Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin (lahir 17 Februari 2000) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.
Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2021/2022. Beliau terkenal dengan melakonkan watak sebagai krocid dalam siri Astro Originals Projek: High Council (2023).
Amir Ahnaf | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin 17 Februari 2000 |
Pendidikan | Diploma Reka Bentuk & Pembangunan Permainan |
Pusat pendidikan |
|
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2021–kini |
Majikan | Rocketfuel Entertainment |
Terkenal kerana | Kahar dalam Projek: High Council |
Ketinggian | 179 cm (5 ka 10 in) |
Amir Ahnaf dilahirkan dan dibesarkan di Dungun, Terengganu dan merupakan anak sulung daripada 9 adik beradik.
Beliau dahulu merupakan Presiden Badan Wakil Pelajar di MRSM Kuala Terengganu. Amir telah mempelajari ilmu Silat sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 5, dan pengalaman dalam seni mempertahankan diri ini banyak membantunya ketika memegang watak Kahar dalam Projek: High Council yang penuh dengan adegan aksi. Selain itu, beliau juga pernah menyertai pasukan ragbi sekolah sejak di Tingkatan 1 dan telah menyertai pelbagai jenis pertandingan termasuklah pertandingan taranum Al-Quran dan azan. Amir juga pernah menubuhkan sebuah kumpulan muzik sendiri ketika berada di sekolah dan memegang posisi sebagai vokalis utama.
Kerjayanya bermula setelah beliau dipilih menjadi salah seorang peserta Hero Remaja 2021.
Amir Ahnaf memulakan kerjayanya sebagai pelakon dengan membintangi drama bersiri Akim & Mira: Kisah Cinta 1999 dan memegang watak sebagai Ejoi yang telah mula disiarkan di Astro Ria bermula 22 Disember 2022. Beliau mendapat perhatian meluas dengan memegang watak sebagai Kahar, pelajar Kolej Ungku Deramat (KUDRAT) dalam Projek: High Council yang disiarkan serentak di Astro GO dan Astro Ria. Ia turut dibintangi oleh Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Naim Daniel dan Daiyan Trisha.
Beliau kini menetap di Selangor. Amir juga berbakat dalam menyanyi, bermain gitar, menggubah lagu, dan melukis.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2023 | Harta Berdaulat | Ameer Yousof | Filem pendek di YouTube, pelakon utama bersama Hazeeq Dean |
2024 | Pendekar Awang: Darah Indera Gajah | Andak | Filem pertama |
TBA | The Parcel | Pos-produksi | |
Projek: Kahar | Kahar | Pra-produksi | |
Tanah Kubur | Dalam perancangan |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Rindu Darul Iman | Ijad | TV Okey | Drama bersiri, pelakon pembantu |
2022–2023 | Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Ejoi | Astro Ria | Drama bersiri, pelakon pembantu |
Kisah Cinta Phoebe Dan Ejoi | Astro Gempak | Pelakon utama, bersama Kimberly Chuah | ||
2023 | Projek: High Council | Kahar | Astro Ria | Drama bersiri, pelakon utama |
Scammer Geng Marhaban | Aidil | Drama bersiri, pelakon utama | ||
Perempuan Itu | Remy | Tonton | Drama bersiri, pelakon pembantu | |
Sakit Tengkuk Betul Lah | Latif (20 tahun) | TV Okey | Drama bersiri, pelakon tambahan | |
2023–2024 | Gamers Mangkuk | Tam | Astro Premier | Drama bersiri, pelakon utama |
Syurga Itu Bukan Mudah | Farid | Astro Ria | Drama bersiri, pelakon utama |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Hieraki Telemovie | Ijan | Astro Ria | Pelakon utama, bergandingan bersama peserta-peserta Hero Remaja 2021 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Hero Remaja 2021 | Peserta | Astro Ria | Tersingkir pada Episod ke-6 (tempat ke-7) |
2023 | Gempak Most Wanted Awards | Penyampai | Tetamu khas sebagai penghantar makanan McDonald's, menyampaikan anugerah kepada Sofyank untuk anugerah Hall of Fame | |
Ubi Superstar Live | Bekas Kapla | Astro Warna | Episod 2 | |
Projek High Council: Reunion | Dirinya sendiri | Astro Gempak | Temubual antara pelajar KUDRAT dengan pengarah Projek: High Council | |
Big Stage (Musim 5) | Presiden Netizen | Astro Ria | Minggu ke-5 |
Tahun | Tajuk Lagu | Penyanyi | Saluran | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Kudrat | Sekumpulan Orang Gila X Naim Daniel | YouTube | Penampilan khas dalam video muzik sebagai Kahar bersama Fadhli Masoot, Hazeeq Dean, Nik Rifaie & Ameer Asyraf |
Raya Janji Happy | Aizat Amdan, Asmidar | Penampilan khas dalam video muzik | ||
Malam Pagi Remix | Saixse X MK K-Clique | Penampilan khas tidak berkredit dalam muzik video bersama Fadhli Masoot dan Hazeeq Dean, arahan Nadhir Nasar |
Tahun | Tajuk | Ciptaan | Penyanyi | Saluran |
---|---|---|---|---|
2021 | Bidadari | Amir Ahnaf | Amir Ahnaf | Soundcloud |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya Tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | BBNU Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Menang |
2024 | Gempak Most Wanted | Selebriti trending | Dirinya sendiri | Tercalon |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Amir Ahnaf, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.