Siti Nur Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye (lahir 25 Disember 2002) merupakan seorang penyanyi, model dan personaliti media Malaysia.
Beliau mula meraih pengiktirafan meluas menerusi single sulungnya, "Teman" mempunyai jumlah tontonan di YouTube sebanyak 20 juta melalui muzik videonya dan lagunya telah distrim sebanyak 1.5 juta melalui Spotify. Beliau juga merupakan peserta daripada rancangan nyanyian yang disiarkan oleh TV3, iaitu I Can See Your Voice Malaysia musim kedua pada 2019.
Iman Troye | |
---|---|
Kelahiran | Siti Nur Alyssa binti Sahabudin 25 Disember 2002 |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Penyanyi, model, personaliti media |
Tahun aktif | 2018–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | XO House |
Pengkarya berkait | Naim Daniel, Danial Chuer |
Iman Troye memulakan kerjaya awal sebagai model sambilan untuk jenama pakaian Muslimah tempatan, Leeyanarahman. Selain itu, beliau juga memuat naik nyanyian lagu sadurannya di media sosial. Bakat nyanyian yang dimilikinya membolehkan beliau mendapat jolokan sebagai 'Nabila Razali 2.0' kerana vokalnya yang hampir serupa dengan Nabila. Beliau juga ialah salah seorang daripada para peserta I Can See Your Voice Malaysia musim kedua di TV3.
Beliau melancarkan single sulungnya, "Teman" pada 25 September 2020. Lagunya berjaya mengetepikan lagu "Cute (Stop Lah Being So Cute)" nyanyian Harith Zazman bersama MFMF dan Loca B, "Penat" oleh Andi Bernadee dan lagu duet "Terlanjur Cinta" oleh Hael Husaini dan penyanyi Indonesia, Cakra Khan sebagai antara lagu paling banyak distrim sepanjang awal Oktober 2020.
Iman bersama-sama 15 artis berbilang kaum termasuk Layla Sania, Ariff Bahran, Priscilla Abby dan Henley Hii menyumbangkan suara untuk lagu patriotik sempena Hari Kemerdekaan negara ke-64 bertajuk "We Are One" hasil karya Teng Bee terbitan Multimedia Entertainment. Lagu ini diterbitkan bagi membangkitkan semangat rakyat Malaysia memerangi penularan pandemik COVID-19.
Single ketiganya, "Nang" dikeluarkan pada Oktober 2021. Pada November, wajahnya dipilih menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat. Ini menjadikan Iman sebagai penyanyi bertudung Malaysia ketiga dan artis wanita tempatan keempat yang terpilih menjayakan kempen Equal yang dikendalikan platform muzik digital, Spotify untuk memupuk ekuiti dan mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.
Namanya semakin melonjak naik setelah menyertai pertandingan The Masked Singer musim kedua dengan bawaan lagu Kamelia. Pada tahun 2022, beliau muncul dengan single ketiga, "Harum Sundal Malam".
Iman Troye merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Beliau mula dikenali dengan nama panggilannya 'Iman' sejak beliau berusia 14 tahun tanpa mempunyai perkataan 'Troye' di belakangnya. Beliau mempunyai jumlah pengikut di Instagram seramai 985,000 pengikut. Iman mendedahkan dalam satu temuramah bersama Astro Gempak bahawa beliau pernah ditinggalkan kekasih dan bernekad untuk berkahwin apabila usia menginjak 30 tahun.
Beliau pernah menerima kejutan daripada penyanyi idolanya, Siti Sarah yang hadir ke sekolahnya bagi memberikan kata-kata semangat sewaktu beliau menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019.
Beliau pernah mencetuskan kontroversi pada Mei 2020 kerana tindakannya berbaring atas pokok di sekitar kawasan River of Life milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa menjayakan penggambaran jenama fesyen muslimah milik Leeyanarahman. Tindakan beliau mengundang kecaman warganet yang menyifatkannya merosakkan harta benda awam, Iman dilaporkan memohon maaf atas tindakannya itu.
Pada 25 Mei 2021, Iman Troye turut dikecam gara-gara tulisan ciapannya di Twitter yang bertulis “Happy 6.9K everyone. Congratulations." ("Selamat 6,900 semua. Tahniah. Harap esok dapat 7,000 [merujuk kepada jumlah kes harian pandemik COVID-19 di Malaysia ketika itu],”) tulisnya sambil menyindir kerajaan. Beliau dikecam teruk sehingga bertindak menyahaktif akaun Twitternya. Walau bagaimanapun, Iman enggan mengulas lanjut mengenai status hantaran Twitter tersebut.
Tahun | Tajuk | Kedudukan tertinggi | |||
---|---|---|---|---|---|
ERA FM | Suria FM | JOOX | Lagu Bingitz ON-e | ||
2020 | "Teman" | 15 | 1 | 1 | 1 |
2021 | "Pejam Celik Hari Raya" | - | - | - | - |
"Nang" | - | - | - | - | |
2022 | "Harum Sundal Malam" | - | - | - | - |
"Omong Kosong" | - | - | - | - |
Tajuk | Tahun | Catatan |
---|---|---|
"We Are One" | 2021 | Lagu patriotik Hari Kebangsaan ke-64. Bersama Layla Sania, Jack Lim, Han Xiiao Aii, Ariff Bahran, Priscilla Abby, Yise Loo, Firdhaus, Juztin Lan, Pauline Tan, Henley Hii, Jie Ying, Daphne Low, Ztish El Nino dan Nadia Pang. |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | I Can See Your Voice Malaysia (musim 2) | Peserta | TV3 |
2020 | Gegar Vaganza (musim 7) | Artis Undangan dalam pentas akhir bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse | Astro Ria |
Panggung Karoot | Artis Jemputan | Astro Warna | |
2021 | Punchline DAC | ||
Live Orchestra RTM | TV2 | ||
Temasya Aidilfitri | |||
Havoc Nak Raya (Edisi Raya) | TV3 | ||
MeleTOP | Astro Ria | ||
2022 | The Masked Singer Malaysia (musim 2) | Peserta sebagai Aiskrim Roti | Astro Warna |
2023 | Anugerah Juara Lagu ke-37 | Finalis | TV3 |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya Tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Iman Troye, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.