Oktovia Manrose: Pelakon wanita Malaysia

Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman atau lebih dikenali sebagai Oktovia Manrose (juga disebut Octovia Manrose; lahir 29 Oktober 1991) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi dangdut terkenal, Iwan dan pelakon Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Adiknya, Aprena Manrose juga merupakan seorang pelakon.

Oktovia Manrose
Kelahiran
Wan Syamira Putri Oktovia binti Wan Syahman

(1991-10-29) 29 Oktober 1991 (umur 32)
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2013–kini
Pasangan
  • Mohd. Izat Abdul Rahman (k. 2011; c. 2015)
  • Mohamad Khairul Efsan Mdisa (k. 2021)
Anak-anak1
Ibu bapa
Saudara
  • Ramada Manrose (Abang Kandung)
  • Aprena Manrose (Adik Kandung)
  • Nelissa Senrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Uqasha Senrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Nelydia Senrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Raysha Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Danitra Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Qirana Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Arjuna Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
KeluargaRosmizai Mohd Noor (Ibu Saudara)

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada Selasa 29 Oktober 1991 Masihi bersamaan 20 Rabitul Akhir 1412 Hijrah di Kuala Lumpur kepada ibu bapanya, Iwan Syahman yang merupakan penyanyi dangdut terkenal era 90-an dan Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor, pelakon terkenal era 80-an. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya ialah Ramada Manrose dan adiknya ialah Aprena Manrose, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Kerjaya

Mengikut jejak langkah sepupunya, Nelydia dan Uqasha Senrose yang terlebih dahulu bergiat aktif dalam bidang lakonan, Octovia menerima pendedahan awal dalam bidang lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Cinta Si Wedding Planner yang dibintangi oleh Adi Putra dan Mira Filzah.

Beliau berlakon di samping Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz dalam drama Dendam Aurora; Octovia memegang watak sebagai Hanna. Beliau juga pernah muncul dalam beberapa episod drama Gerak Khas. Beliau berlakon di samping sepupunya, Nelydia Senrose yang bergandingan dengan Addy Ashraf dalam drama Cinta Tiada Ganti, yang diadaptasi dari telenovela Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas. Octovia memegang watak sebagai Fatin.

Octovia membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Minah Moto (2017) arahan Ahmad Idham lakonan Dayana Roza; beliau memegang watak Aju.

Kehidupan peribadi

Octovia berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain (lahir 23 Disember 2011). Octovia dan Mohd Izat memfailkan perceraian mereka pada 2015. Pada 27 Februari 2019, Octovia dikaitkan mempunyai hubungan dengan Aliff Aziz. Kisah tersebut menyebabkan spekulasi yang hangat antara Octovia dan isteri Aliff, Bella Astillah.

Filemografi

Filem

Drama

Telefilem

  • Calon Syurga (2016)
  • Tercipta Untukku (2016)
  • Tangisan Kubur (2017)
  • Balasan Dosa (2017)
  • Adakah Aku Bersalah (2018)
  • Abang Kandung (2018)
  • Dosa Itu Bukan Miliknya (2019)
  • Tuan Petri Saadong (2020)
  • Obses (2021)
  • Tanam Apa Tu Bang Aji (2022)
  • Kami Nak Jadi Superstar (2023)
  • Tumpat Berdarah (2023)
  • Doa Untuk Dia (2023)

Video muzik

  • "Biar Aku Simpan" - Bimasakti (2021)

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Oktovia Manrose Kehidupan awalOktovia Manrose KerjayaOktovia Manrose Kehidupan peribadiOktovia Manrose FilemografiOktovia Manrose RujukanOktovia Manrose Pautan luarOktovia ManroseAprena ManroseIwan SyahmanRosnah Mohd Noor

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ella (penyanyi)Sultan Nazrin Muizzuddin ShahEmma MaembongQueen of TearsMasjid Sri SendayanUlar rusuk kerbauMierul AimanNitrogenTahun Baru CinaBatu PahatPekanbaruMandi wajibKesan perubahan iklimShahril Sufian HamdanSlot MegaDramaPolis EVOKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaNabila RazaliAbdullah bin Ahmad BadawiKetumSistem SuriaJanna NickSyahadahTwitterP. RamleeNabi Ibrahim a.s.Mahathir MohamadMyKadEtnik MelayuNatasya MahyanIslamKugiran MasdoKata kerja transitifXPDCKata adjektifAiman Hakim RidzaNadhir NasarOrang Melayu MalaysiaThailandPeriuk keraShah AlamKimpalanShah RezzaRukun IslamPenggunaLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurPasukan bola sepak kebangsaan Emiriah Arab BersatuKhalid Mohamad JiwaKhir RahmanTravelokaMata anginPerubahan iklimLatMohamad bin HasanRangka manusiaHalimah As-Sa'diyahFardu AinMinal 'Aidin wal-FaizinTanda dan gejalaUniversiti Kuala LumpurJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaIpohHang TuahGunung QafRuhainiesMuhammad bin Idris al-SyafiiKata kerja tak transitifAbu Bakar as-SiddiqOrang Cina MalaysiaIntegritiJalaluddin HassanKelantanJata MalaysiaBajauRaghad Waleed AlkurdiKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaSiti Hasmah Mohamad Ali🡆 More