    351. Serangan
    352. Seksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah kecuali atas bangkitan-marah yang besar
    352A. Seksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah oleh pasangan
    353. Menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya
    354. Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan
    355. Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak menjatuhkan kehormatan seseorang kecuali atas bangkitan-marah yang besar
    356. Serangan atau kekerasan jenayah pada mencuba hendak mencuri harta yang ada dibawa oleh seseorang
    357. Serangan atau kekerasan jenayah pada mencuba hendak mengurung seseorang dengan salah
    358. Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah atas bangkitan-marah yang besar
    Penculikan, Melarikan Orang, Keabdian dan Kerja Paksa
    359. Penculikan
    360. Menculik dari Malaysia
    361. Menculik dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang
    362. Melarikan orang
    363. Seksaan bagi penculikan
    364. Menculik atau melarikan orang dengan tujuan hendak membunuh
    365. Menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya dengan sulit dan dengan salah
    366. Menculik atau melarikan perempuan bagi memaksa ia berkahwin, dsb.
    367. Menculik atau melarikan orang dengan tujuan hendak mengenakannya cedera parah, atau menjadikannya abdi, dsb.
    368. Menyembunyikan atau mengurung dengan salah seseorang yang diculik
    369. Menculik atau melarikan kanak-kanak yang berumur kurang daripada sepuluh tahun dengan niat hendak mencuri harta yang boleh dialih dari tubuh kanak-kanak itu
    370. Membeli atau memberikan mana-mana orang sebagai abdi
    371. Lazim memperniagakan abdi
    372. Menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan
    372A. Seseorang yang hidup hasil daripada atau perdagangkan persundalan
    372B. Mencari langganan bagi maksud persundalan
    373. Pengawalan rumah-rumah persundalan
    373A. (Dimansuhkan)
    374. Kerja paksa yang menyalahi undang-undang
    Penyanderaan tebusan
    374A. Penyanderaan tebusan
    Rogol
    375. Rogol
    375A. Suami menyebabkan cedera bagi tujuan mengadakan hubungan seks
    375B. Rogol secara berkumpulan
    376. Seksaan bagi rogol
    Sumbang mahram
    376A. Sumbang mahram
    376B. Seksaan bagi sumbang mahram
    Kesalahan-Kesalahan Luar Tabii
    377. Persetubuhan luar tabii dengan haiwan
    377A. Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii
    377B. Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii
    377C. Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan, dsb.
    377CA. Rogol yang menggunakan apa-apa objek
    377D. Melanggar kesopanan
    377E. Merangsang seorang kanak-kanak untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau

Bab XVII: Kesalahan-Kesalahan terhadap Harta

    Kesalahan Mencuri
    378. Kesalahan mencuri
    379. Seksaan bagi kesalahan mencuri
    379A. Seksaan bagi kesalahan mencuri sebuah kenderaan motor
    380. Mencuri dalam rumah kediaman, dsb.
    381. Kerani atau orang gaji mencuri harta dalam milik tuannya
    382. Mencuri setelah dibuat persiapan bagi menyebabkan kematian atau cedera dengan tujuan hendak melakukan kesalahan itu
    382A. Orang yang telah disabitkan suatu kesalahan di bawah seksyen 379, 380 atau 382 kemudiannya melakukan kesalahan di bawah seksyen itu juga
    Pemerasan
    383. Pemerasan
    384. Seksaan bagi pemerasan
    385. Mendatangkan kepada seseorang ketakutan bencana dengan tujuan hendak melakukan pemerasan
    386. Pemerasan dengan mendatangkan kepada seseorang ketakutan pembunuhan atau cedera parah
    387. Mendatangkan kepada seseorang ketakutan pembunuhan atau cedera parah dengan tujuan hendak melakukan pemerasan
    388. Pemerasan dengan jalan mengugut hendak menuduh yang seseorang telah melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh, atau penjara, dsb.
    389. Mendatangkan kepada seseorang ketakutan dituduh kesalahan, dengan tujuan hendak melakukan pemerasan
    Rompak dan Rompak-Berkumpul
    390. Rompak
    391. Rompak-berkumpul
    392. Seksaan bagi rompak
    393. Mencuba melakukan rompak
    394. Dengan sengaja menyebabkan cedera pada melakukan rompak
    395. Seksaan bagi rompak-berkumpul
    396. Rompak-berkumpul serta membunuh orang
    397. Rompak dengan bersenjata atau rompak serta mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah
    398. (Dimansuhkan)
    399. Membuat persiapan bagi melakukan rompak-berkumpul
    400. Seksaan kerana menjadi seorang daripada kumpulan perompak
    401. Seksaan kerana menjadi seorang daripada kumpulan pencuri-pencuri yang merayau
    402. Berhimpun bagi maksud hendak melakukan rompak-berkumpul
    Menyalahgunakan Harta Secara Jenayah
    402A. Takrif "ejen", "syarikat", "pengarah", "pegawai"
    403. Menyalahgunakan harta dengan curang
    404. Dengan curangnya menyalahgunakan harta yang dimiliki oleh si mati pada waktu matinya
    Pecah Amanah Jenayah
    405. Pecah amanah jenayah
    406. Seksaan bagi pecah amanah jenayah
    407. Pecah amanah jenayah oleh pembawa, dsb.
    408. Pecah amanah jenayah oleh kerani atau orang gaji
    409. Pecah amanah jenayah oleh penjawat awam atau ejen
    409A. Pembelaan tidak boleh digunakan
    409B. Anggapan
    Menerima Harta Curi
    410. Harta curi
    411. Menerima harta curi dengan curang
    411A. Menerima faedah yang diperoleh daripada aktiviti jenayah kumpulan jenayah terancang
    412. Menerima dengan curangnya harta yang dicuri dalam rompak-berkumpul
    413. Dengan lazimnya berniaga harta curi
    414. Menolong menyembunyikan harta curi
    Tipu
    415. Tipu
    416. Menipu dengan jalan samaran
    417. Seksaan kerana menipu
    418. Menipu dengan mengetahui bahawa kehilangan salah mungkin dengan jalan demikian itu disebabkan kepada seseorang yang kepentingannya pesalah itu terikat melindungi
    419. Seksaan kerana menipu dengan jalan samaran
    420. Menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan
    Surat-ikatan Tipuan dan Melepaskan Harta dengan Tipuan
    421. Mengalih atau menyembunyikan harta dengan curangnya atau tipuan bagi mengelakkan pembahagian antara sipiutang-sipiutang
    422. Dengan curangnya atau dengan tipuan mengelakkan daripada dapat digunakan untuk sipiutang sesuatu piutang atau tuntutan yang pesalah berhak
    423. Dengan curangnya atau dengan tipuan menyempurnakan surat-ikatan memindah-milik, yang mengandungi kenyataan palsu tentang balasan
    424. Mengalih atau menyembunyikan harta dengan curangnya atau dengan tipuan
    Khianat
    425. Khianat
    426. Seksaan kerana melakukan khianat
    427. Melakukan khianat dan dengan jalan demikian itu menyebabkan kerugian yang berharga sebanyak dua puluh lima ringgit
    428. Khianat dengan membunuh atau mencacatkan mana-mana haiwan
    429. (Dimansuhkan)
    430. Khianat dengan membencanakan perjalanan tali air atau dengan menyimpangkan haluan air dengan salah
    430A. Khianat mengenai mana-mana pengangkutan awam
    431. Khianat dengan membencanakan jalan awam, jambatan atau sungai
    431A. Khianat dengan membencanakan kabel, kawat telegraf, dsb.
    432. Khianat dengan menyebabkan banjir atau galangan kepada parit awam, yang mendatangkan kerosakan
    433. Khianat dengan membinasakan atau mengalih atau menjadikan kurang berguna rumah api atau tanda laut atau dengan menunjukkan api-api isyarat palsu
    434. Khianat dengan membinasakan atau mengalih, dsb., tanda yang dipasang oleh pihak berkuasa awam
    435. Khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan yang berharga sebanyak lima puluh ringgit
    436. Khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah, dsb.
    437. Khianat dengan niat hendak membinasakan atau menjadikan tidak selamat perahuan yang bertingkat atau muatannya 20 tan
    438. Seksaan bagi khianat yang diterangkan dalam seksyen yang akhir bila dilakukan dengan api atau apa-apa benda letupan
    439. Seksaan kerana dengan sengaja mengandas atau menghamparkan perahuan dengan niat hendak melakukan kesalahan mencuri, dsb.
    440. Khianat berlaku dalam kekacauan, dsb.
    Pencerobohan Jenayah
    441. Pencerobohan jenayah
    442. Pencerobohan rumah
    443. Pencerobohan rumah dengan bersembunyi
    444. (Dimansuhkan)
    445. Pecah rumah
    446. (Dimansuhkan)
    447. Seksaan bagi pencerobohan jenayah
    448. Seksaan bagi pencerobohan rumah
    449. Pencerobohan rumah bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan kematian
    450. Pencerobohan rumah bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara seumur hidup
    451. Pencerobohan rumah bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara
    452. Pencerobohan rumah setelah persiapan dibuat bagi menyebabkan cedera kepada seseorang
    453. Seksaan bagi pencerobohan rumah dengan bersembunyi atau bagi pecah rumah
    454. (Dimansuhkan)
    455. Pencerobohan rumah dengan bersembunyi atau pecah rumah setelah persiapan dibuat bagi menyebabkan cedera kepada seseorang
    456. (Dimansuhkan)
    457. Pencerobohan rumah dengan bersembunyi pada waktu malam bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara
    457A. Kesalahan yang kemudian di bawah seksyen 453 atau 457 boleh diseksa dengan sebat selepas kesalahan yang pertama
    458. (Dimansuhkan)
    459. Cedera parah disebabkan manakala melakukan pencerobohan rumah dengan bersembunyi atau pecah rumah
    460. Semua orang yang bersesama menyertai pada melakukan pecah rumah, dsb., boleh diseksa kerana kematian, atau cedera parah yang disebabkan oleh seorang daripada mereka
    461. Dengan curangnya memecahkan apa-apa bekas tertutup yang berisi atau disangkai berisi harta
    462. Seksaan bagi kesalahan itu jika dilakukan oleh orang yang diamanahkan menjaga

Bab XVIII: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Suratan, Mata Wang Kertas dan Surat Janji Bayaran Bank

    463. Pemalsuan
    464. Membuat suatu suratan palsu
    465. Seksaan bagi pemalsuan
    466. Pemalsuan rekod Mahkamah atau Daftar Beranak awam, dsb.
    467. Pemalsuan suratan cagaran berharga atau wasiat
    468. Pemalsuan bagi maksud hendak menipu
    469. Pemalsuan bagi maksud hendak merosakkan nama baik seseorang
    470. "Suratan pemalsuan"
    471. Menggunakan suratan pemalsuan sebagai tulen
    472. Membuat atau memiliki meteri, pelit lancung, dsb., dengan niat hendak melakukan pemalsuan yang boleh diseksa di bawah seksyen 467
    473. Membuat atau memiliki meteri, pelit lancung, dsb., dengan niat hendak melakukan pemalsuan yang boleh diseksa di bawah seksyen lain
    474. Ada memiliki suratan cagaran berharga atau wasiat yang diketahui sebagai pemalsuan, dengan niat hendak menggunakannya sebagai tulen
    475. Melancungkan alamat atau tanda yang digunakan bagi mengesahkan suratan yang tersebut dalam seksyen 467, atau memiliki benda yang bertanda lancungan
    476. Melancungkan alamat atau tanda yang digunakan bagi mengesahkan suratan lain daripada suratan yang tersebut dalam seksyen 467, atau memiliki benda yang bertanda lancungan
    477. Dengan tipuan memadamkan, membinasakan, dsb., wasiat
    477A. Memalsukan kira-kira
    478-489. (Tidak ada)
    Mata Wang Kertas dan Surat Janji Bayaran Bank
    489A. Pemalsuan atau pelancungan mata wang kertas atau surat janji bayaran bank
    489B. Menggunakan sebagai tulen mata wang kertas atau surat janji bayaran bank yang telah dibuat dengan jalan pemalsuan atau pelancungan
    489C. Memiliki mata wang kertas atau surat janji bayaran bank yang telah dibuat dengan jalan pemalsuan atau pelancungan
    489D. Membuat atau memiliki alat atau benda bagi pemalsuan atau pelancungan mata wang kertas dan surat janji bayaran bank

Bab XIX: Kemungkiran Kontrak Perkhidmatan Secara Jenayah

    490. (Dimansuhkan)
    491. Kemungkiran kontrak melayani dan membekalkan keperluan orang-orang yang tidak berupaya
    492. (Dimansuhkan)

Bab XX: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Perkahwinan

    493. Bersekedudukan disebabkan oleh seorang lelaki mendorong dengan perdayaan seorang perempuan supaya percaya yang mereka telah berkahwin dengan sah di sisi undang-undang
    494. Berkahwin lagi dalam masa suami atau isteri masih hidup
    495. Kesalahan itu juga dengan menyembunyikan perkahwinan yang dahulu daripada orang yang dengannya seseorang berkahwin pada kali yang kemudian
    496. Upacara perkahwinan dilangsungkan dengan niat tipuan manakala perkahwinan itu tidak sah di sisi undang-undang
    497. (Tidak ada)
    498. Memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah

Bab XXI: Fitnah

    499. Fitnah
    500. Seksaan bagi fitnah
    501. Mencetak atau mengukir perkara yang diketahui sebagai fitnah
    502. Menjual benda yang bercetak atau yang berukir yang mengandungi perkara fitnah

Bab XXII: Menakutkan Secara Jenayah, Aib dan Kegusaran

    503. Kesalahan menakutkan secara jenayah
    504. Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan
    505. Kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam
    506. Seksaan bagi kesalahan menakutkan secara jenayah
    507. Kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama
    508. Perbuatan yang disebabkan dengan mendorong seseorang supaya percaya bahawa ia akan dijadikan seorang yang dimurkai Tuhan
    509. Perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang
    510. Salah laku di tempat awam oleh seorang yang mabuk

Bab XXIII: Percubaan Hendak Melakukan Kesalahan

    511. Seksaan kerana mencuba melakukan kesalahan-kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara

Lihat juga

Tags:

Kanun Keseksaan Pembahagian AktaKanun Keseksaan Lihat jugaKanun KeseksaanAktaJenayah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

HadisOrang Cina MalaysiaSherry AlhadadKolej Islam Sultan Alam ShahPronoMustafa Kemal AtatürkJudiKugiran MasdoSolat subuhBintara MudaFattah AminJean Retno AryaniTahun Baru CinaSunan KalijagaBoBoiBoyIzzue IslamShah AlamKata kerja tak transitifKelapa sawitDaun salamLiga Super MalaysiaHarimau MudaJangkitanIndeks Pembangunan ManusiaHidroterapiJanna NickLembah KlangHulu LangatSenarai penduduk dan keluasan negeri-negeri MalaysiaAngeline TanKota KinabaluParti Islam Se-MalaysiaSyasyaRedza RosliImam MahdiIntan LadyanaXPDCMonyetHang TuahHinduismeSijil Pelajaran MalaysiaHari Raya AidiladhaSiti SalehaFrekuensi radio di KedahShaharuddin ThambyPulau Pinang10 Briged ParaFasha SandhaKamilia AfiqahJabatan Kastam Diraja MalaysiaBadarawuhi Di Desa PenariKongkekMelakaSijil Tinggi Agama MalaysiaTakbirAdi PutraMierul AimanEmpayar UthmaniyahUniversiti MalayaCiri-ciri orang munafikIman TroyePersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaPendidikan di MalaysiaNur FathiaKhalid bin al-WalidAl-QuranHalimah As-Sa'diyahRoti canaiTunku Ismail ibni Sultan IbrahimManchester United F.C.Emma MaembongRindu Kasih 2Senarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaLiberalismeIkan bayan🡆 More