Amira Othman: Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia

Nadia Amira Othman (lahir 26 Oktober 1993) ialah seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita Malaysia.

Beliau merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 di mana beliau berjaya memenangi tempat ketiga.

Amira Othman
Amira Othman: Kerjaya, Kehidupan peribadi, Diskografi
Amira ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 29 Mac 2016.
Kelahiran
Nadia Amira binti Othman

(1993-10-26) 26 Oktober 1993 (umur 30)
PendidikanDiploma Jurusan Muzik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPenyanyi, pengacara, pelakon
Tahun aktif2013–kini
Saudara
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Raqib, The Lomas, Sufian Suhaimi

Pada tahun 2015, single keduaya, "Hati-Hati" hasil nukilan Faizul Sany, Hael Husaini dan Mike Chan telah melonjakkan namanya sebagai penyanyi. Selain itu, Amira pernah menjadi pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Kerjaya

Amira Othman terpilih sebagai salah seorang peserta dan pelajar di Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013), antara lain turut disertai oleh Nabila Razali, Indah Ruhaila, Hael Husaini dan Faizul Sany. Selepas 10 minggu beraksi di konsert AF2013, beliau berjaya memenangi tempat kelima. Berikut ialah senarai persembahan beliau di AF2013:

  1. Minggu 1: "Ratuku" nyanyian asal Awie
  2. Minggu 2: "Pastikan" nyanyian asal Siti Nurhaliza
  3. Minggu 3: "Getaran Jiwa" nyanyian asal P. Ramlee
  4. Minggu 4: "Ya Maulai" nyanyian asal Siti Nurhaliza
  5. Minggu 5: "Skyfall" nyanyian asal Adele
  6. Minggu 6: "Terima Kasih" nyanyian asal iamNEETA
  7. Minggu 7: "Mendung Tak Beerti Hujan" (duet bersama Hazama Azmi) nyanyian asal Deddy Dores dan Ella
  8. Minggu 8: "Awan Yang Terpilu" nyanyian asal Ning Baizura
  9. Minggu 9: "Tak Mungkin Kerna Sayang" nyanyian asal Alyah dan "Opera Hidup" nyanyian asal Wings
  10. Minggu 10: "Terlalu Istimewa" nyanyian asal Adibah Noor dan "Sesaat Untukku" (lagu baru)

Selepas tamat AF2013, Amira merakamkan lagu bertajuk "Hati-Hati" hasil karya Faizul Sany, Hael Husaini dan Mike Chan, yang dikeluarkan pada 2015. Pada tahun yang sama, beliau menggangotai kumpulan The Lomas yang turut disertai oleh rakan-rakan seperjuangan Aisyah Aziz, Indah Ruhaila dan Nabila Razali. Kumpulan ini telah melancarkan 2 single setakat ini, "Bila Larut Malam" dan "Rindu".

Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi bersama pelakon Singapura, Hisyam Hamid dalam drama adaptasi novel Abang Bomba I Love You, dengan memegang watak sebagai Lily. Beliau kemudian berlakon dalam drama Red Velvet lakonan bersama Alif Satar dan Neelofa dengan memegang watak sebagai Suhaila.

Pada Februari 2018, Amira melancarkan single kelimanya, "Mimpi Indah". Muzik videonya telah meraih 60,000 tontonan di YouTube sejak pelancaran rasminya dan jumlah tontonan telah meningkat kepada 800,000 tontonan setakat pada Mei 2018.

Beliau bersama Sufian Suhaimi menyumbangkan suara untuk runut bunyi filem Motif yang bertajuk "Takkan Merubah" hasil nukilan Farouk Roman dan Amylea Azizan. Muzik videonya diarahkan oleh Nadiah Hamzah.

Amira akan muncul bersama Wany Hasrita dalam rancangan bertajuk ICU terbitan platform penstriman patuh syariah, Nurflix. Beliau kemudian melancarkan single terbaharu, "Surat Akhir", ia menjadi lagu tema drama Marry Me Senorita. Beliau turut menyumbangkan OST drama Malaysian Ghost Stories yang bertajuk "Tragedi".

Kehidupan peribadi

Amira dilahirkan dan dibesarkan di Skudai, Johor dan mempunyai adik-beradik seramai 6 orang.

Selepas tamat AF2013, Amira mengambil keputusan melanjutkan pengajian dalam diploma jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan ijazah vokal klasik. Beliau juga merupakan kakak kepada dua penyanyi muda iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar.

Beliau juga bersahabat baik dengan Nabila Razali ketika sama-sama menyertai AF2013.

Diskografi

Single

Tahun Tajuk Kedudukan Catatan
ERA FM
Hot FM
Muzik Muzik
JOOX
2013 "Sesaat Untukku"
2015 "Hati-Hati"
2016 "Biar Masa" (feat. Raqib)
"Jaga-Jaga" OST Drama Abang Bomba I Love You
2018 "Mimpi Indah"
2019 "Sambil" (menampilkan Irfan Haris) OST Jodoh-Jodoh Annisa
"Takkan Merubah" (bersama Sufian Suhaimi) OST Motif
2020 "Surat Akhir" OST Marry Me Senorita
2021 "Tragedi" OST Malaysian Ghost Stories
2022 "Alah Bisa" (feat. Faizal Tahir)

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2019 Tiada Tajuk Cahaya Mawi Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Abang Bomba I Love You Lily Astro Ria
2017 Red Velvet Suhaila
2018 Misteri Jenazah Zainab Astro Prima
2019 Patah Sayap Bertongkat Paruh Ros Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Sepahtu Kisah Tauladan Mira Astro Ria
2017 Abang Bomba I Love You Raya Lily
2018 30 Hari Membunuh Cinta Dada Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2015 Sepahtu Reunion Cikgu Kaunseling Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Budak Nakal"
2016 Nasi Lemak Kopi O Pengacara TV9
2017
  • 24 Februari 2017
    • mengacara bersama Talib Husin
2018 Miss Stylo TV2
2019 Sepahtu Reunion Al-Puasa Mariam Artis Jemputan: Episod "Duit Raya Nak Raya"
2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Peserta sebagai Cili Padi Merah Astro Warna bersama Irfan Haris (Cili Padi Hijau)

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Amira Othman KerjayaAmira Othman Kehidupan peribadiAmira Othman DiskografiAmira Othman FilemografiAmira Othman Anugerah dan pencalonanAmira Othman RujukanAmira Othman Pautan luarAmira OthmanAkademi FantasiaAkademi Fantasia (musim 10)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

BajauAgama BuddhaGunung KinabaluT-araAssalamualaikumPerang TabukSolat Sunat RawatibAl-Masih ad-DajjalKerajaan MelayuKerisGennaro GattusoAyu RaudhahAdi PutraPendidikan di MalaysiaEMamat KhalidNazim OthmanNabi Adam a.s.Nabi Syu'aib a.s.IslamTerengganuFauzi NawawiSenarai Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFAZara ZyaFrekuensi radio di SabahSerembanSenarai saluran Astro NJOINasrizal NgasriMelayuWinai KraibutrKumpulan Rock MalaysiaMasjid Wilayah PersekutuanFalsafahSepahtu Reunion LiveAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaMacPulau MabulHarimau16 PuasaPeristiwa Kampung MedanLaura AnnaHulu LangatPembantu perubatanPalestin (wilayah)Inna lillahi wa inna ilaihi raji'unIsrafilGangga NegaraHun HaqeemEtikaSarah SuhairiIzzue IslamMimi LanaBrondongAhmad Zahid HamidiSolat Sunat Tahiyyatul MasjidMaktab Rendah Sains MARAAngkor WatMalang Si PuteriPeristiwa 13 MeiDunia IslamTakwim HijrahMasjid Sri SendayanBatu Bersurat TerengganuAmir AhnafJudiJohor Darul Ta'zim F.C.Tentera Darat MalaysiaAhli Sunah WaljamaahPiagam MadinahAngeline TanNina IskandarPiala UEFAIbu Tiri (filem)BoBoiBoyKerajaan Persekutuan MalaysiaTauhid RububiyahDawoodi BohraKaum-kaum di MalaysiaOrang India Malaysia🡆 More