Kugiran Masdo

Kugiran Masdo (Jawi : كوڬيرن مسدو) merupakan sebuah kugiran yang berasal dari Malaysia.

Kugiran Masdo
Kugiran Masdo
Kugiran Masdo; 2024
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
MASDO
Kelahiran🇲🇾 Malaysia
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, Rock, Pop yeh yeh, Retro, Rock n roll
PekerjaanPenyanyi
Instrumen
Tahun aktif2015 – kini
Syarikat rakaman
Kamar Seni Studio
Laman sesawang
www.tokorasmimasdo.com
AhliAli Sariah
Putuceri
Asmawi
Ambobzeela

Mereka menyajikan muzik berasaskan genre pop 60-an dan digubah mengikut cita rasa masa kini . Antara lagu yang masyhur serta menaikkan nama Kugiran Masdo ialah Bunga, Bercanda Di Malam Indah, Dinda dan yang menjadi tular di platform media sosial seperti TikTok khususnya lagu mereka digunakan sebagai latar belakang bunyi video-video iaitu Janji Manis yang meledak naik pada tahun 2021.

Kugiran ini juga telah mengeluarkan album pertama mereka iaitu Selamat Tinggal Pujaan pada November 2017 dan album kedua iaitu Jalan Abbey pada Januari 2020.

Kerjaya

2015: Penubuhan & kegiatan seni

Kumpulan ini telah ditubuhkan pada awal 2015 apabila Putuceri yang merupakan salah seorang ahli kumpulan ini mengajak Ali Sariah untuk kembali aktif dalam bidang muzik . Setelah itu, mereka berdua mengajak Azham dan Asmawi untuk bersama dalam kugiran Masdo. Kumpulan ini juga pada awalnya diberi nama The Lipstik namun dirombak semula dan sehingga kini menggunakan nama yang diberi iaitu Masdo. Masdo diilhamkan dari nama watak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem Do Re Mi yang mana beliau memegang watak sebagai Do atau Masdo dalam filem tersebut. Ali dan Putuceri juga sanggup melepaskan kerja tetap sebagai jurutera bunyi dan juruteknik bagi memberikan tumpuan kepada bidang muzik. Masdo juga selesa menguruskan kugiran mereka sendiri dan belum bersedia bernaung di mana-mana syarikat lain lagi.

Azham Ahmad juga merupakan pemain dram untuk kumpulan Hujan dan masih menjadi pemain dram untuk kumpulan tersebut manakala Putuceri pernah menjadi sebahagian daripada kru untuk kumpulan tersebut.

Selain itu, kebanyakan lagu single Masdo yang dikeluarkan merupakan lagu lama dari kumpulan The Lipstik iaitu kumpulan lama Ali Sariah antaranya lagu Bercanda di Malam Indah , Miss Flower Learn To Twist , Berduka-Lara dan Teruna dan Dara namun semua lagu ini diperbaharui dan diberi rentak baharu.

Sebelum Masdo menerjah ke arus perdana, kumpulan ini banyak melakukan persembahan di pelbagai festival antaranya RantaiArt, Rock The World '16, Stub App Music Series, Tapau Fest dan lain-lain lagi. Mereka juga membuat persembahan di festival seperti GegarRia anjuran Media Prima dan platform tersebut digunakan oleh mereka untuk memperkenalkan kugiran mereka kepada peminat . Masdo juga memasarkan lagu mereka dalam bentuk cakera padat kepada peminat mereka.

2016 - 2018: Kejayaan Bunga dan album Selamat Tinggal Pujaan

Kemuncak kepada populariti Masdo apabila lagu single mereka iaitu Bunga mendapat tumpuan dalam hati peminat di Malaysia. Lagu ini telah lama dikeluarkan sejak 2016 namun mula mendapat tumpuan peminat pada awal tahun 2018. Lagu Bunga ini juga diinspirasikan dari kisah cinta vokalis utama Masdo iaitu Ali yang menyimpan perasaan kepada seorang wanita yang dikenalinya di alam maya .Video muzik bagi lagu ini juga mula dikeluarkan pada 29 April 2018 di akaun rasmi Astro Gempak dan lagu Bunga juga digubah rentak dari lagu asal yang dikeluarkan pada 2016.

Pada tahun 2017, Masdo telah mengadakan siri jelajah konsert yang diberi nama ‘Jelajah Malam Pesta Rock And Roll’ di lima buah negeri di Semenanjung iaitu dimulai dengan negeri Perak (Ipoh, 14 Oktober), Kuala Lumpur, Melaka, Pahang (Kuantan) dan berakhir di Johor (Johor Bahru,18 November) manakala di bahagian Borneo, kumpulan ini mengadakan jelajah konsert di Miri dan Kuching, Sarawak . Tujuan jelajah ini juga diadakan kerana kumpulan ini telah pertama kali melancarkan album pertama mereka yang memuatkan lapan buah lagu .

Pada 25 Oktober 2018, Masdo telah diundang oleh Ocean Institute of Audio Technology ke Chongqing dan Henchuan China untuk mengadakan persembahan di Fishing Castle International Music Festival.

Kugiran Masdo juga berjaya memasuki ke Semi Final Muzik - muzik 33 pada minggu pertama dengan lagu Bercanda di Malam Indah.

Seterusnya, pada 6 Oktober 2018 Kugiran Masdo telah bekerjasama dengan Kumpulan Hujan membuat konsert bersama dan konsert tersebut diberi nama Konsert Hujan X Masdo. Konsert berkenaan bakal berlangsung di Pintu 2, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dan julung-julung kali diterbitkan oleh Rosli Mohamed, pengasas CST Production tersebut, penganjur turut bekerjasama dengan Dgrandstage Events bagi mendapatkan sentuhan baharu.

Pada November 2018, Kugiran Masdo buat pertama kalinya mengeluarkan album pertama mereka berjudul Selamat Tinggal Pujaan dan mempunyai 8 buah lagu di dalamnya. Album ini juga hanya dijual pada konsert jelajah mereka sahaja dan tidak dijual di platform alam maya. Kejayaan buat Masdo apabila mereka berjaya menjual 9,000 unit album mereka sehingga mereka membuat cetakan kedua dengan jumlah unit yang sama. Senarai lagu yang disertakan dalam album tersebut ialah Ratu Hati, Bunga, Teruna & Dara, Miss Flower Learn To Twist, Berduka-Lara, Malam Pesta Rock N' Roll, Bercanda di Malam Indah dan Kecundang.

2019: Penglibatan dalam dan luar negara & Dinda tercalon untuk Anugerah Juara Lagu 34

Malam Keramaian Dinda

Pada 9 Februari 2019, Kugiran Masdo telah buat julung kalinya mengadakan showcase yang diadakan di Bentley Music Hall, Damansara. Seramai 1,000 lebih peminat hadir dengan memakai pakaian tema 60-an. Showcase tersebut diberi tema Malam Keramaian Dinda Kugiran Masdo kerana tujuan ia diadakan bagi pelancaran single baru band itu berjudul Dinda. Seterusnya, terdapat tiga segmen bagi showcase tersebut dan kugiran Masdo menampilkan 17 lagu termasuk lapan lagu daripada album pertama mereka . Di samping itu, lagu single Dinda telah lama menjadi popular dikalangan peminat pada hujung tahun 2018 bahkan ramai peminat membuat cover dengan pelbagai versi untuk lagu tersebut .


HotFM Big Jam

Pada 30 Mac 2019, Masdo merupakan antara band yang terlibat dalam Festival muzik Hot FM Big Jam yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam bersama gabungan barisan artis senior dan muda yang lain iaitu Hujan, Haqiem Rusli, Hazama dan The Penglipur Lara, Siti Sarah, Neon, Ayda Jebat dan lain-lain lagi .


BIG JAM: 4

Pada 20 April 2019, Masdo telah membuat persembahan di konsert yang melibatkan 3 band terkemuka tanah air yang lain iaitu Hujan, Oi Chentaku dan O.A.G. Konsert yang diberi nama Big 4 Malaysia yang berlangsung di HGH Convention Hall Sentul, Kuala Lumpur.

Pada 13 April 2019, Masdo telah terlibat untuk persembahan dalam konsert yang diberi nama Malam Kenangan Mengusik Jiwa di Auditorium Perdana Angkasapuri RTM yang disiarkan pada TV2 pada pukul 9 malam dalam slot Hiburan Minggu ini. Artis jemputan yang turut memeriahkan ialah Sissy Iman, Dato A. Rahman Hassan (Orkes Nirwana), J. Sham dan Fairuz Misran .


Masdo Ke Jalan Abbey

Masdo telah sebulat suara merakamkan single terbaru di kota London selepas mendapat idea daripada pemain gitar The Bootleg Beatles ketika mereka menjayakan persembahan pada konsert jelajah kumpulan itu di ibu kota, tahun 2018. Mereka diberi peluang merakamkan lagu di Abbey Road Studios, London dan turut mendapat bantuan AG Coco serta rakan-rakan kerja dari Kamar Seni Studio sebagai persiapan untuk membuat rakaman di sana. Kebetulan, pemain dram mereka juga adalah ahli kumpulan Hujan . Namun, Masdo telah memberitahu semula bahawa mereka terpaksa menangguhkan rakaman single baharu mereka setelah pihak yang ingin menaja perjalanan mereka ke London pada 10 Ogos nanti telah menarik diri dan juga atas faktor masalah kewangan . Pada 24 April 2019, berita gembira daripada Masdo menyatakan bahawa mereka bersama sebahagian daripada kru-kru yang diberi nama Masdol Genk akan terbang ke London, United Kingdom untuk merealisasikan impian bagi merakam karya melodi baru di Abbey Road Studios dengan menetap di sana lebih kurang seminggu. Setelah mereka selesai, mereka pulang ke tanah air pada 2 Mei 2019 dan mengemaskini akaun rasmi Instagram mereka untuk status terkini tentang rakaman tersebut. Pemberitahuan Masdo terhadap peminat mengatakan bahawa mereka akan mengeluarkan album ke-2 yang bertajuk Jalan Abbey itu pada bulan September, akhirnya mereka membuat keputusan pengeluarannya pada Januari 2020. .


Kepulangan Masdo dari London

Pada 3 Mei 2019, Masdo telah mengadakan mini konsert yang diberi nama Malam Kenang Kenangan di Angkasa Space, Bandar Seri Permaisuri, Cheras bersempena kepulangan kumpulan itu dari London. Mereka juga telah menyajikan lagu-lagu terbaru mereka kepada peminat yang hadir pada malam itu.


Masdo Ke Indonesia

Masdo juga berada di Indonesia pada 1 Ogos hingga 5 Ogos 2019 untuk tiga konsert mini iaitu dua di Kios Ojo Keos, Jakarta dan 107 Garage Room di Bandung .

Pada 14 Ogos 2019, Kugiran Masdo telah memuatnaik story di instagram mereka mengatakan bahawa album Selamat Tinggal Pujaan dan semua lagu dalam album tersebut boleh didengar dalam platform digital seperti iTunes, Spotify, JOOX dan banyak lagi. . Sebelum ini, album Masdo hanya boleh dibeli secara fizikal dan bukannya secara digital.


Kelayakan Dinda Ke Anugerah Juara Lagu 34

Masdo sudah beberapa kali tercalon untuk Muzik-Muzik. Pada semi final Muzik-Muzik 33, mereka mendendangkan lagu Bercanda Di Malam Indah, sayangnya Masdo tidak dapat melayakkan diri ke final. Namun, pada 29 November 2019, Masdo juga telah tercalon untuk menyertai semi final Muzik-Muzik 34 setelah tiga minggu berturut-turut Dinda berada dalam kedudukan antara 10 undían tertinggi. Akhirnya, semasa penentuan kelayakan ke Anugerah Juara Lagu (AJL) diumumkan, lagu Dinda telah tercalon. Peristiwa ini bukanlah sebuah perkara yang bias kerana jarang sekali kugiran 'indie' yang bertanding bersama artis berlabel besar dan tidak seperti Masdo yang tidak berpegang pada mana-mana label dan berusaha bertungkus lumus dengan rakan-rakan seperjuangan. Mereka akan bertanding di AJL pada Februari 2020 nanti.[1]

NusantaRocks

Pada 30 November 2019, Masdo berkongsi pentas bersama Mafidz, Sekumpulan Orang Gila, Iqbal M., digandingkan dengan kumpulan dari negara jiran (Indonesia), Sisitipsi, Barasuara dan penutup persembahan tersebut adalah Hujan untuk yang ditaja dan dibawakan oleh Oyoshi dan Hashtag Media.

2020 - kini : Album Jalan Abbey, showcase, single Kasih dan Sayang & Hari Inikan Hari Raya

Pada 29 Disember 2019, Masdo telah mengumumkan mereka akan mengeluarkan album terbaru mereka yang diberi tajuk Jalan Abbey. Album ini mengandungi lima lagu terbitan AG Coco dan buat julung kalinya, Masdo akan mengeluarkan 300 piring hitam serta album cakera padat berserta album cetakan box set eksklusif yang akan dijual sebanyak 500 unit kepada peminat mereka pada showcase pelancaran pada 11 Januari 2020. Showcase ini akan diadakan di The Bee, Publika, Kuala Lumpur, Malaysia .

Pada 21 Mac 2020, kumpulan Masdo telah memuat naik di laman YouTube rasmi mereka dua versi musik video untuk lagu single Kasih dan Sayang dari album Jalan Abbey. Versi 1 untuk musik video terbabit diberi nama Kasih manakala versi 2 ialah Sayang. Menurut Ali, vokalis kugiran masdo mengatakan lagu ini diilhamkan dari kisah warga asing yang berbuat baik terhadap gelandangan di negara kita yang berdasarkan dari pengalaman beliau sendiri .

Pada 23 Mei 2020, Masdo telah memuat naik muzik video rasmi untuk lagu single istimewa iaitu Hari Inikan Hari Raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2020 di laman YouTube rasmi mereka .

Kumpulan Masdo telah mengungguli carta di Spotify sebagai Artis Malaysia paling banyak distrim di Spotify bermula 1 Januari hingga 6 Januari 2022 dan lagu mereka telah didengari sebanyak 1.481juta.

Ahli

  • Azham Ahmad atau Ambobzeela (Am) sebagai pemain dram
    • (1980-04-19) 19 April 1980 (umur 44) dan berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Ahmad Azanol Khushairie atau Putu Ceri sebagai pemain bass dan vokal
    • (1987-04-10) 10 April 1987 (umur 37) dan berasal dari Ipoh, Perak, Malaysia.
  • Aliff Fahmi Bahtiar atau Ali Sariah sebagai vokalis utama dan gitaris.
    • (1992-02-22) 22 Februari 1992 (umur 32) dan berasal dari Johor , Malaysia.
  • Muhammad Aizat Asymawi Mohd. Ismail atau Asmawi sebagai gitaris utama dan vokal
    • (1994-06-05) 5 Jun 1994 (umur 29) dan berasal dari Simpang Renggam, Johor, Malaysia.

Diskografi

Album

Studio

Tahun Album Butiran album Catatan
2017
Selamat Tinggal Pujaan

EP

Tahun Album Butiran album Catatan
2020
Jalan Abbey

Single

Sebagai artis utama

Tahun Judul Album Nota
2015 "Malam Pesta Rock N Roll" Selamat Tinggal Pujaan
"Bercanda Di Malam Indah"
"Teruna & Dara" Runut bunyi untuk Bikers Kental 2 & The Hantus
"Kecundang"
"Miss Flower Learns To Twist"
"Berduka-Lara"
"Ratu Hati"
2016 "Bunga"
2019 "Dinda" Single tanpa album Lagu finalis Anugerah Juara Lagu ke-34
2020 "Kasih dan Sayang" Jalan Abbey
2021 "Janji Manis"
"Dewi Puspita"
"Nearly Near You" Ditulis oleh Adam Hastings bekas ahli kumpulan The Bootleg Beatles , UK
2022 "Hari Raya Kini Dah Kembali" Single tanpa album menampilkan Bunga
2023 "Inilah JalanNya" Single tanpa album Lirik & Komposer : Noh Salleh (Lagu finalis Anugerah Juara Lagu ke-38)
"Pujaanku" Single tanpa album menampilkan Aisyah Aziz

Kemunculan lain

Tahun Judul Album Nota
2020 "Hari Inikan Hari Raya" Single tanpa album Lagu istimewa sempena Hari Raya 2020
2021 "Lautan Asmara" Eklusif untuk pendengar platform JOOX

Filemografi

Program TV

Tahun Tajuk Sebagai Saluran Catatan
2017 Selamat Pagi Malaysia(UPSR) Artis Jemputan TV1 19 Februari
2018 Borak Kopitiam TV3 11 March
It's Alif ntv7 bersama Hujan (3 Oktober)
Homegrown Show Artis Pilihan HyppTV
Malaysia Hari Ini Artis Jemputan TV3 26 April
Mentor Otai 29 April (final Mentor Otai)
Muzik Muzik 33 Artis pilihan 7 Mei
Muzik - Muzik 33 Semi Final 9 November
Pop ! TV Tetamu Jemputan ntv7 29 Jun
Feel Good Show 19 November
MeleTOP Astro Ria 11 September
2019 GIG Artis jemputan TV2 2 Februari
Unplugged Astro Ria & Astro Ria HD 25 Januari
Muzik-Muzik 34 Artis Pencalonan Baru TV3 18 Mac
Melodi Artis Jemputan 24 Mac bersama Ara Johari & Haziq HotFM
Pop Yeah Yeah Episode 15
Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1 11 April
Malam Kenangan Mengusik Jiwa TV2 13 April - Slot Hiburan Minggu Ini
Konsert Minggu Ini Artis Jemputan
Gempak TV Artis Jemputan Astro Gempak
2020 Anugerah Juara Lagu ke-34 Finalis TV3 9 Februari
Immortal Songs Artis Jemputan 13 September
Malaysia Hari Ini 16 Januari
2023 Rooftop Gigs Kompas TV 22 Februari
Ketawa Itu Berkah Trans TV 23 Februari
Brownis (Obrowlan Manis) 24 Februari
I Can See Your Voice Malaysia Musim 6 TV3 9 Julai

Videografi

Muzik Video

Tahun Tajuk Artis lain Pengarah Ruj.
2018 "Bunga" Tiada Koker Hashtag Media
"Ratu Hati" Zulfadhlizin
2019 "Miss Flower Learns To Twist" Firdaus Zulkifly
"Dinda" Zul Luey
2020 "Kasih" Shah Azman & Zul Luey
"Sayang"
"Hari Ini Kan Hari Raya" Hafiz Othman
2021 "Janji Manis" Pert Doherty
"Lautan Asmara" Ameer Syafiq
"Dewi Puspita" Faizal Noar
"Nearly Near You" Ameer Syafiq
2022 "Hari Raya Kini Dah Kembali" Bunga CrapTVee
2023 "Inilah JalanNya" Tiada Al Adam Another Planet
"Pujaanku" Aisyah Aziz Aqil Muaz

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular Tercalon

Rujukan

Pautan Luar

Tags:

Kugiran Masdo KerjayaKugiran Masdo AhliKugiran Masdo DiskografiKugiran Masdo FilemografiKugiran Masdo VideografiKugiran Masdo Anugerah dan pencalonanKugiran Masdo RujukanKugiran Masdo Pautan LuarKugiran MasdoKugiranMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

SyiahSejarah MalaysiaNur FazuraKongsi RayaJangan Menangis Cinta (drama)Negeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaBatu PutehFrekuensi radio di JohorAl Hilal SFCHasmiza binti OthmanEmma MaembongAzhar MansorAn-Nuayman bin AmrUniversiti awamSharifah AmaniFrekuensi radio di KedahPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Bunga rayaPerubahan iklimPerikatan NasionalPolis EVO 3Gunung KinabaluBudak IjatSultanah Nur ZahirahSi TanggangSultan PerakKhalid Mohamad JiwaBangladeshFrekuensi radio di PahangKata sendi (bahasa Melayu)Sistem sarafSukanGambir SarawakSiti Rosmizah SemailPiala Asia AFCTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahVAT 69/UTKIsteri-isteri Nabi MuhammadKomunikasiTeduhan KasihPuteri KhareezaBumiputera di SabahBaba Ismail SepanjangSepupuLaman UtamaKebudayaan MalaysiaPembentukan MalaysiaPerdana Menteri MalaysiaSyarikat swastaYang di-Pertuan AgongNajua NasirFadhli MasootHari WesakAeril ZafrelZahirah MacWilsonAhmad Farhan FauziBahasa InggerisMatlamat Pembangunan MampanPulau Layang-LayangAC MizalZUS CoffeeBaby ShimaKata kerja transitifSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaKL Gangster 2Sabri YunusSharnaaz AhmadSenarai negara mengikut sistem kerajaanQue HaidarTabbyOrang BanjarMaharaja MeijiZakar manusiaSenarai SBP di MalaysiaLee Chong WeiAkut (perubatan)🡆 More