Kota Damansara: Petempatan di Selangor, Malaysia

Kota Damansara (Jawi: ‏كوتا دامنسارا‎code: ms is deprecated ‎; Cina: 哥打白沙罗) ialah sebuah kawasan perbandaran di Lembah Klang, Malaysia.

Secara pentadbiran, Kota Damansara merupakan petempatan dalam zon pecahan pentadbiran Mukim Sungai Buloh, iaitu satu daripada empat mukim dalam Daerah Petaling. Selangor. Kota Damansara juga merupakan sebuah bandar dalam selian Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Kota Damansara dikenali sebagai Seksyen PJU 5 (Petaling Jaya Utara 5) dan mempunyai luas sekitar 4,000 ekar (16.2 km2). Ia dipecahkan kepada 13 seksyen.

Kota Damansara
Transkripsi Lain-lain
 • Tulisan Jawiكوتا دامنسارا
 • Bahasa Cina哥打白沙罗
Permandangan udara Persiaran Surian menuju ke terminak utara di Seskyen 10 Kota Damansara.
Permandangan udara Persiaran Surian menuju ke terminak utara di Seskyen 10 Kota Damansara.
Kota Damansara is located in Bumi
Kota Damansara
Kota Damansara (Bumi)
Koordinat: 3°11′38″N 101°34′40″E / 3.19389°N 101.57778°E / 3.19389; 101.57778 101°34′40″E / 3.19389°N 101.57778°E / 3.19389; 101.57778
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahPetaling
MukimSungai Buloh
Kawasan parlimenSungai Buloh
Kawasan negeriKota Damansara
Penubuhan1992
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Bandaraya Petaling Jaya
 • Ahli Dewan Undangan NegeriMuhammad Izuan Ahmad Kasim
 • Ahli ParlimenRamanan Ramakrishnan
Aras
70 m (230 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
47810 Petaling Jaya
Kod kawasan+603
Plat pendaftaran kenderaanB

Sejarah

Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
Tasik di Taman Eko Rimba Kota Damansara di Seksyen 10 Kota Damansara.
Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
Pemandangan udara Kota Damansara.

Sebelum petempatan Kota Damansara diwujudkan, kawasan bandar ini merupakan sebahagian daripada Hutan Rizab Sungai Buloh. Hutan Rizab Sungai Buloh telah diwartakan pada tahun 1898 dan merupakan hutan simpan kekal yang tertua di Malaysia. Pada tahun 1992, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah diberi mandat untuk membangunkan kawasan perbandaran yang baharu dengan mengambil sebahagian jajahan hutan simpan itu yang di mana telah dinyahwartakan pada tahun 1983. Nama awal bagi kawasan perbandaran ini ialah dikenali sebagai Pusat Bandar Sungai Buloh. Nama Kota Damansara dipilih secara rasminya pada tahun 1999 oleh kerana pembangunan yang semakin pesat di kawasan Lembah Klang dan diselaraskan dengan arus kemajuan.

Sebahagian jajahan Hutan Simpan Sungai Buloh telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2009. Tujuan pewartaan hutan ini ialah untuk mengelakkan kawasan hutan simpan itu diteroka dan dibangunkan secara komersial. Kawasan itu kini dikenali sebagai Taman Eko Rimba Kota Damansara (sebelum ini dikenali sebagai Hutan Simpan Komunti Kota Damansara; bahasa Inggeris: Kota Damansara Community Forest Reserve) dan telah menjadi daya tarikan para pelancong tempatan mahupun pelancong luar untuk aktiviti mendaki bukit, meredah hutan, perkhemahan dan riadah. Taman Eko Rimba Kota Damansara juga merupakan kepulauan hutan yang masih wujud dan dikekalkan di kawasan sekeliling yang pesat membangun dalam Daerah Petaling.

Pada 31 Januari 2009, kira-kira 50 orang penduduk Kota Damansara membawa sepanduk membantah pembinaan pasar hiper Carrefour. Penduduk terlibat dari penduduk Seksyen 11 terdiri dari Pangsapuri Gugusan Dedap, perumahan D'Villa Avenue, perumahan D'Villa Botany, perumahan D'Villa Equestrian, perumahan Bayu Damansara dan persatuan The Friends of Kota Damasara. Turut serta ialah mantan Ahli Dewan Undnagan Negeri Kota Damansara iaitu, Mohd Nasir Hashim, Presiden Persatuan Penduduk Kota Damansara, Dali Sardar dan Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 11 Kota Damansara, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Pada September 2020, seorang penyewa lelaki yang pulang dari Sabah telah positif COVID-19 di Sunway Nexis Biz Suites, Kota Damansara. Lelaki itu telah dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Geografi

Kedudukan

Kota Damansara terletak di tengah-tengah negeri Selangor, berdekatan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke timur laut. Kota Damansara merupakan sebuah bandar yang terletak di zon utara selian Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) yang bersempadan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di barat dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di utara. KOta Damansara berjiran dengan petempatan lainnya seperti Kampung Selamat, iaitu sebuah kampung kecil di utara Kota Damansara. Saujana Damansara, Damansara Damai dan Bandar Sri Damansara pula terletak di timur laut Kota Damansara. Damansara Perdana merupakan petempatan di kawasan berbukit-bukau, Mutiara Damansara dan Kampung Bukit Lanjan iaitu petempatan orang asli di Selangor pula terletak di timur Kota Damansara. Di tenggara pula, Kota Damansara bersempadan dengan Bandar Utama manakala di selatan, Kota Damansara bersempadan dengan Tropicana dan Tropicana Indah (sebelum ini Damansara Indah). Bandar Pinggiran Subang, Subang Perdana, Kwasa Damansara dan RRI Sungai Buloh pula terletak di barat Kota Damansara.

Bentuk muka bumi

Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
Sungai Tambul menuju ke hilir di Seksyen 2 Kota Damansara.

Ciri-ciri pandang darat fizikal yang terdapat di Kota Damansara terdiri daripada sungai, bukit, kawasan perhutanan dan kolam air panas. Sungai Rumput merupakan satu daripada empat sungai di Kota Damansara. Sungai ini berpunca di Bukit Lanjan dekat Damansara Perdana di timur laut Kota Damansara, dan menaglir dengan pergerakan dari utara ke barat daya. Sungai Rumput akan bermuara di Sungai Damansara (atau Sungei Damansara) berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang. Dalam peta Malaya 1945 berskala 1:63,360 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), terdapat sebuah kolam air panas semula jadi di lembah Sungai Rumput, berdekatan dengan muara Sungai Lingsa.

Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
Sungai Kembit di Seksyen 9 Kota Damansara menuju ke hulu sungai di Bukit Permatang Resam.
Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
Tasik buatan Sungai Simpai di Taman Eko Rimba Kota Damansara.

Sungai Simpai, Sungai Tambul dan Sungai Kembit merupakan sungai yang berpunca daripada Bukit Permatang Resam masing-masing punca terletak di Seksyen 10, Seksyen 11 dan Seksyen 9 Kota Damansara. Sungai Simpai mengalir di sepanjang petempatan di Seksyen 10 Kota Damansara dan bermuara di Sungai Tambul berhampiran dengan perumahan berjajar Jalan Cecawi 6/31. Manakala Sungai Tambul pula melalui kawasan perumahan di Seksyen 11 di hulu, kemudian menuju ke hilir dengan melalui kawasan perumahan Seksyen 6 di belah barat dan Seksyen 5 di belah timur. Sungai Tambul akan memasuki kawasan perindustrian Taman Sains Selangor sebaik sahaja Persiaran Surian dari Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam merentasinya. Di sini juga, Sungai Tambul akan membuat pertemuan anatar Sungai Rumput sebagai hilir sungai. Sungai yang terakhir ialah Sungai Kembit yang akan melalui kawasan perumahan elit di Seksyen 9 Kota Damansara sebelum bermuara di Sungai Hampar di Kampung Baru Sungai Buloh.

Kawasan berbukit-bukau di Kota Damansara tertumpu di bahagian timur laut. Antara bukit yang bernama ialah Bukit Permatang Resam (dikenali juga Puncak Denai Tiga Puteri) dan Bukit Lanjan. Masing-masing mempunyai ketinggian 224 meter (734.9 ka) dan 332 kaki (101.2 m) dari paras laut. Bukit-bukit ini merupakan sebahagian daripada jajahan Hutan Simpan Sungai Buloh.

Kemudahan

Kota Damansara dilengkapi dengan rangkaian pasaraya besar seperti NSK Trade City (dahulunya Aeon Big) dan Giant serta pusat membeli-belah seperti Sunway Giza, Emporis, Uptown Kota Damansara, Tropicana Garden dan juga The Strand. Terdapat juga dua buah hospital, Hospital Thomson Kota Damansara (dahulunya Hospital Tropicana) dan Hospital Pusrawi serta kawasan riadah dan rekreasi di Taman Rimba Riang di Seksyen 9, Hutan Simpan Komuniti di Seksyen 10 dan Padang Golf Seri Selangor. Ia juga dilengkapi dengan jalan yang berturap yang menghubungkan dengan bandar-bandar utama sekitarnya seperti Kwasa Damansara, Subang Jaya, Sungai Buloh dan Mutiara Damansara dengan Persiaran Surian, Persiaran Mahogani, Persiaran Kenanga, Persiaran Teknologi serta jalan-jalan di setiap seksyen.

Pendidikan

Sekolah kerajaan

Nama Gambar Kod sekolah Alamat Ruj.
SMK Seksyen 4 Kota Damansara
Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
BEA8655 Jalan Camar 4/1, Seksyen 4 Kota Damansara
SK Seksyen 6 Kota Damansara
Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
BBA8250 Jalan Cecawi 6/26, Seksyen 6 Kota Damansara
SK Seksyen 7 Kota Damansara
Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
BBA8236 Jalan Nuri 7/3, Seksyen 7 Kota Damansara
SMK Seksyen 8 Kota Damansara
Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
BEA8666 Jalan Pekaka 8/1, Seksyen 8 Kota Damansara
SK Seksyen 9 Kota Damansara
Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
BBA8270 Jalan Rimba Riang 9/1, Seksyen 9 Kota Damansara
SMK Seksyen 10 Kota Damansara
Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
BEA8638 Jalan Merbah 10/1, Seksyen 10 Kota Damansara
SK Seksyen 11 Kota Damansara
Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
BBA8277 Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11 Kota Damansara

Sekolah swasta

  • Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 5 di Seksyen 5.
  • Sekolah Rendah Islam Cahaya Taqwa di Seksyen 6.
  • Pondok Turath Islam Baitussaasah di Seksyen 3.
  • Sekolah Antarabangsa Sri KDU di Seksyen 2 atau Taman Sains Selangor.
  • Pusat Pengajian Al Quran (Beana Quran Center)

Pengangkutan

Jalan raya

Kota Damansara dihubungkan melalui persimpangan EXIT 104 di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), persimpangan Surian dan persimpangan Seksyen 5 Kota Damansara di Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam (DASH), dan persimpangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Berikut ialah jalan raya utama di Kota Damansara:

  • Persiaran Surian
  • Persiaran Mahogani
  • Persiaran Kenanga
  • Persiaran Sungai Buloh
  • Persiaran Teknologi
  • Persiaran Jati

Rel

Terdapat tiga stesen transit aliran deras (MRT) di Kota Damansara. Ketiga-tiga stesen menyediakan perkhidmatan MRT Laluan Kajang yang menghala ke Stesen MRT Kwasa Damansara di barat Lembah Klang dan Stesen MRT Kajang di timur Lembah Klang. Hanya dua stesen sahaja yang beroperasi sehingga kini, iaitu Kota Damansara di sempadan Seksyen 2 dan Seksyen 4 dan Surian di Dataran Sunway. Satu stesen yang bernama Teknologi, di Taman Industri Sungai Buloh merupakan stesen simpanan yang dikelaskan sebagai stesen akan datang.

Stesen kereta api Laluan Kajang di Kota Damansara
Kod stesen Nama stesen Koordinat Status Gambar
 KG05A  MRT Teknologi 3°9′40.26″N 101°34′5.50″E / 3.1611833°N 101.5681944°E / 3.1611833; 101.5681944 Tidak beroperasi Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
 KG06  MRT Kota Damansara 3°9′1″N 101°34′43″E / 3.15028°N 101.57861°E / 3.15028; 101.57861 Beroperasi Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
 KG07  MRT Surian 3°8′58.66″N 101°35′36.93″E / 3.1496278°N 101.5935917°E / 3.1496278; 101.5935917 Beroperasi Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 

Bas

Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
Bas T801 di Stesen MRT Kwasa Sentral.
Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
Laluan bas 780, 802 dan T808 berkhidmat di pintu B Stesen MRT Surian.
Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
Papan tanda maklumat laluan bas di salah satu hentian bas di Dataran Sunway.
Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
Penumpang menunggu ketibaan bas.
Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
Bas Rapid KL laluan 780 di Hab Pasar Seni.

Terdapat lima laluan bas yang melalui kawasan perumahan di sekitar Kota Damansara, iaitu 780 (Seksyen 8–Pasar Seni), 802 (Seksyen 11–LRT Kelana Jaya), T801 (MRT Kwasa Sentral–Seksyen 6 hingga 10), T805 (MRT Kota Damansara–Seksyen 4, 5 dan Taman Sains Selangor), T808 (MRT Surian-Seksyen 11). Kesemua laluan bas itu dikendali sepenuhnya oleh Rapid KL. Laluan bas 780 terletak di bawah Koridor Lebuhraya Persekutuan manakala 802, T801, T805 dan T808 terletak di bawah Koridor Damansara.

Laluan bas lain seperti BET1, T803 dan T806 yang dikendalikan oleh Rapid KL dan 144C oleh Selangor Omnibus, kini tidak lagi berkhidmat disekitar Kota Damansara akibat penamatan laluan atau penstrukturan semula laluan bas tersebut. Berikut ialah senarai perhentian bas di Kota Damansara yang masih beroperasi sehingga kini.

Kod Nama Lokasi Laluan bas
PJ63 PPR Kota Damansara Jalan Pekaka 8/1, Seksyen 8 Kota Damansara 780, T801
PJ69 Pangsapuri Ixora Persiaran Jati, Seksyen 7 Kota Damansara T801
PJ70 Komersial Nuri 7A (Selatan) Jalan Nuri 7, Seksyen 7 Kota Damansara 780, T801
PJ71 Pangsapuri Kasia (Bertentangan) Jalan Nuri 7, Seksyen 7 Kota Damansara 780
PJ72 SK Seksyen 7 Kota Damansara (Bertentangan) Jalan Nuri 7, Seksyen 7 Kota Damansara 780
PJ71 Perumahan Seksyen 7 Kota Damansara Jalan Nuri 7, Seksyen 7 Kota Damansara 780
PJ74 Perumahan Jalan Nuri Jalan Nuri 7, Seksyen 7 Kota Damansara T801
PJ78 Pangsapuri Kasia Jalan Nuri 7, Seksyen 7 Kota Damansara T801
PJ79 Komersial Nuri 7A (Utara) Jalan Nuri 7, Seksyen 7 Kota Damansara 780, T801
PJ80 SMK Seksyen 10 Kota Damansara Persiaran Mahogani, Seksyen 10 Kota Damansara T801
PJ81 Aeon Big Kota Damansara T808
PJ82 Gugusan Dedap (Bertentangan) Jalan Kenyalang 11/1, Seksyen 11 Kota Damansara 802
PJ83 SK Seksyen 11 Kota Damansara Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen Kota Damansara 802, T805
PJ86 The Strand (Barat) Persiaran Mahogani, Dataran Sunway Kota Damansara T808
PJ87 Sunsuria 802
PJ89 Pangsapuri Carlina / Pangsapuri Carlina (Selatan) Jalan Sepah Puteri 5/1, Seksyen 5 Kota Damansara 780, 802, T805
PJ91 Pangsapuri Siantan (Bertentangan) / Pangsapuri Siantan (Timur) 780, 802, T805
PJ92 Pangsapuri Siantan / Pangsapuri Siantan (Barat) 780, T805
PJ97 Balai Polis Trafik Kota Damansara Jalan Cecawi 6/18, Seksyen 6 Kota Damansara 780
PJ98 Pangsapuri Cempaka 1 (Bertentangan) Jalan Cecawi 6/19, Seksyen 6 Kota Damansara 780, T801
PJ99 Pangsapuri Cempaka 6 780, T801
PJ100 SK Seksyen 6 Kota Damansara 780, T801
PJ101 Pangsapuri Teratai (Bertentangan) Jalan Cecawi 6, Seksyen 6 Kota Damansara 780
PJ102 Pangsapuri Teratai 780
PJ103 Pangsapuri Tanjung Seksyen 6 Jalan Cecawi 6/19, Seksyen 6 Kota Damansara 780, T801
PJ104 Pangsapuri Cempaka Seksyen 6 780, T801
PJ105 Pangsapuri Cempaka 1 780
PJ106 Komersial Seksyen 6 (Barat) Jalan Cecawi 6/18, Seksyen 6 Kota Damansara T801
PJ350 Bestari De Kota (Selatan) Persiaran Sungai Buloh, Seksyen 3 Kota Damansara T801
PJ351 Bestari De Kota (Timur) Persiaran Surian, Seksyen 3 Kota Damansara T801
PJ354 Gugusan Seroja / Jejantas Apartment Seroja Persiaran Kenanga, Seksyen 6 Kota Damansara 780, T805
PJ355 Gugusan Semarak 4 Jalan Camar 4/1, Seksyen 4 Kota Damansara 780, 805, T805
PJ360 Gugusan Mawar Jalan Camar 4/5, Seksyen 4 Kota Damansara 780, 802
PJ365 Stesen MRT Kota Damansara Pintu B Persiaran Surian, Seksyen 4 Kota Damansara
PJ366 Apartment D'Shire Villa Persiaran Surian, Seksyen 4 Kota Damansara 780, 802
PJ387 Stesen MRT Surian Pintu A Persiaran Surian, Seksyen 4 Kota Damansara 780, 802, T807
PJ368 Stesen MRT Surian Pintu B Persiaran Surian, Seksyen 4 Kota Damansara 780, 802, T808
PJ388 Kondominium Casa Indah Persiaran Surian, Seksyen 4 Kota Damansara 780
PJ392 SM Sri KDU Jalan Teknologi, Seksyen 2 Kota Damansara T805
PJ395 Stesen MRT Kota Damansara Pintu A Persiaran Surian, Seksyen 4 Kota Damansara 780, T805
PJ658 Taman Industri Sungai Buloh (Utara) Jalan TSB 8, Taman Industri Sungai Buloh Kota Damansara 780
PJ659 Gugusan Seroja Jalan Cecawi 6, Seksyen 6 Kota Damansara 780
PJ660 Komersial Sepah Puteri / Persimpangan Sepah Puteri 5/2 Jalan Sepah Puteri 5/1, Seksyen 5 Kota Damansara 780, T805
PJ662 D'Villa Botani Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 5 Kota Damansara 780, T805
PJ663 Dataran Sunway (Barat) Persiaran Mahogani, Kota Damansara T808
PJ665 Masjid Kota Damansara Jalan Sepah Puteri 5/1, Seksyen 5 Kota Damansara 780, 802, T805
PJ666 Komersial Sepah Puteri 5/1B Jalan Sepah Puteri 5/1, Seksyen 5 Kota Damansara T805, 780, 802
PJ667 Gugusan Melati Jalan Camar 4/5, Seksyen 4 Kota Damansara 802
PJ668 Gugusan Matahari 780, 802
PJ782 Kompleks Muhibbah (Barat) Jalan Teknologi, Seksyen 2 Kota Damansara T801, T805
PJ786 Sunsuria Technology Centre (Utara) Jalan Teknologi, Seksyen 2 Kota Damansara T805
PJ787 Sunsuria Technology Centre (Barat) Jalan Teknologi, Seksyen 2 Kota Damansara T805
PJ788 Selangor Science Park Jalan Teknologi, Seksyen 2 Kota Damansara T805
PJ790 SRA Seksyen 5 Kota Damansara Jalan Sepah Puteri 5/20, Seksyen 5 Kota Damansara 780, T805
PJ791 Taman Industri Sungai Buloh (Timur) Persiaran Sungai Buloh, Taman Industri Sungai Buloh T801
PJ792 Komersial Seksyen 6 (Timur) Jalan Cecawi 6, Seksyen 6 Kota Damansara 780, T801
PJ793 Surau Al-Falah Seksyen 6 T801
PJ794 Taman Industri Sungai Buloh (Barat) Persiaran Sungai Buloh, Taman Industri Sungai Buloh Kota Damansara
PJ795 Dataran Sunway (Timur) Jalan PJU 5/1, Kota Damansara T808
PJ796 The Strand (Timur) Jalan PJU 5/1, Kota Damansara T808
PJ797 Pangsapuri Dedap Blok 10 Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11 Kota Damansara T808
PJ798 Pangsapuri Dedap Blok 1 Persiaran Mahogani, Seksyen 11 Kota Damansara T808
PJ799 Komersial Pekaka Jalan Pekaka 8/1, Seksyen Kota Damansara T801
PJ801 Kasturi Idaman Jalan Pekaka 8/1, Seksyen Kota Damansara 780, T801
PJ802 SMK Seksyen 8 Kota Damansara (Bertentangan) Jalan Pekaka 8/1, Seksyen Kota Damansara T801
PJ820 Perumahan Pekaka 8/1B Jalan Pekaka 8/1, Seksyen Kota Damansara T801
PJ821 Perumahan Pekaka 8/16 Jalan Pekaka 8/1, Seksyen Kota Damansara T801
PJ843 Surau Al-Ulum Seksyen 9 Jalan Rimba Riang 9/6, Seksyen 9 Kota Damansara T801
PJ844 Perumahan Rimba Riang 9/4 Jalan Rimba Riang 9/1, Seksyen 9 Kota Damansara 780
PJxxx SMK Seksyen 10 Kota Damansara (Bertentangan) Persiaran Mahogani, Seksyen 10 Kota Damansara 780, T801

Pentadbiran

Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
Pejabat Cawangan MBPJ di Kota Damansara

Kota Damansara ditadbirkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang berpusat di Jalan Pekaka 8/1D, Seksyen 8 Kota Damansara, mentadbir keseluruhan seksyen dan petempatan di Kota Damansara.

Politik

Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
Keadaan semasa pilihan raya negeri Selangor 2023 di salah satu tempat mengundi dalam kawasan DUN Kota Damansara.

Dari segi politik, Kota Damansara merupakan sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor dibawah parlimen Sungai Buloh. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Kota Damansara ialah Yang Berhormat Izuan Kasim dari Pakatan Harapan (PKR) yang menyandang kerusi kawasan DUN ini sejak pilihan raya negeri Selangor 2023. Berikut adalah senarai ADUN yang menyandang kerusi DUN Kota Damansara:

Tahun Ahli DUN Kota Damansara Mewakili parti
2004–2008 Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan BN
2008–2013 Mohd Nasir Hashim PKR (2008)
PSM (2008–2013)
2013–2018 Halimaton Saadiah Bohan BN (UMNO)
2018-2023 Shatiri Mansor PH (PKR)
2023–kini Izuan Kasim

Tempat beribadah

Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan 
Surau Nurul Iman.

Terdapat 18 buah surau di bawah kariah Masjid Kota Damansara, dan sebuah kuil Hindu di Seksyen 3 Kota Damansara yang bernama Kuil Sri Maha Mariamman. Berikut adalah senarai surau di Kota Damansara:

Nama Surau Lokasi Kebenaran solat Jumaat Rujukan
Surau Darul Hidayah Seksyen 7 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Tidak
Surau Al Mukmin Seksyen 8 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Tidak
Surau Al-Falah Seksyen 6 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Ya
Surau Al-Mubarak Seksyen 8 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Tidak
Surau Ar-Rayyan Seksyen 5 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Tidak
Surau Al-Hijrah Seksyen 8 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Tidak
Surau An-Nur Seksyen 6 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Tidak
Surau As-Sahabah Seksyen 7 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Ya
Surau Al-Ikhwan Seksyen 6 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Tidak
Surau As-Salam Seksyen 11 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Tidak
Surau As-Salam Seksyen 4 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Ya
Surau Ad-Dhuha Seksyen 8 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Tidak
Surau Al-Ulum Seksyen 9 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Ya
Surau At-Taqwa Seksyen 5 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Tidak
Surau De Rozelle Seksyen 10 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Tidak
Surau Nurul Iman Seksyen 6 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Ya
Surau Al-Ikhlas Seksyen 13 Kota Damansara: Sejarah, Geografi, Kemudahan  Tidak

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Kota Damansara SejarahKota Damansara GeografiKota Damansara KemudahanKota Damansara PendidikanKota Damansara PengangkutanKota Damansara PentadbiranKota Damansara PolitikKota Damansara Tempat beribadahKota Damansara RujukanKota Damansara Pautan luarKota DamansaraBahasa CinaDaerah PetalingKawasan perbandaranLembah KlangMajlis Bandaraya Petaling JayaMukim Sungai BulohPerbadanan Kemajuan Negeri SelangorSelangorTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Cabang dan mazhab IslamJata MalaysiaA FamosaTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahFrekuensi radio di Negeri SembilanNasi kandarEyka FarhanaSurah Al-QadrSarah SuhairiAnak Perjanjian SyaitanSenarai Kementerian di MalaysiaKuchingLompat tikamPertubuhan Keselamatan SosialSharifah ShahirahSurah al-AlaqHulu LangatHari GawaiPiala Dunia FIFA 2026RuhainiesSenarai Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFAKadet Remaja Sekolah MalaysiaSenarai buahKarim BenzemaSains sosialAmira OthmanOktovia ManroseWarna Warni AidilfitriEmpayar UthmaniyahTeknologiSenarai Saintis IslamAsbab al-nuzulQiamullailSabahShuib SepahtuKecerdasan buatanKhulafa al-RasyidinSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaSophia AlbarakbahSubang JayaEmpayar Rom SuciPedofiliaTwitterRukun NegaraUniversiti Teknologi MalaysiaJambatan Pulau PinangAstro (syarikat)Lesen memandu MalaysiaCibaiPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaKorban KasihHari Raya AidilfitriSonu SoodSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahLaura AnnaNombor perdanaMeerqeenSolatLembah KlangRoslan SalehPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuMazhab SyafiiIsteri Separuh MasaKerenggaGajahTyzo XanderTeknologi hijauSyed Danial Syed AhmadKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaMacShaheizy SamS.S.C. NapoliPemancutan maniBahasa ArabHans Isaac🡆 More