Peribahasa Melayu

Malas bergarit, perut perit

  • Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
    • Orang pandai kadang-kadang buat silap.
    • Penjelasan selanjutnya: Kadang-kadang, setinggi-tinggi digantikan dengan sepandai-pandai. Walaupun keduanya kata-kata tersebut mempunyai makna yang lain, ia membawa erti kelakuan yang sama. Pada seringkalinya, walaubagaimanapun, peribahasa terutamanya ini telah sentiasa berkait dengan penjenayah, dengan suatu cara yang betapa pandainya mereka menghindari dari ditangkap, mereka tidak akan selamanya dapat melakukan demikian.
  • Jangan disangka air yang tenang tiada buaya.
    • Muka yang tenang boleh menyimpan banyak rahsia.
  • Sudah jatuh, ditimpa tangga
    • Selepas satu benda buruk berlaku satu lagi mengikut.
  • Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
    • Seorang insan meninggal dunia tetapi kelakuannya masih diingati.
  • Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya
    • Bandingkan: Fikir sebelum anda melompat
  • Sedikit-sedikit,lama-lama menjadi bukit
    • Untuk melakukan sesuatu besar, anda bermula dengan suatu yang kecil.
  • Bagaikan kacang lupakan kulit
    • Seorang yang lupa/menafikan asal-usulnya
  • Beri betis,hendak paha
    • Seseorang yang terlalu tamak yang sentiasa inginkan lebih dari yang dimiliki/diberi.
  • Seperti bumi dengan langit
    • Perbezaan yang sangat ketara.
  • Melentur buluh biarlah dari rebungnya
    • Mengajar dan mendidik biarlah dari kecil.
  • Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
    • Orang berilmu berdiam kerana berfikir, tetapi orang bodoh yang berdiam adalah perbuatan yang sia-sia.
  • Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
    • Seseorang itu akan mengikuti adat resam sesuatu tempat dan menghormati kawasan setempat.
  • Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
    • Apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu, dia pasti akan menemui cara untuk mendapatkannya.
  • Nasi sudah menjadi bubur
    • Sesuatu perkara yang sudah terlanjur yang tidak dapat dipulihkan lagi.
  • Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
    • Membuang hak milik yang sedia ada untuk memberi ruang kepada yang baru walaupun perkara itu belum tentu dapat.
  • Sudah terhantuk baru mengadah
    • Perlakuan yang sudah terlambat.
  • Sekali air bah, sekali pasir berubah
    • Apabila sesuatu itu berubah, semuanya sudah tidak sama lagi.
  • Lembu punya susu, sapi dapat nama
    • Hasil titik peluh seseorang menjadi kemuliaan pada seorang lain.
  • Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
    • Kalau ingin melakukan sesuatu, anda lebih baik melakukannya dengan sepenuh hati.
  • Bagai beruk kena belacan
    • Menjelaskan seorang yang dalam keadaan panik atau terlalu aktif.
  • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    • Pekerjaan yang dilakukan bersama-sama.
  • Sediakan payung sebelum hujan
    • Persediaan sebelum sesuatu yang buruk yang tidak dijangka.
  • Marahkan nyamuk, kelambu dibakar
    • Membuat masalah yang lebih besar hanya disebabkan perkara remeh.
  • Tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket
    • Salah sendiri tetapi menuduh orang lain.
  • Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh
    • Pertolongan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas dengan kebaikan.
  • Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
    • Orang yang inginkan sesuatu, dia akan cuba segala upaya manakala orang yang tidak mahu atau malas, dia akan berikan pelbagai alasan.
  • Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
    • Semangat perpaduan akan menyebabkan sesuatu masyarakat kukuh dan apabila berpecah-belah pula, masyarakat itu akan hancur.
  • Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
    • Hanya kerana salah seorang, sekumpulan atau seluruh masyarakat akan turut mendapat nama yang buruk.
  • Sepuluh kali ukur, sekali kerat.
    • Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko.
  • Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri
    • Sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.
  • Seperti Belanda meminta tanah
    • Orang yang tamak yang sentiasa hendakkan lebih.
  • Ukur baju di badan sendiri
    • Berbelanjalah mengikut kemampuan diri.
  • Hangat-hangat tahi ayam
    • Melakukan sesuatusungguh-sungguh hanya pada permulaan. Lama kelamaan, ditinggalkan apabila sudah mula bosan.
  • Bagai telur dihujung tanduk
    • Mempunyai peluang yang sungguh tipis
  • Usaha tangga kejayaan
    • Berusaha untuk mendapatkan apa yang diingini
  • Bagai dakwat dengan kertas
    • Perhubungan yang sangat rapat
  • Bagai kumbang putus tali
    • Terlepas dari sengsara
  • Bagai cicak makan kapur
    • Malu disebabkan oleh kesalahan diri

Pautan luar

[[Kategori:angkat bakul sendiri]

Tags:

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kementerian Pendidikan MalaysiaBola tamparFunanHassanal BolkiahKerisBaba dan NyonyaRukun IslamMeerqeenFadhlina SidekPadiAbang Johari Tun OpengHemoroidHidroterapiSophia LianaPerceraian dalam IslamQasrina KarimNeelofaSoffi JikanCuti umum di MalaysiaRukun ImanPiala ThomasSi TanggangKuantanPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuMalaysia MadaniSarafSultan Abdul SamadSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaLee Hsien LoongBukit TaburMaria OzawaIslam di IranRicheese FactoryAman Ramli JaafarKelawar BuasDarjah kebesaran MelayuOzlynn WatyJenis-jenis ayat bahasa MelayuRiena DianaMona FandeyAedy AshrafRahsia (filem 2023)Persekutuan Pengakap MalaysiaSijil Pelajaran MalaysiaBumiputera di SabahYang di-Pertuan AgongBerlari merentas desaSrivijayaBeto KusyairyMerdeka 118Tentera Laut Diraja MalaysiaJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaTunku Abdul RahmanMahmud Ali BashahSifat-sifat AllahAmerika SyarikatKelapa sawitPekanbaruPerang BadarLohong hitamPahangKL Gangster 2Senario LagiAeril ZafrelLelaki ItuHari WesakPulau PinangVirusErma FatimaJohorLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurSejarahImperialismeAbdul Razak HusseinEman MananCiri-ciri orang munafikMelayuKesultanan Melayu Melaka🡆 More