Abdul Fattah Mohd Amin (lahir 14 September 1990) ialah seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia.
Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku. Beliau juga dikenali menerusi watak Inspektor Haikal dalam Gerak Khas, Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr. Pilot dan Tengku Ian Uzzam dalam Hero Seorang Cinderella.
Fattah Amin | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Fattah bin Mohd Amin Fattah Malaysia 14 September 1990 |
Pendidikan | Ijazah Pengurusan Industri Kreatif |
Pusat pendidikan |
|
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2011–kini |
Ketinggian | 183 cm (6 ka 0 in) |
Pasangan | Nur Fazura (k. 2017) |
Anak-anak | 1 |
Ibu | Azizah Abdul Ghani |
Bapa | Mohd Amin Musa |
Saudara | Raihan (adik) Farhan (adik) Fazira (adik) Farhanah (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2013–kini |
Pengkarya berkait | Aizat Amdan, Anas Amdan, Mel Ramlan, Fazura, Alvin Chong |
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 14 September 1990 Masihi bersamaan 24 Safar 1411 Hijrah dan dibesarkan di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Keluarga beliau berasal dari Bagan Datuk Perak dan kini menetap di Shah Alam. Beliau mendapat pendidikan awal di SMK Desa Tun Hussein Onn seterusnya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan memperoleh ijazah dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif. Beliau merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Antara adik beliau ialah Farhana dan Farhan. Kepada pasangan Mohd Amin bin Musa (lahir 7 Jun 1966) dan Azizah binti Abdul Ghani (lahir 30 Ogos 1968), Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara. Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.
Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam ialah bapa saudara Fattah menerusi pertalian saudara melalui bapanya. Namun, tanpa mahu terlalu berharap kepada Skop Productions, beliau cuba masuk dalam industri dengan bekerja sebagai kru penggambaran. Sepupunya, pelakon dan pengarah Syafiq Yusof menawarkannya menjadi kru untuk filem SAM: Saya Amat Mencintaimu lakonan Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Syamsul Yusof pada tahun 2011.
Setelah itu, beliau bekerja untuk produksi drama Gerak Khas ketika masih menunutut di kolej. Fattah mula bergiat aktif dalam bidang lakonan menerusi watak tambahan dalam siri drama televisyen Memberku Hawa bersama pelakon utamanya, Nad Zainal. Daripada situ, beliau cuba berjinak sebagai pelakon secara suka-suka.
Fattah menjadi salah seorang finalis Hero Remaja 2011/12 bersama Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Ben Amir, Nazrief Nazri, Fendy Bakry dan Hafreez Adam, sekaligus beliau merangkul gelaran juara.
Filem pertama Fattah ialah Manisnya Cinta Di Cappadoccia arahan Bernard Chauly sebagai watak tambahan bernama Farhan pada tahun 2014 yang mana mempertemukan Fattah dengan pelakon Nur Fazura yang menjadi pelakon utama filem tersebut.
Beliau mula meniti puncak kemasyhuran menerusi drama Playboy Itu Suami Aku lakonan bersama Nur Risteena yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama. Fattah memegang watak sebagai Adrian Benjamin. Setelah penampilan sulungnya dikritik kerana kurang persediaan sebagai pelakon, Fattah menunggu selama dua tahun untuk membuktikan bakatnya. Risteena juga berdepan dengan situasi sama.
Pada tahun 2015, nama Fattah diterima umum sebagai pelakon kerana peningkatan yang ditonjolkannya dalam beberapa drama seperti Bencinta, Plan Cinta Tak Jadi serta berpeluang mengembangkan bakat ke Indonesia menerusi telefilem Ku Kejar Cinta Ke Malaysia dan From Hater To Lover.
Pada November 2015, Fattah tampil dengan sebuah drama bersiri 26 episod bertajuk Cinta Dari Marikh arahan Syafiq Yusof yang menggandingkan beliau bersama Chacha Maembong, turut dibintangi oleh A. Galak, Amyza Aznan, Harun Salim Bachik dan ramai lagi. Drama ini berkisarkan Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari planet Marikh iaitu Nova (Chacha). Fattah muncul bersama Ruhainies dalam siri drama adaptasi novel Hello, Mr. Perfect!; Fattah memegang watak Izzul Islam yang mengisahkan Ariff dan Ainul pasangan kekasih yang ingin berkahwin.
Pada tahun 2016, Fattah telah dipilih untuk menjayakan watak Inspektor Haikal dalam siri drama polis Gerak Khas. Beliau digandingkan bersama Mira Filzah sebagai bintang utama siri TV waktu perdana TV3, Ketupat Palas Mr. Handsome; Fattah memegang watak sebagai Kruz, seorang pemuda yang lahir daripada keluarga berada.
Beliau memegang watak sebagai Kapten Ejaz Fakhri dalam drama Suri Hati Mr Pilot yang menggandingkan beliau bersama Neelofa. Drama tersebut menjadi fenomena dengan mendapat sambutan hangat setiap minggu dan mendapat pemeringkatan tertinggi iaitu 5 juta tontonan dan telah direkodkan sebagai antara drama dengan pemeringkatan tertinggi di Malaysia.
Fattah memasuki set drama Hero Seorang Cinderella yang menggandingkannya dengan pelakon, Nur Fazura pada awal April 2017. Beliau yang membawa watak Tengku Ian Uzzam, seorang usahawan yang pulang ke tanah air bagi melaksanakan sebuah rancangan, bertemu dengan Nura Medina, seorang pelajar universiti, yang dilakonkan oleh Fazura. Niat asalnya untuk membantu merapatkan tali persaudaraan antara sahabatnya, Farrizam dengan Medina, telah menghasilkan pertemuan demi pertemuan dengan Medina hingga menimbulkan perasaan cinta antara mereka. Drama ini telah mencetuskan fenomena luar biasa bagi peminat drama tanah air, hasil daripada gandingan mantap dan serasi antara Fattah dan Fazura yang akhirnya menyatukan mereka sebagai suami isteri yang sah dalam kehidupan sebenar. Drama ini mendapat catatan carian Google tertinggi untuk carta drama tempatan untuk tahun 2017, dan disahkan menjadi drama yang mempunyai permintaan tertinggi di laman sesawang Kepala Bergetar.
Pada 27 November 2017, Fattah digandingkan bersama Janna Nick dalam drama My Coffee Prince yang berdasarkan daripada drama Korea Selatan 2007, The 1st Shop of Coffee Prince di Astro Ria.
Filem terbaru beliau, KL Special Force arahan Syafiq Yusof ditayangkan pada 8 Mac 2018 yang mana Fattah memegang watak sabagai ASP Zul, pegawai baru Unit Tindakan Khas (UTK). Bagi menjayakan watak ASP Zul, beliau melakukan beberapa aksi lasak dan ekstrem sendiri untuk filem tersebut. Fattah dalam satu temu ramah bersama Berita Harian berkata impian untuk bekerja bersama pelakon senior Datuk Rosyam Nor menjadi kenyataan dalam filem ini: "Memang saya teruja dapat berlakon dengan idola yang saya ikuti setiap lakonannya sejak di bangku sekolah. Sepanjang di lokasi, beliau seorang aktor berpengalaman yang tidak kedekut berkongsi ilmu."
Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Fattah menjayakan peranan utama sebagai Awang dalam filem biopik sejarah Mat Kilau yang mengisahkan perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau. Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Ady Putra, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Farid Amirul, A. Galak, Yayan Ruhiyan, Nadiya Nisaa dan bintang baru, Ali Karimie.
Fattah melancarkan lagu Raya pertamanya, bertajuk "Syawal Kali Ini" ciptaan Aizat Amdan dan lirik oleh Mel Ramlan. Beliau disenaraikan sebagai salah seorang daripada 100 Lelaki Paling Seksi di Dunia oleh portal hiburan Filipina, Starmometer. Beliau ialah satu-satunya selebriti Malaysia yang disenaraikan dalam senarai itu.
Fattah berpangkat cucu saudara kepada penerbit, pengarah dan pelakon lagenda Dato Yusof Haslam melalui bapanya. Ini menjadikan Fattah sebagai anak saudara kepada adik-beradik pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof.
Fattah mengakui tidak mempunyai ramai teman rapat dalam kalangan artis. Beliau dilihat sering bersama penyanyi popular Aizat Amdan dan juga pelakon Alvin Chong ketika masa senggang mereka.
Fattah dikatakan pernah bercinta dengan pelakon, usahawan dan pengacara Neelofa sejak mereka berdua digandingkan bersama dalam drama Suri Hati Mr. Pilot yang mencetuskan fenomena dengan mencapai rating tertinggi pada setiap minggu. Drama ini turut dikatakan menjadi drama rating tertinggi di Astro. Hubungan rapat mereka dikatakan hanya bertahan beberapa bulan sahaja dan tamat selepas drama itu berakhir.
Selain itu, desas-desus mengenai keintiman hubungan antara Fattah dan pelakon, penyanyi dan usahawan, Fazura telah mula diperkatakan sejak penggambaran drama Hero Seorang Cinderella yang disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria sehingga mewujudkan fenomena "Fattzura" iaitu gabungan nama Fattah dan Fazura. Mereka sering menyatakan sokongan dan galakan terhadap satu sama lain dan selalu hadir dalam sesuatu majlis bersama-sama. Lebih menguatkan dakwaan adanya hubungan istimewa itu adalah apabila mereka hadir bersama-sama ke acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 di mana Fattah memenangi anugerah Bintang Paling Popular ABPBH30.
Pada 23 November 2017, Fattah mengesahkan bahawa beliau dan Fazura telah bertunang pada 13 November. Pasangan itu membuat pengumuman rasmi dalam satu sidang media khas di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga mereka. Mereka berkahwin dalam majlis secara tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan kawan rapat pada 27 November 2017, di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Datuk beliau, Musa Omar meninggal dunia pada 7 Jun 2019, iaitu jatuh kepada Hari Raya ketiga.
Pada 2 Oktober 2020, Fattah bersama isteri, Fazura menyambut kelahiran anak sulung mereka, Nur Fatima Aisya selepas hampir 3 tahun mendirikan rumahtangga.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | Manisnya Cinta Di Cappadoccia | Farhan | Filem pertama, pelakon tambahan |
2017 | Wanita Terindah | Fahim Irman | Tayangan Astro First Eksklusif & Netflix |
2018 | KL Special Force | Zul | |
2020 | Miimaland | Ariel | |
2022 | Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan | Awang | Filem pertama Epik Sejarah Malaysia |
Deleted: Akan Ku Jejak! | Inspektor Aron | ||
Abang Long Fadil 3 | Dirinya sendiri | Kameo dalam gambar | |
2024 | Trinil: Kembalikan Tubuhku | Yusof | Filem Indonesia |
Pendekar Awang: Darah Indera Gajah | Awang | Filem Epik Sejarah Malaysia | |
Harimau Malaya: The Untold Story | Pos-produksi | ||
TBA | Geran 2 | Dalam perancangan | |
J3: J Resolusi |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Memberku Hawa | Faliq | Astro Ria | Drama pertama |
Kerana Sarah | Edika | TV3 | ||
Cinta Jannah | Akim | |||
Playboy Itu Suami Aku | Raja Adrian Benjamin | |||
2014 | Merah Bukan Jambu | Merah | TV2 | |
Cinta Ibadah | Hafiz | Astro Prima | ||
2015 | Nasuha | Irfan | TV9 | |
Bencinta | Nabil | TV3 | ||
Strawberi & Karipap (Musim 2) | Adam | Astro Ceria | ||
Cinta Dari Marikh | Aiman | TV2 | ||
Plan Cinta Tak Jadi | Anas | Astro Ria | ||
Hello, Mr. Perfect! | Izzul Islam | TV3 | ||
2016–2017 | Gerak Khas | Inspektor Haikal | TV2 | |
2016 | Kak Marr | Fattah | TV3 | Penampilan khas |
Bodyguard | Fariz | |||
Ketupat Palas Mr. Handsome | Kruzaimi | |||
Suri Hati Mr. Pilot | Ejaz Fakhri | Astro Ria | ||
2017 | Hero Seorang Cinderella | Tengku Ian Uzzam | ||
My Coffee Prince | Raikal | |||
2018 | Dia Anak Jeneral | Zakhif | TV2 | |
Isteri Bukan Untuk Disewa | Noah Ryzal | Astro Ria | ||
2019 | Cetera Hati Diya | Zahil Hariz | TV3 | |
2020 | Pink Smile | Areeq Haji Mahdi / Kaz | ||
2021 | Ganjil | Amry | Viu | |
2022 | Khilaf Asmara | Luqman Hazim | TV3 | |
Kamcing | Aariz | Sooka | ||
2024 | Hero Seorang Cinderella 2 | Tengku Ian Uzzam | Astro Ria | |
TBA | Lelaki Melayu Terakhir | Ustaz Jazlan | TV3 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Arah Ke Kuburmu | Astro Prima | |
Asparagus | Firash | TV2 | |
2014 | Aidil Click | Adrian | TV1 |
Ku Kejar Cintaku Ke Malaysia | Ashraf | RTV | |
From Hater To Lover | Amri | ||
2015 | Aku Tunggu Kau Ni | Imran | Astro Prima |
Manisnya Bulan Madu | Mirza | TV3 | |
Yang Mana Satu | Azhar | TV9 | |
Alien Planet Cinta | Dinosaur | Astro Ria | |
Awaklah Imam Saya | Shahidan Azmi | ||
Pelita Panjut Untuk Mertua | Azudin | TV3 | |
2016 | Cik Siti | Awang | |
Hello Mr. Perfect Raya | Izzul Islam | ||
Raya Kami | Rayyan | ||
Dendam Manisa | Rosman | ||
2017 | Bayangan Emilia | Ungku Mahmud | Astro Ria |
Suri Hati Mr. Pilot Raya | Ejaz Fakhri | ||
2019 | Kau Selalu Di Hatiku | Azlam | TV1 |
Ustart Enjin | Arafat | Astro Citra | |
Aneh | Ilham | ||
2020 | Kisah Seram Hospital | Adam | |
2022 | Menantu Atau Isteri Untuk Abah | Talib | Astro Ria |
Matahari Tak Bercahaya | Shazan | TV3 | |
2023 | Latah Fighter | Dani | Astro Warna |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Ketuk Ketuk Ramadan | Dirinya sendiri | TV1 | Artis jemputan |
MeleTOP | Artis Undangan | Astro Ria | Borak bersama Fattah Amin | |
2016 | Ye Ke?! | Artis Undangan | TV3 | Episod 2 |
Lari Bersama Prosperity | Dirinya sendiri | TV9 | Artis jemputan | |
MeleTOP | Artis Undangan | Astro Ria | Episod : 206 & 209 | |
2017 | The House (Musim 4) | Dirinya sendiri | Bersama Alvin Chong | |
CCTV | Artis Undangan | Menceritakan berkaitan video klip yang ingin dibuat dalam lagu "Wanita Terakhir" | ||
MeleTOP | Artis Undangan | Mempromosikan lagu terbaru "Wanita Terakhir" | ||
Diundang bersama dengan Fazura | ||||
2018 | Jozan Show | Artis Undangan | Astro Warna | Mempromosikan drama 'Isteri Bukan Untuk Disewa' bersama dengan Tiz Zaqyah |
2021 | SUKSES 4.0 | Pengacara | Astro Awani | Episod 1 hingga Episod 13 |
Tahun | Tajuk lagu |
---|---|
2013 | "Darjat" |
"Getar Jiwa" | |
"Love" | |
"Sumpah Aku Cinta Padamu" | |
2015 | "Hero Untukmu" (Duet bersama Sherry Ibrahim & RJ) |
2017 | "Wanita Terakhir" |
"Cinderella" (Duet bersama Nur Fazura) | |
"Wanita Terindah" | |
"1234U" | |
2018 | "Syawal Kali Ini" |
"Isterimewa" | |
2019 | "Paling Sempurna" (Duet bersama Nur Fazura) |
2020 | "Bebas" |
"Sinar Selawat" | |
2021 | "Hamba" (Duet bersama Kmy Kmo) |
2022 | "Padamu" |
Tahun | Lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2015 | "Sorry-Sorry Sayangku" | Nomad |
"Aku Sayang Kamu" | Harrisa Adlynn | |
2017 | "Bisa Apa" | Nur Fazura |
Tahun | Produk | Nota |
---|---|---|
2015 | SAFI Men | |
2016 | Far8 by Altelia Amani | |
OLIcandy | ||
AJ DE' PARFUM | ||
OPPO R9s | ||
2017 | Maydan | |
KING Koil - Prince Collection | ||
OPPO F5 | ||
2018 | Maybank Debit Card | |
Toyota C-HR | ||
2019 | OPPO F11 Pro | |
Shell Advance |
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011/2012 | Juara Pencarian Hero Remaja | — | Menang | |
2016 | Fesyen MeleTOP | Tercalon | ||
Aktor Pilihan | Hello Mr. Perfect | Tercalon | ||
Pasangan Pilihan (bersama Ruhainies) | Tercalon | |||
Lelaki Tampan Pilihan Dnars | — | Tercalon | ||
Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon | |||
Selebriti Lelaki Paling Seksi | Menang | |||
Personaliti Drama Melodi | Menang | |||
Pelakon Baharu Paling Popular (Lelaki) | Hello Mr. Perfect | Menang | ||
Best Issue – Ogos | — | Menang | ||
2017 | Hero Throwbaek | Suri Hati Mr. Pilot | Menang | |
Kapel Throwbaek (bersama Neelofa) | Menang | |||
Pelakon TV MeleTOP | Menang | |||
Bintang Online MeleTOP | — | Menang | ||
Fesyen MeleTOP | Menang | |||
Anugerah Top Top MeleTOP (Lelaki) | Menang | |||
Buku Popular | 99 Kata-Kata #Qalifmoden | Menang | ||
Selebriti Lelaki Paling Seksi | — | Tercalon | ||
Selebriti Lelaki Paling Bergaya | Menang | |||
Bintang Paling Popular | Menang | |||
Pelakon TV Lelaki Popular | Menang | |||
Gandingan Serasi Drama (bersama Neelofa) | Suri Hati Mr. Pilot | Menang | ||
Artis Sensasi | — | Menang | ||
Lelaki Dambaan | Tercalon | |||
Wajah Sampul Popular | Menang | |||
Penyanyi Lelaki Hot | Tercalon | |||
Penyanyi Baru Hot | Tercalon | |||
Pelakon Lelaki Popular | Suri Hati Mr. Pilot | Menang | ||
Pelakon Lelaki Sensasi | — | Menang | ||
2018 | Fesyen MeleTOP | — | Tercalon | |
Pelakon TV MeleTOP | Hero Seorang Cinderella | Tercalon | ||
Pelakon Telenovela Lelaki Popular | Hero Seorang Cinderella | Tercalon | ||
Pelakon Filem Lelaki Popular | Wanita Terindah | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pelakon TV Lelaki Popular | — | Menang | |
Pasangan Serasi Drama (bersama Nur Fazura) | — | Tercalon | ||
Artis Sensasi | — | Tercalon | ||
2019 | Pelakon Lelaki Harapan | Tercalon | ||
Pelakon Filem Lelaki Popular | — | Menang | ||
2023 | Aktor Filem Popular | — | Tercalon |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Fattah Amin, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.